
Aku sudah banyak kali minta dilepaskan, tapi jawapan suami sama je. Dia kata jangan cakap macam itu, berd0sa seorang isteri minta cerai tanpa alasan. Aku taknak berd0sa sebab tak mampu taat..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Aku sekadar nak meluah dan nak kurangkan rasa beban di hati aku ini. Aku dah berkahwin hampir lapan belas tahun. Awal – awal perkahwinan lagi aku sudah diuji dengan kesetiaan suami. Masa itu anak sulung aku baru setahun dan dalam tempoh perkahwinan dua tahun lebih kami pernah berpisah.
Aku akui kedua – dua pihak ada kesilapan masing – masing. Lepas dua minggu, kami rujuk semula. Alhamdulillah, masa itu aku fikir mungkin ini jalan untuk kami perbaiki segalanya. Tapi rupanya lepas empat tahun, aku diuji lagi dengan kesetiaan suami.
Kali ini aku rasa dugaan itu sangat berat sebab tiga kali kantoi dengan orang yang sama. Suami aku memang pandai memujuk. Aku pula jenis mudah cair dengan pujukan dia. Jadi aku maafkan dan aku bagi peluang lagi. Aku cuba yakinkan diri bahawa semua orang boleh berubah.
Dua tahun selepas itu, dia buat per4ngai lagi. Kantoi juga dengan aku. Masa itu hati aku sudah mula taw4r, tapi entah kenapa aku masih lagi beri dia peluang. B0dohkan aku ini? Aku memilih untuk bagi ruang agar dia berubah dan masa itu aku masih fikirkan anak – anak.
Tambahan pula aku hanya seorang suri rumah, jadi aku rasa berg4ntung sepenuhnya pada dia. Rumah tangga kami kembali aman selepas itu. Aku cuba lupakan, cuba tenangkan hati. Aku rasa bahagia itu ada, tapi dalam masa yang sama sedikit demi sedikit kepercayaan aku pada dia sudah hilang.
Setahun selepas itu, aku diuji lagi. Suami khi4nati kepercayaan aku dan peluang yang aku beri. Kantoi lagi dengan orang lain pula. Masa itu aku betul – betul rasa kosong dan taw4r hati. Tapi kali ini dia betul – betul nampak menyesal. Hari – hari dia menangis merayu aku supaya terima dia kembali.
Aku pernah minta berpisah tapi dia tidak sanggup lepaskan aku. Aku pernah nekad nak pergi pejabat agama, tapi dia ugvt nak bvnvh diri. Ya Allah, berat sungguh dugaan ini. Aku akhirnya mengalah sebab masa itu mak mertua dan mak aku sendiri sedang dalam keadaan tidak sihat, baru lepas pembedahan. Aku fikir aku tak nak tambah beban perasaan pada mereka.
Sejak kali terakhir dia kantoi itu, sampai sekarang sudah setahun setengah aku cuba bagi ruang. Tapi hati aku betul – betul dah kecewa. Walau dia merayu setiap hari, aku jadi keras hati. Aku tidak makan lagi dengan pujuk rayu dia. Aku sudah banyak kali minta dilepaskan, tapi jawapan dia sama sahaja.
Dia kata jangan cakap macam itu, berd0sa seorang isteri minta cerai tanpa alasan. Aku rasa macam terik4t dengan alasan itu. Ikutkan hati aku memang nak buat tidak tahu sahaja, nak biarkan dia. Janji nafkah cukup. Tapi tulah, aku tak kuat pula nak hadap muka dia setiap hari.
Lagi pula dia pernah bawa perempuan itu masuk ke rumah ini masa aku balik kampung dulu. Itu yang buat aku rasa sangat terganggu. Aku duduk dalam rumah ini setahun setengah dengan hati yang tak tenang. Aku cuba juga nak move on, tapi tak mampu.
Aku jadi tr4uma. Bila suami keluar rumah pun aku rasa resah, fikir dia jumpa perempuan lain lagi. Bila telefon dia berbunyi aku jadi cuak. Aku pernah cuba ambil pendekatan berdiam diri, buat hal sendiri, layan anak – anak sahaja. Tapi dalam hati aku sebenarnya s4kit.
Aku nak berpisah untuk kebaikan bersama. Aku tak nak terus hidup dalam keadaan macam ini. Aku tak nak hubungan halal ini jadi beban d0sa pula bila aku sudah tak mampu taat dengan ikhlas. Masa anak – anak nampak aku menangis diam – diam, hati aku lagi r3muk.
Aku cuba sorokkan air mata, tapi anak – anak sudah pandai tanya kenapa aku sedih. Aku cuma jawab penat, padahal hati aku yang betul – betul h4ncur. Pernah sekali anak sulung aku terdengar kami berg4duh, dia sendiri peIuk aku dan cakap “Ummi jangan nangis lagi”. Masa itu aku rasa jatuh air mata aku tanpa henti.
Satu lagi kejadian yang aku masih ingat, masa raya tahun lepas. Aku masak macam biasa, buat rendang, ketupat, lodeh. Dia makan depan aku, senyum macam tiada apa – apa berlaku. Padahal aku tahu seminggu sebelum itu aku terbaca mesej dia dengan perempuan lain. Dia masih lagi berhubung. Masa itu aku makan pun rasa pahit. Aku cuba tahan sebab keluarga besar berkumpul. Tapi hati aku k0yak.
Sekarang aku sudah nekad. Doakan aku ya semua, semoga dipermudahkan prosesnya. Hujung bulan ini kami akan berpisah secara rasmi. Aku rasa lega sedikit bila buat keputusan ini, tapi dalam masa yang sama tetap s4kit. S4kit sebab aku sudah bertahun – tahun cuba bertahan, tapi akhirnya tetap kecundang. Aku cuma harap selepas ini aku boleh bina hidup baru dengan anak – anak. Aku mahu mereka lihat aku kuat, bukan lagi seorang ibu yang asyik menangis setiap malam.
Komen Netizen :
Miey Comel Tailor : Move on sahaja kalau suami curang. Saya dua puluh tahun berkahwin, masa gaji suami enam ratus ringgit sahaja, saya berkurung dalam rumah ambil tempahan menjahit untuk tambah kewangan keluarga. Besarkan anak depan mata, kenyangkan perut suami.
Pernah jaga ayah mertua s4kit lebih dua tahun, habis duit sendiri lebih dua puluh ribu untuk ayah mertua sahaja. Pakej pula terberanak anak pramatang tiga puluh dua minggu masa tengah jaga ayah mertua s4kit. Mantan bila dekat nak pencen, dia pilih skandal dari saya. Saya move on sahaja demi kesihatan mental.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.