Menumpang rumah mertua, semua free. Suami jadi pemalas, kerja 3-4 hari seminggu. 8 tahun kahwin, takde simpanan. Nak pergi klinik pun takde duit

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

8 tahun lalu, sebelum kahwin suami janji nak bagi aku kerja. Tapi itu tipu juga. Dijanjikan duduk sendiri, tapi tipu juga. Kerja tak dapat, duduk pula rumah mentua. Bukan mak ayah mertua je tapi ada ipar sekali…

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua yang mendengar segala isi hati ini. Tulisan ini sekadar untuk aku berkongsi rasa dan meminta secebis pendapat. Nama aku Nabila, umur aku 35 tahun. Aku seorang suri rumah dan tak mempunyai zuriat hampir 8 tahun.

Aku juga tak pernah berpeluang untuk buat apa – apa ujian kesuburan bersama suami aku. Aku mengenali suami dalam jangka masa yang pendek kerana faktor mulut orang yang mengata “bila nak kahwin, orang bertunang kemudian dah kahwin, kau tak kahwin – kahwin”.

Waktu itu orang tak tahu aku sudah putus tunang kerana dia curang. Nak dijadikan cerita, baru sebulan aku kenal suami aku, dia ajak kahwin dan aku terima atas sebab keselamatan diri aku daripada bekas tunang. Kemudian bermula janji – janji manis seorang lelaki.

Sebelum aku kahwin, aku seorang wanita yang bekerja, rajin buat kerja lebih masa selalu. Gaji aku tak besar mana pun, tapi gaji aku mampu bagi mak aku duit, boleh beli barang dapur, boleh bayar kereta, boleh berjalan – jalan dengan kawan – kawan, dengan adik beradik. Aku dari keluarga yang sederhana sahaja. Apa adanya.

Sejak aku ada kereta, aku boleh ke mana sahaja dengan mak dengan adik beradik aku. Aku bebas berjalan dengan keluarga ke sana ke sini. Walaupun kadang – kadang duit tinggal seratus, kami tetap jalan cara duit seratus. Tapi nak dijadikan kisah, 8 tahun ini hidup aku berubah selepas kahwin.

Aku tak pernah merasa sudah bagi mak aku duit. Asal balik kampung, adik beradik sahaja belanja makan. Aku sudah tak ada duit. Nak belikan mak sehelai baju raya pun aku sedih sangat. Tapi aku sabar. 8 tahun lalu, sebelum kahwin dia janji nak bagi aku kerja. Tapi itu tipu juga.

Aku pindah negeri ke Pahang ikut suami dan dijanjikan duduk sendiri, tapi tipu juga. Kerja tak dapat, duduk pula rumah mentua. Bukan mak ayah sahaja, tapi ipar sekali. Tapi aku sabar. Aku mula – mula fikir sendiri, “kenapa ya, janji lain buat lain, mula – mula janji bagi kerja kemudian tak boleh pula, janji duduk sendiri kemudian kena duduk dengan mentua pula, dah tu dengan ipar lagi”. Tapi aku sabar.

Mula la dalam hati aku belajar redha. Tapi tahun demi tahun, dah 8 tahun ni, aku tertekan sangat. Balik kampung aku jarang sangat, 3 bulan sekali, 4 bulan sekali. Perjalanan cuma 3 jam sahaja, bukan 8 hingga 12 jam, bukan naik kapal terbang. Tapi aku sabar.

Suami aku buatkan aku rasa jauh dengan keluarga. Balik jarang. Dia boleh lah hari – hari tengok muka mak ayah dia, yalah serumah. Kadang – kadang rasa dia buat aku macam anak yatim piatu. Macam aku tak ada keluarga. Dan nak jadi kisah, aku ni duduk rumah mentua.

Duduk rumah percuma, api air percuma, beras dia tak pernah beli, tapi simpanan pun tak ada, duit sendiri tak ada. Bila mak ayah dia suap, serius dia jadi pemalas. Kerja seminggu 3-4 hari, gaji cukup – cukup makan sendiri sahaja. Selama kahwin aku tak pernah rasa dia berk0rban apa – apa untuk aku.

Aku teringin nak anak, tapi duit untuk periksa kesuburan pun tak ada. Mana lah aku ada duit nak dahuIukan. Dan aku terfikir, kenapa ya dia tak macam orang lain. Impian nak berumah sendiri, kerja tetap… ekonomi teruk ya aku faham, tapi kenapa dia tak kasi aku kerja dan dia pun boleh kerja.

Aku fikir aku tak ada anak, tapi kenapa susahnya macam anak 10 orang. 8 tahun kahwin, tak pernah sekali jalan berdua, honeymoon ke, sambut hari lahir ke, sambut ulang tahun ke… semua itu tak pernah sepanjang 8 tahun kahwin. Tapi itu aku okey sahaja.

Walaupun hakik4tnya sebelum kahwin, ke mana – mana aku nak pergi aku start kereta terus sampai destinasi. Cuma bila duit tak ada, aku tak dapat balik kampung tu. Aku sedih sangat. Family berkumpul aku tak pernah dapat join. Sedih sangat.

Dia macam tak faham family aku jenis berkumpul ramai – ramai, rajin buat barbeque. Family dia bukan macam tu. Tapi patut ke dia samakan situasi family aku dan dia? Perlu ke dia layan aku dan family aku ikut cara family dia yang jenis tak boleh bergurau, nak serius sentiasa?

Aku jadi jauh hati. Aku ke salah sebab tak kenal dulu dia sebelum kahwin? Aku ke salah sebab tak faham dia susah? Aku ke salah kalau berkeras nak duduk rumah mak aku pula? Sebab dia tak kerja pun, kerja seminggu 3-4 hari sahaja. Dan aku nak pindah balik rumah keluarga aku.

Aku sudah tak selesa duduk rumah mentua. Itu belum lagi ipar bila serumah. Kadang – kadanag orang tak faham aku. Susah bila tak ada duit kan. Kalau aku cerita kenapa aku tak nak duduk sini, ada ke orang nak dengar kisah aku ni? Tak payah lah. Cuma aku nak korang bagi pendapat sahaja, kalau aku minta berpisah, adakah aku seorang yang pentingkan diri? Aku ke bersalah? – Aku (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

PrettyUgly Hensem : Anak tak ada, suami pemalas. Kau terkontang – kanting kat kampung orang. Duit poket pun tak bagi. Blah je lah. Bela diri sendiri. Kurang – kurang kau duduk rumah mak ayah kau semula, baru ada ceria hidup. Boleh jaga mak ayah sendiri. Kerja dan pegang duit sendiri.

Syafiqah Abdul Jalil : Aku meluat perempuan jenis macam kau ni sungguh pun. Anak tak ada lagi, alasan apa lagi kau bertahan dengan lelaki kau tu? Sebab batang ke apa ni sampai dah masuk 30-an pun tak boleh fikir lagi apa yang baik untuk diri sendiri?

Dah tu sampai 8 tahun pula tu “sabar” tu. Bukan sabar, tu b0doh tau dak? Tolonglah. Dah tak ada anak, angkat kaki dari dulu lagi patutnya. Geram tau sebab pattern perempuan macam ni, cakap elok – elok tak faham, kena kasar baru otak jalan. Adoi. Come on lah sis, benda tak payah tanya pendapat orang kot, boleh fikir sendiri kot. Please hargai diri sendiri dulu sebelum minta orang hargai diri kita.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.