
Mula hari pertama berkahwin suami aku dah tak sabar tunjuk true color dia. Selama kenal tak pernah berkasar, tiba – tiba keluar ayat h1na, m4kian. Pelik.. Cukup dua bulan kahwin, aku dah tak tahan. Suami pun tak pernah sentuh aku. Aku dah rujuk family suami dan bekas isteri dia..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum buat admin dan semua pembaca… Baca tajuk ni mesti ramai yang tahu kan, baitul jannah tempat orang untuk mencari jodoh, bagi yang sedang berusaha la, yang dah buntu tak tahu mana nak cari calon – calon. Itu yang aku fikir kan lah.
Tapi lepas dengar confession aku dan entry lain yang berkaitan mesti ramai yang sedar dunia sana pun tak lari daripada orang – orang pelik yang akhirnya membawa kesan pada hidup orang lain juga termasuk aku. Aku masuk laman Web tu memang niat untuk mencari pasangan hidup, orang yang keempat aku kenal adalah suami aku.
Dia approach aku senang jer, sebab masing – masing dah memang peringkat umur yang bagi aku cukup stabil, ada kerjaya, ada kereta, rumah belum lagi la, tapi dah sampai tahap umur yang tak nak kawan lama – lama lah kiranya. Fokus untuk cari pasangan sehidup sem4ti.
Lepas 2 bulan kenal dia ajak kahwin, jumpa mak ayah aku dan kami berkahwin la selepas bulan yang ke 4 perkenalan. Masing – masing jaga adab tingkahlaku sepanjang proses kenal hati budi. Memang tak lama.. Dalam kepala aku, bercinta lepas kahwin macam kami ni lebih indah.
Niat aku inilah perkahwinan yang terakhir lepas kami masing – masing pernah kecundang sebelum ini. Dia duda bertemu janda gitu la… Hari perkahwinan yang ditunggu pun tiba, mula hari pertama berkahwin suami aku dah tak sabar tunjuk true color dia.
Tak pernah – pernah kasar, dia keluar lah per4ngai dia mengh1na, merendahkan diri aku. Tuhan jer tahu perasaan aku sebagai pasangan pengantin baru masa tu. Daripada hari pertama jugak dia tak pernah sentuh aku untuk berkasih sayang atau bersama.
Sehari demi sehari aku tertanya – tanya kenapa dia layan aku macam tu. Tapi bila tanya dia akan membalas dengan kasar, kurang ajar dan ibarat mentally t0rture bagi aku. Kenapa perubah begitu drastik sekali? Bila berlanjutan sebulan lebih dia dah mula tunjuk kurang minat dia pada hubungan kami.
Aku pulak baru tahu hakik4t tentang dia tidak bekerja, bukan sedang mencari kerja ya… Dia memang tidak bekerja. Alasan dia adalah s4kit. Bila aku minta dia rawat s4kit, dia akan bagi tahu sedang rawat dan bukan lah s4kit sangat cuma tak ada feel nak sentuh aku isteri ya yang halal ini…
Masuk 2 bulan lebih usia perkahwinan aku memang dah tak boleh tahan dengan sikap suami yang langsung tidak mahu memberi respond dengan baik setiap perkara yang kami ingin bincang kan. Sampai dia keluar per4ngai pelik yang aku tak dapat gambarkan pada pembaca.
Aku pindah keluar daripada rumah suami dengan barang – barang rumah aku. Lepas pindah selama 2, minggu memang suami tak berminat untuk ambil tahu pasal hidup aku dan sebelum hubungan aku yang pelik ni terg4ntung lebih lama, aku mula suara kan kepada dia untuk membuat tuntutan cerai di mahkamah.
Suami hanya respond, dia malas nak fikir tentang hubungan kami sekarang dan tiada halangan untuk aku teruskan tuntutan. Jadi penceraian kami telah berlaku pada usia perkahwinan pelik kami ni 2 bulan lebih. Aku dah rujuk family suami dan bekas isteri dia.
Keadaan memang merujuk kepada suami aku yang pelik dan semua orang termasuk aku tidak tahu punca apa dia ingin berumah tangga kemudian bersikap sebaliknya. Sumpah aku tak ada jawapannya. Bagi aku ini bukan isu terkena buatan orang seperti yang orang kata.
Ianya lebih kepada niat dia yang sesungguhnya Allah swt sahaja yang lebih mengetahui. 2 bulan sahaja perkahwinan kami tapi apa yang aku alami sepanjang tempoh tu cukup untuk beri kesan dalam hidup aku. Itu kalau aku, kalau berlaku pada orang lain mungkin ada yang boleh jadi giIa!
Aku tidak salahkan laman Web tu untuk orang yang ingin berusaha mencari calon mungkin ada yang benar, tapi ini lah pengalaman aku. Berkenalan hingga berkahwin dengan suami daripada baitul jannah yang aku fikir niat nya sama… Tapi perbuatan sebaliknya.
Aku cuma mampu kat akan syukur alhamdulillah kepada Allah atas pertemuan dan perpisahan yang sangat memberi kesan dan hikmah dalam hidup aku secara peribadinya. Semoga korang di luar sana yang baca confession aku ni akan mengambil iktibar dan tolong lah berhati – hati kerana manusia luarannya nampak sama.. Nampak normal.. Disebaliknya hanya dia dan Tuhan yang tahu.
Jangan tanya perasaan aku.. Kerana pengalaman ini alhamdulillah teramat berat tetapi aku terima dengan redha dan mengandungi seribu hikmah sebaliknya… – Seteguh malayka (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Norliza Ahmad Shukri : Sebenarnya yang kenal – kenal bertahun sebelum kahwin pun, kita tak boleh menilai orang. Apatah lagi kenal sebulan dua terus kahwin. Ia berg4ntung kepada rezeki kita, sama ada nak dapat yang baik atau tak. Ada jugak yang kahwin sebab mak ayah kenalkan kekal hingga hujung nyawa, ada jugak yang sebaliknya. Semua ni kalau Allah tak izin, tak jadi.
Cahaya Hayati : Bagus TT ambil tindakan yang cepat. Tak perlu teruskan. Rawat diri dan teruskan kehidupan. Mintak sokongan dari keluarga terdekat. Saya mengenali suami dari BaitulMuslim. Tempoh taaruf dan pertunangam 1 tahun untuk mengenali bakal suami. Setiap hari solat Hajat minta petunjuk dariNya. Hakik4tnya kita tak boleh tahu semua. Alhamdulillah 14 tahun perkahwinan.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.