
Kak ipar yang duduk sekali dengan mak mertua beli mesin baru. Mak mertua guna untuk basuh baju cucu, anak aku. Mak mertua juga mandikan anak aku guna besen kakak ipar tu. Petang tu juga lepas kakak ipar balik kerja, dia meng4muk. Bising sebab besen mandi tak disimpan. Dia hempas besen tu dalam bilik air. Dia herdik kuat, terasa macam pendatang h4ram.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Rina. Kisah hidup aku sangat panjang dan berliku, dan mungkin boleh dijadikan pedoman untuk masyarakat. Ada masa nanti aku akan cerita sikit – sikit. Tapi kali ini aku nak fokus pada kehidupan rumah tangga dulu. Bila ada masa terluang lain kali, aku cerita lagi bahagian lain.
Aku terus kepada isi cerita ya. Aku tak ada mak ayah. Disebabkan itu, ipar duai tak menghorm4ti aku. Diam – diam mereka tilik tangga gaji aku. Hasut suami supaya jangan letak nama aku sebagai penama wasi4t KWSP. Diam – diam juga mereka kata aku kawal suami. Aku tahu mereka tak suka aku.
Atas sebab aku tiada asal usul keturunan. Ya, aku sedar semua tu. Kalau boleh aku putarkan semula masa lalu, aku pun tak akan pilih untuk terima jodoh ni. Jujur aku kata, jauh di sudut hati, aku menyesal kahwin dengan suami aku. Dulu dia janji bila kami kahwin, aku akan bahagia.
Katanya mak ayah dia akan layan aku seperti anak sendiri. Adik beradik dia akan layan aku seperti adik beradik sendiri. Semua tu dusta. Hari pertama kami nikah, makcik suami balas senyuman aku dengan jelingan sinis dari kaki sampai ke kepala.
Sedangkan dari segi harta, pendidikan, ilmu agama, Allah beri aku jauh lebih baik dari sudut mata kasar. Sedangkan dia hanya perempuan tua kampung yang kem4tian suami sebab peny4kit mental, dan anak – anak dia hidup berhutang dengan ahl0ng serta kaki perempuan.
Tapi kenapa dia buat macam tu pada aku? Sebab jijik? Jijik sebab aku tiada mak bapak? Kata suami aku, kalau ikut logik akal, sepatutnya aku yang jeling dia dari bawah ke atas, bukan dia pada aku. Bulan pertama kami bernikah, aku terdengar perbualan mak mertua dengan suami aku.
Bila suami cakap mungkin tak dapat balik kampung sebab tak cukup bajet, mak mertua aku cakap, “Rina takkan tak ada duit?” Masa tu aku baru dapat kerja dalam sektor kerajaan. Aku perasan, kalau balik kampung, bila suami hulur duit, mak mertua akan tolak.
Tapi kalau aku hulur duit, dia ambil dan diam. Sampai sekarang aku tak faham kenapa. Tahun kedua perkahwinan, kami berada jauh di perantauan sebab aku ditugaskan ke satu tempat di Borneo. Aku bersalin dan berpantang sendirian sebab tak ada siapa yang mahu datang jaga aku.
Sedangkan kakak ipar ada tiga orang suri rumah sepenuh masa dan anak – anak pun dah besar. Mak mertua pula disuruh jaga seorang kakak ipar yang bersalin lewat seminggu dari aku. Aku memang tak mengharap pun, cuma orang sekeliling aku bertanya. Apa aku nak jawab?
Masa cuti Tahun Baru Cina, masa tu tak cukup duit nak balik kampung. Kelayakan tiket kapal terbang dari kerajaan belum dapat. Jadi aku terp4ksa guna semua simpanan aku, hampir lima ribu lebih, untuk pulang ke kampung suami dengan niat nak bawa anak jumpa neneknya. Itu saja.
Kami tak ada pengalaman travel jauh. Masa tu kami naik bas dari lapangan terbang ke kampung suami, kemudian sewa teksi pula untuk ke bahagian pendalaman sebab kawasan tu tak ada bas. Bayangkan dengan anak sekecil lima bulan waktu tu. Letih, Allah saja yang tahu.
Sampai depan rumah mertua, salah seorang kakak ipar terus serbu dan ambil anak aku, bawa lari masuk rumah. Tangan aku yang dihulur untuk bersalaman dia buat tak nampak. Aku hanya tersenyum sepi. Seorang lagi kakak ipar serta – merta ajak ke rumah kenduri masa itu juga.
Allah, nak tolak kami tak pandai, letih hanya Allah yang tahu. Dari Borneo transit KLIA, terus ke utara Semenanjung, naik dua tiga buah bas ke satu negeri di utara, kemudian menunggu lagi teksi untuk masuk ke kampung pedalaman. Kami tak sempat duduk pun, dah didesak pergi kenduri.
Sampai di majlis, aku terk3jut sebab suami aku diarahkan untuk menjamu tetamu dan layan orang makan sedangkan dia sendiri belum makan. Aku pula kena jawab pelbagai soalan di ruang tamu dengan anak yang belum lena. Kami letih. Penat.
Dua tiga hari di rumah mertua, satu kejadian berlaku. Kami tak ada kend3raan tapi perlu ke pejabat imigresen sejauh empat jam pergi dan empat jam balik. Seorang kakak ipar yang tidur di situ ada dua kereta, satu milik suami dia. Hari tu dua – dua kereta tak digunakan pun. Tapi kenapa dia tak pelawa?
Sedangkan malam sebelumnya dia tahu kami nak jalan jauh untuk urusan penting, urusan pasport anak. Takkan aku sebagai menantu yang kena minta pinjam? Tak ada ke common sense nak fikir kami ni datang dari jauh? Kami ni pendatang ke?
Akhirnya suami aku pinjam motor ayah mertua. Fikir macam mana keadaan kami naik motor dengan anak kecil lima bulan redah hujan panas seharian dari pagi sampai maghrib. Waktu malam, masa tidurkan anak, kami masing – masing ada anak kecil.
Kakak ipar tu dapat anak selepas lapan tahun berkahwin dan dia mengandung sejurus aku tahu aku pun mengandung. Dia dodoikan anak dalam keadaan berdiri, mengendong ke kiri ke kanan sambil berzikir kuat – kuat. Aku faham nada tu, menyindir. “Inilah cara betul nak tidurkan bayi.”
Kenapa aku rasa begitu? Sebab aku tak pernah tidurkan anak dengan cara tu. Anak aku tidur sendiri lepas kenyang menyusu badan. Jadi aku tak perlu berzikir kuat – kuat atau goncang anak macam tu. Setiap kali dia tengok anak aku tidur, dia buat muka pelik. Pelik sebab aku tak goncang anak atau tak berzikir kuat ke?
Esoknya aku suarakan hasrat nak ke selatan semenanjung, nak ziarah pengasuh dan keluarga angkat yang urus pernikahan aku, tapi mak mertua tak bagi. Dia suruh pergi lain kali bila balik lagi. Aku agak terkilan. Salah ke aku nak pergi dengan duit sendiri? Aku tak berdaya, aku pendam, aku menangis sendiri dalam bilik masa tu. Masa tu memang aku b0doh.
Petang esoknya, nak dijadikan cerita, kakak ipar yang duduk sekali dengan mak mertua beli mesin basuh semi auto baru. Mak mertua guna untuk basuh baju cucu, anak aku. Mak mertua juga mandikan anak aku guna besen kakak ipar tu. Petang tu juga lepas kakak ipar balik kerja, dia meng4muk. Bising sebab besen mandi tak disimpan. Dia hempas besen tu dalam bilik air.
Aku dari dalam bilik pasang telinga. Dia herdik kuat, terasa macam pendatang h4ram. Dia bising mak mertua guna mesin basuh dia, marah sebab letak baju sampai penuh ruang spin. Dia hempas penutup mesin basuh tu, dan dalam tu ada baju anak aku. Pilu hati aku.
Walau dia tak sebut nama aku, tapi semua harta dia tu digunakan mak mertua untuk urus anak aku. Dia membebel tanpa henti. Aku tak suruh mak mertua buat semua tu, aku pun tak halang sebab aku tahu dia nak lakukannya sebab cucu. Tapi malam tu, aku dah tak tahan.
Aku telefon grab, minta ambil kami malam tu juga dan hantar ke hentian bas ekspres. Aku nak balik ke rumah keluarga angkat aku. Dari sinilah bermula kisah hitam, peristiwa pahit antara aku dan keluarga mertua. Sejak tu semua anggap aku jahat dan busuk.
Lepas beberapa hari di selatan, kami pulang ke Borneo. Masa tu perg4duhan berlaku antara kami dan keluarga mertua. Aku berdiam diri, tak mahu bersuara walau sekejap melalui telefon. Hanya suami saja yang berurusan dengan keluarga dia.
Tapi aku dapat dengar mak mertua kata, “Mu jangan dengar sangat cakap Rina tu.” Dan mak mertua berkeras suruh suami aku minta maaf dengan kakak dia yang hempas mesin basuh tu. Kata suami aku, mak dia terp4ksa bela kakak sebab kakak tu sajaIah yang selalu bagi duit dan macam – macam pada mak.
Walau kakak dia tu pernah panggil mak dia b0doh pun, mak tetap pilih dia. Sebab suami aku tak mampu nak bagi duit banyak. Tu luahan suami aku masa tu. Dalam perbualan telefon yang hampir tiga jam, banyak benda diungkit. Semua keburukan dan kesalahan diletakkan atas kepala aku. Hal remeh pun diperbesar.
Siapa yang kena salam siapa dulu bila balik kampung pun jadi isu. Katanya mak kecil hati sebab kami balik dari Borneo tapi bermalam di hotel tempat kami dulu bernikah. Bukan kami tak bagitahu pun. Tapi mereka anggap wajib balik dan tidur rumah mertua walau jauh mana pun perjalanan.
Aku terk3jut bila tahu mertua kecil hati sebab tu. Tapi yang pelik, mereka pun selalu kecil hati dengan kakak suami yang hempas mesin basuh tu, tapi tetap berpihak pada dia. Busuk macam mana pun adik beradik mereka, aku tetap orang luar yang layak dibenci dan dipij4k.
Tiba giliran suami bercakap dalam telefon dengan kakaknya yang hempas mesin basuh tu, terus suami aku meletus marah sampai aku pun takut. Tapi aku tahan. Untuk pengetahuan, mereka berdua memang tak sekepala dari kecil. Tapi adil ke aku yang kena tanggung ketidaksefahaman mereka?
Aku terbaca mesej adik ipar lelaki kepada suami aku, “Aku tak nak keluarga kita jadi macam keluarga Kak Rina. Aku sayang adik beradik aku.” Sungguh terasa hati. Ya, aku tahu aku tak ada ibu bapa, tapi besar makna ayat tu bagi aku. Mesej adik ipar perempuan pula, “Esok kau m4ti, suruh bini kau kapankan kau, tanam kau kat kubvr tu sendiri.” Aku memang ingat sampai m4ti kata – kata mereka.
Sejak peristiwa tu, baru aku sedar hakik4t hidup tanpa asal usul diri memang begini. Dih1na, dikeji. Aku pernah dih1na “perempuan tak ada martabat” oleh seorang lelaki. Dan macam mana baik pun kita dalam keluarga mertua, tetap dianggap busuk.
Sejak hari tu aku berhenti telefon mak mertua, berhenti beli hadiah atau bagi apa – apa pada mereka. Aku sedar, macam mana baik pun aku, mereka tetap tak suka. Lebih baik aku simpan duit untuk masa tua nanti. Dulu sebelum aku setuju terima suami, aku berulang kali tanya tentang penerimaan keluarganya.
Dia kata semua suka. Tapi kenapa lepas nikah lain cerita? Aku yakin kalau aku ada mak ayah, mereka tak akan berani buat begini. Sekarang dah masuk tahun keenam kami di Borneo. Kami hanya mampu balik setahun sekali. Selebihnya kos perjalanan, penginapan dan sewa kereta semuanya bawah tanggungan aku sebab suami tak mampu.
Kalau ikut logik, kalau semua tu kena guna duit suami, memang tak dapat balik. Untuk pengetahuan semua, suami aku sebenarnya baik dan bertanggungjawab sejak kami kenal. Aku terima dia sebab dia terima aku seadanya. Tapi satu – satunya sebab aku pernah terfikir nak berpisah hanyalah kerana keluarganya. Layanan keluarga dia.
Pernah orang cakap pada aku, suami aku tak ada apa – apa kalau nak dibandingkan dengan aku. Tapi keluarganya tak sedar pun semua tu. Aku ada ijazah, bahkan boleh sambung master dan PhD, tapi aku tahan diri sebab nak elak jurang terlalu besar antara kami.
Suami cuma ada SPM, nak sambung belajar pun susah sebab gagal Matem4tik dan Bahasa Inggeris. Jujur demi Allah, aku pernah minta suami lepaskan aku sebab aku nak dia balik ke pangkuan keluarga dia. Sebab mesej – mesej adik beradik dia.
Sebab kebencian keluarga dia pada aku. Tapi sebab anak – anak kami dua orang masih kecil, aku tak mampu. Aku tak mahu rampas kebahagiaan mereka. Hujung tahun ni kami terp4ksa juga balik sebab tiket kapal terbang yang diberi kerajaan wajib digunakan.
Kalau tak, aku kena bayar penalti sekali ganda harga tiket. Kalau kos tiket untuk kami sekeluarga cecah enam ribu, macam mana aku nak bayar penalti? Ikutkan hati, aku tak mahu langsung balik. Aku bukan ada sesiapa pun. Orang lain teruja nak balik kampung jumpa mak ayah, tapi aku tak ada semua tu. Tiket kapal terbang tu pun rasa macam beban bagi aku.
Aku pernah terfikir nak suruh suami saja balik jumpa mak ayah dia, dan aku tinggal di tempat lain dua tiga hari. Selebihnya aku nak berjalan, makan angin dan gembirakan hati sendiri yang Iuka. Tapi aku risau kalau ayah mertua kena ser4ngan jantung kalau kami balik berasingan. Alangkan peristiwa “mesin basuh” dulu pun dia boleh menangis sebab terlalu marah.
Tahun lepas masa balik, aku menangis dalam bilik sebab kakak ipar langsung tak nak pandang muka aku bila aku salam tangan dia. Ni bukan kakak ipar mesin basuh tu, tapi kakak ipar yang giIa hormat, nak aku salam dia dulu walau masa tu aku tengah sibuk masak atau urus anak. Dia juga yang dulu bawa lari anak aku masa depan rumah tu.
Adik ipar lelaki pula masam muka, tak nak bercakap dengan aku. Tapi sengaja cakap depan mak mertua, “Nanti orang beli tiket flight bawa mak pergi Langkawi.” Suami aku pun kata, adik dia sengaja cakap macam tu sebab nak sindir. Datang jenguk kami di Borneo pun tak pernah sekali. Walaupun aku pernah pelawa tiket percuma, tetap bagi alasan.
Masa kami keluar dari kampung mertua, suami aku menangis dalam kereta bila tengok sendiri cara adik beradik dia layan aku. Satu hal lagi, suami kakak ipar yang hempas mesin basuh tu suruh suami aku masuk balik dalam group adik beradik. Aku diam, tak nak respon.
Dulu awal – awal mereka masukkan suami aku tanpa aku, padahal nombor aku pun mereka ada. Tapi bila suami keluar group, adik perempuan dia yang jadi admin ungkit habis kenapa masa dia nikah kami tak balik. Sedangkan masa tu kami di Borneo, tiket flight bukan murah.
Padahal masa kami nikah dia pun tak balik sebab tak dapat cuti, kami pun tak kisah pun. Untuk apa group tu? Untuk tambah ruang mereka pij4k aku lagi? Seorang lagi kakak ipar yang pernah suruh suami aku jangan letak nama aku sebagai penama w4ris KWSP, aku memang rimas bila dia datang.
Sejak kami dah pandai sewa kereta, asal kami balik, dia buat – buat s4kit, merungut s4kit kepala, s4kit badan, d4rah tinggi, duit tak cukup. Ajak suami aku bawa dia pergi hospital dua jam jauhnya, ajak pergi tengok anak dia di kolej, suruh hantar balik anak dia ke kolej.
Kalau dia bagi duit tak apa juga. Aku dah cakap awal pada suami, aku cuma rela sedekah duit aku untuk mak ayah dia sahaja. Yang lain, aku minta maaf. Keperluan anak – anak sendiri pun banyak tak tertunai. Bila aku tengah masak di dapur, dia tanya kenapa tak masak lauk ni, kenapa tak masak lauk tu.
Kalau aku buat ayam goreng, dia suruh buat ayam masak merah. Padahal aku masak untuk anak – anak aku. Suami aku kata, kakak dia tu kalau mak mertua masak lauk sedap, semua datang makan. Tapi kalau lauk ikan kering, buka tudung saji tutup balik. Itu suami aku yang cakap, bukan aku.
Yang kelakarnya, mereka semua benci aku, tapi anak – anak aku pula yang mereka nak. Siap suruh tinggalkan di kampung sebab katanya senang dijaga. Sebegitu jijiknya mereka terhadap aku. Aku memang tak pandai nak ambil hati lagi. Rasa tak berbaloi langsung buat baik pada orang yang layan aku macam alas kaki.
Mereka kena sedar, alas kaki yang mereka jijikkan ni lah yang terima adik mereka seadanya, walau masa tu dia tak ada kerja tetap pun. Aku terima seadanya walau gaji dia kecil, walau cuma ada motor kapcai buruk, walau sekadar kerja restoran makanan segera gaji lima ratus sebulan. Aku tak kebulur harta mereka pun. Tak hingin langsung. Aku sendiri boleh cari duit sebab dah biasa kerja dari darjah enam. Cuma yang bagusnya, suami aku pandai simpan duit walau gaji tak besar.
Pembaca sekalian, aku mohon cadangan dan sokongan. Apa perlu aku buat bila balik kampung suami hujung tahun ni? Macam mana aku nak berhadapan dengan ipar duai? Aku dah cakap pada suami, aku tak nak tanggung d0sa sebab halang dia balik jumpa mak ayah dia. Sebab aku ada anak lelaki.
Sebab tu aku masih sabar walau dilayan macam kain buruk, walau dia balik menjenguk ibu ayah guna duit aku. Aku mohon kalian doakan aku kuat untuk berhadapan dengan layanan buruk demi secebis tanggungjawab dan syurga seorang anak.
Terima kasih sebab sudi baca kisah aku. Assalamualaikum.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.