Jatuh cinta dengan anak orang kaya, keluarga perempuan minta hantaran 20k. Aku pergi oversea jadi buruh h4ram. Bila balik aku dilayan macam pengemis

Aku diberi syarat hantaran RM20k dan barang kemas “serba berdiri”Waktu itu aku hanya ada RM3k dalam simpanan. Aku buat keputusan untuk jadi buruh secara h4ram untuk dapat duit. Aku tunggu dia dekat pagar rumah. MaIangnya aku dihalau oleh abangnya dan mengatakan aku tidak malu menunggu dan diibaratkan seperti peminta sedekah.

#Foto sekadar hiasan. Salam semua.. Sebut sahaja lelaki, pasti dicopkan sebagai buaya d4rat, main kayu tiga empat, tetapi jarang sekali lelaki meluahkan perasaan kerana tiada siapa yang sudi mendengar kerana asyik dicopkan negatif oleh w4rga wanita.

Aku ini hanya taraf diploma sahaja, penduduk miskin bandar, aku tersalah langkah apabila aku terjatuh cinta dengan wanita yang jauh lebih berada dari aku. Benarlah cinta itu buta, aku diberi syarat hantaran RM20k dan barang kemas “serba berdiri”, waktu itu aku sebenarnya tahu pihak wanita telah menolak aku dengan cara beralas. Mereka tahu aku tidak mampu

Ibu sudah beri nasihat, tidak perlu menerima syarat mereka. Tetapi sikap aku yang ego dan menerima cabaran itu dengan yakin. Aku diberi masa setahun untuk kumpul segalanya. Waktu itu aku hanya ada RM3k dalam simpanan. Aku buat keputusan untuk ke korea menjadi buruh secara h4ram dengan mengambil cuti tanpa gaji selama setahun.

Butanya mata aku waktu itu kerana aku sudah tidak nampak cara aku waktu itu telah menyusahkan rakyat malaysia yang lain. Dek kerana perjuangan cinta, aku kembara mencari rezeki. Mulanya tunang aku, Tia, memahami. Siap beri dorongan dan memuji keberanian aku berjuang untuknya.

Siang malam aku membanting tulang bekerja di Korea, aku mengik4t perut untuk mengumpul duit dengan segera. 6 bulan selepas itu, aku merasakan Tia sem4kin menjauhi aku. Aku cuba mesej dengannya tetapi jarang dilayan. Kalau mesej pun hanya perkataan yang pendek dan dibiarkan “blue tick” sahaja.

Aku tahu Tia sudah penat menunggu aku pulang. Tia seorang yang manja, dia perIukan aku disisinya sentiasa. Genap 8 bulan, aku berjaya mengumpul duit yang dijanjikan dan kembali ke Malaysia dengan hati yang rindu menggunungkan kepada keluarga dan Tia.

Sekembalinya aku ke Malaysia, aku masih belum dapat menjejaki Tia, aku ke rumah ibu bapanya, tetapi maIangnya mereka sekeluarga bercuti ke Switzealand selama 2 minggu. Aku menunggu dengan sabar dan menyuruh ibu untuk bersiap sedia menghantar duit belanja seperti yang dijanjikan.

Tia langsung tidak menghubungi aku. Aku sabar dan membelikan teddy bear kepadanya. Aku tunggu Tia di luar pagar rumah mereka pada hari dia dan keluarga tiba di Malaysia. MaIangnya aku dihalau oleh abangnya dan mengatakan aku tidak malu menunggu dan diibaratkan seperti peminta sedekah. Menangis air mata jantan aku waktu itu.

Aku kembali ke rumah dan menceritakan kepada ibu. Ibu terus membatalkan rancangan kami untuk menghantar duit belanja. Hati ibu sudah tertutup untuk menerima Tia sebagai menantunya. Ibu berkata, pada dahulu lagi hatinya tidak tenteram.

Ibarat pipit dan enggang tidak akan terbang bersama walaupun si pipit cuba sedaya upaya. Aku perlu sedar diri aku yang family kami hanya tinggal di rumah PPR. Bagaimana aku ingin membawa Tia untuk tinggal dengan kami walaupun rumah PPR tersebut adalah atas nama aku.

Aku seperti tersedar, aku terus menelefon Tia, walaupun dia enggan berjumpa aku, tapi kami perlu selesaikan masalah ini. Akhirnya kami berjumpa, Tia beritahu sejujurnya dia tidak dapat menunggu aku lagi. Dia bosan dan telah bertemu dengan lelaki yang setaraf dengannya.

Aku hampir mahu menjerit waktu itu, ikutkan hati mahu sahaja aku membvnvh Tia kerana tidak berpegang pada janji. Tetapi aku masih ingatkan nasihat ibu, aku berlalu meninggaIkan Tia dengan tangisan yang aku pendam di dalam hati.

Sebulan juga aku tidak mahu makan dan minum. Badan aku sem4kin susut dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun. Aku tidak salahkan Tia, tetapi aku salahkan diri aku kerana terlalu buta dan tidak sedar diri yang aku ini pemuda miskin yang hanya ada keikhlasan didalam percintaan.

Genap sebulan, ibu datang bercakap dengan aku. Ibu mengatakan aku ada kekuatan dan kelebihan yang aku sendiri tidak mengetahui. Iaitu rajin mencari rezeki dan berazam tinggi. Dengan duit yang aku kumpul untuk Tia, aku bersama adik membuka cafe di pinggir ibu kota.

Berkonsepkan santai, kami berjaya mendapat ramai pelanggan tetap dan sekarang lebih mudah kerana ada service delivery. Walaupun cafe kami agak kecil, masih belum stabil sepenuhnya, tetapi aku telah memberikan cahaya baharu terhadap kehidupan adik aku kerana dia memang minat berniaga sejak dahulu lagi.

Kini, hidup aku kembali normal, aku masih bekerja biasa, dan malam aku akan membantu adik di cafenya. InsyaAllah tahun depan kami merancang untuk membuka cawangan di tempat lain dan resepi kopi ibu aku sendiri menambat sambutan hangat dari customer kami.

Walaupun hati aku masih s4kit, ya, masih s4kit.. Aku masih tr4uma dengan wanita tetapi perasaan aku sedikit terubat melihat ibu dan adik yang gembira menguruskan cafe setiap hari. Siapa tahu duit yang aku kumpul untuk memberikan kehidupan baru kepada wanita lain rupanya berguna untuk kehidupan baru untuk ibu dan adik aku.

Nampak macam novel kan? Tahu tak kenapa? Sebab lelaki jarang luah perasaan di media social. Hakik4t orang yang terani4ya seperti aku masih ada, tetapi jarang diketengahkan oleh sesiapa. Kepada Tia, abang harap Tia bahagia dengan pilihan hati, abang mohon maaf kerana abang tidak mampu memberi kebahagiaan kepada Tia, dan abang maafkan segalanya yang sudah terjadi antara keluarga kita.

Walaupun pedih itu tetap ada, tetapi kepedihan hati ini kerana kasih sayang itu masih ada di hati. Bukanlah kerana abang membenci Tia. Kepada seluruh w4rganet, nasihat ibu bapa dalam mencari jodoh itu amat penting. Dan juga ia perlu melihat dari segi taraf dan kedudukan antara dua keluarga. Sejujurnya ini silap aku.. kerana aku telah cuba untuk terbang bersama enggang, tetapi aku gagal… Sekian.. Assalamualaikum WBT. – Muzaffar (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Marini Marissa : InsyaAllah, Allah itu tidak ZaIim. Entahkan Tia tu juga dapat desakan dari keluarga dia untuk menjauhi saud4ra. Berlapang d4dalah dengan apa yang berlaku. Ada orang pernah kata kat saya, kalau kita rasa kecewa dengan hidup… ingatlah satu perkara ni:

“We planned….. but Allah’s plan is always the best for us. Always”. Allah tak akan aniaya h4mbaNya yang dia kasihi. Kita tak nampak hikmah untuk masa sekarang, tapi kita akan bersyukur satu hari nanti. Pengalaman kerja di Korea, duit yang berjaya dikumpul tu insyaAllah tak akan terbazir. InsyaAllah..

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :