
Malam tu juga, masa dia tengah tidur, aku ambil kad SIM dia dan masukkan ke dalam telefon aku. Luruh hati aku bila nampak dia curang.. Tahun ni pula, kantoi dia guna aplikasi dating berbayar. Aku rasa nak gelak tapi dalam masa sama tangan aku menggigil. Aku tak cakap banyak, aku letak cili p0tong dalam boxer dia. Masa nak pergi kerja, dia pakailah boxer yang aku p0tong tu. Pijar rasanya!
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku dah tiga tahun berkahwin. Aku diceraikan pada tahun kedua masa kami tengah berjauhan dan aku tengah jaga bayi yang baru berusia lapan bulan. Lepas tiga hari aku diceraikan, kami rujuk semula. Itu pun sebab aku yang pujuk. Aku rayu suami supaya fikir dengan lebih w4ras.
Punca aku diceraikan sebab aku minta dia jujur. Aku ternampak akaun MiChat dia. Mungkin salah aku sebab hambur saja apa yang terbuku dalam hati. Tapi sepanjang aku berkahwin, aku tak pernah dapat jawapan jujur daripada dia. Sampai sekarang aku dah tak nampak kejujuran dalam mata dia.
Aku tak tahu sampai bila aku nak terus rasa kecil hati. Aku rasa perkahwinan aku ni terlalu hipokrit, terlalu banyak penipuan. Kadang – kadang aku tak mampu Iawan, aku cuma mampu senyum saja. Dia kata dia sayang aku, tapi kenapa perbuatan dia selalu meny4kiti hati aku?
Bila aku tanya kenapa, jawapan dia cuma “apa yang abang buat?” Aku tak mampu nak Iawan jawapan yang seb0doh tu. Lepas tu, aku diceraikan semula beberapa bulan selepas kami rujuk. Mungkin dalam tujuh bulan macam tu. Kemudian rujuk balik selepas tiga hari.
Itu pun sebab aku yang pujuk lagi. Dia ceraikan aku lepas nampak aku bermesej dengan bekas teman lelaki. Sebelum tu kami ada pergi ke Cameron Highlands untuk bercuti. Kami kan berjauhan, dia balik Jumaat malam, Sabtu pagi terus bergerak ke Cameron Highlands dan petangnya terus balik rumah.
Tapi masa dalam perjalanan balik tu, dia senyap dengan aku. Aku memang nak berjalan balik hari saja sebab tak nak kacau bajet dia. Tapi nampaknya rancangan aku tu buat mood dia kacau. Dia senyap dengan aku berminggu – minggu. Even bila balik rumah pun dia tak bercakap langsung dengan aku. Aku rasa sunyi sangat.
Aku jaga anak kecil tanpa ada bahu nak bersandar. Luahan aku tak ada siapa nak dengar. Dalam tempoh dia senyap tu, aku cuba juga untuk hubungi dia. Aku telefon, mesej berkali – kali. Tapi jawapan yang aku dapat cuma “jangan kacau.”
Sampailah satu hari aku nekad untuk hubungi bekas teman lelaki aku. Aku sengaja biarkan suami nampak perbualan tu sebab aku tahu dia memang suka intip akaun Facebook aku. Aku contact bekas teman lelaki tu pun sebab aku nak pecahkan kesunyian aku.
Berminggu – minggu aku dipulaukan suami sendiri. Aku cuma nak tenangkan diri, nak ada orang bercakap dengan aku. Sumpah aku cakap, aku tak ada kawan langsung. Lagipun aku buat macam tu sebab aku cuma nak dia rasa apa yang dia pernah buat pada aku masa aku mengandung dulu.
Ni pula cerita masa aku mengandung. Berbulan – bulan dia kunci telefon dia. Sampailah satu malam aku nampak dia macam gelisah bila aku terjaga dari tidur. Malam tu juga, masa dia tengah tidur, aku ambil kad SIM dia dan masukkan ke dalam telefon aku.
Luruh hati aku bila nampak dia curang. Tapi esoknya aku pilih untuk tenang. Aku k3jutkan dia bangun subuh. Pagi tu ayat pertama yang aku cakap pada dia sebelum dia bangun dari tidur, “aku dah tahu semua.” Terus dia tak nak bangun, tak nak pergi kerja.
Tengah hari tu dia keluar rumah sampai tengah malam. Bila dia balik, dia cuma datang ambil baju kerja, lepas tu keluar balik. Masa dia nak pergi, aku kejar sampai depan rumah. Aku tengah sarat, tapi aku tetap berlari juga. Aku ketuk pintu kereta, harap dia lembut hati.
Tapi tak, dia tetap tinggalkan aku malam tu. Aku tak tidur langsung. Aku kemas rumah sampai pagi. Mesin basuh, portable aircond, semua aku angkat. Senang cerita, aku bersihkan seluruh rumah. Ada waktu sikit aku sempat bersenam. Jalan itik, squat dan macam – macam lagi.
Maklumlah, masa tu due tinggal dua minggu saja lagi. Hari tu lepas aku habis kemas rumah, aku mesej dia suruh balik. Aku cakap apa yang aku nampak malam semalam tu aku maafkan, aku minta dia buka buku baru dan jangan ulang lagi. Dia cakap dia malu nak tengok muka aku.
Aku balas, “tak apa, tidur kat bilik sebelah.” Lepas dua hari dia keluar, akhirnya dia balik juga. Tapi kami tak bercakap selama beberapa hari. Sampailah lima hari sebelum aku bersalin, barulah kami okey. Tapi bercakap pun benda penting saja.
Sepanjang dia tak ada, aku banyak menangis. Masa buat kerja rumah okey je, tapi bila berhenti sekejap, aku menangis. Solat pun aku menangis. Aku doa kat Allah supaya dia berubah dan dilembutkan hati dia. Hari – hari tanpa dia, aku cuma menangis saja.
Tahun ni pula aku kantoi dia guna aplikasi dating berbayar. Entahlah, aku rasa nak gelak tapi dalam masa sama tangan aku menggigil. Aku tak cakap banyak, aku letak cili p0tong sedikit dekat boxer dia. Hari tu dia kerja shift malam. Masa nak pergi kerja, dia pakailah boxer yang aku p0tong tu. Haha pijar – pijar dia, terp4ksa basuh sebelum tukar boxer lain.
Sebelum pergi kerja, dia tanya aku elok – elok, “kenapa buat abang macam ni?” Aku balas, “kenapa? Yang kau seronok tengok badan orang lain berbayar tu macam mana pula?” Lebih kurang macam tu aku jawab. Dia tak cakap banyak, terus masuk kereta dan pergi kerja. Tak sampai lima minit, dia mesej aku cakap, “kalau nak cerai, cakap saja.”
Esoknya, pagi lepas dia balik kerja, terus dia suruh aku kemas barang. Aku pun kemas semua. Masa balik tu aku senyap, dia pun senyap. Yang paling kelakar, masa aku pergi tandas, dia senyap – senyap salin semua mesej WhatsApp aku. Entah kenapa dia paranoid sangat.
Aku biar saja sampai akaun tu terlog keluar sendiri. Dua minggu lepas tu dia hantar aku balik, aku pergi mahkamah untuk mohon pengesahan cerai. Semua okey, berjalan lancar. Sebulan saja dah selesai. Nak tahu apa yang paling mengejutkan?
Rujuk kali pertama kami dulu rupanya sia – sia. Aku kena jalan tempoh eddah tiga bulan. Sekarang dah cukup tiga minggu tempoh eddah aku tamat. Tapi ada satu benda yang masih sangkut, bukan perasaan aku. Entahlah. Masa eddah tu kami okey saja.
Hari hakim cakap aku kena jalan eddah, balik rumah, dia cakap kita kena kahwin balik. Aku pun okey saja. Masa eddah tu dia pandai pujuk aku. Sebelum ni tak pernah, salah kecil pun dia tak pernah pujuk. Aku jatuh ke, dia tengok saja. Tak peduli langsung.
Sampailah empat hari lepas, dia tak curang pun, tapi baru saja balas thread perempuan lain. Entah kenapa tiba – tiba aku teringat balik semua benda. Thread perempuan tu tulis, “siapa orang Ipoh? Nak cari kawan orang Ipoh.” Aku nampak dia reply kat thread tu.
Aku screensh0t dan tanya dia, “kenapa tak kahwin saja dengan perempuan ni?” Dia cakap dia main – main saja sebab ada “bah”. Aku balas, “okey, aku pun boleh komen kat post lelaki lain letak ‘bah’ juga.” Tahu pula dia nak marah aku balik. Ada juga masa dia cuba contact aku elok – elok.
Tapi aku rasa kuat sangat yang dia sebenarnya nak aku balik sebab takut mak dia marah. Aku bagi dia pilihan, sama ada kalau nak kahwin dengan aku, dia kena isi borang sendiri, atau dia boleh teruskan hidup dengan mana – mana perempuan lain. Semalam dia balas, “okey, aku isi sendiri.”
Aku pelik, kenapa dia pilih jalan susah, padahal dia boleh saja mula hidup baru? Dia cakap aku selalu m4ki dia. Yelah, kena m4ki sebab selalu cakap benda tak logik. Asyik nak menang saja, selalu p4ksa aku jelaskan benda remeh untuk dia faham, padahal dia boleh fikir sendiri.
Aku kahwin dengan lelaki tapi aku yang kena keluarkan tenaga maskulin. Aku penat. Semua cara aku dah buat untuk bagi pemikiran aku ni selesa. Dari cakap elok – elok, marah – marah, sampai terp4ksa jadi perempuan bimbo gedik – gedik.
Semua memenatkan. Kalau dia jujur saja dengan mak dia yang dia dah bercerai, mak dia marah sekejap je. Lagipun mak dia pun suka mengata aku. Dia pun tahu tu. Mak dia cuma nak cucu aku je. Kenapa tak boleh bercerai cara elok? Kalau mak dia nak anak, boleh je aku bagi jaga seminggu.
Sebenarnya aku tak suka mainkan perasaan orang. Tapi kenapa ya, manusia macam dia boleh masuk dalam hidup aku? Masa mula – mula aku tahu dia jenis suka curang, test air perempuan sana sini, aku doakan saja supaya dia berubah. Sekarang aku dah putus asa dengan doa aku.
Sampai aku rasa Allah tak makbulkan doa aku pun. Doa terakhir aku, aku minta Allah ubah aku, teguhkan dan kuatkan hati aku. Dan aku tak selit nama dia dalam doa aku dah. Murah rezeki, sihat badan, atau apa – apa pun, aku rasa nama dia tak patut ada dalam doa aku lagi.
Kenapa dia tak pilih saja jalan yang dia nak selama ni? Aku dah penat nak suap ego dia. Dah rasmi bercerai pun kenapa masih pilih aku? Aku tahu sebab apa. Tapi jawapan dari semua ni agak mind – blowing bagi aku. Suka s4kitkan hati aku tapi masih pilih aku walaupun hari – hari nampak muka aku yang asyik pandang dia dengan marah. Rasa hati aku ni berd3ndam, tunggu masa nak meIetup saja. Maaf panjang sangat, 40 minit aku menulis. Aku harap ini luahan terakhir aku tentang perkahwinan ni.
Komen Netizan :
Nur Farhanah Syamimi : Kalau dia curang dah lebih daripada sekali lepas kahwin, lepaskan saja. Sebab dia akan curang sampai dah tak boleh nak ubah lagi. Banyak dah orang sekeliling aku macam ni. Yang isteri tu pun nanti akan buat hal juga akhirnya. Jadi, sebab dah cerai, pergi cari orang lain saja.
Anonymous Participant 233 : Apa yang aku nampak, kau ni asyik kena main saja dengan suami. Dia tahu seratus peratus per4ngai kau. Dia tahu kelemahan kau. Dia tahu macam mana tindak tanduk kau bila dia bertindak. Suami kau jenis lelaki yang ego nak m4mpus. Tak akan pernah mengaku kesilapan sendiri. Tak payah buang masa dengan lelaki macam tu. Langsung tak menghargai kau.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.