Isteri kantoi mesej mesra dengan laki orang. Dia bersumpah takde apa-apa, bukan ‘taste’ dia. Satu hari, isteri aku tiba-tiba merayu minta diceraikan

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku sediakan rumah rumah banglo, kereta import dua biji, sorang satu. iPhone tujuh sampai iPhone lima belas pun aku yang belikan. Jam tangan pintar dia pun aku hadiahkan. Apa lagi yang tak cukup. Bila aku minta dia tunaikan nafkah batin, mengelak penat. Anak-anak aku dah besar pun..

#Foto sekadar hiasan / AI. As salam. Aku cuma nak luah dan nak tanya pendapat orang yang lebih arif, sebab sekarang aku sendiri buntu. Aku dan isteri dah berkahwin hampir lima belas tahun, anak ada lima orang. Yang bongsu baru tiga tahun, yang lain semua dah sekolah dan pandai urus diri.

Aku kerja pegawai gred degree, gaji hampir tujuh ribu. Isteri pula gred sokongan gaji sekitar tiga ribu. Hidup kami sebenarnya dah stabil, rumah banglo, kereta import dua biji, sorang satu. Komitmen rumah pun aku tanggung dalam nisbah tujuh puluh tiga puluh. Pendek kata, hidup kami bukan susah.

Masalah bermula bila aku ternampak wasap isteri dengan seorang lelaki. Bukan lelaki bujang, tapi suami orang. Dan lebih parah, isteri lelaki tu satu pejabat dengan isteri aku. Dalam wasap tu ada emoji love, emoji kenyit mata, dan siap ajak belanja makan dengan kawan perempuan pejabat dia.

Pada mulanya aku tak terus melenting. Aku screensh0t, aku fikir baik – baik, dan aku pilih untuk tanya elok – elok. Sekali aku tanya dengan nada lembut pun tiba – tiba dia meIetup. Aku tanya sahaja, apa maksud emoji tu, kenapa balas macam tu.

Tapi dari situ terus jadi g4duh besar. Dia marah macam aku tuduh dia buat benda teruk, sedangkan aku cuma minta penjelasan. Dia sampai cakap macam – macam, cakap kasar, panggil aku dengan aku kau, siap tolak aku dan hempas laptop aku sebab dia tak puas hati.

Dia kata itu semua tak ada apa – apa, itu bukan citarasa dia, dia bersumpah tak ada hubungan pun. Tapi kalau tak ada hubungan, kenapa marah sampai tahap macam tu. Bila aku tanya, dia kata aku ni macam malaik4t sangat. Dia pula ulang – ulang kata dia ni jahat, dia ni sundaI, semua buruk dia, semua baik aku. Padahal aku cuma nak tahu apa yang berlaku.

Yang buat aku lagi hairan, bila aku tanya tentang wasap tu, dia pula tuduh aku ada skandal. Dia ulang cerita lima belas tahun lepas, padahal itu salah faham yang dah lama selesai. Tapi setiap kali berg4duh, dia akan ungkit benda tu balik, macam Iuka lama yang sengaja dibuka.

Lepas kejadian tu, dia delete semua wasap dengan lelaki tu. Dan sekarang, wasap aku sendiri pun dia block. Dalam rumah dia buat muka masam, marah – marah, tak nak bercakap, tidur pun dia bawa anak masuk bilik lain dan kunci pintu setiap malam.

Satu malam tu, masa kami tengah tegang dan aku nak bincang baik – baik, dia tiba – tiba ugvt nak ced3rakan diri. Dia ambil pis4u dan minta diceraikan malam tu juga. Bila aku tahan, dia ketuk kepala sendiri berkali – kali dengan remote televisyen sampai aku terp4ksa peIuk dia untuk hentikan. Dia sampai sujud minta diceraikan.

Aku tak tahu sama ada itu kemurungan, tekanan, gangguan, atau dia sebenarnya dah letih dengan sesuatu yang dia tak pernah cerita. Kalau ikut bab nafkah, aku rasa aku dah buat sehabis baik. Makan minum semua aku tanggung. Nafkah dia aku beri setiap minggu dua ratus hingga tiga ratus, kadang – kadang lebih. Bil api, air, wifi semua aku bayar.

Duit kereta dua biji dekat dua ribu lima ratus pun aku tanggung. Duit belanja sekolah anak, duit susu, pampers, semuanya aku sediakan. Kereta import dia dari iPhone tujuh sampai iPhone lima belas pun aku yang belikan. Jam tangan pintar dia pun aku hadiahkan. Barang dalam rumah sembilan puluh peratus aku yang beli.

Anak – anak kalau mandi, cebok, buat susu, basuh pinggan, kebanyakannya aku. Bab masak pula, pada hari bekerja kami banyak order sahaja. Hujung minggu pun kadang – kadang order juga. Aku tak pernah mengeluh pun. Isteri cuma masak sekali sekala bila dia ada mood.

Aku faham dia penat, sebab dia kerja juga. Tapi kalau bab layanan sebagai isteri, itu yang aku rasa lama kelamaan jadi renggang. Nafkah batin pernah sampai aku kena tidur di katil lain dalam bilik sama hampir setahun. Dia kata dia penat sebab anak kecik. Kalau bersama pun hanya bila dia ada mood hujung minggu. Setahun tu boleh kira dengan jari.

Aku tertanya tanya sendiri. Adakah aku tak cukup sebagai suami. Adakah aku tak romantik. Atau adakah dia sebenarnya dah tak sayang. Tapi bila aku tanya, dia tak pernah jawab terus terang. Dia cuma kata hidup dia tersiksa, penat jaga anak, penat urus rumah. Padahal anak besar semua dah boleh urus diri, tinggal seorang yang masih kecik.

Yang buat aku buntu ialah perubahan sikap dia yang sangat drastik. Dari isteri yang lembut, jadi seseorang yang cepat marah, cepat melenting, suka tuduh balik, suka block, suka mengelak. Ada masa aku terfikir mungkin dia tertekan, mungkin hormonnya tak stabil, atau mungkin dia tengah lalui kemurungan yang dia sendiri tak sedar.

Tapi bila aku nampak emoji dengan lelaki lain, hati aku tak boleh tipu. Walaupun dia bersumpah tak ada apa – apa, aku manusia biasa yang rasa cemburu, rasa terIuka. Jadi aku tanya sesiapa yang lebih arif. Balas wasap lelaki lain dengan emoji kenyit mata dan love tu dikira curang atau tak.

Kalau isteri minta cerai tanpa sebab dan menghalang komunikasi, bolehkah aku failkan nusyuz. Atau sebenarnya aku perlu bertenang dan cuba fikir dari sudut lain. Sebab aku sendiri tak tahu sama ada ini ujian, sih1r pemisah, kemurungan, atau dia betul – betul dah berubah sebab ada orang lain yang buat dia rasa lebih dihargai. Aku cuma nak jawapan yang jujur. Sebab aku masih sayang. Tapi aku dah penat sangat.

Komen Netizen :

Raja Kambing Perap JB : Itu bunga – bunga nak ke fasa curang seterusnya. Dia tengah melayan perasaan dia wang – wang ngan. Dia dibutakan dengan benda yang tiada kepastian.Dia dah berada di comfort zone yang mana dia tak perlu bersusah payah memenuhi keperluan keluarga sebab semuanya dah diuruskan dari A sampai Z.

Bila kantoi atau hampir kantoi, dia akan buat reaksi yang nampak bersalah atas apa yang dia lakukan. Sebagai suami kena tegas dan cuba ugvt untuk bagi kata dua, nak teruskan atau nak tinggalkan. Jika dia nekad untuk dilepaskan, maka biarkan dia dengan cinta fantasinya.Percayalah bila kehilangan “home sweet” baru dia akan sedar fantasi selama ini hanyalah palsu.

Mohd Suffian Jaafar : Kalau dah menggatal dengan lelaki lain, siap emoji love, ini dah melampau. Suami di rumah dia tak layan. Ini sudah parah. Kalau dah melalak minta cerai tanpa sebab, suami tak jahat pun, perempuan tu tetap tak civm bau syurga lah jawabnya.

Sabar dulu, cari bukti kukuh dia curang. Dan failkan nusyuz. Jika terbukti dia salah, dia tak berhak tuntut nafkah dan hak penjagaan anak – anak. Kalau dah empat anak, itu maknanya bini awak dah tua, antara tiga puluh lima hingga empat puluh tahun. Peluang cerah untuk cari bini lebih muda dan lebih memahami.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.