
Suami beberapa kali kantoi curang sampai ke bilik dengan bekas isteri dia. Sehingglah, janda suami aku dapat tahu dia mengandungkan anak suami aku. Tapi mereka ambil keputvsan untuk gugurkan kandungan tersebut, kerana mereka takde sijil perkahwinan yang sah untuk daftarkan kelahiran.
#Foto sekadar hiasan. Hi, nama aku Linda. Terima kasih admin jika confession aku tersiar. Sedikit pengenalan tentang diri. Umur aku pertengahan 30-an. Berpewatakkan menarik, dan berjawatan. Aku sudah berkahwin dengan seorang duda yang sedikit berusia dari aku.
Untuk pengetahuan semua, perkahwinan pertama suami aku dengan bekas isterinya gagal bukan disebabkan aku. Biar aku memberikan singkatan Farid kepada suami aku dan Minah kepada bekas isterinya. Farid telah bercerai dengan Minah selama 2 tahun sebelum aku dan Farid berkenalan. Tetapi, mereka menyembunyikan perceraian mereka.
Farid pada masa itu juga menyatakan yang dia masih mempunyai isteri yang sah. Aku hanya berkawan biasa – biasa sahaja dengan Farid pada waktu itu, kerana aku juga mempunyai ramai kawan lelaki yang lain. Hubungan aku dengan Farid menjadi sem4kin rapat apabila Farid kerap outstation ke tempat aku.
Dalam diam, aku meminati Farid kerana susuk tubuhnya yang tinggi (kerana aku adalah perempuan yang tinggi). Selama beberapa bulan berkawan, hubungan kami menjadi sem4kin akrab. Aku sem4kin risau memandangkan Farid ketika itu masih lagi ‘suami orang’. Farid juga seperti tidak mahu kehilangan aku.
Kami ‘bercinta dalam diam’ memandangkan status yang masih ‘dipegang’ oleh Farid. Suatu hari, aku berkata jujur padanya yang aku tak mahu bermadu. Biarkan aku berundur dari hubungan ini. Farid menahanku dari berbuat demikian.
Aku memberikan kata dua pada Farid, ternyata Farid memilihku. Tapi aku masih ragu – ragu. Akhirnya, Farid berterus terang tentang status mereka. Farid menunjukkan aku surat perceraian mereka. Perceraian yang tidak boleh dirujuk atau dinikahi semula, melainkan cina buta.
Aku seakan tidak percaya kerana Farid dan Minah masih lagi tinggal di rumah yang sama. Farid menerangkan, itu demi anak-anak mereka yang sedang membesar. Aku minta Farid memberikan aku masa untuk berfikir. Dalam masa yang sama, Farid tak henti – henti memujuk aku untuk menerimanya.
Aku jadi keliru dengan perasaan aku sendiri. Aku tak sanggup bermadu, Farid sudah mengakui, tapi kenapa aku masih sangsi? Farid berjumpa dengan mak ayah aku untuk merisik dan menceritakan hal yang sebenar. Aku nampak kesungguhan Farid di situ.
Dipendekkan cerita, kami pun bernikah di kampung aku dan majlis sederhana dijalankan. Selepas bernikah, Farid berterus terang kepada aku bahawa Minah tidak mahu Farid bernikah lain, demi menjaga perasaan Minah dan anak-anak mereka. Aku terkedu. Masalah mulai timbul apabila Farid diuji dengan beban kewangan.
Masalah kemuncak, apabila Farid mula gagal menyediakan wang ringgit bagi tempat tinggal, makan dan pakai aku. Aku bertahan selama 2 tahun dengan menyediakan keperluan aku sendiri. Bila kami bertengk4r, Farid akan kembali ke rumah Minah.
Aku juga mengaku ada salah aku, sebab aku selalu mengungkit bila timbul perbaIahan. Aku akan ungkit dari segi duit terutamanya. Farid pernah beberapa kali kant0i dengan aku tentang hubungan keIaminnya dengan Minah. Tapi Farid menidakkan.
Hingga suatu hari, Minah didapati mengandungkan anak Farid. Tapi mereka mengambil keputvsan untuk menggugurkan kandungan tersebut, kerana mereka tiada sijil perkahwinan yang sah untuk mendaftarkan kelahiran di kemudian hari.
Sepanjang perkahwinan kami, aku sering dim4ki dih1na dengan kata-kata kesat oleh Farid disebabkan perkara-perkara yang kecil. Farid cakap aku salahkan dia, sedangkan aku hanya menjelaskan, tapi aku terus digeIar b**i, siaI, anak h4ram dan sewaktu dengannya oleh Farid.
Aku juga pernah dipukuI beberapa kali disebabkan perbaIahan. Aku akui silap aku yang seringkali ‘prov0k’ Farid bila aku inginkan kepastian. Aku pernah meminta Farid untuk melepaskanku kerana aku rasa perkahwinan ini t0xic. Ada masa kami gembira, ada ketika aku berduka.
Aku perasan, setiap kali cuti panjang atau cuti persekolahan, aku dan Farid akan berg4duh dan semestinya Farid akan kembali ke Minah dan anak-anak mereka. Aku rasa sedih bila berhari-hari Farid tiada di sisi aku, langsung tiada pertanyaan khabar dari Farid tentang diri aku seakan aku tidak wujud baginya.
Bila aku ajukan pertanyaan tentang itu, Farid hanya jawab, “dah berg4duh, apa guna bertanya khabar?” Sepertinya, Farid sengaja mencari jalan untuk kami berbaIah agar Farid dapat bersama Minah dan anak-anak mereka. Aku juga difitnah oleh Minah, bahawa aku adalah per4mpas suaminya.
Aku dimaIukan di media sosiaInya sedangkan yang sebenarnya mereka telah pun lama bercerai sebelum kehadiran aku. Bila aku minta simpati suamiku, Farid marah aku balik dengan mengatakan aku sengaja cari pasal mengintai media sosiaI Minah.
Farid juga seringkali mengadu dan menceritakan perihal buruk aku kepada Minah. Untuk apa, aku tak pasti. Aku ada bertanya-tanya orang lain tentang Minah, mereka hanya memuji-muji Minah dengan kebaikkan dan kew4rakkannya. Sedikit sebanyak, aku berasa kecewa.
Farid yang aku kenali dahulu terutamanya sebelum kami berkahwin, adalah seseorang yang sangat aku sayangi. Farid pandai ambil hati aku, r0mantik, dan membuat lawak. Farid juga terlalu ambil berat pasal diriku, hari – hari mengucapkan kata cintanya pada aku. Membuatkan aku sem4kin sayang padanya. Tapi segalanya berubah sedikit demi sedikit selepas kami berkahwin.
Pastinya, aku sedih bila teringat kembali diri Farid di waktu yang dulu. Bila keseorangan, aku rasa sunyi. Aku inginkan zuriat aku sendiri agar aku tidak kesunyian bila Farid tiada di sisi. Tapi, Allah lebih mengetahui. Aku pernah berdoa agar Allah tunjukkan aku jalan penyelesaian bagi masalah aku ini.
Tapi aku masih lagi buntu untuk tindakan aku yang seterusnya. Aku pernah menyesal kerana tergesa-gesa untuk berkahwin, dan aku juga tak mahu menyesal kerana tergesa-gesa untuk menuntut perceraian dari suamiku. Adakah aku menyesal menikahi Farid? Sejujurnya, tidak.
Kerana aku juga mencintai Farid. Yang aku sesali, aku memberikan ruang untuk Farid kembali ke Minah atas sikap aku sendiri. Aku akui, terdapat banyak kesilapan aku sebagai seorang isteri kepada Farid. Aku ingin menebus silap aku pada Farid, tapi aku tak tahu bagaimana, kerana Minah akan sentiasa ada di hati Farid.
Aku ingin Farid menceraikan aku secara baik, tapi Farid enggan dan tidak menyatakan sebabnya. Aku buntu. Aku mohon para pembaca yang budiman dapat memberikan aku nasihat dan pandangan di sebalik kecaman. Jika ada keperluan, aku akan sambung lagi confession ini. Terima kasih dan assalammualaikum. – Lindaaaaa (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Nur Sumayyah : Ermm, lelaki yang dah berumur bersekedudukan dengan bekas isteri dan menggugurkan anak yang ko pilih untuk stay lagi sebagai suami ko.. Dan ko ada hati nak zuriat dengan dia. Percaya la, dia tak punya hati pun dengan ko.
Dia lebih sayangkn bekas wife dan anak – anak dia. Ko hanya pelepas nafsu yang ‘halal’ untuk dia.. Kalau dia tak ada ko pun, dia tetap boleh lepaskan nafsu dia dengan bekas wife dia. Untuk apa ko tunggu dalam perkahwinan yang t0xic ni. Ko sendiri yang jer4t diri ko, ko yang pilih jalan d3rita. Suami tu boleh ke bimbing ko dan bakal anak – anak ko nanti, kalau dia sendiri pun jalan ibarat ketam. Tepuk d4da tanya iman. Ko punya pilihan sama ada nak hidup tenang, bahagia ataupun d3rita..
Puteri Pelangi : Maaf cakap, lelaki tu tiada pendirian apatah lagi agama. Buat solat taubat, tahajud, hajat mintak petunjuk dari Allah dan niatkan yang keputvsan yang dibuat kerana Allah dan agama islam dan tidak redha maksi4t yang suami puan lakukan.
Kalau dapat petunjuk melalui peristiwa – peristiwa negatif yang dilakukan suami, tinggalkan sahaja dan jangan fikir pujuk rayu. Yakinlah Allah dah bagi petunjuk, jalan terus ke depan walau akan tersungkur. Tapi setiap kali tersungkur, ucap Alhamdulilah sebab yakin Allah akan ganti dengan yang lebih baik dalam semua perkara. Jangan takut, insyaAllah dipermudahkn urusan, aamiin.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.