Aku terk3jut balik rumah anak-anak nangis depan pintu. Isteri takde. Yang tinggal hanya sepasang baju dan seluar, duit semua isteri dah ambil

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku terp4ksa PJJ sebab nak mewahkan anak isteri. Sehari 5 kali aku call isteri. Satu hari, kawan aku nasihat suruh balik ‘tengok’ isteri. Aku balik dari Kelantan ke Selangor, aku tengok anak aku menangis di grill pintu rumah…

#Foto sekadar hiasan / AI. Ni aku nak cerita panjang pasal kehidupan rumah tangga. Saban hari kita baca pasal pincangnya sikap pasangan, masalah ipar duai atau mertua. Tapi kali ni aku nak kongsi kisah hidup aku sendiri. Kisah seorang lelaki biasa yang dah lalui macam – macam. Sama macam korang. Masa – masa yang tak ubah macam drama pukuI 7 malam kat televisyen.

Bezanya, cerita aku bukan pasal syarik4t besar Megah Holdings atau bisnes juta – juta. Semoga kisah ni boleh jadi iktibar untuk korang, suami isteri, bahawa hidup tak seindah yang pernah kita bayangkan. Sebagai rujukan dan semangat untuk korang terus bersabar dengan apa yang sedang korang hadap sekarang.

Aku hanya lelaki kebanyakan. Aku berkahwin dengan seorang perempuan yang aku fikir masa tu punya watak kampung yang naif. Biasalah, kami orang marhaen. Susah senang, kami lalu sama – sama selama lapan tahun. Aku ingat tempoh masa tu dah cukup untuk jelaskan kesetiaan kami sebagai suami isteri. Tapi takdir berkata lain.

Dari seorang kuIi bawahan dalam bidang pembinaan, aku dapat peluang naik pangkat jadi penyelia tapak. Aku dipindahkan oleh syarik4t ke Kelantan. Aku fikir masa tu ini peluang aku untuk ubah nasib keluarga. Aku pernah cakap pada isteri aku semoga Allah ubah hidup kita lepas ni. Dan memang betul, malah terlebih betul, semuanya berubah.

Sepanjang aku kerja di Kelantan, setiap malam aku akan telefon untuk dengar suara anak – anak. Termasuk suara isteri. Itu sajaIah ubat penat lelah aku berjemur panas, kerja berat. Seminggu atau dua minggu sekali, aku akan balik jenguk mereka.

Aku langsung tak syak apa – apa. Duit aku kirim setiap tiga ke tujuh hari sekali. Masa tu gaji aku dah cecah lima angka, campur elaun dan manfaat kerja. Aku ingat aku nak bahagiakan isteri dan anak – anak yang selama ni hidup serba kekurangan dengan aku.

Anak sulung baru masuk tadika, yang bongsu masih menyusu. Aku hidup di tapak projek, duduk dengan pekerja asing, Bangladesh dan Indonesia. Apa mereka makan, aku makan. Tak kisah asalkan anak – anak dan isteri cukup makan di rumah.

Masa tu mula muncul WhatsApp, WeChat dan entah apa lagi aplikasi yang aku tak pernah ambil tahu. Tapi aku masih buat panggiIan setiap malam tanya keadaan rumah. Rasanya dalam sehari, empat ke lima kali aku telefon isteri. Cerita semua benda, pasal kerja, pasal makan, pasal rindu.

Sampailah satu malam, tiba – tiba tanpa angin tanpa ribut, isteri aku minta cerai. Aku ingat dia str3ss saja. Tapi dia cakap, “aku nak duit.” Kami tak pernah bahasakan diri aku dan kau selama ni. Sedangkan duit gaji aku semua aku bagi dekat dia.

Macam aku cakap, aku hidup serba sederhana, makan pun macam pekerja asing, tapi isteri dan anak – anak aku cukup segalanya. Anak kepada bos aku ada bagitahu sesuatu yang tak menyenangkan. Sebab dia yang selalu hantar duit tunai dekat rumah isteri aku, dan dia perasan isteri aku selalu tak ada kat rumah.

Kalau ada pun waktu pagi dengan gaya berpakaian yang sangat berbeza. Anak bos aku syak sesuatu, dia suruh aku balik. Bila aku balik dari Kelantan ke Selangor, aku tengok anak aku menangis di grill pintu rumah. Rupanya si isteri keluar entah ke mana, tinggal anak – anak macam tu saja.

Aku pendekkan cerita, rupanya isteri aku dah kenal lelaki lain. Lelaki bukan dari kawasan rumah, tapi kenal dari aplikasi WeChat. Patutlah layanan dia m4kin sinis tiap kali aku balik. Aku akui, isteri aku memang ada rupa. Bila aku tahu semuanya, aku sempat marah dan beri amaran.

Tapi respon dia buat aku terdiam, dia tinggalkan aku dan anak – anak begitu sahaja. Bila aku nak bawa anak keluar makan, baru aku perasan, kami hanya tinggal sehelai baju dan seluar di badan. Duit semua dia sapu. Simpanan habis. Aku tak kisah sangat pasal duit sebab gaji aku masih berjalan.

Tapi aku nak korang nilai sendiri, apa erti kasih sayang yang kita ucap sebelum ni. Apa sebenarnya yang kita pertahankan dalam perkahwinan. Setia. Anak – anak. Dia tinggalkan kami hampir tiga bulan. Aku tak ceraikan dia. Aku harap dia akan kembali demi anak – anak.

Walau aku keliru, siapa sebenarnya salah dalam hal ni. Aku tetap salahkan diri sendiri, mungkin aku belum cukup bahagiakan dia sampai dia berubah macam tu. Satu hari, surat fasakh sampai dari mahkamah. Alasan tak sefahaman dan suka mend3ra.

Tapi aku tahu tulisan dalam surat tu bukan tulisan dia. Aku kenal sangat tahap penulisan isteri aku. Aku yakin itu tulisan lelaki tu. Setiap hari selama tiga bulan tu aku cari dia, dari rumah ke rumah di Selayang, tanpa tahu alamat sebenar. Bawa anak – anak kecil sambil cari ibu mereka.

Gaji aku masih berjalan, bos aku baik sangat dan dia faham. Mungkin atas dasar kasihan dan menghargai kerja aku sebelum ni. Entah macam mana, satu hari aku dapat tahu dia tinggal dekat rumah keluarga lelaki tu. Aku pergi ke sana dengan hati yang penuh sabar.

Sampai saja depan rumah, lelaki tu keluar dengan selamba. Katanya, “Dia tak nak jumpa kau. Dia tak ada kat sini.” Tapi suara dia kuat, dan anak – anak aku boleh dengar itu suara mak mereka dalam rumah tu. Aku tak buat kacau. Aku bawa anak – anak balik.

Tiga bulan kemudian, dia datang ke mahkamah minta cerai. Masa tu, aku masih harap perkahwinan kami boleh diselamatkan. Tapi bila tengok mata dia yang langsung tak tunjuk belas, aku angkat tangan. Aku lepaskan dia. Anak – anak ikut aku.

Sejak hari tu, aku besarkan anak – anak sendiri. Tak ada satu sen pun dia bagi. Nafkah anak – anak semua aku tanggung. Kadang – kadang aku tengok anak – anak termenung, aku tahu mereka rindu mak mereka. Tapi aku tak mampu nak jawab bila mereka tanya kenapa mak tinggal mereka.

Sekarang anak – anak aku dah besar. Yang sulung dah masuk universiti. Aku kerja siang malam demi pastikan mereka tak rasa kekurangan kasih sayang dan keperluan. Aku tak pernah cerita buruk pasal mak mereka. Biarlah satu hari nanti mereka nilai sendiri.

Aku sendiri? Aku masih sendiri. Bukan tak ada perempuan yang hadir, tapi aku takut nak mulakan semula. Lvka tu dalam. Bila malam datang, aku masih terkenang. Tapi aku reda. Mungkin Allah nak ajar aku sesuatu. Dan aku percaya, setiap apa yang terjadi, ada hikmah yang kita belum nampak.

Hidup ni memang tak seindah mimpi. Tapi mimpi juga boleh bagi kita harapan untuk terus kuat. Untuk semua suami yang rasa diri terani4ya, jangan malu nak mengaku s4kit. Jangan pendam seorang. Sebab lelaki pun ada hati yang boleh Iuka dan pecah macam kaca juga. Kita manusia, bukan besi.

Dan untuk isteri yang sedang rasa bosan dengan suami, tolong fikir anak – anak. Jangan sebab orang ketiga, anak – anak jadi m4ngsa. Jangan sebab nafsu dan keseronokan sementara, kau hilang keluarga yang pernah kau bina dengan doa dan air mata satu masa dulu.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.