
Masa anak kedua masih baby, dia pernah buat hal. Sekarang anak nak masuk enam, dia buat lagi per4ngai. Siap chat dengan perempuan dalam Telegram siap lock. Penuh dengan mesej Iucah dan sticker – sticker tak senonoh. Alasan dia, saya tak manjakan dia, asyik marah – marah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, harap sangat admin siarkan sebab aku takde tempat nak luah. Sekurangnya bila aku tulis ni, dapat baca komen orang lain, mungkin dapat kurangkan beban dekat hati. Sedih bila aku dah nak beranak anak keenam ni dapat tahu suami curang dengan aku.
Aku sekarang tiga puluh empat minggu dan baby songsang pula tu. Masa tahu tu, lutut aku rasa lemah, d4da rasa ketat, macam dunia berhenti sekejap. Apa yang patut aku lakukan dengan lima tambah satu anak, dengan dua anak asuhan yang memang bawah tanggungjawab aku?
Aku ada tanggungjawab sendiri. Ya, dia mengaku salah, tapi dia selalu akan kaitkan dengan benda yang dulu dulu, bab aku tak manja dengan dia, aku marah marah dia. Bila berg4duh memang la marah, mana ada orang berg4duh tak marah.
Kemudian bila dah reda, kita dah berbaik dan bermaafan. Apa tu tiket untuk dia curang dengan aku? Tiga belas tahun kahwin aku setia di sisi dia. Tapi dia? Masa anak kedua masih baby, dia pernah buat hal. Sekarang anak nak masuk enam, dia buat lagi per4ngai.
Siap chat dengan perempuan dalam Telegram siap lock lock, berpin – pin bagai. Penuh dengan mesej – mesej Iucah dan sticker – sticker r0men. Aku tengok pun tangan aku menggigil, rasa macam nak rebah. Sesungguhnya aku tak kuat, tapi aku cuma lah suri rumah sepenuh masa sambil menjaga anak orang.
Aku sayang anak – anak. Aku sayang rumah tangga ni. Aku sayang dia. Sampai hati dia buat aku macam ni. Kadang – kadang aku g4duh dengan dia, aku merajuk, ya, aku memang kuat merajuk. Tapi dengan suami aku sahaja. Salah ke aku nak merajuk?
Lagi – lagi baru baru ni aku berg4duh lagi dengan dia, sebab masa tu aku tengah minta ayam goreng dari kedai dekat rumah. Dia ok, tapi lepas tu dia tanya aku masak apa. Aku cerita la masak apa, sambal dia nak, keropok ikan dia nak, aku masak.
Kemudian aku goreng telur mata dan kubis goreng. Ni jawapan dia, “Ni je?” Itu je yang ada masa tu dalam peti. Jadi aku tanya la, tak sudi ke? Dah itu je yang ada. Kalau ada yang lain, tak la aku teringin nak makan ayam goreng luar tu. Kalau tak ikhlas nak belikan tak apa la, tak payah la belikan.
Nak jadi cerita, kedai tu tutup. Tak apa, tak ada rezeki aku. Cuma aku jadi taw4r hati nak minta dia belikan apa apa lagi. Aku dah lama syak dia macam ada sesuatu. Balik kerja, handphone je. Cuti pun tak lekang dengan handphone. Bila balik kerja, aku minta dia masuk bilik awal.
Tak ada nya dia nak masuk awal. Sibuk dengan handphone dia je. Itu pun dia masih nak salahkan aku, dia cakap aku suka tengking dia, marah marah dia, tak nak peIuk – peIuk dia dan sebagainya. Ada satu malam tu, aku macam pitam sekejap sebab penat sangat urus rumah dan anak. Dia tengok pun tak.
Dia duduk depan handphone, jari laju scroll Telegram. Anak sulung yang k3jutkan aku, bukan suami aku. Masa tu hati aku betul – betul jatuh. Aku sedar yang sepanjang mengandung kali ni, aku rasa macam tak ada suami pun. Mudah betul tiket seorang lelaki untuk curangi isteri yang setia di rumahkan?
Aku sungguh kecewa. Sungguh. Tak pernah aku meluah macam ni walaupun sepanjang kahwin kadang – kadang berg4duh hebat, cuma perg4duhan itu tak melibatkan orang ketiga. Sekarang lain. Ini melibatkan orang ketiga. Sedihnya aku.
Selama ni aku ditipu hidup hidup. Aku rasa macam tak cukup lagi ke layanan aku? Kenapa lelaki tak pernah puas? Sepanjang aku mengandung yang keenam ni, ya, aku selalu rasa panas. Aircond pula tak servis. Memang panas sangat sangat. Jadi aku tak boleh orang nak dekat dekat.
Aku akui memang aku banyak menolak. Tapi bila aircond dah servis, aku dah selalu sejuk. Aku selalu cakap dekat dia, masuk la bilik awal, jangan la jam dua belas baru nak masuk. Aku pun ada kerja hakiki esok hari dengan jadi pemandu anak anak lagi, dengan bawa perut lagi.
Tapi tu la, dia punya tengah syok kan. Mana la dia nak hirau aku. Sepanjang hamil ni memang aku rasa macam tak ada suami pun. Ada satu malam tu, baby tak bergerak lama. Aku risau sangat sampai menangis duduk tepi katil. Aku minta dia hantar klinik.
Dia jawab “kejap,” dan sambung tengok Telegram. Aku tunggu lima belas minit, tiga puluh minit, sampai satu jam. Baby baru gerak sikit. Aku masa tu dah betul betul kecewa. Kalau apa apa jadi pada baby malam tu, aku rasa dia pun tak perasan. Korang tolong beri kata semangat. Aku betul betul down. Aku memang dah tak menangis langsung hadap dia sepanjang malam aku minta penjelasan. Aku rasa sangat terpukuI. Ini baru aku nak menangis betul – betul.
Komen Netizen :
Buaya Skodeng : Awak tak perlu risau. Awak relaks dan tenang. Jangan marah dia. Malah awak minta sahaja nombor perempuan tu cara baik. Lepas itu awak diam – diam telefon perempuan tu. Beritahu realiti kehidupan suami awak tu macam mana. Kalau boleh cerita yang buruk buruk supaya perempuan tu lari terus. Kalau dia lari lintang pukang tu kira barang jadi la tu.
Wan Fatimah : Zaman sekarang curang di hujung jari sahaja. Bertahan sakit, melepaskan pun s4kit. Tapi kalau bertahan dibayangi perbuatan suami, kalau memilih melepaskan pun perit. Mana nak kerja, lagi nak uruskan anak – anak lagi.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.