Mak pilih kasih, beli makanan dekat adik-adik tapi sorok dari aku. Baru ni aku tunjuk result 3.93 tapi mak sibuk puji adik dapat top 2

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Tiap kali balik sekolah, aku rasa sedih giIa. Takde yang peduli nak ambil aku. Pernah sekali, aku tunggu di sekolah sampai pukuI7 malam sebab takde siapa datang ambil. Kalau nak ambil adik aku, awal lagi mak ayah aku keluar dari pejabat…

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku lelaki. Aku gelar diri aku L, 24 tahun. Sepanjang hidup aku, aku simpan semuanya dalam hati. Tapi tahun ini, aku rasa paling berat. Aku dah tak mampu lagi menanggung semua ini sendirian. Aku rasa depr3ssed kot sebab tak tahu nk start dari mana dah kehidupan aku

Sejak kecil, aku dah terbiasa dengan rasa diketepikan. Aku sedar, ibu bapa aku mungkin bersikap bias dan narsistik. Tapi sebagai budak, mana aku faham semua tu? Aku hanya tahu yang aku selalu kurang dibandingkan dengan adik beradik aku.

Aku ingat lagi masa sekolah rendah, aku pernah minta jam tangan dekat mak aku. Aku minta berkali – kali, tapi tak pernah dapat sampai sekarang pon sama jer tak suka meminta lebih suka beli sendiri dan buat sendiri apa yang aku nak. Padahal aku cuma nak jam biasa yang dijual kat pasar.

Masa tu, pasar meriah dengan jam Spiderman, Ice Watch fake dalam RM20 – 50 kot satu. Tapi bila adik aku mintak, dia terus dapat. Ya aku terasa tapi biarlah dah biasakan. Sedih tak pa dah biasa. Tapi aku diam. Malam tu, aku menangis sorang –  sorang dalam bilik. Bila orang tanya kenapa, aku jawab “tak ada apa.”

Sampai sekolah menengah pun sama. Aku pernah minta beli makanan, mak aku cakap “ya,” tapi janji itu tak pernah ditepati. Tapi bila adik-beradik aku minta, terus dapat. Kadang – kadang dia siap sorok makanan dari aku. Aku buat tak tahu, aku pendam.

Tapi m4kin lama, m4kin banyak benda yang aku simpan sendiri. Baru jer sebelum puasa sorok dari aku makanan tapi aku time beli jer untuk semua. Ayah aku? Macam orang asing. Aku tak pernah rasa aku ada ayah sebab dia jarang bercakap dengan aku.

Tapi kalau dengan anak perempuan dan anak bongsu lelaki dia, lain. Dia sayang mereka lebih. Aku? Aku hanya ada nama dalam keluarga ini, tapi tak pernah ada tempat dalam hati mereka. Sedih tak tengak dekat tiktok, status ibu bapa diorang layan macam kawan – kawan dengan anak diorang tapi tak untuk aku.

Masa sekolah menengah, tiap kali balik sekolah atau asrama, aku rasa sedih giIa. Tak ada orang peduli nak ambil aku. Pernah sekali, aku tunggu di sekolah sampai pukuI 7 malam sebab tak ada siapa datang ambil. Tak ada bas, tak ada teksi. Aku sekolah luar bandar di Terengganu.

Tapi bila giliran adik aku, mak ayah aku keluar pejabat awal sebab nak ambil mereka. Aku nampak semua ni, aku perhati je. Aku mintak nak pindah sekolah dekat tak bagi. Tak tahu la maIang sungguh nasib aku. Bila aku masuk universiti pun sama.

Aku tak reti nak luah dekat siapa sebab dari kecil aku dah terbiasa memendam. Dalam rumah, aku yang paling banyak kena marah. Aku yang paling banyak disalahkan. Aku tak tahu kenapa, tapi aku selalu jadi sasaran. Aku yang dituduh anak derh4ka, aku yang dim4ki.

Padahal, salah aku tak sebesar mana pun. Cakap dengan adik beradik lain elok je senyum – senyum tapi bila dengan aku. Mungkin aku banyak buat salah dengan diorang tapi aku tak tahu. Takpala.. Sampai sekarang, layanan tetap sama. Aku dah terbiasa mengurung diri dalam bilik, buat hal sendiri.

Bila ada mak ayah, aku jadi kaku, aku tak selesa. Aku lebih suka keluar dengan kawan – kawan sebab dengan mereka, aku rasa diri aku wujud. Aku habis diploma, sambung universiti yang sama. Tapi aku akhirnya dropout sebab aku tak selesa (UiTM penerapan).

Aku dapat biasiswa MyBrainSc dalam bidang kimia. Alhamdulillah, duit tu lah yang banyak bantu aku survive kat universiti. Btw aku pindah Uni lain. Tapi dari dulu sampai sekarang, tak pernah sekali pun mak ayah aku bangga dengan aku. Rendah ke tinggi pun result aku, mereka tak peduli.

Baru – baru ni aku dapat 3.93 GPA, aku tunjuk kat mak aku. Tapi dia buat dek je. Dia cuma cakap, “Adik kau top 2 dekat IPG.” Hati aku h4ncur. Aku tahu aku tak sempurna, tapi aku pun anak dia. Kenapa aku tak pernah cukup? Aku tak tahu nak luahkan semua yang aku rasa.

Banyak lagi yang aku lalui, tapi aku tak reti nak bercerita. Aku cuma nak seseorang doakan aku kuat. Doakan aku dapat kerja lepas habis belajar. Cita – cita aku nak jadi consultant dan claim gelaran ChM Ts suatu hari nanti. Aku nak migrates ke EU atau singapore nak cari kerja sana kalau ade rezeki. sebab bidang sains kat sini susah dapat kerja.

Hidup aku? Aku dah terbiasa sendiri. Semua yang aku buat, aku buat seorang. Aku tak tahu nak minta doa daripada siapa lagi. Ya, aku sedar aku bukan anak yang baik. Tapi aku tak pernah minta untuk lahir dalam dunia ini. Ya aku banyak buat silap. Tapi maafkah la aku.

Hari raya bagi aku? Hanya hari biasa. Tak ada yang istimewa selain baju baru. *aku tak pandai nak bercerita cerita ni hanya surface saja apa yang aku lalui banyak lagi kisah – kisah pahit dalam hidup aku biarlah aku pendam dan laluinya sendiri. Sekian, – L (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Bai Zure : Ya Allah, ruginya ibu bapa yang abaikan anak – anak. Ibu bapa pun ada yang derh4ka. Derh4ka kepada Allah. Abaikan mental anak – anak pun berd0sa. Ruginya. Anak membesar dengan childhood tr4uma. Acik doakan adik dapat pekerjaan yang baik, ditemukan jodoh yang solehah. Kita tak boleh pilih ibu bapa kita. Jika kita tak dilahirkan dalam keluarga yang baik, pastikan keluarga yang baik lahir dari kita. Inshallah semoga berjaya.

Kird Ree : Entahlah. Tak tau kenapa kau dapat keluarga macam tu. Kekurangan kau mungkin kasih sayang dari keluarga. Tapi kau dah besar kan? Kalau tu mak ayah kandung kau, tetap ada jasa mereka walaupun kau tak rasa kasih tu. Duit mereka jugak yang besarkan kau walaupun tak dapat semua benda.

Tapi kau ada kawan – kawan sekarang kan? Jadikan tu satu bentuk circle yang positif. Kau kurang dari segi family tapi ada kawan – kawan dan semoga Allah temukan dengan pasangan yang memahami dan boleh faham sengsara kau tu. Goodluck..

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.