
Sebelum ni ayah pernah patah tangan, mak aku yang susah payah jaga ayah. Bila ayah dah sihat, ayah lupakan mak, ayah balik dekat mak tiri. Sehinggalah ayah sakit teruk, stroke dekat rumah mak tiri. Dia biarkan ayah, tak bawa pergi hospital..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum warga FB. Hide profil ye. Aku nak berkongsi cerita ni untuk dijadikan pengajaran. Alhamdulillah aku takde masalah dengan suami aku, syukur sangat sangat. Doakan yang terbaik sentiasa untuk kami. Tapi apa yang aku nak luah adalah pasal mak tiri dan seorang anaknya yang sangat menyedihkan hati aku.
Aku anak ketiga daripada 4 beradik. Semasa arwah ayah aku madukan mak aku, aku memang mengamuk dan tak boleh terima mak tiri aku tu. Aku darjah 4 masa tu. Pernah ayah aku bawa aku dan adik ke rumah mak tiri untuk bermalam tetapi kami berdua diperlakukan seperti tak wujud. Tidur pun kat luar je.
Semakin hari aku semakin benci pada mak tiri aku tu. Sehingga 1 masa aku gaduh teruk dengan arwah ayah aku, katanya aku anak derhaka. Tapi aku rasa sakit hati sangat sangat bila tengok mak aku selalu makan hati dengan ketidakadilan arwah ayah aku.
1 masa ayah aku sakit, tangan patah. Mak aku yang jaga. Mak tiri aku langsung tak kisah. Masa tu memang aku pun tak hiraukan pun arwah ayah aku sebab pada aku buat apa jaga dia, nanti dah sembuh ke sana juga, lebihkan sebelah sana juga.
Lepas tu arwah ayah sembuh, memang tepatlah jangkaan aku. Seperti kacang lupakan kulitlah, lebihkan belah sana lagi. Memang tak kenang jasa mak tiri aku tu, padahal anak dia mak aku yang jaga sampai tak tidur malam. Budak tu kuat menangis, nak tidur pun tak boleh.
Tapi aku tetap layan anak dia macam adik sendiri, tak pernah marah pun dan tak beza bezakan pun. Sekarang dia dah berumur 14 tahun. Arwah ayah aku sayang sangat kat anak dia yang seorang tu, macam dia je lah satu satunya anak ayah aku. Apa dia nak semua dapat.
Dia selalu juga datang rumah mak aku. Pakaian dia pun mak aku uruskan. Mak tiri aku tu masak pun tak, basuh baju laki pun tak. Pakaian arwah ayah semua mak aku uruskan, sama juga makan minum semua mak aku. Mak tiri aku tu kalau selisih tepi jalan buat macam tak kenal lah.
Pernah mak aku sakit tapi ada ke patut dia call arwah ayah aku banyak kali suruh balik rumah dia. Duit semua tak payah cakaplah, memang lebih kat dia. 1 masa arwah ayah aku terkena strok sebelah badan. Ayah aku kena dekat rumah dia tapi berjam – jam dia tak bawa pergi hospital cepat – cepat, dia biarkan je. Anak dia yang cerita dekat bapa saudara aku.
Sepanjang arwah ayah aku sakit dia datang 3 kali je, lepas tu tak datang datang dah. Aku dan mak lah yang jaga arwah ayah. Last mak tiri telefon arwah ayah untuk suruh bekerja. Boleh bayang tak suami sakit kena strok, dia telefon suruh bekerja.
Dah la 3 kali datang rumah, aku terpaksa layan dia baik – baik. Dengan mak aku dia tak tegur. Just pergi dekat arwah ayah dan bermanja bermanja. Dengan orang dalam rumah aku dia buat macam tak wujud. Tapi aku tetap layan dia elok sebab arwah ayah tengah sakit, lagipun takpelah dia datang jenguk laki kan.
Arwah ayah aku jatuh sakit 3 Julai 2018. Last mak tiri datang lawat 15 Julai, pastu tak datang datang dah. 3 kali je datangnya. Aku telefon tapi dia tak jawab. Bukan 1 kali 2, banyak kali. Aku WhatsApp dia tak reply. Aku just tanya bila nak datang lawat ayah. Aku ada juga WhatsApp kat adik tiri aku tu, dia cakap busy lah, tengoklah. Aku kesian kat arwah ayah, rindukan dia.
Walau sakit hati sebab arwah ayah aku selalu sebut sebut dia dengan anak dia tapi aku tahan je. Walaupun aku fikir yang nanti arwah ayah sihat dia tetap akan lebihkan belah sana, tapi aku tetap jaga arwah sebab kesiankan mak aku tak larat nak angkatkan.
Hari hari arwah ayah rindukan dorang tapi dorang langsung tak datang lawat, tanya khabar pun tak. 1 hari aku tanya arwah ayah aku, nak aku hantar balik rumah sana? Arwah ayah aku marah marah katanya jangan sebut lagi nama mereka berdua.
Pernah arwah ayah bagitahu nanti dah sembuh nak pergi pejabat agama. Arwah cakap nak hidup dengan mak aku je. Tapi Allah lebih sayangkan arwah ayah. 17 September 2018 arwah pergi untuk selama lamanya. Ikutkan kitorang tak nak bagitahu mak tiri dengan anak dia tu tapi cousin arwah ayah yang call bagitahu.
Aku bukan apa, arwah nenek 20 April 2018. Arwah atuk 16 Ogos 2018. Aku bagitahu dia dengan anak dia tapi dorang tak datang pun. Sampai suami sendiri meninggal pun dia tak datang. Bukan tu je, kawan sekerja ayah nak datang pun dia tak bagi. Kawan mak tiri aku satu tempat kerja dengan arwah.
Pastu keesokan daripada arwah ayah aku dikebumikan, kitorang pergi rumah dia. Nak ambil jam arwah ayah, sebab masa arwah ada dia nak sangat aku yang pegang jam tu. Dekat 1 tengah jam kitorang tunggu baru dia buka pintu dengan muka tak bersalah. Dia bagi jam tu pastu aku tanya lah kenapa dah lama tak datang jenguk arwah, busy sangat ke?
Dia cakap takde orang bagitahu arwah meninggal. Padahal 10 minit after arwah ayah hembuskan nafas terakhir terus cousin arwah ayah call bagitahu dia. Kepada laki semua hargai isteri memasing. Yang kedua takkan sama macam yang pertama. Bukan mudah jaga pesakit strok tapi mak aku buat juga dengan ikhlas.
Malam kekadang sampai tak tidur. Mak cakap walau apa pun suami tetap kena jaga, syurga bawah tapak kaki suami. Aku tahu besar pengorbanan seorang isteri. Terimalah setiap kekurangan isteri sebab dalam tutur kata dan perbuatan yang tak disengajakan, di hati penuh dengan kasih sayang. Ikutkan hati aku memang aku nak maki weh adik tiri aku tu tapi mak aku tak bagi. Apa pun aku tetap sayang arwah ayah. Bagaimanapun dia yang berpenat lelah besarkan aku tapi kerana 1 silap semuanya berubah. Tenanglah ayah di sana. Al Fatihah.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.