Waktu aku beli barang-barang baby, kakak aku komen kata membazir. Sekarang semua barang anak aku dia main ambik siap rosak dan hilang

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Kakak datang rumah aku dan dia ambil semua barang – barang baby dalam bilik. Barut baby, walker dan baby swing dia kebas. Aku pergi rumah dia nak ambil balik barang – barang tu, semua benda dah tak cukup sifat. Barut baby hilang entah ke mana, baby swing rosak..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Straightforw4rd, aku Rose, awal 30an. Anak dua, suami penjawat awam B40 dan aku suri rumah. Kami tak kaya, tapi alhamdulillah tak juga susah. Hanya sederhana, cukup sekadar makan pakai dan nak bermewah jauh sekali.

Walaupun aku tak kerja dan suami berpendapatan sederhana, aku sentiasa berusaha kumpul duit. Aku buat dropship kecil – kecilan untuk membeli barang kehendak yang memudahkan kerja aku. Aku tak suka meminjam barang orang, sebab tu aku usaha kumpul duit beli.

Sebab bagi aku, kalau takde, tak payah guna dan jangan sampai meminjam. Nak guna, usaha sendiri kumpul duit. Aku beli iron Philips, periuk Noxa, air fryer, microwave oven dan pengukus. Ya, dengar macam membazir, tapi bagi aku semua untuk kesenangan aku buat kerja rumah.

Barang anak – anak aku pun macam tu. Start saja aku mengandung, aku akan kumpul duit. Aku beli keperluan baby dan barut baby. Walau semua tu guna hanya dalam pantang, tapi benda boleh simpan dan boleh digunakan lagi bila ada baby baru kelak.

Walker dan buaian elektrik, semua barang anak aku beli. Aku beli yang terbaik sebab aku nak guna lama. Aku juga fikir semua tu boleh digunakan jika ada baby kecil pada masa akan datang. Aku jenis tak suka meminjam, ni bermakna aku tak suka juga orang pinjam barang – barang aku.

Masalah sekarang, bila orang tahu rumah aku ada barang cukup lengkap, orang suka pinjam. Dalam adik beradik aku, kiranya akulah yang paling susah. Kakak – kakak dan abang aku semua kerja laki bini, taraf M40 dan T20. Tapi masing – masing kedekut nak beli barang rumah dan barang baby.

Masa aku beli barang rumah aku, semua kata aku membazir dan berlagak. Lepas tu bila sampai masa, barang rumah aku juga yang dia pinjam. Aku berat hati nak bagi pinjam dekat adik beradik sebab aku dah tahu per4ngai masing – masing. Bila pinjam, bukan jaga elok elok pun.

Dah rosak, susah nak ganti. Aku tak tidur siang malam kumpul duit beli barang, bila orang pinjam jadi calar balar dan ada bahagian rosak. Kakak aku umur 40an dan kategori M40. Memang senang kehidupan dia. Masa tu dia pregnant dan lepas bersalin terus ikat peranakan sebab dah berusia.

Dia pun tak beli sangat barang baby sebab guna sekejap je katanya. Dia datang rumah aku dan dia ambil semua barang – barang baby dalam bilik. Aku dah simpan kemas dan wangi – wangi sebab sayang, takut rosak dan berhabuk. Memang barang – barang tu macam baru beli. Dia kata alah, pinjam sekejap nanti bagi balik.

Barut baby, walker dan baby swing dia kebas. Buaian elektrik dia nak ambil juga, tapi kebetulan anak aku tengah guna. Elok je dia beli yang baru. Hinggalah lepas dia pinjam, aku pergi rumah dia nak ambil balik barang – barang tu. Korang tahu tak, semua benda dah tak cukup sifat.

Barut baby hilang entah ke mana, baby swing rosak dan mainan hilang entah ke mana. Allah, luluh hati aku. Balik tu aku menangis. Ingat senang nak dapat semua tu. Dia kata nak ganti, tapi guess what? Masa aku pregnant anak nombor dua, aku claim semua tu.

Dia culas weh nak ganti. Dia kata masa dia pinjam barang yang dah guna, takkan nak ganti yang baru. Allah, dah tahu jenis kedekut dan tak reti jaga barang orang, kenapa suka meminjam? Masa tu kebetulan kakak aku yang T20 jadi saksi segalanya.

Dia kesiankan aku dan dia bagi aku RM1,000 untuk ganti semua tu. Walau dah ganti, aku tetap tak puas hati dekat manusia jenis meminjam ni. Lepas tu kakak ipar aku pun orang senang. Masa dia bersalin, dia pun nak pinjam buaian aku. Dia kata guna sekejap.

Guna sekejap apa weh kalau sampai dua tahun guna? Kalau guna buaian elektrik hari – hari selama dua tahun, ingat tak rosak ke? Memang aku tak bagi pinjam. Aku kata adik suami aku pinjam. Padahal ada je tersimpan bawah katil. Dulu vacuum pun ada saud4ra aku yang dekat dekat rumah datang pinjam.

Bila pinjam, susah nak pulangkan balik. Nak guna, aku yang terhegeh – hegeh kena pergi ambil dekat rumah dia. Pernah aku pesan dah pinjam, petang hantar balik, dia kata, “Alah, esok – esok je lah kau guna.” Susah kan bila di kelilingi orang suka meminjam.

Aku bukan nak kedekut sangat, tapi dah pinjam buat cara pinjam. Pinjam elok, jaga elok – elok dan pulangkan dengan cara elok. Satu lagi, kalau benda yang memang guna selalu, elok beli sendiri je lah. Kalau pinjam tangga bolehlah dimaafkan sebab memang guna sekali sekala je. Tapi kalau charger telefon, seterika dan vacuum, baik beli sendiri.

Yang seorang tu gigih pinjam charger telefon rumah aku. Aku kata aku masih guna, dia boleh pula bagi idea suruh kongsi charger dengan suami aku. Aku siap bagi link Shopee dekat dia, charger tu harga belasan ringgit je aku beli. Dia tetap tak beli.

Bukan dia tak berduit ya. Last – last aku beli dekat dia. Pandai pula tersipu – sipu, konon susahkan aku. Dah tu, pinjam charger orang tak susahkan orang ke? Tolonglah ada common sense apa yang patut dipinjam dan apa yang tak patut dipinjam.

Benda yang guna hari – hari memang wajib beli. Aku bukan riak atau sombong, tapi tolonglah kesian juga kepada pemberi pinjam. Semua tu beli guna duit. Nak dapat duit bukan senang. Satu lagi, orang beli untuk kesenangan diri, bukan nak senang senang bagi orang. Tu sahaja daripada aku. Terima kasih.

Komen netizen :

سارينا امت : Kau beli almari. Lepas tu beli kunci yang bermangga. Semua simpan dalam tu. Uih, cannot brain lah pinjam pinjam barang orang. Lepas tu buat macam harta sendiri. Kalau nak juga, suruh mereka beli sendiri. Jangan tunjuk tunjuk apa barang yang kau beli. Kalau tak pun, kau simpan je dekat bawah katil. Atau simpan dekat satu bilik yang hujung. Lepas tu kau kunci siap – siap.

Ruzie Nuil Abdullah : Memang ada manusia jenis macam ni. Sebab tu orang tua dulu dulu cakap, biarlah jahat di depan, jangan jahat di belakang. Maksudnya cakap depan – depan jangan bagi pinjam. Bukan senang nak dapatkan barang. Kalau orang senang lainlah. Alhamdulillah, adik beradik, ipar duai dan jiran aku susah juga. Tak pernah pinjam pinjam ni. Tenang je hidup aku.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5141 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.