Suami ada skandal dengan janda. Janda tu ugvt suami suruh kahwin dengan dia kalau tak dia akan guna cara halus. Suami merayu..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku cabar suami aku cari calon isteri lain, aku akan setuju asalkan bukan dengan janda tersebut. Macam – macam taktik dia buat untuk goda suami aku sampai bagi kunci rumah..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Aku guna Facebook family. Selamat berhujung minggu buat semua pembaca. Min dan sahabat – sahabat tolong bantu aku. Pada Jun 2025, aku ada nampak dekat Facebook, suami aku komen gambar janda tu.

Dekat Instagram suami pula, janda tu komen yang lain macam dan naluri aku mengatakan mereka ada hubungan, tapi suami tak mengaku. Aku bertanya kepada janda tu dan janda tu pun tak mengaku. Dia kata dia tahu juga tu suami orang dan takde kaitan dengan aku.

Janda tu suruh aku doakan dia cepat – cepat naik pelamin sebab dia pun dah ada teman lelaki. Jadi aku terus bersangka baik kepada mereka. Pada Disember 2025, sekali lagi aku diuji dan bukti nyata telah aku dapat. Sebelum tu, aku selalu bermimpi macam – macam tentang suami aku dan nama janda tu pun masuk dalam mimpi aku.

Pada Disember 2025, aku terbangun daripada tidur setelah bermimpi dan aku rasa ada sesuatu tak kena dengan suami. Semakin aku berdoa supaya Allah jagakan dia walau di mana berada semasa mencari rezeki, semakin aku mimpi yang bukan – bukan.

Lalu aku bertanya kepada kawan baik suami dan daripada situ aku mendapat banyak bukti di Instagram janda tu. Ada macam – macam gambar suami dan janda tu. Pada Disember 2025, aku telefon janda tu dan janda tu kata mereka nak akhiri hubungan mereka dengan baik. Dia selalu bertanya kepada suami bila nak kahwin dengan dia dan suami kata bagi masa dekat dia.

Lalu janda tu kata dia boleh guna gunakan, maksudnya dia boleh sihir suami aku supaya cepat kahwin dengan dia. Tapi dia masih bersabar dan bagi tempoh dekat suami aku. Namun, suami menangis dan memujuk aku. Dia kata tak nak kahwin dan tak nak madukan aku.

Pada Januari 2026, suami seperti terdesak dan dia kata nak kahwin lagi. Bila tengok Instagram janda tu, janda tu ada unsur mengugvt. Dia kata biarkan si jahanam yang suka perempuan suci, padahal jijik. Dia juga nak bagi minum r4cun tikus dan macam – macam komen yang berunsur mengugvt.

Sekarang ni, suami mohon poligami pada Februari lepas tanpa pengetahuan aku. Sebelum tu, dia pernah kata dan peIuk aku, tak lama kita akan tenang, sabarlah dia kata. Aku bertanya kepada suami, apa maksud kau tenang selepas ni, selepas kau madukan aku? Suami kata tak. Sabarlah dia kata, kita akan tenang tak lama lagi.

Janda tu beritahu majikannya dia tetap teruskan hubungannya dengan suami aku walaupun aku sudah jumpa dia. Dia merayu kepada aku dan rupanya memberi harapan palsu kepada aku, konon dia akan pandailah cakap dengan suami aku untuk tinggalkan suami aku.

Mak mertua aku pun dah jumpa janda ni dan kata tak akan setuju serta tak redha anak dia kahwin dengan dia. Namun, aku terk3jut mereka buat permohonan poligami pada Februari lepas. Sekarang ni suami mendesak aku hadir ke mahkamah.

Bila hadir, aku kata tak setuju dan aku diminta buat bantahan. Aku bertanya kepada suami, perlukah aku buat bantahan? Suami kata buatlah dan jangan putus asa untuk bantah. Bila aku buat bantahan, suami pula marah sampai memukul aku di kepala dengan surat bantahan yang tebal.

Dia gulung surat tu dan pukuI dekat kepala dan tangan sampai melecet sebab marah aku aibkan dia dalam surat tu. Sedangkan aku nak menang, jadi aku ceritalah semua dekat sana dengan niat nak bantah. Sekarang ni kes kami masih berjalan.

Minggu depan, suami kena balas balik bantahan aku dan sekarang ni dia upah peguam nak balas bantahan aku. Aku merayu kepada suami lepaskan aku. Aku kata dekat dia, kalau nak kahwin, kahwin je lah, aku nak dilepaskan dan nak tuntut fasakh.

Sebab jika aku tuntut, aku kira aku akan menang kerana selama ni nafkah takde dan tanggungjawab suami kepada aku kurang. Tapi suami tak nak lepaskan aku dan berkata, empat tahun nanti baru dia bagi kerjasama untuk kes fasakh aku. Dia marah sebab aku tak bagi persetujuan poligami dia, sedangkan dia tahu aku betul – betul tak nak bermadu dengan janda seperti tu.

Sekarang dah masuk setahun dan banyak menyakiti hati aku selama ni. Aku cabar suami aku cari calon isteri lain, aku akan setuju asalkan bukan dengan janda tersebut yang tak menghorm4ti perasaan perempuan lain. Sedangkan dia baru je memaki hamun dekat Facebook perempuan yang rebut suami dia.

Sekarang ni dia nekad nak rebut suami orang pula dan macam – macam taktik dia buat. Termasuk beri kunci rumah kepada suami aku dan aku berjaya masuk rumah tu juga. Aku dapati banyak bukti yang meny4kitkan hati aku. Jadi aku nak minta dilepaskan, tapi suami siksa aku begini.

Dia tak lepaskan aku dan aku makin jatuh s4kit kerana mereka walaupun aku cuba kuat. Mohon bantuan rakan rakan semua. Bagi aku pendapat macam mana nak lepaskan diri daripada suami aku yang mem4ksa aku bermadu. Apa pendapat korang, suami aku ni tak lepaskan aku atas alasan apa?

Dia kata dekat aku dia sayang aku, akulah cinta pertama dan cinta terakhir dia. Sampai m4ti akulah cinta terakhir dia, tapi aku tak percaya. Suami yang baik tak akan duakan isteri jika benar aku cinta dia sampai m4ti. Aku tuduh dia bertahan dengan aku atas alasan harta. Dia kata tak, sebab sayang. Tapi aku tak nak percaya. Mohon bantuan rakan – rakan.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.