
Bila isteri kedua aku mengandung, aku mula abaikan isteri pertama. Aku dah malas nak balik rumah dia sebab aku nak jaga isteri kedua yang sedang mengandung. Satu hari, isteri pertama aku s4kit, dia minta aku bawak pergi klinik. Aku cakap dia mengada – ngada..
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku Kamal. Aku dan Qaseh berkahwin atas dasar cinta sama cinta walaupun keluarga aku kurang setuju dengan pilihan aku. Qaseh cuma anak yatim piatu dan dibesarkan di rumah anak – anak yatim. Awal perkahwinan kami seperti biasa, macam pasangan pengantin baru yang lain. Kami bahagia, saling menyayangi dan romantik.
Ke mana saja kami berdua, almaklumlah baru kahwin. Mencecah usia perkahwinan setahun, kawan – kawan dan orang sekeliling mula bertanyakan zuriat. Bukan kami tak nak, tapi mungkin belum rezeki. Awalnya kami cuba bersikap selamba.
Kalau ada yang bertanya, kami masih mampu tersenyum. Kami selalu bagi jawapan yang kami nak honeymoon puas – puas. Esok kalau dah ada anak, dah tak dapat nak manja – manja sangat. Tapi tu cuma bertahan setahun dua je. Masuk tahun ketiga, kami mula merasa kurang senang dengan pertanyaan tu.
Tambah – tambah lagi aku yang selalu ditertawakan kawan – kawan, kononnya tak mampu nak hasilkan zuriat. Nama je lelaki, bila dah selalu sangat ditertawakan, aku mula bosan dan mula mencari di mana silapnya. Nak katakan kami tak berusaha, tak mungkin.
Pantang aku dengar ada cara untuk dapatkan zuriat, pasti aku usahakan. Dari berubat kampung sampailah ubatan moden, semuanya dah dicuba tapi tak menampakkan hasil pun. Sikap aku mula berubah. Dulu meninggikan suara pun tak pernah, tapi sekarang sehari tak dapat marah Qaseh, rasa hidup aku tak lengkap.
Hari – hari ada je salah Qaseh yang aku cari. Kalau bukan kerana dihasut kawan – kawan, mungkin aku takkan berubah sejauh tu. Aku ni memang pantang kalau ego dicabar. Qaseh mula risau dengan perubahan aku. Bukan dia tak nak beri aku zuriat, tapi apalah daya dia. Dia juga risau kalau aku menjadikan tu alasan untuk cari lain.
Memang tepat sangkaan dia sebab aku telah dicabar kawan – kawan untuk berkahwin lain bagi membuktikan kejantananku. Pada awalnya aku tak nak kerana sayang aku pada Qaseh masih utuh. Walau selalu aku marah, Qaseh tetap melayan aku seperti biasa, seolah – olah tiada d3ndam di hati dia. Tulah yang membuat aku tak sampai hati.
Isteri aku tu terlalu baik. Makan, minum, pakai dan segala keperluan aku dijaga dengan baik. Tapi bila selalu dicabar, ditambah pula campur tangan orang tua aku, aku mula merasakan ada betulnya cadangan kawan – kawan tu. Lagipun bukannya aku tak mampu.
Aku ada rupa dan kewangan yang sangat stabil. Setakat menanggung dua orang isteri tak menjadi masalah besar buat aku. Di pejabat aku, bukan seorang dua yang menaruh hati pada aku, ramai. Dalam diam, aku mula mengintai peluang untuk meminta izin Qaseh supaya aku boleh berkahwin lagi.
Hati aku pula telah terpaut pada pekerja baru yang menjadi kegiIaan lelaki di pejabat. Nama dia Zetty, gadis putih mulus, cantik dan menawan. Sekali pandang, hati aku cair. Hari tu aku mengajak Qaseh keluar berjalan – jalan. Rasanya dah lama kami tak keluar bersama.
Qaseh sangat gembira dan kami sangat bahagia hari tu, seperti pasangan baru kahwin. Aku tahu ada sesuatu yang nak aku sampaikan pada dia, tapi aku tunggu sampai kami balik ke rumah. Sampai di rumah, aku mengajak Qaseh berbual. Raut wajah aku tiba – tiba berubah serius. Aku menyatakan hasrat untuk berkahwin lain. Saat terlontarnya ayat tu, air mata Qaseh tak boleh disekat lagi.
Aku tahu dia sangat sayangkan aku sebab dia tak punya sesiapa di dunia ni selain aku. Akulah tempat dia berg4ntung hidup. Dia tak tahu ke mana tanpa aku. Tapi seperti biasa, aku berjanji yang aku takkan mempersiakan hidup dia dan takkan membezakan kasih sayang aku.
Dengan berat hati, Qaseh mengizinkan. Bagi dia, aku bukan meminta izin tapi cuma memberitahu. Sebab walau dia tak izinkan pun, aku akan tetap berkahwin. Awalnya memang aku menepati janji aku. Qaseh tak sekalipun aku abaikan, malah aku nampaknya semakin sayangkan dia.
Qaseh juga tak pernah berd3ndam, jauh sekali membenci Zetty. Dia malah ingin berbaik – baik dengan Zetty. Namun dugaan datang lagi dalam hidup Qaseh. Masuk bulan keempat perkahwinan aku dengan Zetty, aku mula berubah. Dalam seminggu, sekali dua je aku menjenguk Qaseh dan makin lama makin kurang. Bila ditanya, aku kata aku terlalu sibuk.
Dalam diam, Qaseh dapat tahu yang Zetty telah pun berbadan dua. Dia cuba untuk mengerti dan bertimbang rasa pada madunya tu. Dia tak kisah kalau aku jarang balik, asalkan segala keperluannya dicukupkan. Dia rela berk0rban asalkan aku bahagia.
Aku pula merasa aku telah mampu membuktikan kejantananku pada kawan – kawan yang mengutuk aku. Tapi aku tak fikir perasaan Qaseh yang mengenangkan nasibnya sendiri. Dengan Zetty mengandung, aku terus menganggap Qaseh yang bermasalah. Kata – kata orang tua aku yang dia bukan wanita sempurna pun aku biarkan je.
Makin lama, aku seolah – olah semakin lupa kewujudan Qaseh. Mulanya seminggu sekali, lepas tu dua minggu, tiga minggu dan akhirnya sebulan sekali pun payah nak berjumpa. Alasan aku tetap sama, sibuk. Hari tu Qaseh ingin bertanya sendiri pada aku dan meluahkan rasa tak puas hati dia.
Aku setuju untuk balik dan Qaseh telah pun menyediakan juadah kegemaran aku. Seboleh mungkin dia cuba menawan semula hati aku. Setelah makan, aku tergesa – gesa nak pulang tapi dihalang Qaseh. Dia merayu supaya kami berbincang. Aku bertanya apa lagi yang dia tak puas hati dan apa lagi yang tak cukup. Dia cuma mahukan kasih sayang aku yang semakin berkurang.
Tapi aku terus marah dan kata dia mengada – ngada. Aku kata aku dah balik pun dia patut bersyukur. Di rumah sana, Zetty tengah mengandungkan anak aku dan dah tentu aku kena jaga dia elok – elok. Aku siap membandingkan dia dengan Zetty dan memanggil dia mandul.
Berderai air mata Qaseh walau cuba ditahan. Aku masih tak peduli dan menyuruh dia berhenti menangis minta simpati. Lepas tu aku terus balik. Betapa luluhnya hati dia, Tuhan je yang tahu. Sejak hari tu, Qaseh mula melakukan segalanya sendiri.
Dia cuba belajar hidup sendiri seandainya satu hari nanti aku nekad membuang dia dari hidup aku. Sekurang – kurangnya dia tak terlalu berg4ntung pada orang lain. S4kit pening dia tak pernah lagi aku ambil tahu. Perbelanjaan dia masih aku tanggung, itupun aku tergamak kata sebab takut nanti dia m4ti tak makan pula.
Pernah dia bertanya kenapa aku tak lepaskan je dia. Aku jawab aku masih ada hati perut sebab aku tahu Qaseh tak punya tempat lain untuk pergi. Aku kata aku akan tetap jaga isteri aku tu. Tapi apalah bezanya punya suami atau tak kalau segalanya dia kena buat sendiri. Aku biarkan dia hidup terbiar macam tu walaupun aku pernah berjanji nak menjaga dia.
Tapi hari tu Qaseh betul – betul perlukan aku. Sudah dua hari dia rasa tak sedap badan. Dia segera menelefon aku untuk menghantar dia ke klinik. Tapi jawapan aku tetap sama. Aku menyuruh dia jangan mengada – ngada sebab selalu tu dia pandai je pergi sendiri.
Aku kata aku takde masa hari tu kerana kejap lagi nak hantar Zetty ke klinik untuk periksa kandungan. Aku suruh Qaseh ambil je grab. Aku tak peduli kalau dia menangis lagi selepas mendengar jawapan aku. Hari tu juga hari ulang tahun perkahwinan kami yang keempat. Aku sendiri langsung tak ingat. Qaseh terp4ksa pergi ke klinik tanpa aku.
Kemudian baru aku tahu yang di klinik tak ramai orang. Tak sampai sepuluh minit, nama dia dipanggil. Di situlah Qaseh diberitahu yang dia telah pun berbadan dua. Apa yang dia impikan selama ni akhirnya bakal jadi kenyataan. Keluar dari klinik, dia segera menghubungi aku. Dia bertanya sama ada aku boleh balik hari tu. Aku bertanya kenapa dengan suara seakan marah.
Qaseh mengingatkan aku yang hari tu ulang tahun perkahwinan kami. Dia nak meraikannya dengan aku, sekejap pun jadilah. Dia juga kata ada berita yang nak disampaikan pada aku. Aku cuma menjawab tengoklah macam mana nanti, kalau tak sibuk aku balik.
Dia mengucapkan terima kasih pada aku. Aku langsung tak tahu berita yang dia nak sampaikan tu. Aku juga tak tahu betapa dia berharap kali ni aku dapat datang. Sewaktu melewati kedai di situ, Qaseh membeli sejambak mawar untuk aku. Dia turut menulis sesuatu pada kad ulang tahun perkahwinan kami. Semua tu aku hanya tahu kemudian. Waktu tu, aku langsung tak tahu apa yang sedang dia sediakan untuk aku.
Aku pula bernyanyi riang di dalam kereta. Aku tak sabar nak menimang anak dan sayang aku pada Zetty semakin dalam. Segala persiapan telah dibuat walaupun usia kandungan Zetty baru mencecah enam bulan. Aku dalam perjalanan menghantar isteri kesayangan aku tu ke klinik.
Aku berharap semuanya baik – baik je nanti. Zetty cuma tersenyum dan kami tertawa sambil usik mengusik. Aku seolah – olah lupa terus pada Qaseh. Yang terbayang dalam fikiran aku ketika tu cuma satu, selepas selesai segalanya nanti aku akan melepaskan Qaseh.
Aku nekad kerana bagi aku, Qaseh ada atau tak sama je. Tiada apa yang berbeza dan aku mula merasakan dia satu beban. Aku fikir pandai – pandailah dia nak hidup. Entah s3tan apa yang merasuk aku hingga aku sanggup berfikiran begitu. Ketika tu Qaseh sudah keluar dari kedai dan grab menunggu dia di seberang jalan.
Angin tiba – tiba bertiup agak kencang. Sewaktu dia melintas, angin menerbangkan kad di tangannya. Dia cuba berpatah balik untuk mengambil kad tu. Aku dan Zetty yang leka bergurau senda tak sedar ada seseorang di tengah jalan. Aku tak sempat menahan brek dan terus meIanggar dia.
Wanita tu tercampak di bahu jalan sambil tangannya masih memegang kuntum ros yang semakin hilang kelopaknya. Aku yang terasa bersalah terus keluar dari kereta. Sewaktu aku cuba memalingkan wajah m4ngsa, alangkah terk3jutnya aku bila wanita tu ialah Qaseh. Isteri aku sendiri. Tiada kata yang dapat aku ucapkan waktu tu.
Qaseh semakin lemah. Dalam keadaan tak berdaya, dia masih sempat tersenyum sambil memegang tangan aku walau tersangat payah. Di situlah berakhir segalanya. Laungan aku tak mungkin didengari Qaseh lagi. Kini sudah seminggu Qaseh pergi. Aku masih termenung dan sesal aku tak kesudahan. Aku teringat d0sa aku pada Qaseh dan tanggungjawab yang selalu aku abaikan.
S4kit pening Qaseh tak pernah aku pedulikan. Perhatian aku semakin berkurang atau mungkin takde langsung. Malah aku sampai terfikir untuk membuang terus Qaseh dari hidup aku, padahal dia tak berbuat salah apa pun terhadap aku. Kini aku telah betul – betul kehilangan dia.
Tak perlu aku buang kerana dia terlebih dulu pergi dijemput Penciptanya. Aku masih teringat janji sewaktu membawa Qaseh keluar dari rumah anak yatim. Aku berjanji yang aku akan selalu menjaga Qaseh sampai akhir hayat. Tapi kini aku pula menjadi punca kem4tian isteri aku tu.
Aku betul – betul rasa bersalah. Berulang kali aku baca tulisan Qaseh pada kad yang masih ada kesan d4rah. Pada kad tu, dia memberi salam dan mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang keempat pada aku. Dia berdoa agar perkahwinan kami akan terus kekal selamanya.
Walau apa yang berlaku, walau bagaimanapun layanan aku dan walau besar mana d0sa aku pada dia, dia dah lama maafkan aku. Tiada sekelumit dendam pun di hati dia terhadap aku. Apa je yang berlaku, dia redha. Qaseh meminta maaf akan kekurangan dia yang tak mampu membahagiakan aku. Dia meminta aku halalkan makan dan minum dia selama ni. Dia menulis yang cinta aku tetap abadi di hati dia sehingga jasad diambil pergi. Dia sayangkan aku selamanya.
Entah kali keberapa aku membaca nota tu. Hanya tu yang ditinggalkan Qaseh. Sangat terkilan hati aku mengenangkan arw4h isteri aku. Bertambah – tambah terkilan bila aku dapat tahu yang Qaseh pergi dengan membawa sekali janin yang bakal menjadi pengikat kasih kami.
Sesuatu yang betul – betul diharapkan Qaseh selama ni tapi tak kesampaian. Dalam diam, aku terfikir tiada satu pun hajat Qaseh yang dapat aku tunaikan. Aku tak dapat memberikan kebahagiaan pada isteri aku tu. Aku lupa janji aku. Yang aku berikan cuma rasa kesedihan yang selama ni menyelubungi hidup Qaseh.
Penyesalan pun dah tiada gunanya lagi. Gugur lagi air mata aku entah untuk kali yang keberapa. Tiada lagi senyum dia, tawa dia dan belaian dia. Tiada lagi isteri yang selama ni menjaga segala keperluan aku walaupun aku selalu meny4kitkan hati dia. Yang pasti, tiada lagi Qaseh.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.