
Setiap kali aku ajak suami berbincang tentang anak sulung akan berakhir dengan pergaduhan. Mak aku dah tak dapat nak jaga anak sulung aku atas sebab sebab tertentu. Suami cakap dia tak mampu nak tanggung dah, dengan aku yang sedang mengandung anak kedua..
Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum min dan semua. Aku tahu ni cliché tapi tolong min hide profile aku. Aku tak tahu nak mula dari mana, tapi harap dengan sedikit pengenalan tentang diri aku mungkin cukup. Mungkin ada yang akan mengenali aku melalui cerita ni tapi mohon, jangan mention aku kat sini atau mana – mana. Tolong hormat keputusan dan hak aku.
Aku berumur 29 tahun ni dan merupakan seorang isteri dengan 3 orang anak masing – masing berumur 9 tahun, 6 tahun dan 2 tahun. Aku dengan suami sebaya. Dia adalah suami aku yang ketiga. Suami pertama beza umur dengan aku 6 tahun. Aku menikah ketika masih sangat sangat muda, dan mempunyai seorang anak dengan beliau.
Bercerai dengan lafaz talak luar mahkamah sah jatuh talak 3 (beliau sebut “aku ceraikan kau dengan talak 1, ulang sebanyak 3 kali). Sepanjang perkahwinan, bekas suami malas bekerja, hisap gam, selalu pukul aku, dan banyak lagi yang aku rasa tak perlu cerita kat sini.
Suami kedua, beza umur 4 tahun. Kenal melalui teksi, beliau pemandu teksi. Aku dulu kerja di salun, penampilan bergaya dan seksi. Mungkin menarik perhatian buaya seperti beliau dan akhirnya aku terperangkap dalam jerat buaya. Akhirnya aku mengandung anak luar nikah bersama beliau, kami terpaksa kahwin.
Selepas aku bersalin, macam – macam dugaan demi dugaan aku terima. Okay dipendekkan cerita, beliau kaki penipu, kaki perempuan, kaki judi dan segala kaki lagi malas nak cerita. Semua maklumkan tipikal suami yang macam ni. Yang akhirnya aku juga dilepaskan dengan lafaz talak luar mahkamah sah talak 3.
Pernah lafaz talak 1, tapi rujuk semula. Aku rasa bersyukur kerana dilepaskan dengan talak 3 yang mana beliau takkan mampu untuk rujuk semula. Terlepas dari neraka dunia. Suami ketiga iaitu suami sekarang, aku kenal melalui sosial media lepas tu jumpa dan berkahwin selepas 4 bulan kenal.
Alhamdulillah beliau baik, suami yang aku idam – idamkan malah tidak merokok, tak kaki lepak, tak main game. Selepas 8 bulan berkahwin aku mengandung dan bersalin emergency caesar. Sekarang umur anak nak masuk 2 tahun, dan aku sekarang tengah mengandung 3 bulan anak aku yang keempat namun anak kedua bagi beliau.
Okay ceritanya bermula di sini, anak sulung aku duduk dengan mak aku di kampung. Aku dah lama tak bagi duit, sebab aku tak bekerja. Bukan senang nak minta suami duit nak bagi ke anak tiri. Anak kedua duduk dengan aku dan suami aku tanggung segala perbelanjaan dan menggantikan tempat sebagai ayah yang mana bekas suami langsung tak bagi nafkah dan aku dah stop bagi dia jumpa anak atas sebab sebab tertentu. (Setiap kali masa ambik anak tukar – tukar perempuan yang ikut kejap perempuan tu kejap ni)
Aku tak cemburu langsung malah rasa tak relevan bagi anak kecil nak membesar dengan situasi macam tu. Duit nafkah anak selalu lambat dan tangguh – tangguh nak bagi. Aku dah macam apa dok remind pasal duit. Last sekali aku fed up, suruh dia pergi naik haji balik hari dengan duit nafkah RM300 tu. Sekarang anak bersekolah suami aku tanggung 100%.
Masalah aku yang paling besar kat sini ialah, anak aku yang sulung. Mak aku dah tak dapat nak jaga dia atas sebab – sebab tertentu. Dan pula suami aku belum bersedia dari segi kewangan. Aku sedia maklum, memang kami belum mampu tambahan pula aku termengandung lagi dan batal niat nak keluar bekerja untuk tambah pendapatan.
Setiap kali aku ajak suami berbincang tentang anak sulung akan berakhir dengan pergaduhan. Aku buntu, apa patut aku buat? Aku takkan mungkin dapat buat keputusan yang betul dengan keadaan mental yang tak sihat ni. Aku ada high blood pressure.
Orang lain mengandung kena makan iron tablet untuk tambah darah tapi aku kena makan aspirin untuk cairkan darah demi mengelak tekanan darah tinggi yang amat berisiko bagi ibu hamil. Tengok dari luaran fizikal aku memang nampak sihat dan kuat. Namun aku sangat – sangat sakit dan perlukan bantuan atau sokongan.
Mental aku koyak, ada selalu terfikir dah tak nak hidup dan bawa anak – anak sekali. Namun aku masih mampu melawan perasaan sikit. Tapi tak tahu sampai bila aku mampu. Sebelum ni aku pernah buat keputusan nak gugurkan kandungan, namun tidak kuat untuk itu.
Pernah suruh admin post tapi dia tak nak huhuu. Jadi sekarang aku teringin nak bagi kat orang je anak ni. Aku tak mungkin mampu jadi ibu yang baik dan mungkin akan berubah daripada singa menjadi naga. Jika nak cerita dengan lebih detail, mungkin akan jadi sebuah novel.
Jadi aku pendekkan cerita bagi semua senang faham dan boleh baca. Jangan suruh aku lukis sebab aku fail dalam bab seni. Tolong bagi aku idea, tips, jalan, cara penyelesaian, nasihat, cadangan, sokongan, atau apa – apa je yang membantu. Jika ada kaunselor yang bertauliah berdekatan dengan kawasan kediaman aku, tolong munculkan diri. Aku berada di Selangor.
Jika tanya pasal kerja, maaf aku nak bagitahu. Aku tiada SPM, berhenti sekolah masa Form 4 atas sebab – sebab tertentu juga. Aku tiada sijil atau kelayakan yang membantu untuk yakinkan resume aku. Jadi kerja – kerja ni memang jauh sekali sukar bagi aku sebab kebanyakan kerja yang mesra pengasuh (office hour, cuti Sabtu Ahad public holiday) demand sijil dan macam – macam lagi korang mesti faham kan.
Baiklah, terima kasih admin jika sudi post luahan aku. Minta tolong sangat – sangat hide profile aku min. Ni bukan profile fake, dan tiada yang tak benar melainkan yang benar belaka dari luahan aku ni. Jangan tuduh aku reka cerita kerana semua ni adalah realiti kehidupan yang aku alami dan aku berani bersumpah. Buat suamiku, maafkan aku kerana mungkin serba sedikit telah terbuka aibmu di sini. Maaf, kerana aku tersangat – sangat buntu.
Komen netizen :
Siti Hajar Abdul Majid : Tentang kerja, sis mungkin boleh buat apa – apa business seperti dropship. Insyaallah boleh buat income sampingan. Ataupun guna kemahiran yang sis ada untuk buat bisnes dari rumah. Pasal anak sulung, cuba carikan sekolah tahfiz yang ada asrama. Sis pergi melawat sebulan sekali.
Pasal yuran dan lain – lain, mungkin boleh minta bantuan pejabat agama, zakat atau NGO tempat sis duduk tu. Anak dalam kandungan jangan gugurkan. Kesian dia. Cuba bincang dengan suami sis. Kalau tak mampu sangat dah, boleh bagi kat siapa siapa untuk dijadikan anak angkat. Lepas sis bersalin, elok pasang IUCD. Apa pun, aku doakan sis terus kuat. Solat jangan tinggal. Minta kekuatan dan bantuan daripada Allah.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.