Aku cantik, ada rumah mewah dan gaji puluh ribu! Lepas setahun kahwin baru jumpa telefon kedua, rupanya dapat suami kaki perempuan yang gemar tiduri janda!

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

suami kaki perempuan

Patutlah aku perasan dia kurang bernafsu bila bersama aku, rupa-rupanya aku bersuamikan suami kaki perempuan selepas terjumpa telefon pintar keduanya yang penuh dengan bukti dia bertukar-tukar pasangan! Bila dah kantoi lebih 5 kali tidur dengan perempuan lain, dia merayu-rayu minta maaf tapi lepas dua tiga bulan tetap ulang perangai jijik yang sama..

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua pembaca. Aku bukanlah nak minta pendapat tapi hanya berkongsi kisah hidup. Aku awal 20-an, berkahwin dengan seorang lelaki handsome dan berjaya. Aku cuma kenal dia 2 – 3 bulan dan terus berkahwin.

Dia kerja jauh. Pada awal perkahwinan kami PJJ hampir setahun. Kemudian dia berpindah dan kami tinggal sekali. Aku langsung tak pernah sentuh HP suami kerana terlalu percayakan dia. Depan aku pijak semut pun tak mati. Dan bagi aku, tiada alasan untuk dia curang kerana dia telah lama membujang, so maybe dah puas enjoy.

Lagipun aku rasa aku dah lengkap segalanya dari segi rupa, kereta mewah, rumah besar, kerjaya yang menjana puluhan ribu setiap bulan, layanan yang sangat baik dan aku sangat taat dan lembut dengan dia. Memang ramai lelaki nakkan aku tapi aku bukan jenis melayan.

Aku juga tak pernah minta dia belikan apa – apa atau wang dan dia pun tak pernah bagi. Bukan nak show off cuma nak gambarkan yang dia seharusnya bersyukur. Lagipun bukan korang kenal aku pun. Start dia pindah tinggal dengan aku terbongkar satu persatu perbuatan dia.

Kuasa Allah, aku jumpa HP dia lagi satu dan semua kecurangan dia aku ketahui semua. Rupanya dari kami bercinta, bertunang hinggalah berkahwin dia tak pernah setia. Malahan dia sangat ramai perempuan. Patutlah aku perasan dia kurang berminat dengan aku.

Yelah, jika nak dibandingkan aku yang tiada pengalaman sama sekali, memanglah janda – janda yang dia tiduri tu lebih pro. Time PJJ dulu walaupun jarang jumpa dia tak all out sangat pun dengan aku. Sekadar menunaikan tanggungjawab. Walhal aku sangat menjaga penampilan dan sentiasa wangi.

Bila dah kantoi, dia merayu – rayu supaya aku maafkan. Aku maafkan. Malahan aku berusaha untuk jadi lebih baik kerana aku fikir dengan kebaikan aku, dia akan berubah. Sepanjang kami kahwin walau apa pun kesalahan dia buat, tak pernah aku meninggi suara apatah lagi melawan cakap dia.

Aku bercakap sangat lembut dan tunduk walaupun kami tengah bergaduh. Setiap kali dia salah, aku yang akan kena pujuk dia sebab dia yang akan marah – marah. Sehingga kini, dia dah kantoi lebih dari 5 kali. Setiap kali kantoi dia akan stop jap 2 – 3 bulan then dia akan mesej balik perempuan perempuan.

Dia takde seorang perempuan yang fix. Dia akan random looked around je mana – mana yang sangkut. Aku study sampai berjaya hack FB, IG, WhatsApp, log call, SMS dan macam – macam lagi. Kelmarin pun dia masih video call dengan perempuan yang dia random baru kenal di WeChat, tapi aku diamkan je.

Sampai bila nak bergaduh tentang hal yang sama kan? Dalam masa yang sama aku sedang berusaha fikirkan jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah ni supaya suami aku berubah. Bukan tak sayang. Aku tahu dia sangat sayang aku. Cuma entahlah, dia kalah dengan nafsu. Dan selalu merasa yang diri dia tu hensem sangat kot. Dari segi lain, dia memang perfect. Cuma bab perempuan ni memang tak boleh handle.

Aku jadi kemurungan kerana terlalu stress. Aku tak pernah luahkan pada sesiapa kerana di mata keluarga aku dan dia, dia sangat baik. Jadi sejak dari tu, aku mula cari Allah. Mengadu pada Allah. Aku cuba jaga solat dan berdoa sesungguhnya.

Bagi aku, Allah turunkan dugaan besar ni supaya aku lebih dekat dengan Allah. Aku redha. Semoga Allah mendengar doa aku suatu hari nanti. Tak pernah terlintas di fikiran untuk bercerai sebab aku sangat sayangkan dia dan aku takut berstatus janda kerana mostly wanita yang bersama suami aku adalah janda.

Aku trauma dengan perkataan “janda”. Memang bukan semua janda jahat. Tapi mostly janda ni walaupun diorang tahu laki orang, diorang okay je diajak tidur dan sebagainya. Aku cuma mampu berdoa semoga Allah beri aku kesabaran untuk hadapi semua ni. Aku yakin dia akan berubah suatu hari nanti.

Kepada wanita wanita di luar sana, kalau dah tahu suami orang tu tolonglah hormati hubungan orang. Mungkin kau nampak handsome, kaya tapi kau tak nampak siapa di sebalik seseorang lelaki tu. Bukan senang nak membina sesebuah rumah tangga tu. Jangan hanya disebabkan kamu rumah tangga orang musnah.

Doa isteri teraniaya ni Allah makbul tau. Tak takut ke? Nak buat apa fikir dulu. Jadi wanita biar bermaruah. Sedar sikit lelaki yang dah beristeri ni dia tetap sayang isteri dia dan priority dia tetap pada keluarga. Kau? Stock geli – geli yang dia kutip time nak pakai dan buang bila dah puas.

Kepada suami, sampai hari ni aku masih belum jumpa apakah ayat yang mampu fahamkan seorang suami bagaimana sengsaranya seorang isteri tu bila tahu dia dicurangi dan dikhianati. Dan nasihat aku untuk isteri isteri lain, sebaik mana pun suami anda di mata anda, janganlah terlalu percaya 100%. Kerana lelaki tetap lelaki!

Dia pasti akan text jugak perempuan lain untuk tujuan suka – suka. Kita perempuan kena alert. Kalau dibiarkan takut terjatuh hati lagi panjang cerita. Tapi harus diingatkan bukan semua lelaki macam tu ya. Ayah aku sangat setia pada ibu aku. Alhamdulillah. Aku mohon korang  doakan suami aku berubah dan ada sinar kebahagiaan untuk aku dan dia suatu hari nanti. Aamiin.

Komen netizen :

Sarimah Husin : Kalau sis tak nak bercerai kenapa tak suruh suami tu kahwin lain, biar dosa biarkan suami curang. Kalau sis sayangkan suami, ajaklah dia ke jalan Allah. Kalau dengan cara perkahwinan suami akan berubah, kenapa sis tak cuba, mana tahu ada hikmah di sebaliknya. Sayangkan suami ajaklah bersama sama ke syurga, jangan biarkan suami merana memilih jalan ke neraka. Insya-Allah ada jalannya.

Atina Quraisha : Untunglah laki kaya handsome gaji berpuluh – puluh K. Tapi tak nak buat medical checkup ke? Dapat penyakit nanti tak dapat nikmati harta duit beribu – ribu tu.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.