Ujian DNA dibuat dan saya bukan anak ayah. Saya sebenarnya anak kepada abang sulung ayah, ‘pakcik’ yang telah buat benda tak elok dekat ibu saya..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

ujian dna

Satu hari saya balik ke rumah, saya lihat pintu rumah terbuka dan melihat ibu saya terbaring dalam bilik dalam keadaan yang sangat mengaibkan dan tidak sedarkan diri. Hasil siasatan dan ujian DNA, bapa saya ditahan polis bersama dengan abang sulungnya atas tuduhan..

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua. Nama saya Zarina. Saya nak cerita sikit pasal apa yang jadi dekat ibu kandung saya. Selama ni saya tak pernah luahkan dekat orang lain. Rasanya lebih mudah nak cerita dekat orang yang tak kenal saya.

Masa saya baru nak daftar masuk universiti, ibu dengan bapa bercerai. Saya ikut bapa. Sedih sangat waktu tu sebab bapa langsung tak bagi saya jumpa ibu, sekejap pun tak boleh. Bapa saya ni ego orangnya. Bagi saya, itulah cara dia nak lepaskan dendam dekat ibu.

Bapa termakan hasutan keluarga dia yang tuduh ibu saya sundal. Pada saya, mahkamah syariah masa tu macam terima saja tuduhan bapa. Akhirnya ibu diceraikan dengan talak tiga. Tapi demi Allah, ibu tak pernah buat apa yang mereka tuduh tu.

Saya anak tunggal ibu. Dari kecil kami rapat, jadi memang berat untuk ibu bila dah tak dapat jumpa saya. Bapa nampak warak, tapi dia panas baran. Saya memang lebih rapat dengan ibu. Macam – macam cerita buruk pasal ibu yang bapa sampaikan dekat saya, tapi saya kenal ibu saya.

Baru sebulan bercerai, bapa kahwin dengan seorang bidan yang baru habis kursus perbidanan. Mereka tinggal dekat rumah lama kami di sebuah bandar di selatan Malaysia. Isteri baru bapa orang FELDA, dari kawasan selatan juga. Pada saya, dia ni lain di depan, lain di belakang.

Hubungan saya dengan ibu tiri biasa – biasa je. Kalau ada benda nak cakap, kami cakap. Dalam tempoh tu saya masih tak dapat jumpa ibu kandung saya, tapi saya tetap cuba cari tempat terakhir ibu tinggal. Pengajian saya dekat universiti pun biasa – biasa saja.

Saya lalui hari – hari dekat sana dengan rasa bosan. Dalam hati memang tak bahagia. Masa dekat universiti tu, ada seorang pensyarah muda yang suka dekat saya. Kami bercinta dan dia pernah bawa saya jumpa mak ayah dia. Hampir dua tahun kami bersama. Dengan dialah saya rasa bahagia waktu tu.

Rahsia kami pecah masa cuti semester. Ibu tiri buka surat yang kekasih saya hantar. Bila bapa tahu lelaki tu berasal dari negeri yang sama dengan ibu kandung saya, bapa paksa saya putus dengan dia. Teruk saya kena belasah sampai lembik badan. Tapi dalam hati, saya tetap nak bersama dengan dia. Dialah cinta pertama saya.

Bila semester akhir bermula, saya balik ke kampus. Dia janji kami akan kahwin. Dia kena sambung belajar ke luar negara, tapi pasal masa depan kami, kami dah ada rancangan sendiri. Lepas saya habis belajar, ada rombongan dari sebelah keluarga ibu tiri datang ke rumah.

Mereka nak masuk meminang saya untuk anak lelaki mereka, seorang cikgu sekolah rendah. Saya tolak pinangan tu. Saya bagi alasan yang saya belum bersedia nak kahwin. Bapa dengan ibu tiri marah sangat. Sejak tu memang tak senang saya nak duduk dekat rumah.

Tapi dengan kuasa Allah, cikgu tu sendiri datang berdepan dengan bapa. Dia terus terang yang dia tak berminat nak kahwin dengan saya sebab dia gay. Itulah kali pertama saya dengar perkataan ‘gay’. Lepas tu, buat pertama kalinya kami bercakap di telefon.

Saya ucap terima kasih banyak – banyak dekat dia dan saya ceritakan keadaan saya yang sebenar. Cikgu tulah yang tolong saya cari ibu sampai akhirnya dapat juga saya jumpa ibu semula. Kurus sangat ibu masa saya jumpa dia.

Selama kami terpisah, hari – hari ibu tak lalu makan sebab rindukan saya. Baju saya pun dah lusuh sebab tiap – tiap hari ibu ambil dan cium. Lepas tu saya pergi balai polis buat laporan. Saya bagitahu yang saya lari dari rumah sebab nak tinggal dengan ibu.

Sejak hari tu saya tak balik lagi ke rumah bapa. Saya tahu kalau saya balik, macam – macam lagi boleh jadi. Bapa dengan keluarga dia memang marah saya sebab cari ibu. Akhirnya saya kahwin juga dengan lelaki yang saya kenal dekat universiti dulu. Kami nikah guna wali hakim.

Sampai sudah bapa tak sudi jadi wali saya. Pada dia, saya ni anak kepada perempuan yang dia panggil sundal. Saya bawa ibu tinggal dengan kami di luar negara. Dekat sana saya kerja sambilan. Bahagia saya masa tu, dapat duduk sekali dengan suami dan ibu.

Masa kami balik ke Malaysia, saya dah ada dua orang anak. Kami semua sihat dan hidup pun baik – baik saja. Kami sewa rumah dekat dengan tempat kerja suami, dan saya ambil kursus untuk jadi cikgu. Satu hari, saya balik dan nampak pintu rumah terbuka.

Dari luar saya dengar anak – anak menangis ketakutan. Bila saya masuk bilik, saya nampak ibu terbaring tak sedarkan diri. Keadaan ibu masa saya jumpa dia tu, saya tak sampai hati nak ceritakan. Daripada apa yang anak saya ceritakan dan hasil siasatan polis, saya dapat tahu ibu dirogol oleh 12 orang lelaki Melayu. Sebabnya dendam.

Dah tua pun ibu masih jadi mangsa kemarahan bapa dan keluarga belah bapa. Ibulah yang mereka jadikan kambing hitam selama ni. Lepas kejadian tu, ibu jadi murung. Kebanyakan masa dia solat dan baca surah Yasin. Kalau dia bercakap pun, dengan anak – anak saya saja. Saya kesian tengok ibu.

Saya dengan suami nak jaga dia selagi dia ada. Walaupun dah banyak yang jadi, saya masih berharap dapat tengok ibu bahagia. Bapa kemudian ditahan polis bersama abang sulung dia. Abang sulung bapa dituduh pernah merogol ibu pada awal perkahwinan ibu dengan bapa dulu.

Bila keputusan ujian DNA keluar, barulah saya tahu yang saya sebenarnya anak kandung abang sulung bapa. Selama ni mereka nampak warak. Tak sangka macam tu apa yang berlaku pada ibu. Masa dekat mahkamah, bapa cuba minta maaf dekat saya.

Saya dah tak mampu nak berdepan dengan dia. Ibu pula cuma pandang kosong ke depan, macam dia dah tak kenal lelaki yang pernah jadi suami dia tu. Lepas tu, tiba – tiba suami saya jatuh sakit. Pakar yang periksa dia tak jumpa apa – apa penyakit. Bila kami jumpa pengamal perubatan Islam, saya diberitahu yang suami mungkin kena santau.

Kami ikhtiar berubat dengan beberapa orang ustaz, tapi akhirnya suami saya meninggal dunia. Saya percaya arwah akan pimpin saya ke syurga nanti. Sejak dia tak ada, tinggallah saya dengan ibu dan anak – anak yang makin membesar.

Satu malam lepas Isyak, saya dengan ibu terhidu bau busuk dari ruang tamu di tingkat bawah. Kami turun tengok. Ada tiga ekor bangkai ayam dekat bawah sofa, dah busuk dan hampir reput. Ibu pesan jangan sentuh. Dia suruh saya telefon ustaz yang pernah rawat arwah suami.

Ustaz datang dan mulakan rawatan dekat rumah kami. Esoknya, ibu tiri dengan keluarga sebelah bapa pula datang dari jauh. Mereka bagitahu bapa tengah nazak di hospital. Pihak penjara yang hantar dia ke sana untuk dapatkan rawatan.

Kata mereka, bapa asyik panggil nama ibu dengan sedihnya, minta ampun. Saya diam. Ibu pun diam. Rasanya dah lama hati kami kosong. Saya cuma cakap, kalau ada rezeki, saya akan pergi jenguk dia. Masa keluarga bapa datang tulah banyak rahsia pasal apa yang jadi selama ni terbongkar.

Ibu bertahan selama enam tahun. Sampai hari ni saya bangga saya dapat jaga ibu yang menghidap AIDS. Tak pernah saya takut nak dekat atau uruskan dia hanya sebab penyakit tu. Dia tetap ibu saya. Orang lain yang hidup dengan penyakit tu pun manusia juga, sama macam kita.

Satu perkara yang buat saya sedih, masa ibu meninggal, jenazahnya berbau kuat. Saya bawa ibu pulang ke negeri kelahiran ibu dan arwah suami. Di situlah saya kebumikan ibu, di sebelah pusara arwah suami saya.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.