Abah kata maIang betul nasib saya sbb mak yang tua pun lagi cantik dari saya yang anak d4ra ni

Saya tahu ramai yang nampak perempuan kulit putih, kurus tu cantik. Saya hanya nampak kulit saya gelap, banyak jerawat, tinggi tak cukup, sedikit gempal dan muka pun tak cantik. Dari kecik abah cakap saya nasib maIang sampai lah saya dewasa. Saya dah tak kisah, tapi saya menjawab dekat abah..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua, saya Kencana, nak share confession berkenaan ‘diri saya yang tak cantik’ ni. Sedikit pengenalan, saya wanita yang sudah berkahwin, umur menginjak ke 40-an. Realitinya, memang fitrah manusia untuk sukakan kecantikan fizikaI.

Saya pasti kalau semua orang boleh pilih, tak ada satu benda pun dalam hidupnya yang tak cantik. Tak akan saya lupakan betapa terdesaknya saya berdoa masa kecil dulu untuk jadi seorang yang cantik rupawan. Doa saya, tak mahu jadi cun macam orang lain, nak jadi macam diri saya sendiri tapi versi jelita.

Kelakar kalau difikirkan balik. Saya tak pasti bermulanya dari mana, tapi sedar – sedar saja, semua orang yang saya kenal memang maklum yang saya rasa diri saya h0doh. Saya ins3cure sangat – sangat. Saya takde keyakinan diri. Macam mana ye nak terangkan?

Maksud saya, kalau di sekolah bercerita tentang topik cantik, kawan – kawan baik mesti akan pujuk dan cakap, sebenarnya saya lawa tapi saya je yang tak perasan. Rakan sekelas yang tak rapat (lelaki) pun tahu yang saya sangat tak konfiden dengan rupa paras saya.

Jangan kata kawan sekelas, kawan tak rapat kelas sebeIah punya sebelah pun tahu ye. “Oh, si Kencana tu..? Dia memang…” Bila saya tengok cermin, apa yang saya nampak adalah seorang budak perempuan yang kulitnya gelap dan banyak jerawat, tingginya tak cukup dan sedikit gempal, muka pun tak cantik.

Lepas tu saya akan tengok lantai sebab sedih. Saya syak ini semua bermula dari rumah, bila abah suka bergurau dengan saya. Katanya, maIang betul nasib kalau mak yang dah tua pun lebih cantik dari saya yang anak d4ra ni.

Semua benda pasal saya memang akan dijadikan bahan gurauan atau ejekan dia. Dari berat badan, warna kulit, rupa paras, semualah! Dan saya hanya pandai tunduk, diam lalu menangis. Ada abang dan adik lelaki pun, sama je.

Malah gurauan dia lebih meny4kitkan (siapa ada abang atau adik beradik lelaki hati k3jam, tahu lah). S4kit melalui hari – hari membesar sambil tenung cermin dan bertanya pada diri sendiri, kenapa muka kau buruk sangat ye, Kencana?

Kenapa adik beradik lain elok rupa parasnya? Kenapa mak saya cantik tapi saya tak? Kenapa kenapa kenapa? Kadang – kadang nak beli barang pun malu, nak bertanya arah pun segan. Saya benci jadikan kecantikan itu topik utama dalam hidup, tapi saya tak boleh stop.

Itu cerita lama saya. Dipendekkan cerita sekrang saya bersyukur sangat – sangat rasanya kerana pengalaman hidup membuatkan saya berfikir dengan lebih bijak. Hidup ini bukan sekadar rupa. Satu aspek yang saya kira penting juga: meluaskan definisi cantik itu sendiri.

Biasalah, kalau orang kita ni, cantik tu maksudnya kulit yang putih melepak, badan yang langsing, hidung mancung, mata besar, bibir mungil. Dulu, saya pun percaya macam tu. Kini, mindset saya terhadap kecantikan fizikaI adalah, “kulit gelap pun cantik juga, badan yang gemuk pun menarik juga, mata sepet pun lawa juga” (sila tambah sendiri kalau ada contoh lagi).

Betullah kata orang, cantik itu sebenarnya subjektif. Tiada format dan tiada peraturan. Pada umur hujung 30-an ni, saya mula perasan yang saya dah tak peduli sangat apa pandangan orang pada saya, rupa saya cantik ataupun buruk.

Nilai saya sebagai seorang manusia dan seorang wanita tidak dinilai dari rupa. No way, tidak sama sekali! Saya menjalani hidup sama macam orang lain, ada pasang surut, kadang – kadang gembira kadang – kadang berduka. Biasalah.

Tapi di sini ada satu plot twist. Di saat saya betul – betul tak peduli pasal kecantikan, ramai yang memuji. “Eh Kencana, cantiknya kau sekarang”. “Untunglah (suami Kencana), dapat bini lawa” Saya tak faham. Saya tenung cermin lagi. Apa yang berubah? Bila saya buat plastik surgery?

Lama saya renungkan benda ni. Dan sekarang, saya mengerti. Dan ini antara sebabnya saya menulis confession ini. Sekarang, saya betul – betul terima diri saya seadanya. Kalau saya tak lawa pun, so what? Kalau saya jelita pun, kenapa?

Saya sentiasa berusaha untuk menjadi manusia yang berakhlak baik. Saya bekerja keras dalam agama, kerjaya serta dalam personal life saya. Kulit saya gelap? Ya, itulah hasil daripada semua aktiviti outdoor kesukaan saya.

Muka saya tak berapa cun? Rupa sederhana saya inilah yang menyinarkan aspek lain berkenaan diri saya: cara bersembang, gaya berpakaian, prinsip hidup, amazing work ethics, banyaklah! Jerawat? Sebelum saya mengeluh, saya ingat betapa seronoknya research pasal skincare, tambah ilmu untuk menjaga diri dan the whole journey of m4king my skin healthy.

Dulu saya marah, kenapa kaki saya tak panjang macam model? Tapi kaki ini lah yang bawa saya mendaki gunung, pergi hiking, pergi berenang, main kejar – kejar dengan adik tepi pantai, pergi shopping hahaha. Walaupun hidup saya tidak sempurna dan banyak masalah macam orang lain juga, saya masih sempat merasa keindahan duniawi, alhamdulillah.

Ruginya saya kalau memurahkan anugerah ini hanya kerana saya tak cantik. And just like that.. Saya sedar. Doa saya masa kecil dulu untuk jadi seorang yang rupawan ‘tapi masih macam muka sendiri’ sudah pun dimakbulkan.

Mungkin semuanya sebab saya bersyukur dengan diri saya dan apa yang saya ada, akhirnya saya dapat apa yang nak bila saya dah tak kisah lagi pasal ‘cantik’ ini. Jika saya dilihat sebagai cantik oleh mata masyarakat, alhamdulillah.

Kalau tidak pun, apedehal brader? Saya dah tak perIukan lagi semua tu, sebab nilai diri saya bukan sekadar rupa. Saya juga menulis untuk adik – adik di luar sana yang sekapal dengan saya dulu. Adik, carilah nilai dirimu sendiri.

Jangan awak ukur diri awak melalui kanta yang dangkal seperti rupa. Tak berapa tahun pun, kulit yang tegang tu akan berkedut, rambut yang ikal mayang tu akan menipis. Pada akak, kedut tu sendiri pun lawa sebenarnya, uban yang putih tu pun, cool sebenarnya.

Jangan tertipu dengan dunia sosiaI media, filter, majaIah dan televisyen. Carilah nilai dirimu dari akhlak yang murni, hati yang bersih dan sentiasa amalkan sikap saling menyayangi sesama makhluk. Muka yang cantik tak menjanjikan kebahagiaan.

Tengok sajaIah artis – artis yang disanjung bak dewa dewi, bukan sikit yang membvnvh diri. Manusia yang ditakdirkan untuk menyayangi awak akan sentiasa rasa awak lawa, dik. Tabahkan diri, sentiasa pegang teguh pada apa yang sebenar – benarnya penting dalam hidup ni.

Tulisan ini juga saya nak tujukan kepada segenap masyarakat, terutamanya lelaki. Sedarlah, tekanan yang terp4ksa dihadapi oleh wanita hanya kerana rupa. Dia tak boleh pilih pun rupa dia bagaimana. Pernah dengar tak “seorang wanita itu dinilai dari rupa parasnya, seorang lelaki itu dinilai dari hartanya”. Itu realiti.

Tak patut sebegitu, tapi itulah yang berlaku setiap hari. Apa rasa abang – abang dan pakcik – pakcik kalau diejek kerana awak miskin tidak berharta? Cukuplah, jangan b0dy sh4ming orang lagi. Mungkin bagi awak seronok, tapi r3muk hati, siapa yang tahu.

Kadang – kadang ada juga abah atau abang cuba bergurau kasar dengan saya lagi. Katanya, masih gelap macam dulu. Tapi sekarang, saya dah pandai sikit. Kulit saya gelap, dapat dari abahlah, cuba tengok mak, putih je.

Jadi sekarang ni, awak nak kutuk siapa? Hahahahahaha. Saya pernah melalui satu zaman yang saya betul – betul tak peduli pasal rupa saya. Tapi, saya silap. tak seharusnya jadi begitu. Rupa paras saya ini sama ada lawa atau tidak di mata orang, inilah ciptaan khas dari Allah untuk saya.

Sikit ambil dari abah, sikit ambil dari mak. Mungkin juga ada tok nenek yang muka sama 100% dengan saya, siapa lah tahu. Mungkin di syurga nanti dapat berkenalan, insyaAllah. Untuk saya terus menidakkan kepentingan rupa dalam hidup juga tak betul.

Sebab inilah rupa yang membuatkan suami jatuh cinta dengan saya. Inilah muka yang senyum kembali pada saya bila saya pandang cermin. Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, adalah Tuhan yang sama menciptakan saya. Mana mungkin ciptaanNya buruk?

Kalau ada yang rasa confession ini banyak memuji diri, saya minta maaf. Bukan begitu niat saya. Mungkin saya tak pandai menulis tapi kesed4ran yang baharu saya dapat, bukan sesuatu yang mudah untuk diluahkan. Harap dapat difahami dengan perspektif yang sama saya cuba sampaikan. Jika dapat membantu walau seorang pun, saya bahagia. – Kencana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norizan Mamat : Salam, Makcik sebenarnya tak cantik. Tapi orang mengata makcik cantik bila dah tua – tua ni. Jadi, makcik terima dengan redha jer la… malas nak bertekak. Hahahaha… buleh gitu?

Fazidah Abdul Kadir : Dah umur 40an ni, soalan – soalan begini sudah tidak jadi keutamaan hidup kan? Dah tak peduli cantik ke tak ke. Sama saja. Sebenarnya zaman remaja je yang chaIIenging sebab rasa tak cantik our heads are filled with insecurities, zaman lain dah tak peduli.

Kulit putih ke hitam ke bukan boleh jamin syurga pun. At the end of the day, kita semua menuju kem4tian. Bersediakah kita untuk hari itu? Cantik itu sementara, buruk sementara, kaya sementara, miskin sementara. Semua yang di dunia sementara sahaja.

Dina NoorLina : Makcik dulu masa muda – muda rasa sangat diri tak cantik, dapat suami ensem pulak tu rasa lagi down bila jalan dengan dia, tapi bila dah tua – tua ni orang cakap makcik cantik dan suami yang ensem tu pulak dah nampak tua dari makcik, kami sebaya hihi apa – apa pun bersyukur saje atas segala nikmat Allah swt fikir yang baik – baik aje InsyaAllah yang baik – baik juga yang datang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.