Ayah p4ksa aku masuk universiti swasta sedangkan kami miskin. Aku hanya mampu makan nasi dengan kuah je

Ayah sanggup bergadai harta suruh aku masuk Universiti swasta sebab nak aku jadi engineer oil and gas. Aku makan sekali sehari dengan duit RM1, nasi dan kuah. Kadang – kadang roommate aku tak habis makan, aku makan lebihan makanan dia. Sehingga satu hari, kawan aku ajak pergi satu tempat, dia kata ada makan free..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt, nama aku Muja. Aku nak cerita something yang aku rasa, hampir 100% manusia akan terfikir dan tertanya – tanya benda yang sama. Di mana, aku dapat jawapan kepada persoalan ni in a hard way lah. But it was worth it.

Apakah persoalan tu, dan apakah jawapannya, jom baca dulu cerita aku ni. Cerita aku ni panjang sikit, harap semua orang baca dengan sabar. Semoga bermanfaat. Aku ni berasal dari keluarga yang sederhana susah. Agak susah sebenarnya sebab mak ayah aku ni dah tua.

Dari kecik aku selalu tolong mak aku pegi kebun, petik tanaman, jual sayur ke pasar dan kadang – kadang aku tolong mak aku jual nasi pagi – pagi. Kiranya aku memang dapat rasa sekali lah kepenatan ibu aku cari duit.

Membesar dalam keadaan macam ni, dari kecik aku selalu bercita – cita untuk ubah nasib keluarga. Aku nak bagi duit yang banyak dekat mak ayah aku. Nak suruh mereka rehat je. Jadi aku ni selalu bersungguh – sungguh dalam study aku.

Walaupun kawan – kawan aku, mak ayah diorang hantar tuisyen, mak ayah aku tak mampu hantar aku ke tuisyen tapi aku memang berusaha semampu mungkin untuk skor dalam exams. Alhamdulillah, UPSR aku straight A’s.

Sampailah PMR, aku masih dengan semangat yang sama. Nak Berjaya, nak ubah nasib keluarga. Dan sama jugak, PMR aku dapat straight A’s. Bila masuk Form 5, aku memang study giIa – giIa lah, sebab pernah suatu petang, aku cakap kat mak aku,

“Mak, orang janji mak, lepas SPM orang nak dapat biasiswa, orang taknak susahkan mak lagi”. Memang aku study sungguh – sungguh untuk dapatkan biasiswa. Sampaikan, aku tidur hanyalah 3 jam sehari. Semua textbook memang aku khatam.

Aku study giIa – giIa. Aku jawab past year papers tiap – tiap hari. Sampaikan orang takut dengan kegigihan aku. Memang luar biasa waktu tu. Malam memang aku berjaga sampai pagi untuk study. Aku hanya tidur sekejap antara pukuI 8 malam smpai 12 malam.

Aku ni memang jenis effort person. Bukan dah lahir – lahir pandai. Sepanjang form 5 tu, aku tak pernah tinggal qiamullail. Setiap malam aku nangis aku doa kat Allah swt supaya bagi aku biasiswa. Aku tak minta straight A’s, tapi aku mintak biasiwa.

Pelik kan tapi betapa biasiswa tu lebih penting dari result aku tu. Doa aku lebih kurang macam ni lah, aku tak kisah belajar apa pun asalkan aku dapat biasiswa. Tiba lah keputvsan SPM, aku dapat 8A 1B. Aku pun start lah apply semua biasiswa yang wujud.

Dalam masa yang sama, ayah aku ni sebenarnya dah lama bercita – cita untuk aku jadi engineer oil and gas. Jadi ayah aku suruh aku apply biasiswa satu syarik4t minyak ni. MaIangnya syarat biasiswa tu ialah minimum 9A. Jadi aku tak layak untuk dapat biasiwa tu.

Ayah aku pun suruh aku apply sebuah IPTS yang terkemuka kat Malaysia, yang banyak mengeluarkan graduan – graduan oil and gas ni. Kiranya aku dapat tawaran masuk ke IPTS ni sebagai private student lah. Masa tu aku tak nak terima tawaran tu disebabkan aku sangatlah sedar yang keluarga aku ni tak mampu.

Ayah aku bersungguh sangat nak aku masuk sampai kan dia sanggup untuk jual harta yang tak banyak mana tu untuk biaya aku belajar kat situ. Dan ayah aku bagi kata semangat, masuk je dulu as private student, nanti p0inter tinggi, apply biasiwa lagi.

Aku pun terimalah tawaran masuk ke IPTS tu sebagai private student. Disebabkan yuran masuk IPTS ni pun dah RM3k, yuran 1 semester pun dah RM6k, aku berjimat cermat sangat sebab aku rasa bersalah dengan mak ayah aku.

Aku dah janji nak dapat biasiswa tapi diorang pulak yang terp4ksa tanggung aku lagi lepas SPM. Aku lalui hidup aku sehari – hari dengan rasa bersalah yang amat. Aku terIampau berjimat sampaikan, aku hanya makan sekali sehari iaitu waktu tengah hari sahaja.

Pagi aku berlapar dan masuk tengah hari, aku akan ambil nasi putih banyak – banyak, bersama kuah sahaja. Aku spend RM1 aje sehari untuk makanan. Kadang – kadang RM1.20. Malam aku berlapar balik. Aku jimat sampai sabun basuh baju aku ialah sabun yang sama aku buat mandi. Sabun ketul tu.

Kadang – kadang roommate aku tak habis makan, aku makan lebihan makanan dia. Berat badan aku turun mend4dak. Buku – buku mahal yang digunakan dalam kelas, aku tak beli. Tapi aku fotostat je muka surat yang pensyarah akan guna.

Bila mak aku call, ada lagi tak duit, aku cakap ada lagi padahal dalam bank aku tinggal RM50 je. Tapi instinct mak kan, tiba – tiba dia bank in aku RM300. Terharu aku. Masa tu lah aku boleh makan sedap sikit. Kawan – kawan aku kat situ mostly semuanya sponsored. Semua ada biasiswa.

Kalau takde biasiswa macam aku ni pun, anak orang kaya. Yang paling str3ssnya bila budak – budak sponsored ni memang budak – budak pandai. Yang kaya – kaya ni pun pandai – pandai. Kadang – kadang aku tak tidur study tapi bila test je aku tak dapat skor.

Tak kisah macamana aku study pun, aku still tak dapat nak skor result yang bagus dalam test. Budak – budak kaya, dah la kaya, dapat biasiswa, cantik, diorang bukan study sangat pun, kerja pergi dating saja tapi still dapat skor bila exam.

Ke sana ke mari ada kereta sendiri. Aku ni nak ke kelas terkejar – kejar kena berlari, jalan kaki lebih 15 minit paling kurang. Bermula lah episod hidup aku yang aku start rasa tertekan. Aku start compare diri aku dengan orang lain.

Kenapa orang lain tak sesusah aku? Kenapa orang lain tak perlu struggIe macam aku. Dah la tak pandai miskin pulak tu. Aku start mempersoalkan takdir hidup. Masa tu aku banyak tanya dengan diri.. Kenapa Allah swt buat hidup manusia ni tak sama.. kenapa ada orang lahir – lahir dah kaya tak perlu effort.

Ada orang lahir – lahir dah genius tak perlu study banyak – banyak macam aku. Kenapa dan kenapaaaa?! Aku bangun malam – malam, aku akan menangis dengan dasy4tnye dalam qiamulail aku. Aku mula tanya Allah, untuk apa sebenarnya aku ni hidup?

Adakah untuk jadi kaya macam yang aku impikan tu? Sebab kalau lah hidup ni untuk jadi kaya, tak adil lah sebab ada orang kaya sebab keturunan dia memang kaya. Takkanlah hidup ni untuk dapat result gempak je? Tak adil lah sebab ada orang memang dah genius sejak azali lagi.

Adakah hidup ni untuk jadi cantik? Tak adil lah sebab memang ada orang lahir – lahir dan cantik. Takyah effort pun. Dan persoalan paling besar ialah, kalau lah tujuan aku hidup ni untuk kaya, pandai dan cantik MAKA, Allah tu TIDAK ADIL!

Ye, kalaulah tujuan hidup aku untuk capai semua tu, Allah tu memang tak adil! Tapi waktu tu…aku sangat yakin yang Allah swt tu Maha Adil. Takkanlah Allah swt tu tak adil. Ni mesti ada benda yang aku tak tahu. Aku doa kat Allah, berikan aku jawapan.

Aku yakin dengan sifat Dia yang Maha Adil, Cuma aku tak faham why this life should be like this? Aku menangis je setiap malam menghadapi kesusahan ni. Tiba – tiba satu hujung minggu tu, roommate aku ajak pegi satu program.

Dia cakap ada makan free. Disebabkan aku ni hari minggu asyik makan nasi dengan kuah je, aku jadi eksaited nak pegi makan free. Yelah dah lama tak rasa lauk. Sampai kat tempat program tu ada sharing rupanya. Kind of halaqah la.

Aku layankan jelah walaupun masa tu aku pakai seluar ketat, baju pendek, shawl lilit. Tiba – tiba kakak yang bagi talk tu, dia cakap pasal tujuan hidup. Aku macam what?! Jaw dropped. Sebab itulah persolan yang bermain dalam fikiran aku sepanjang minggu tu.

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku” (Al-Dhariyat:56) Masa aku dengar ayat tu, aku macam tak faham. Ibadah macamana? Sebab aku solat je. Yelah, qiamulail lagi. Tapi kenapa aku still rasa tak fit the purpose?

Kemudian kakak tu cakap, ibadah yang dimaksudkan dalam ayat tu ialah ‘memperh4mbakan diri’-abid. Means apa – apa pun yang aku buat dalam hidup ni, aku kena buat kerana Allah swt, sebab aku ni h4mba Dia. Tak kisah benda tu belajar ke, kerja ke.

Aku tak boleh letakkan duit sebagai matlamat. Duit tu hanyalah alat untuk aku jadi h4mba Allah. Aku tak boleh indulge dalam study, tanpa menghiraukan ilmu agama yang sepatutnya aku luangkan masa juga untuk mendalaminya.

Dan even pakaian aku, percakapan aku, semuanya aku kena buat sebagai seorang h4mba. Kalau Allah tak suka aku pakai aku menutup aur4t, jadi aku kena tutup aur4t sebab aku ni h4mba. Kalau Allah suruh aku jangan mengumpat, aku tak boleh mengumpat sebab aku ni h4mba yang sentiasa diawasi Allah swt.

Pastu kakak tu tambah lagi, “apa beza Islam dengan islam?” Erm.. ofkos la huruf depan kan. Huruf besar dan kecik. First time aku tengok orang eja islam dengan huruf I kecik. Rupa – rupanya. Bezanya ialah Islam ialah kata nama dan islam ialah kata kerja.

Dan menjadi abid (h4mba) kepada Allah swt tu ialah dengan islam atas kata kerja bukan nama saja islam tapi pakaian, percakapan, apa yang kita baca, tonton tak islam! Patutlah aku rasa kosong. Sebab aku tak memenuhi tujuan aku ni diciptakan iaitu menjadi h4mba Allah, dengan ‘mengerjakan’ perbuatan islam, bukan pinjam saja perkataan islam di IC. Dan selama ni kita hanyalah Islam di IC sahaja!! *ouch

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 208; “Wahai orang – orang yang beriman! Masuklah kedalam islam secara KESELURUHANNYA (kaffah) dan janganlah kamu ikuti langkah – langkah sy4itan. Sesungguhnya, dia ialah musvh yang nyata bagimu”

Faham tak, Allah swt suruh masuk islam secara keseluruhan. Macam masa hujan, kalau kau taknak basah, kau masuk satu badan lah kan dalam rumah, takkan kau hulur kaki je untuk berteduh. Jadi konsep islam tu macam ni, kalau kau tak masuk islam secara total, fizikally dan dari hati, kau confirm tengah ikut langkah sy4itan!

Sebab tulah kalau perasan, kat Malaysia ni ramai je yang solat tapi kes jen4yah macam mencuri, rasu4h, menipu tu masih lagi wujud. Bahkan penah tular yang sorang bapak boleh cabuI anak dia 360 kali da pertama kali dia buat semasa menunaikan umrah! GiIa tak?

Inilah yang berlaku bila tak faham kita ni hidup sebagai abid dan nak jadi abid tu mesti hidup buat islam secara kata kerja! Bukan pakai nama islam di tudung, atau di kopiah sahaja! Dan sekarang, apa kaitan hidup aku yang tertekan dengan study tu dengan menjadi abid?

Bila aku faham yang hidup aku ni untuk memperh4mbakan diri pada Allah swt semata, baru lah aku faham yang selama ni, aku jadi str3ss dan rasa Allah swt tu tak adil sebab aku meletakkan study dan kaya tu jadi matlamat hidup. Sebab tulah aku str3ss.

Aku tersalah letak matlamat. Padahal, aku ni wujud atas muka bumi untuk taat dan patuh pada suruhan Allah swt sahaja! Bila aku terlalu focus kat study, aku terlepas pandang sisi diri aku sebagai seorang h4mba Allah yang tak sempurna dan perlu di isi keruhaniannya.

Yang aku nampak, bila aku study dan aku tak faham, aku jadi tertekan. Patutnya aku tertekan bila aku buat d0sa, patutnya aku tertekan bila aku tak cuba memahami ayat – ayat Allah.Patutnya aku tertekan bila aku tak betul – betul jadi h4mba Allah tapi jadi h4mba dunia ni!

Bila aku terlalu focus nak jadi macam orang lain, aku tersedar yang aku terper4ngkap dalam satu cycle yang buatkan aku hanyut, lupa akan tujuan asal aku wujud kat muka bumi ni. Dan masa tu aku baru sedar yang selama aku hidup rupa – rupanya aku ulang cycle yang sama.

Sebab tu aku rasa kosong. Bangun pagi, pegi kelas, balik, makan tidur. Kalau ada homework, aku buat. Lepas UPSR, PMR then SPM. Hidup aku study, untuk dapat result je. Lepas tu asasi pulak, lepas ni aku akan menggiIa pula nak habiskan degree.

Aku mula rasa macam hidup ni seolah – olah dah di susun. Semua orang lalu cycle yang sama. Lepas study, kerja, kawin, beranak, dan anak aku nanti akan ulang benda yang sama. Hidup sekadar hidup. Hidup hanyalah untuk bertahan hidup sampai m4ti. Faham tak?

Macam buat lah pape pun asalkan dapat teruskan kehidupan sebelum hayat kita expired. Meh aku explain dengan lebih nampak lagi. Kita masuk tadika, sekolah sampailah university hanyalah untuk dapat kerja betul tak?Aku rasa takde orang masuk sekolah sebab dia taknak sijil tapi saja – saja nak belajar betul tak?

Dari kecik mak kita cakap, “belajar rajin – rajin, besar nanti dapat kerja bagus, gaji besar”. Kenapa nak kerja sebab kalau tak kerja tak dapat duit lah betul tak? Okay, kenapa nak dapatkan duit? Untuk bayar kereta. Kenapa bayar kereta?

Yelah kalo takde kereta macamana nak gi kerja? Jadi sebenarnya, hidup kita ni kerja untuk bayar kereta, kereta untuk pergi kerja. Macam satu kitaran b0doh sebenarnya. Kita ulang – ulang kitaran tu. Okay fine, kau pun cakap kau bukan bayar kereta je tapi dengan duit tu kau boleh travel dan tenangkan fikiran. Kan?

Tapi please jangan tipu diri sendiri sebab kau pun tahu, kau pegi travel tu sebab nak berehat dari kerja betul tak. Sekali lagi, sebab travel tu pun sebab kau str3ss dengan kerja. Nak katanya kita semua ni bukan jadi h4mba Allah, tapi h4mba kerja, h4mba duit.

Tanyalah diri, apa tujuan hidup kau? Mesti kau tak tahu pun apa kan. Or it will take a moment for you to think what is your purpose of life. Dan percayalah, we keep on putting goals in our life yet, all of them are temporary.

Lepas satu, satu. Dan nak ke, kalau kita bangkit kat akhir4t nanti, kita rasa kita dah buat macam – macam benda masa kita hidup ni, tiba – tiba masa nak present depan Allah, semua benda hilang macam debu sebab kita buat semua benda tu untuk diri sendiri bukan for the sake of Allah swt.

Kita tak fit the purpose of our life. Macam Allah cakap dalam surah Al-Kahfi ayat 102,103; “Adakah perlu Kami beritahu kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? Iaitu orang yang sia – sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik – baiknya”

Aku bukan nak ajak jadi jumud tapi dunia ni alat yang sepatutnya kita pegang dalam genggaman kita. Bukan dekat hati. Allah bukan nak suruh kita tinggalkan dunia ni, tapi, kejarlah akhir4t tu, t4rget lah diri untuk jadi abid yang sejati, kemudian Allah pasti akan jaga dunia kita.

Dia dah tetapkan rezeki untuk kita. Tanya diri, berapa percent je masa kita spend untuk faham islam dan cuba untuk praktikkan dia? Alhamdulillah lepas 3 bulan aku kat IPTS tersebut, tiba – tiba aku dapat offer ke luar negara dengan full scholarships.

Dan Allah makbulkan doa aku bila aku ditaja sepenuhnya sampai ke Master. Maknanya aku dapat tajaan penuh selama 7 tahun termasuk belajar di luar negara. Aku tak pernah menyesal Allah swt bagi aku 3 bulan yang buatkan aku mencari balik erti kehidupan ini.

Walaupun susah, 3 bulan tu buatkan aku lebih ‘hidup’. Terima kasih pada kakak yang bagi aku makan free dan yang sedarkan aku. Kakak tu seorang doctor graduan UK. Aku tak tahu apa namanya. Kini, aku tengah menyambung phd di universiti tempatan dan aku aktif dengan program – program kerohanian.

Aku nak jadi pensyarah sebab aku nak bagitau anak didik aku tentang tujuan hidup yang sebenar ni. Aku tak nak orang lain tertipu dengan cycle b0doh. Itu saja dari aku untuk kali ni. Sebenarnya ada lagi satu tujuan kita diciptakan oleh Allah swt.

Nantikan sambungan cerita aku, kalau berkesempatan nanti. Semoga confession ini bermanfaat! Assalamualaikum. – Muja (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Hela : I love this confession. Saya nak sarankan pada yg masih tercari – cari kenapa Allah ciptakan kita, cuba dengar kuliah ustaz wan hizam. Agak garang, tapi senang faham.. beberapa kali air mata saya menitik bila dapat tahu betapa silapnya kita selama ni.

Saya bagi 1 contoh isi kuliah beliau yang membuatkan saya malu ya amat. “Kita solat dhuha sebab nak murah rezeki, nak kaya. Kita nampak ganjaran. Tapi kita tak nampak si pemberi ganjaran. B0doh betul. Sedangkan tujuan asal Rasullulah solat dhuha ialah kerana baginda bersyukur dengan keindahan cahaya dhuha.”

Mas Tura : Wowww…. this confession is so …wowwww…. i give you 5 stars . Memang kita dalam kehidupan ini akan melalui fasa ‘pertanyaan’ dan Allah akan menjawab soalan – soalan dengan cara yang sesuai dengan sipolan itu… just ask from Him and He will answers you with His full love and compasionate.

Akissha Laila’sha : Saya suka bila confessor cakap “saya ni jenis effort person. bukannya lahir lahir dah pandai”. Kan Allah dan janji, “Tiada siapa yang akan mengubah nasib seseorang h4mba melainkan h4mba itu cuba mengubah nasib diri sendiri dahulu”

“Siapa yang berusaha, pasti Allah akan memberi ganjaran kepadanya”. Saya ajar tuisyen dan selalu berpesan pada student saya teruskan usaha dan jangan sesekali putvs asa untuk berdoa pada Allah. Betul, everyone was born with different level of intelligence, skill and talent. You only need to discover what thing you are really good at and make the best of it.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.