Selama ni Mia suka berborak dengan aku, sampai satu hari dia nampak aku bukak topi terus dia larikan diri

Aku kalau keluar memang akan pakai topi atau kopiah. Aku malu orang nampak ‘aib’ aku. Aku rapat dengan sorang pekerja restoran tempat aku selalu makan. Aku tanya nama dia dan dia bagi respond yang baik. Sehinggalah aku tumpang toilet kedai, dia nampak aku buka topi. Lepas pada tu dia terus tak layan aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai, nama aku Hakif, umur 27 tahun dan masih belum berkahwin. Aku nak ceritakan tentang ‘masalah’ aku iaitu Jodoh Lelaki Tua Sebelum Usia. Mesti ada yang tertanya – tanya apa yang aku maksudkan dengan “tua sebelum usia”.

Ya, walaupun umur aku baru 27 tahun tetapi pada mata orang ramai aku sudah kelihatan tua. Kerana apa? kerana aku ada masalah kebotakan dan keguguran rambut yang agak teruk. Orang panggil botak tengah. Aku yakin ada juga segelintir lelaki kat luar sana yang ada masalah sama dengan aku.

Jai, aku nak cerita sikit kisah kepayahan aku dalam mencari j0doh. Aku ada 3 orang adik beradik, abang long berumur 31 tahun dan kak ngah 29 tahun dan aku. Abang long aku juga terima nasib yang sama macam aku, cuma dia lagi teruk.

Masuk umur 25 saja rambut dia dah clear habis tinggal rambut bahagian tepi dan belakang saja yang lebat. Ayah aku pun macam tu jugak. Jadi aku boleh kata ini disebabkan genetik. Okay kita kembali bab j0doh tadi, abang long aku dah berkahwin pada umur 28 tahun dengan rakan sekerja dia dan dikurniakan 2 orang anak perempuan.

Abang long takder masalah sangat nak cari j0doh dan rezeki dia dapat isteri yang sanggup terima rupa paras dia seadanya. Sementara kak ngah aku pula sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi. Ini antara wanita – wanita yang pernah aku temui sepanjang usaha aku mencari jodoh.

1) Fiya (bukan nama sebenar). Fiya ni aku kenal sejak dari form 4. Dia muda 1 tahun dari aku. Rupa paras dia biasa – biasa saja. Aku memang berkenan dengan dia dan sejak dari itu kitorang selalu berhubung dan chatting sehinggalah aku habis belajar dan dapat kerja kerajaan pada umur 22 tahun.

Sepanjang tempoh itu jarang – jarang sangat berjumpa. Dalam setahun tu mungkin 2 kali saja tu pun lepak kedai makan borak – borak dan dia selalu bawak sekali adik bongsu dia teman waktu kitorang berjumpa. Aku pernah nyatakan hasrat aku nak ajak dia kahwin tapi tunggu aku stabil dulu sebab baru dapat kerja kan.

Dia mengiyakan sahaja. Setelah 2 tahun, Fiya dapat kerja satu bandar dengan tempat aku kerja. Aku pun happy lah jugak masa tu sebab boleh kerap sikit berjumpa dan time tu aku pun dah stabil dari segi kewangan. Dan masa ni jugak kebotakan aku dah m4kin ketara dan aku buat tak tau saja.

Aku tak ada usaha nak lebatkan rambut dan sebagainya, sebab aku time tu fokus nak ajak Fiya kahwin dan dalam fikiran aku kalau dah kahwin nanti nak botak pun botaklah janji isteri sayang, haha. Tapi sejak Fiya bekerja, dia selalu bagi alasan bila aku ajak jumpa.

Whatsapp pun reply pendek – pendek saja. Tapi aku berfikiran positif mungkin dia busy. Selepas beberapa hari, adik bongsu Fiya whatsapp aku katanya Fiya dah nak bertunang. Aku pun macam kena heart att4ck gitu, aku call terus Fiya minta penjelasan.

Ayat dia senang saja, “awak dah tak macam dulu”. Dan Fiya minta aku jangan hubungi dia lagi. Dia block aku dari semua social media dia. Aku akur walaupun agak pedih dan try untuk move on. Tapi aku masih friend kat FB dengan adik bongsu Fiya dan pernah sekali lalu dekat wall FB aku gambar diorang pergi jalan – jalan dan ada gambar lelaki tu.

Aku akui lelaki tu memang goodlooking, kulit cerah dan rambut pun smart tak macam aku yang kebotakan. Aku redha dan doakan dia bahagia dengan pilihan dia. Sejak daripada itu, aku pun menggelupur mencari macam – macam rawatan dan pulihkan masalah kebotakan aku ni.

Macam – macam aku dah usaha. Shampoo, minyak, min0xidil dan juga rawatan tradisional. Semuanya tidak berhasil. Aku redha dengan ketentuan Tuhan walaupun dengan keadaan aku sebegini aku masih dikurniakan kesihatan dan cukup sifat anggota badan yang lain.

Tapi tulah, cuma aku punya keyakinan diri memang down teruk. Aku dah start jadi pemalu. Aku pergi keluar shopping weekend pun pakai cap topi dan kadang – kadang kopiah. Segan orang nampak muda – muda lagi dah botak, haha.

Muka aku ni kawan – kawan aku cakap macam budak – budak sikit, yang orang kata babyface kot. Kalau muka ensem macam artis hollywood tu takperlah jugak kan boleh acah – acah macam Jason Statham sikit haha. Okay next aku nak cerita pasal wanita seterusnya.

2) Mia (bukan nama sebenar). Mia ni merupakan seorang pekerja kat sebuah restoran yang aku selalu pergi hujung minggu. Lepas – lepas balik shopping tu aku singgah sini isi perut. Mia ni rupa dia pun biasa – biasa saja. Aku terpik4t dengan dia sebab suara dia yang lemah lembut masa nak ambil order makan.

Memandangkan aku pun dan masuk 25 tahun, m4kin aku tunggu, m4kin aku berumur dan m4kin botak kepala aku dan lagiIah down aku punya keyakinan diri. Aku pun beranikan diri tegur dia, tanya nama. Sejak dari itu kitorang dah rapat sikit, adalah borak – borak kosong sikit time nak ambil order tu.

Tapi aku lupa yang sepanjang aku pergi kedai tu, aku tak pernah tak pakai cap. Dipendekkan cerita, satu hari tu aku tumpang toilet kedai diorang dan masa nak keluar dari tandas tu Mia nampak aku tanggal cap dan ternampak rambut aku yang macam ada tak ada saja.

Sejak dari tu, Mia pun buat – buat sibuk setiap kali aku datang makan dekat kedai. Yang ambil order pun dia suruh orang lain. Next time aku pergi pun dia macam menjauhkan diri. Jadi ape lagi? Move on jelah kan hmm.

3) Safi (Bukan nama sebenar). Safi ni pun rakan sekolah menengah aku jugak. Cuma dia ni kelas lain dan umur pun sebaya dengan aku. Dulu waktu sekolah aku ade dengar – dengar jugak yang Safi ni minat kat aku. Tapi sebab time tu aku rapat dengan Fiya, so mungkin dia move on kot.

Umur aku dah masuk 26 tahun dan one day tiba – tiba dia contact aku thru Whatsapp. Mungkin dapat no aku dari group sekolah dulu kot. Kitorang pun chatting sampai beberapa bulan lepas tu, dia minta gambar aku nk tunjuk kat family dia.

Aku kata ambil saja gambar dekat FB. Katanya nak gambar latest. Kat FB aku memang banyak gambar lama – lama aku dulu, gambar latest takde dah sebab aku malu dah nak letak gambar, haha. Jadi aku pun bagi lah selfie sekeping dengan kebotakan aku ni kat Safi ni.

Selepas tu, kitorang masih lagi berhubung macam biasa selama seminggu dan tiba – tiba dia hilang mcam tu je. Whatsapp pun bluetick, FB messenger pun tak reply. Macam biasa, aku pun move on.

4) Ayuni (bukan nama sebenar). Ayuni ni staff baru masuk tahun ini kat tempat kerja aku tapi jabatan berlainan. Orangnya manis elok dan memang aku berkenan dengan dia. Tapi setelah beberapa kali dikecewakan, aku tak meletak harapan tinggi.

Aku pun guna pendekatan eye contact saja setiap kali terserempak dengan dia. Orang kata main – main mata haa. Sampai sekarang aku masih main – main mata dengan dia dan tak berani nak tegur. Doakan aku dapat kekuatan nak tegur dia suatu hari nanti.

Itu saja setakat ini, terima kasih sudi membaca confession aku ni walaupun aku rasa macam agak panjang. Nasihat aku kat lelaki – lelaki yang alami masalah kebotakan, keguguran rambut dan sebagainya, aku doakan korang dipermudahkan jumpa jodoh yang menerima diri kita seadanya. Banyakkan berdoa dan sentiasa bersyukur dengan pemberian Tuhan. – Hakif (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norizan Mamat : Salam, Tua sebelum usia… Hmmm… Makcik ada sorang anak sed4ra lelaki. Dia selalu aktif kat sini. Dia pun tua sebelum usia, rambut banyak uban masa dia awal 20-an lagi. Tapi dia kacak jer, dah kahwin.

Somi makcik pula nampak muda tak tua tua, sebab ada seurat uban, makcik cabut. Dah tinggal sikit rambut dia. Nanti dah banyak putih, makcik berenti la cabut rambut putih, makcik cabut rambut hitam pulak.

Sebenarnya pasal botak ni, kalau orang tu macam makcik, makcik ok jer botak, asalkan baik hati, periang dan bertanggung jawab. Macam pelawak muka omputih tu (haris iskandar) botak pun orang suka, yang penting kena ada keyakinan. Kan ?

Fiqri Azam Fayyad : Bro sepatutnya kalau ada masalah rambut botak lagi la kau tak boleh tutup kawasan rambut tu dengan topi sebab kawasan tu tak bernafas. Lepas tu kau cakap dah guna min0xidil kan? Cara tu dah betul tapi kena konsisten jangan pakai sebulan 2 dah harap hasil.

Abang aku guna ok je rambut dh lebat tak payah pegi yun nam bagai. Mahal semua tu. Pakai min0xidil dalam setahun dan disiplin mesti jadi. Sebab memang fungsi min0xidil ni untuk masalah rambut botak. Masa pakai tu urut – urut la sket untuk galakkan bl00d circulation. Pastu bersenam bagi badan tu aktif. Ataupun jalan terakhir pegi tanam rambut. Cuma kos lah mahal sket tapi untuk hasil cepat ni yang terbaik.

Farah Ant : Lelaki kalau ada masalah rambut, elok kau botakkan terus biar licin. Memang turn off habis kalau botak tengah tu. Kalau botak licin, ada manisnya lagi sebab kau nampak kemas. Pasang badan. Jaga kebersihan mulut, nafas jangan berbau, gigi biar bersih.

Pandai sikit bergaya. Tak perlu pakai mahal – mahal pun. Asalkan kemas dan bersih. Kau ingat perempuan tak tengok rupa ke? Kalau nampak elok, kemas dan bergaya, sejuk mata memandang. Kau sendiri tengok perempuan – perempuan tu semua pun yang berjenis, habis kau expect perempuan takde taste ke?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?