Abang aku menganggur, pemalas. Dia p4ksa mak aku bagi duit nak beli HP mahal. Mak aku baIing duit sambil menangis

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Abang tengok kawan dia ada motor jenis scrambler. Terus dia pun nak juga. Dia p4ksa mak bawa dia ke kedai motor. Duit yang orang bagi masa ayah meninggaI, semua dia habiskan untuk beli motor tu. Setiap hari mak menangis..

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam admin. Sebenarnya saya dah pernah hantarkan cerita ini, tapi yang keluar cuma bahagian kedua sahaja. Tak mengapa lah, kali ini saya nak kongsikan semula dari bahagian pertama sebab saya rasa penting untuk faham keseluruhan cerita.

Dia yang saya maksudkan itu adalah abang saya. Umur dia 29 tahun, dua tahun lebih tua daripada saya. Dia lepasan SPM tahun 2013. Keputusan dia boleh dikira lulus lah, walaupun bukan cemerlang sangat, tapi bolehlah untuk sambung belajar.

Jadi, selepas SPM tu, disebabkan saya sangat sayangkan abang saya, saya pun rajin cari mana – mana institut pengajian yang sesuai dengan keputusan dia. Alhamdulillah, akhirnya dia berjaya dapat masuk ke sebuah institut di bawah MARA. Saya ingat masa tu mak saya pun seronok sangat sebab dia ada peluang untuk ubah hidup.

Tapi sayangnya, abang saya cuma bertahan dua bulan sahaja. Lepas tu dia berhenti. Sebab dia berhenti? Dia kata pensyarah dia tak berhati perut sebab bagi markah ujian dia kosong. Dia rasa give up dan terus tak nak teruskan. Tak nak usaha dah. Terus angkat kaki dan balik rumah.

Masalahnya, bila dia berhenti, mak saya yang mula kusut kepala. Sebab institut MARA ni, bila kita tarik diri, semua elaun yang dia dah bagi sebelum ni kena bayar balik. Banyak juga jumlahnya. Tapi abang saya buat tak tahu sahaja. Dia langsung tak ambil peduli. Diam seribu bahasa. Yang pening kepala fikir pasal hutang? Mestilah mak saya.

Lepas berhenti tu, abang saya mula menganggur. Bulan berganti bulan, tapi dia tak cari kerja pun. Itulah titik hitam yang bermula dalam hidup mak saya. Mak saya jadi macam bank bergerak. Apa sahaja yang abang saya nak, semua minta dengan mak.

Kalau setakat minta RM10, mungkin tak s4kit sangat. Tapi ini setiap hari mintak RM50 ke atas. Cuba bayangkan seminggu dah berapa jumlahnya? Apa dia buat dengan duit tu pun saya tak tahu. Mungkin duit untuk lepak, minyak motor, beli perisa rokok elektronik dia tu? Tapi semua itu mak saya yang tanggung.

Kalau dia nak beli pakaian atau barang peribadi, bukan yang biasa – biasa. Mesti jenama terkenal. Sekali minta RM300, kadang – kadang sampai RM500 pun ada. Kalau kita berkeras tak nak bagi duit? Habis lah barang dalam rumah tu jadi m4ngsa.

Dia akan meng4muk. Siap menangis – nangis cakap mak tak sayang anak. Hari tu, dia bantai printer dan tablet saya. Habis semua pecah. Ratus – ratus juga nilainya. Cerita pasal kereta pula. Arw4h ayah saya meninggaI dunia pada tahun 2012.

Masa tu dia tinggalkan sebuah kereta Alza, tapi masih atas nama arw4h. Disebabkan ayah tak ambil insurans penuh, maka semua bayaran bulanan kereta itu mak saya yang sambung. Bayangkan, satu bulan RM710. Banyak sangat bagi seorang guru sekolah rendah.

Mak saya merangkak bayar kereta tu setiap bulan. Tapi siapa yang guna? Abang saya. Kadang – kadang dia siap cakap itu kereta dia. Kalau kereta tu habis minyak, dia akan ambil pula kereta Myvi mak saya. Habis minyak juga. Esok pagi mak saya nak ke sekolah, tengok – tengok lampu minyak berkelip.

Geram betul mak saya. Tapi abang saya? Dia buat tak tahu sahaja. Janji dia boleh jalan ke sana sini. Cerita telefon pun sama. Baru – baru ini saya beli satu telefon pintar, agak mahal juga sebab saya kumpul duit lama dan jual tablet lama saya. Saya beli guna duit sendiri.

Tapi saya tak tunjuk sangat sebab tahu abang saya jenis tak boleh tengok orang lain lebih. Beberapa minggu lepas tu, dia hilang telefon. Terus desak nak beli yang baru hari tu juga. Mak saya kata tunggu dulu. Tapi dia tetap berkeras. Sanggup tengking mak, semata – mata nak telefon mahal.

Dengan linangan air mata, mak saya c4mpak duit tu pada dia. Dia ambil duit tu, minta maaf sambil keluar rumah. Entahlah… perlu ke minta maaf guna duit mak? Cerita scrambler pula. Masa dia masih belajar dulu, dia tengok kawan dia ada motor jenis scrambler. Terus dia pun nak juga.

Dia p4ksa mak bawa dia ke kedai motor. Duit yang orang bagi masa ayah saya meninggaI, semua dia habiskan untuk beli motor tu. Tapi bila dia bosan, senang – senang je cakap, “Mak jual balik lah motor tu.” Hidup dia memang senang. Macam orang kaya.

Pergi bercuti sana sini, makan tempat mahal, lepak dengan kawan – kawan yang pakai kereta besar, pakai cermin mata hitam macam artis. Baju pun semua berjenama. Tapi semua itu atas air mata mak saya. Sebab apa dia tak nak berjauhan dengan mak? Sebab mak = duit.

Saya sedih tengok mak saya hari – hari menangis. S4kit hati, s4kit kepala, sampai hilang suara sebab berg4duh dengan dia. Tapi abang saya buat tak tahu. Tangisan mak langsung tak beri kesan dekat hati dia. Saya sebagai adik, cuma mampu lihat dan rasa sedih. Teramat sedih. – SA (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Omar Mukhtar II : Dalam ramai anak – anak, mesti Allah jadikan seorang yang akan jadi ujian kepada ibu bapa. Ingat satu perkara, ujian ini bukan sengaja – sengaja Allah hendak bagi, tetapi Allah hendak balas dengan syurga andai kita sabar dan reda menghadapinya.

Abang kamu adalah ujian dalam keluarga kamu. Mak kamu kena banyak mengadu kepada Allah. Kena banyak istighfar, mohon keampunan kerana mungkin d0sa – d0sa yang lalu sedang dite3bus sebagai kaffarah. Bawalah abang berjumpa dengan pakar rawatan Islam kerana per4ngai begitu memang ada unsur – unsur gangguan.

Tiada guna berkeras dengan abang kerana dikhuatiri abang akan bertindak ganas hingga boleh mengancam nyawa kamu dan mak kamu. Saranan saya, hati dan jiwa abang itu perlu dilembutkan dengan ruqyah – ruqyah tertentu.

Salina Gunawi : Mak yang manjakan dia sangat. Berkeraslah… Itu memang anak tidak guna. Nama sahaja lelaki tetapi b0doh dan tidak berguna. Duit minta dekat emak, mesti dapat. Lelaki begini kalau berkahwin nanti, bakal menyusahkan isteri pula. Silap – silap, kalau tidak dapat duit daripada mak dan penulis cerita ini pun, dia boleh bertindak di luar kawalan. Nauzubillah, hilang nyawa pun boleh jadi.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.