Saya rasa bekas suami membazir bagi hantaran sampai 50k dekat isteri baru dia

Saya dah bercerai dengan suami, lepas je habis iddah saya terus kahwin dengan boyfriend saya. Bekas suami plak kahwin selepas 3 tahun bercerai. Lepas saya siasat rupanya bakal isteri dia tu muda, umur 20 tahun, kemudian wang hantaran sampai 50k! Waktu kahwin dengan saya dulu hantaran 5k je..

#Foto sekadar hiasan. Salam min, saya guna fb anak saya ni, nak meluahkan perasaan saya. Saya dah bercerai dengan bekas suami dalam 11 tahun yang lepas. Sepanjang perkahwinan kami dikurniakan dengan 3 orang anak perempuan.

Perkahwinan kami bertahan hanya 5 tahun je, masa tu umur anak saya 4, 3 dan 2 tahun. Selepas bercerai anak – anak tinggal dengan ayah mereka, biarpun hak penjagaan saya yang dapat tapi sebab saya tak mampu jaga anak – anak.

Ayah mereka boleh bagi kesenangan untuk anak – anak saya, jadi bekas suami pun setuju la. Selepas tempoh iddah tamat, saya telah berkahwin dengan boyfriend saya. Bekas suami tak kahwin lagi sehinggalah 3 tahun bercerai dengan saya, saya akan jumpa anak – anak setiap 3 bulan sekali.

Sebab saya sangat sibuk dengan pekerjaan saya. Selepas 3 tahun bekas suami telah pun berkahwin, jadi anak saya dah ada mak tiri. Saya pun risau, takut – takut isteri baru dia pukuI anak saya sebab selalunya mak – mak tiri ni saya dengar, semua jahat – jahat.

Saya call la anak saya ni dekat rumah bekas suami, tanya anak – anak saya pasal mak tiri dorang tu, saya siap minta fb mak tiri mereka, nak siasat. Bekas suami kahwin tak bagitahu saya, jadi saya staIk la fb mak tiri anak saya ni.

Rupanya bekas suami saya kahwin dengan perempuan muda la, ex umur 45 tahun yang isteri baru dia umur 20 tahun sahaja, umur saya pula 38 tahun. Selepas tu saya dapat tahu dari kawan – kawan saya yang bekas suami ni kahwin dengan isteri baru dia tu, wang hantaran sampai RM 50k! OMG, masa bekas suami kahwin dengan saya wang hantaran cuma RM 5k sahaja.

Saya whatsapp la bekas suami saya nak tanya betul ke wang hantaran isteri baru dia tinggi sampai RM 50k. Memang ex pun jawab la ya, dia soal saya balik, ada masalah ke? Saya cakap la, buat apa awak kahwin dengan perempuan tu dengan wang hantaran begitu banyak.

Lebih bagus awak simpan tu duit untuk anak – anak kita, membazir je. Selepas tu saya cakap kat ex lagi, perempuan tu nak kahwin dengan dia sebab nak duit duit je tapi bekas suami jawab la, “tak kisah pun kalau isteri saya nak duit je, saya sayangkan dia.”

Kami pun berg4duh sebab saya tak puas hati. Saya pun ambil semua anak – anak saya dari bekas suami, nafkah anak – anak setiap bulan dia bagi dalam RM 2k, semua ex tanggung. Saya cuma jaga anak saya sahaja, selama 1 tahun saya tak bagi ex saya jumpa anak – anak saya.

Dia selalu whatsapp nak jumpa anak – anak tapi saya tak bagi jumpa. Bila saya staIk fb isteri dia, selama 1 tahun anak saya tak datang sana, ex dan isteri dia selalu bercuti. Saya pun tak puas hati, saya whatsapp ex saya, masa tu ex tengah bercuti dekat Korea.

Saya cakap la, “enjoy nampak dengan isteri baru awak tu, sampai ke korea, masa kita kahwin dulu, awak tak pernah pun bawa saya bercuti.” Dia jawab la, “tak payah la ungkit perkara yang dah berlalu, dah 4 tahun cerai masih tak boleh move on, u ada suami, yang u sibuk – sibuk nak ungkit cerita lama kenapa? Isteri saya tak pernah ganggu u pun, kenapa u nak s4kit hati dengan dia?”

Saya pun tak jawab la. Selepas diorang balik dari bercuti, saya hantar semua anak – anak saya dengan bekas suami. Biar dia suruh isteri dia jaga anak – anak saya. Setiap hujung minggu saya akan ambil anak – anak bermalam di rumah saya.

Bila anak bercuti tempat saya, saya akan tanya la anak sulung saya, sebab dia dah 8 tahun, anak saya cerita, mak tiri mereka baik, pandai masak, kemas rumah dan macam – macam lagi la. Bekas suami pula sibuk bandingkan saya dengan isteri baru dia tu, anak saya bagitahu, “tengok isteri ayah baguskan, pndai masak, pandai jaga budak, semua dia pandai, tak macam mak kamu tu, ayah terp4ksa upah pembantu rumah untuk bersih rumah, masak dan jaga kamu.”

Anak – anak cakap mak tiri mereka baik dan tak pernah berg4duh pun dengan bekas suami saya, padahal dia seorang yang panas baran dan dulu kami selalu berg4duh, pukuI antara satu sama lain, setiap minggu begitu! Tapi yang saya hairan dengan isteri baru dia tak pernah g4duh pandai handIe kot.

Selepas 2 tahun perkahwinan mereka, isteri dia dah pun mengandung. Saya sem4kin cemburu dengan isteri dia tu sebab nanti ex dah dapat anak baru, mesti dia tak sayang anak – anak saya lagi. Saya pun ajar la anak – anak saya buat masalah kat rumah bekas suami, suruh anak – anak saya nakaI – nakaI, anak sulung saya berg4duh dengan adik dia, adik dia cubit tangan sampai Iebam.

Jadi anak sulung call saya, saya cakap dengan anak sulung tu, bagi tahu ayah kamu, yang mak tiri kamu cubit kamu. Jadi anak pun ikut la, selepas ex balik kerja, anak pun bagithu ayah dia yang mak tiri dia cubit sebab nakal.

Bekas suami pun marah la dengan isteri dia ni sampai m4ki hamun isteri dia (isteri dia menangis – nangis cakap tak buat apa – apa pun dengan anak – anak). Tapi mesti la dia tak percaya, budak – budak tak pandai tipukan.

Anak sulung terus call bagitahu semua yang berlaku dalam rumah tu, saya pun whatsapp ex marah – marah, kenapa isteri awak cubit lengan anak saya. Dia pun cakap, “saya pun tak tahu, sebab isteri saya cakap, dia tak sentuh pun anak – anak, nanti saya akan check cctv untuk pastikan siapa yang salah.”

Omg saya lupa yang rumah tu ada cctv, saya pura – pura la tak payah la check cctv tu, saya maafkan isteri awak. Lain kali kalau dia buat lagi dengan anak saya, dia rasa penamp4r saya. Selepas berapa bulan kemudian, anak complain ayah mereka selalu pukuI sebab terlalu nakaI.

Saya marah dan berg4duh dgn dia, saya m4ki hamun dia dan ambil semua anak – anak saya. Saya tak bagi langsung dia jumpa anak – anak tapi anak – anak nak juga jumpa ayah mereka, terp4ksa la hantar anak – anak pergi rumah diorang.

Anak pun pindah balik dengan dia, selepas tu dia buat per4ngai lagi, pukuI anak – anak kemudian saya ambil balik semua anak saya. Saya rasa sepanjang 5 tahun tu anak saya berpindah randah je, kadang tinggal dengan bekas suami, kadang – kadang tinggal dengan saya.

Tahun ke 9 selepas bercerai, akhirnya dia bagi tahu yang dia tak nak jaga anak – anak. Dia suruh saya jaga sendiri je, semua perbelanjaan anak – anak semua dia akan tanggung sebab dia cakap, “kamu selalu tuduh saya pukuI anak, jadi lebih baik jangan hantar anak – anak lagi kat saya.”

Sekarang ni genaplah dah 2 tahun anak – anak tak jumpa ayah mereka, anak pun dah besar umur 15, 14, 13 tahun. Memang diorang selalu nak jumpa bekas suami, tapi dia tak nak jumpa anak – anak. Saya belikan anak hp untuk contact ayah mereka sendiri, tapi ayah mereka bIock no anak – anak saya dari contact dia.

Hurm.. kesian anak – anak saya, tak ada kasih sayang dari bapa kandung mereka sendiri. Bekas suami saya dah lupa anak saya sebab dia dah dapat anak baru. Dia sangat gembira dengan family baru dia tu, perkahwinan mereka masih berkekalan sampai sekarang dah 8 tahun, saya pula dah janda untuk ke-2 kali.

Perkahwinan ke-2 juga gagal, hanya bertahan selama 3 tahun sahaja. Tapi serius min saya sangat bencikan isteri bekas suami saya, mereka bahagia tapi anak – anak saya tak dikisahkan. Itu je la min saya nak luahkan. Terima kasih

Komen Warganet :

Sizs : Per4ngai ko macam bekas laki aku. Bila tak suka camp4k anak kat aku, bila dah nampak berisi senang semua ambik balik. Buat anak macam bola, tend4ng sana sini, ko buat anak jadi m4ngsa keadaan. Bila anak dah pandai menipu ko salahkan laki dengan mak tiri. Jenis perempuan macam ko ni memang selamanya kat ner4ka ko tau. Menyusahkan orang, hati hitam, perut busuk macam b4ngkai..

Mia Zul : Semua ni berpunca dari awak sendiri, awak yang didik anak awak supaya diabaikan oleh bapa dia sendiri. Awak yang gaIakkan anak – anak bersikap nakal dan selalu menuduh yang bukan – bukan kepada ex suami dan isterinya.

Kalau dah tau mereka bahagia bersama, kenapa tak tilik diri sendiri, lihat di mana kekurangan awak yang awak tak nampak dan tak perbetulkan. Sepatutnya kita belajar dari kesilapan, pikir balik kenapa dengan ex jadi camtu dan ex dengan wife dia walau masih muda boleh merasa nikmat bahagia.

Korang sememangnya tak serasi. Perbaiki diri ke arah lebih baik untuk bekalan hari depan, mana tau bertemu jod0h lagi, akan merasa juga nikmat bahagia berumahtangga. Kalau tak ubah memang tak dapatlah hidup bahagia.

Awak tak move on sebab awak tengok ex awak bahagia, tak macam semasa bersama awak dulu je. Itu bukan kerana sayang tapi kerana cemburukan kebahagiaan dorang je. Dan awak masih terkeliru dengan perasaan sendiri. Jalan terbaik perbaiki diri sendiri. Cari kebahagiaan lain untuk diri sendiri insyaAllah awak dengan rela hati melepaskan kenangan bersama bekas suami tu.

Hanim Adnan : Satu je nak cakap. TT ni memang busuk hati. Hati penuh keraguan dan salah sangka pada suami. Sentiasa tak berpuas hati dan kufur nikmat. Maaf, mungkin inilah punca penceraian dengan bekas suami yang dulu. Insaflah TT.

Awak dah r4cun anak – anak dengan kata – kata hasutan, ajar anak buat masalah padahal rumahtangga baru Ex awak bahagia sebelum ini dan anak – anak pon terjaga. Banyakkan zikir dan istighfar dan muhasabah dirilah TT. Hati anda hitam.

Aidil Ibrahim : Sebenarnya semua berlaku berpunca dari tt sendiri. Tt juga yang ajar anak tt menipu. Suruh jadi nakal. Saya risau akan beri kesan kepada em0si anak – anak tt hingga besar sebab asyik berpindah randah dan berhadapan mak ayah berg4duh walaupun telah bercerai.

Em0si dipisahkan dari berjumpa ayah hingga dibuang ayah sendiri, sungguh dasy4t kesan ni saya rasa.. Tapi semua berpunca dr tt, jadi la ni bersih kan hati tt.. Solat taubat dan sentiasa berdoa semoga anak – anak tt menjadi anak yang soleh atau solehah hendaknya..

Beck M Ross : Harap tuhan bagi hidayah dekat awak untuk berubah. Tak baik fitnahkan mak tiri anak awak. Hati awak yang kotor sebab tu awak tak jumpa kebahagiaan awak. Apa salahnya awak, ex husband awak dan isterinya besarkan anak elok – elok. Harap awak berubah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.