Aku tengah dalam kuliah, tiba – tiba ibu aku call nangis – nangis cakap abang meng4muk tak dapat duit. Aku terus keluar kelas dan telefon polis. Bagitahu details rumah. Dalam masa 30 minit, alhamdulillah polis sampai dan tangkap abang masuk lokap. Dan korang nak tahu apa jadi? Ibu jamin abang aku keluar penjara..
Hai dan salam, para pembaca. Aku Hanis (bukan nama sebenar). Berumur 27 tahun dan mempunyai 3 orang adik beradik. Abang aku sulung (39 tahun), dan kakak tengah 37 tahun. Aku dan kakak masing – masing dah berkeluarga.
Abang aku ialah seorang pen4gih d4dah, seperti tajuk di atas. Tujuan aku menulis ialah untuk bertanyakan pendapat para professional di sini tentang apa tindakan yang patut aku ambil untuk tangani masalah keluarga aku. Ibu ayah aku masih ada, keduanya dalam umur 60-an yang mana patut relaks main dengan cucu, pergi masjid solat Jemaah dan pergi melancong dengan duit pencen.
Namun di usia mereka, terp4ksa menampung perbelanjaan ribuan ringgit menanggung abang aku. Dah lama abang aku dalam dunia d4dah dia. Dari awal 20-an. So bila dia 20-an aku kecil lagi masa tu. Dalam darjah 2, darjah 3.
Jadi masa tu aku tak focus sangat masalah ni sebab aku tak tahu pun. Aku mula tahu masa aku form 3, form 4, sebab yelah dah besar dan tahu tentang benda – benda macam ni. Abang aku ni pelajar cemerlang, dapat sambung merata dan dia pilih untuk ke Maktab Perguruan.
Ibu ayah aku pun setuju sebab mereka juga dalam sector Pendidikan. Tapi akhirnya sebab naj1s d4dah ni, dia tak dapat teruskan pengajian. Tahun akhir dia kena tend4ng dari maktab sebab tak dapat siapkan kerja, tak datang praktikal dan tak siapkan record book.
Aku memang ingat dengan jelas sebab masa tu aku teman ibu ayah aku. Kami tidur seminggu juga dekat sekitar maktab abang aku dan ibu usaha siapkan record book dia. Ayah aku sampai nangis – nangis mohon rayuan kat pengarah maktab untuk kekalkan dia, tapi maIangnya abang aku tak bagi kerjasama dan dia gagal.
Lepas tu, dia ada minta SPA untuk kerja gomen dan alhamdulillah dapat. Tapi sekali lagi sebab naj1s d4dah, dia gagal lagi. Dia buat loan dekat 100k jugak (pegawai kerajaan kan mudah approve loan) dan dia sewa kondo mewah di Selangor.
Tapi setiap kali kami pergi Selangor nak mari melawat, dia akan bagi alamat palsu untuk elakkan kami jumpa dia. Kesian ibu ayah aku. Korang bayang la h4ncur berkecai hati anak sendiri buat macam tu. Beberapa bulan selepas tu, dia telah dipecat dan diisytihar mufIis.
Aku ingat lagi kami pergi malam – malam ke Kajang kutip dia tepi jalan, penuh kereta dengan barang dia. Dan sampai sekarang ibu aku yang bayar hutang – hutang dia. Bila aku tanya kenapa ibu bayar hutang dia? Dia dah besar dah boleh fikir mana baik mana buruk.
Tapi ibu aku sentiasa cakap dia anak ibu.. nanti dah ada anak awak akan faham. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak kongsikan, aku akan skip dan terus masuk part bila masa aku masuk u, aku tengah dalam kelas, tiba – tiba ibu aku call nangis – nangis cakap abang aku meng4muk tak dapat duit nak beli barang (d4dah).
Aku terus keluar kelas dan telefon polis. Bagitahu details rumah. Dalam masa 30 minit, alhamdulillah polis datang dan tangkap abang aku masuk lokap. Dan korang nak tahu apa jadi? Ibu jamin abang aku keluar penjara. Katanya abang janji tak akan buat dah.
Aku terkilan giIa masa tu. Kemudian mula la beberapa lagi cubaan abang aku meng4muk nak duit dan aku terp4ksa campur tangan sampai aku penat. Macam l0ser weh tak ada orang hargai pun. Ibu akan bebeI kenapa call polis. Dah tu nak aku buat apa?
Kalau jadi apa – apa kat ibu ayah dan aku tak buat apa – apa tindakan, mesti aku akan menyesal sampai m4ti. Macam – macam aku dan kakak usaha buat. Call AADK, call polis, call psych1atric hospitaI. Semua temui jalan buntu. Benda ni berlarutan beberapa tahun.
Sampai la aku dah kahwin abang aku asyik keluar masuk lokap dan pusat serenti. Ibu pulak bila tengok aku berubah m4kin okay lepas kahwin (suami aku seorang yang tegas. Alhamdulillah la aku berubah banyak dari bangun pukuI 10 pagi jadi bangun pukuI 5 pagi sekarang).
Jadi ibu fikir abang aku akan berubah macam aku bila dia kahwin. Guessed what mom? Abang tu lelaki, dia yang kena kemudi kapal, bukannya tugas seorang isteri. Aku memang tentang sekeras – kerasnya la bila ibu nak abang kahwin.
Ada beberapa anak d4ra orang dah dipinang tapi putvs, putvs dan putvs. Ada hikmahnya tu aku yakin. Memang k3jam nak pass anak yang bermasalah dengan harapan serang isteri boleh ubah suami. Aku jujur bagitahu ibu kalau nak ani4ya anak orang macamtu, aku akan berterus terang dengan bakal isteri dia.
Dan ibu cakap kalau aku buat benda tu, maknanya aku ni tak faham dan nak susahkan dia. Aku nak tanya, aku ni kategori anak derh4ka ke? Setiap kali aku tegur ibu mesti aku str3ss giIa lepas tu. Rasa maca anak derh4ka tak dengar cakap ibu ayah.
Aku cuba bersungguh – sungguh tapi diorang tak paham pun. ibu ayah aku nampak abang aku sorang saja. Kenapa ibu? Akhirnya tahun 2019, ibu setuju nak masukkan abang ke pusat pemulihan di Selangor. Tapi sekejap je tahan. Tak sampai setahun ibu buat keputvsan nak bawak keluar abang sebab katanya abang dah berubah.
Sekali lagi alasan dan jalan yang sama. Tempat dan masa je berbeza. Dan kali ni ibu buat keputvsan supaya abang kerja dengan aku (aku dan suami berkerja sendiri). Duduk serumah dengan aku. Masa ni aku memang tak tahu nak buat apa.
Suami aku berkeras tak bagi (aku faham alasan dia, dan aku hormat reason dia). Jadi aku terangkan elok – elok pada ibu yang aku tak boleh nak bagi abang tinggal dengan kami sebumbung. Apa yang ibu cakap hari tu memang berbekas di hati.
“Kalau adik sendiri tak nak tolong abang apa guna jadi adik beradik.” Fuhh. Sentap tu Allah saja yang tahu. Lepas apa yang aku buat, macam tu je ibu cakap kat aku. Disebabkan aku tetap bertegas, akhirnya ibu dan ayah ambil langkah pindah duduk dengan aku tapi rumah yang berbeza, dengan harapan bila abang berhijrah dia akan berubah.
Tapi tidak ye, dia masih sama dan tak berubah. Antara sebab yang aku dapat ambil pengajaran ialah, ibu dan ayah aku terlalu manjakan abang. Yang tu aku musykil sebab apa. Apa yang abang nak, semua dapat. Dia nak ada aircond dalam bilik, mak aku bagi.
Ada TV, ada DVD player semua dalam bilik dia. Ibu yang kemas bilik dia setiap hari. Mereka dah terlalu manjakan dia. Dan aku taktau apa yang aku perlu buat untuk ubah benda ni. Dia nak makan KFC dapat, nak jam mahal dapat, baju branded semua ibu ayah aku bagi.
Malah duit nak beli d4dah dan rokok pun parents aku taja. Aku tak boleh cakap apa – apa tentang benda ni. Tiap kali aku cuba tegur ibu akan ubah topik dan cakap aku tak faham dari aku tak ada anak sampaila aku beranak.
Dah beranak ni ibu cakap pulak, anak awak kecik lagi, awak tak faham. Dan sekarang abang aku again masuk pusat pemulihan akhlak. Tapi maIangnya tempat dia tu kena cluster c0vid. Ibu ayah aku punya dok risau nak keluarkan dia bawa balik rumah cepat – cepat.
Abang aku cakap nak kuarantin kat hotel, tak nak duk pusat tu. Sejarah pasti akan berulang balik. Jadi kat sini aku nak tanya semua pembaca, apa yang patut aku buat dengan perkara ni? Concern aku, aku tak nak dia keluar nanti meng4muk lagi.
Ibu ayah aku bukan cop duit. Aku tak nak benda ni berakhir dengan d4rah, aku takut sangat dia apa – apakan ibu ayah aku. Aku ni jauh, tak dapat nak balik tengok selalu. Aku sampai dapat anx1ety la dok fikir pasal benda ni. Tolong aku. – Hanis (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Tipah Adelyn : “Tapi ibu aku sentiasa cakap dia anak ibu.. nanti dah ada anak awak akan faham.” Mak mana yang tak sayangkan anak. Tapikan dalam kes ni sayang kena berpada – pada. Kalau dia kena reman, tak yah jamin. Biar dia dok dalam tu, lagi elok takde buat bukan – bukan kat luar.
Lagi satu, mak tu asyik cakap, “anak awak tu kecik lagi memanglah”. Cubalah mak belajar doa yang baik – baik untuk anak cucu. Ni semua benda dia nak, mak bagi. Macam mana dia tak sp0ilkan? Sebab dia tau, bila dia nak. Mak bagi duit mak tunaikan.
Hhmmm, itulah nak nasihat lebih – lebih itu mak ayah. Kang terasa hati plak. Tak taulah nak buat apa lagi. Kita sama – samalah doa, hidayah tu milik Allah. Mana tau doa kita tu akan dimakbulkan. Penatkan nak layan?
Nor Hidayah Awang : Mana – mana kes d4dah terg4ntung wajib sebab mak!! Alasan dok cakap tak paham sebab dia mak. Kalau mak takde duit sanggup meminjam, asal anak keluar dari lokap ke pusat ke mana – mana laa.. Then bile anak tu meng4muk nak duit nak ape ngadu laa ke kite yang normal ni.
Dan again, kite pon buat la tindakan rasional, tapi finally disalahkan balik! Hahaha Ape lagi pedih? Kite normal, kite nak bantu mak ayah kite ade hidup normal too.. But at the end, kita laa nampak like anak derh4ka, biad4p, tak paham dan lain – lain.
So tt nasihat saya paling berguna tapi k3am, Jage laa diri kita, anak kita, suami kita, family kecil kita, semaksimum kita. Abang awak takkan berubah, takkan pernah berubah, sehingga mak awak berubah. Atau lain k3jamnye sehingga mak awak meninggaI, maybe masalah ni settled.
Jangan sesekali tinggal serumah dengan pen4gih. Nescaya tiada ketenangan! Baik segi em0si jasmani harta kehidupan segalanye laa. Yang betul tetap betul, yang salah tetap salah! Tak kira anak atau mak.. Fact!
Shema Ismail : Ibubapa bukan Tuhan, yang tahu dan dapat ubah segalanya. Hidup kena ada pegangan Agama Islam. Ujian akan datang dan pergi. Benda h4ram tetap h4ram dan tak pernah jadi halal. Keputvsan atas diri kita sendiri bukan orang lain.
Nak jadi baik kita kena berubah, bukannya orang sekeliling berubah untuk kita. Insyaallah saya doakan yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.
Anis Syafiqah Mohd Abduh : Since confessor tanya cara / cadangan untuk keluar dari kemelut ni, mungkin confessor boleh bawak mak confessor tu jumpa kaunselor add1ction, mesti ada support untuk keluarga pen4gih dari pihak AADK.
Dan tak tahu cadangan ni doable atau tak, tapi cari parents yang anak pen4gih dia dah berubah, temukan dengann parents confessor, untuk dengar apa usaha yang diorang dah buat. Maybe sebab mak ayah confessor ni tak tahu nak buat apa, rasa takut dengan persepsi masyarakat sampai dah build def3nse mechanism sendiri walaupun tak betul caranya.
Mungkin kalau jumpa orang yang senasib, terbuka hati untuk sedar yang mak ayah tak boleh nak ubah anak. Cari support group. Moga terus kuat, confessor.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.