Abang nak kahwin dengan jiran miskin. Baru bincang nak kahwin, bakal isteri dah minta macam-macam. Nak kenduri grand, nak pergi saloon

Aku ingat lagi, dulu jiran aku ni kais pagi makan pagi je. Mak ayah aku selalu sedekahkan makanan dan perabot. Sebelum kahwin, perempuan tu hari hari datang rumah kami. Bila dah kahwin, tak pernah jejak kaki ke rumah. Sebulan kahwin kak ipar cakap dah tawar hati..

Assalamualaikum admin. Mohon hide profile aku.

Aku nak luah perasaan yang dah lama sangat terpendam. Kisah ni berlaku lama dah. Kisah ni tentang abang aku yang berkahwin dengan kawan sekolah dia yang juga merupakan jiran kami.

Mula mula tu perempuan tu memang baik sangat dengan kami. Kami adik beradik ada empat orang. Nak dijadikan cerita, masa awal perkenalan dengan kami memang dia ramah dengan mak ayah. Masa tu kami sebenarnya baru pindah ke situ. Tak sangka pula dia merupakan kawan abang aku.

Perempuan tu bukan orang berada. Dia hidup susah, kais pagi makan petang. Mak ayah dia tak bekerja. Adik beradik lain pun tak bekerja. Kami memang selalu kesiankan mereka. Kami bagi makan dan bagi perabot sebab kasihan tengok keadaan mereka.

Kisah bermula bila abang aku jatuh cinta dengan dia. Selepas beberapa tahun bercinta, abang aku beritahu mak ayah yang dia nak berkahwin. Jadi kami semua setuju saja sebab masa tu perempuan tu langsung tak tunjuk perangai sebenar. Dia pun memang ramah dengan adik beradik kami.

Bila dah berkahwin, mula lah agenda dia. Bapa perempuan tu dapat kerja daripada seorang orang kaya. Jadi hidup mereka mula berubah pada awal perkahwinan abang aku dengan perempuan tu. Dia mula nak hidup mewah. Semua benda nak grand. Nak pelamin cantik, nak pergi salun dan macam macam lagi.

Dipendekkan cerita, sebelum hari mereka bersanding, mak perempuan tu mula sebarkan macam macam cerita pasal keluarga kami. Dia kata kami tak keluarkan satu sen pun untuk buat kenduri tu, sedangkan kami memang ada bagi. Kami sabar saja sebab kami jenis yang masih tahu adab. Kami tak kisah pun dengan cerita murahan macam tu.

Masa awal perkahwinan abang aku, rumah tangga mereka memang sangat goyah. Ditambah pula dengan krisis antara keluarga kami.

Abang aku langsung tak pernah balik rumah sebab perempuan tu tak nak tinggal dengan kami. Alasannya dia malas nak buat kerja rumah. Abang aku pula setiap hari bekerja memang perlukan bekal. Jadi setiap pagi mak aku akan sediakan bekal untuk dia.

Bila dah berkahwin, takkan mak aku pula yang masih nak sediakan bekal? Jadi abang aku minta isteri dia sediakan. Tetapi isteri dia memang malas nak bangun pagi. Lepas tu marah marah pula bila abang aku minta sediakan bekal. Tu pun abang aku masih boleh sabar.

Rumah kami bukannya jauh pun. Dekat saja. Tapi mereka langsung tak datang jenguk kami.

Sebelum berkahwin, perempuan tu hari hari datang ke rumah kami. Bila dah berkahwin, memang langsung tak pernah jejak kaki ke rumah.

Mereka mula hidup bergaya. Makan semua nak yang mewah. Mak dia pula memang jenis mulut lancang dan tak sedar diri. Bila dah senang sikit, mula fitnah keluarga kami macam macam. Kata kami tak suka mereka dan tak suka anak dia. Mak aku masih lagi bersabar.

Perempuan tu pula macam dah tawar hati dengan abang aku. Bayangkan baru sebulan berkahwin dah tawar hati.

Abang aku pula selalu pergi outstation sebab kerja. Satu hari tu, jiran nampak perempuan tu naik motosikal dengan lelaki lain. Siap bermesra lagi. Lelaki tu memang orang yang pernah minat dekat perempuan tu sebelum dia berkahwin dengan abang aku.

Bila abang aku balik, dia tanya betul atau tak perkara tu. Perempuan tu terus nafikan. Lepas tu dia kata mak aku ni suka sangat percaya cakap orang kampung. Dia siap maki hamun mak aku.

Abang aku yang memang sayangkan mak terus tampar muka dia. Lepas tu perempuan tu mengadu dekat keluarga dia. Keluarga dia pula datang marah abang aku.

Abang aku kemudian mengadu dekat kakak aku. Kakak aku pula pergi bersemuka dengan perempuan tu dan mempertahankan abang serta mak kami.

Dipendekkan cerita, mereka akhirnya bercerai dengan talak tiga selepas dua bulan berkahwin. Punca perceraian sebab isteri dia memang mulut jahat, curang, malas bangun pagi, malas buat kerja rumah dan hidup macam tak sedar diri.

Selepas bercerai, memang sah dia bercinta semula dengan lelaki yang pernah minat dekat dia dulu. Sekarang ni mereka dah pun berkahwin.

Tetapi akhirnya ibu bapa lelaki tu pula tak suka dekat dia. Mungkin mereka pun ada sebab sendiri. Tambahan pula orang dah tahu dia pernah keluar dengan lelaki lain dan perangai dia pun memang pemalas.

Sekian saja cerita aku. Maaf admin kalau panjang sangat. Harap admin sudi siarkan sebab aku nak bagi sedikit kesedaran kepada perempuan di luar sana, termasuk diri aku sendiri.

Bila dah dapat apa yang dihajati, jangan pula lupa asal usul dan buang orang yang pernah susah senang dengan kita. Sebagai seorang perempuan, kita kena rajin buat kerja rumah, setia pada suami dan sentiasa sedar siapa diri kita. Hargailah pasangan yang sanggup menerima kita seadanya sebelum semuanya terlambat.

Ulasan Pembaca :

Ida Ida

Tu lah, orang miskin bila senang sikit terus melompat macam beruk kena sambal belacan. Baik Allah bagi kau miskin terus. Sekurang kurangnya kau tak riak, tak membangga diri dan tak memburukkan orang lain. Kesian betul abang penulis ni. Baru dua bulan berkahwin dah jadi duda akibat tersalah pilih isteri. Apa pun tahniah sebab dah bercerai talak tiga. Tak guna teruskan perkahwinan kalau pasangan macam tu.

Caca Ciciyanyan

Baguslah dah bercerai. Culture shock bila dah senang. Dikhuatiri kalau abang kau terlebih kaya nanti, makin menjadi pula perangai dia.

Apa apa pun aku faham tahap kemarahan kau sebab dari awal sampai akhir memang penuh dengan emosi. Banyakkan istighfar dan jangan terlalu membenci. Kita tak tahu, orang yang kita benci hari ni mungkin satu hari nanti akan berubah dan bertaubat.

Kongsi Artikel Ini :