Dia boleh ejek keluarga kami ni orang kampung, miskin papa kedana. Kami adik beradik ni orang kampung b0doh, belajar pun tak guna menghabiskan beras je. Aku pernah dengar dia cakap kat Kak Long ‘orang kampung ni memang b0doh kan’.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Ini cerita tentang Kak Long aku. Kak Long seorang anak yang baik, sayang mak ayah aku, sayang adik beradik. Sanggup k0rban apa saja. Kami keluarga susah, ayah aku hanya penoreh getah, mak tak kerja, adik beradik bawah Kak Long ada 6 orang.
Kak Long tau tanggungjawab dia besar. Jadi dia akan tolong keluarga sejauh mana yang dia mampu. Kak Long berhijrah ke bandar besar Kuala Lumpur dan dapat kerja kerajaan jadi kerani sekolah. Ikut kata mak aku, Kak Long sebenarnya bijak pandai tapi sebab faktor kewangan Kak Long tak masuk university.
Kak Long memang baik hati, dia akan bagi duit belanja tiap – tiap bulan pada mak ayah aku. Dan kalau balik kampung dia akan beli banyak sangat buah tangan. Kami adik beradik akan melompat suka, dapat baju baru, permainan duit belanja sekolah pun dia bagi juga.
Dia cakap duit extra ni sambil tersenyum. Lagi Kak Long akan beli coklat, gula – gula banyak sangat, buah – buahan macam orange, apple, anggur. Kami keluarga susah jadi memang jarang ayah beli benda – benda begitu.
Time raya keluarga kami biasa masak lemang dengan rendang je. Itu jelah makanan kami, kuih – kuih almond london ke, tart ke, memang takde. Kalau teruk sangat masak bihun je. Kak Long lah yang beria siapkan kelengkapan raya.
Dengan kuih muihnya dan baju raya kami. Dia tak nak kami tak ade baju raya. Mulianya hati dia ikhlas nak sukakan hati adik -adik. Macam tu lah sikap Kak Long dari aku kecik sampai lah melangkah remaja. Dan semuanya berubah bila dia kahwin.
Hidup dia bertukar 360 degrees. Suami Kak Long mula – mula je tunjuk dia suka keluarga kami, senyum – senyum, gurau – gurau, kami pun oklah. Tapi sekejap je lepas 3 bulan dia terus tunjuk per4ngai sebenar. Kami adik beradik pernah pergi KL singgah rumah Kak Long, masa kami sampai suami dia siap jeIing lagi masuk bilik dan tak bercakap dengan mak ayah aku. Kurang ajar kan? Tak kurang ajar lagi tu.
Dia boleh ejek keluarga kami ni orang kampung, miskin papa kedana. Kami adik beradik ni orang kampung b0doh, belajar pun tak guna menghabiskan beras je. Aku pernah dengar dia cakap kat Kak Long ‘orang kampung ni memang b0doh kan’.
Time tu dia tengok jiran kami drive tak betul. Simple je bukan benda besar pun tapi bagi dia orang kampung semua b0doh, hulu, jumud, puak kelas ketiga. Pernah susu anak sed4ra aku habis Kak Long mintak aku pergi beli, aku pergi la kedai.
Balik tu aku dengar dia marah Kak Long dia cakap, ‘kenapa susu boleh habis, beli susu dekat kampung ni entah susu berulat yang nak bagi makan kat anak tu kenapa? Aku tengok Kak Long aku senyap je, serba salah dia.
Masa tu aku belajar sekolah menengah, aku pelik la juga dia ni kenapa sebenarnya. Patut susu habis, kau bapak, kau lah pi beli. Aku yang beli ni kena marah pulak. Nampak macam psych0path pun ada menatang tu. Geram aku weh.
Mak dengan ayah aku pun langsung dia tak hormat. Dia siap kutuk – kutuk lagi mak ngan ayah aku, orang tua menyusahkan hidup isteri dia. Tapi mak ayah aku sabar je, kesian kat Kak Long, nanti g4duh Kak Long yang susah.
Abang aku tengah cari kerja kat KL tumpang rumah Kak Long aku sekejap (Kak Long stay kat kuaters kerajaan jadi bukan rumah dia). Hurm memang kena panggil, biawak hidup, berg4duh – g4duh diorang laki bini. Suami Kak Long kerja apa? Dia anak orang kaya ke? Tak sebenarnya dia tak kerja.
Dia asal orang kampung kat selangor, Dengkil kot. Mak pak dia dah lama m4ti. Dia duda anak 2. Anak – anak dia memang dah buang gitu je. Dan dia main guna – guna nak tundukkan Kak Long aku, supaya dengar cakap dia supaya Kak Long beIa (tanggung) dia lah.
Sebab itulah suami dia tak suka kami adik beradik sebab duit tu patut tanggung dia bukan tanggung mak ayah atau adik beradik kami. Aku pernah nampak dia pukuI Kak Long (time aku datang KL singgah sekejap rumah Kak Long), sebab dia mintak duit tapi Kak Long tak bagi.
Jadi, dia pang Kak Long aku banyak kali. Sampai duit r0kok dia pun nak Kak Long yang bagi. Memang menyirap d4rah aku. Mula masa dia kahwin ngan Kak Long, dia niaga tapi dia banyak tidur dari kerja jadi kedai tutup.
Kerja itu ini, akhirnya dia bawak teksi. Itu pun makan angin. Seronok – seronok je, sebab hari – hari dia melepak dengan geng – geng india m4buk. Kalau dapat duit, dia beli nombor ekor t4rget dia nak dapat jackp0t yang 1 million tu tapi tak pernah dapat.
Dan kalau dia str3ss dia akan minum ar4k sampai m4buk. Nama dia dah blacklisted sebab hutang kredit tak bayar dan dia jugak ada pinjaman along. Itu pun Kak Long yang bayar. Nafkah Kak Long tak ade. Zero. Anak sekolah dia tak pernah ambil tahu.
Apa yang dia tahu dia ada cita – cita tinggi dia nak duduk rumah banglow besar kawasan elite dan dia nak drive BMW atau Mercedez Benz. Jadi orang boleh hormat dia, dan dapat status hebat la. Dia kalau cakap semua datuk – datuk, tan sri dia kenal.
Aku macam, “Tan Sri kenal driver taxi? Meh?” Apa – apa pun dia malas kerja, dia cuma suka tidur dan ber4ngan. Aku pernah dengar dia pujuk Kak Long beli BMW yang kastam r4mpas jadi dia boleh uruskan dengan kawan dia, jadi dapat murah sikit.
Dalam kepala otak dia cuma dia fikir status, dia try hard nak impress orang dengan dia. Kak Long aku yang s4kit menanggung laki dia yang biawak hidup tu. Perbelanjaan banyak. Rumah kuaters kena bayar juga, kereta 2 bijik, tv tak boleh yang biasa kena yang besar, bil – bil utilities, astro laki dia nak yang package semua ada tu movies, news, sports tak giIa mahai tapi dia tak nak bayar, insuran Kak Long dengan anak lagi, belanja anak sekolah, hutang laki dia lagi macam – macamlah.
Gaji kerani banyak mana sangat. Jadi Kak Long berniaga kecil – kecil utk tambah pendapatan. Semua benda dia jual, kerepek, kain baju, kuih – kuih, supplement, top up pun dia jual. Lepas kerja biasa dia berniaga dan ambik barang nak jual.
Dia angkut semua barang – barang berat tu sorang diri. Laki dia tidur atau minum kat mamak. Kak Long memang berm4tian kerja sehari – hari. Balik kerja balik niaga masak lagi untuk laki dia. Rumah dia memang tak kemas sebab dia takde masa.
Kesian sangat, aku sampai nangis tegok hidup Kak Long. Suami dia yang hidup free tu sibuk kucar kacirkan famili aku. Dia fitnah abang aku curi duit niaga Kak Long aku, dia cucuk Kak Long supaya g4duh dengan kakak atas aku, dia ejek kakak aku andartu sebab tak kahwin lagi (sekarang dah kahwin) dengan aku pun sama dia g4duh.
Jadi hubungan kami adik beradik pernah jadi tak baik. Kak Long aku pun dah termakan hasutan suami dia, Kak Long banyak mengutuk mak aku. Mak macam banyak menyusahkan dia la dia serabut, semua beban atas dia banyak la dia mengungkit sumbangan dia sebelum ni.
Ayah dengan mak aku cakap lepas kahwin Kak Long dah jarang – jarang bagi duit belanja tapi diorang tak kisah pun. Biasa hari raya Kak Long tak balik kampung dah, sian mak dengan ayah aku tunggu nak jumpa Kak Long nak jumpa cucu.
Kalau Kak Long balik, dia balik sorang. Abang aku kahwin pun Kak Long tak balik. Sedih aku sedih sebab Kak Long bukan jenis macam tu dulu. Semua sebab suami dia. Kenapa la dia termakan kata – kata suami dia. Dan aku terpikir kenapalah Kak Long tak mintak cerai aje.
Laki dia satu sen pun tak guna. Sikit demi sedikit, kami adik beradik jauhkan diri dari Kak Long. Rumah Kak Long lama dah kami tak jejak. Selepas 20 tahun, aku tengok dia dari aku kecik, remaja dan dewasa sekarang ni aku tengok hidup Kak Long aku tetap sama.
Sekarang dia dah pindah Sepang dah nak pencen dah 2 – 3 tahun lagi. Dia dah tua tapi hidup dia tetap macam tu, duit selalu tak cukup, ada je benda yang laki dia mintak. Ya, dia masih membeIa laki biawak hidup tu. Kak Long masih pergi kerja dan masih berniaga.
Mak ayah aku pun dah takde, Kak Long aku dah tak sihat, selalu s4kit – s4kit. Sebab dia kerja kuat sangat, angkat barang niaga dia tu dari dia muda sampai ke tua. Kesannya sekarang la, masa dah uzur ni macam – macam peny4kit datang.
Jantung, d4rah tinggi, diab3tes. Entahlah aku sedih sangat tengok Kak Long. Dia banyak merungut juga pasal laki dia, dia s4kit tapi laki dia buat tak tau je. Anak dia belajar jauh jadi apa – apa dia harap kat adik – adik dia juga.
Dia macam redha dengan apa yang jadi, nampak dia sedih. Kadang – kadang dia termenung mungkin rindu arw4h ayah, arw4h mak. Rindu masa kami adik beradik kecik – kecik. Laki dia pun dah tua, s4kit – s4kit juga. Aku cerita ni sebab aku sedih, hidup Kak Long macam tu, dan Kak Long pun kadang- kadang solat kadang – kadang tak.
Ya Allah aku sentiasa doa supaya ada kesudahan yang baik untuk Kak Long, semoga dia solat tak tinggal dan dapat gi haji insha Allah. Untuk laki dia pun sama, aku doa ada hidayah untuk laki Kak Long tu. Sedih rasa, malam tahliI arw4h mak aku dia cabut lari balik KL.
Sebab dia tak boleh dengar orang mengaji berzikir. Astagfirullah. Ya, hidup dia dari muda memang tak berubah tak solat, tak puasa, nauzubillah. Ya Allah moga ada hidayah untuk mereka, mudahkan syurga mereka Ya Allah.
Cukuplah laki dia siksa hidup Kak Long. Masya Allah. Akhir sekali nak cakap adik beradik aku semua menjadi, ada peguam, pegawai kerajaan, pegawai bank, cikgu, paling teruk pun kerani governnment. Aku pun baru balik UK buat master inshaAllah lepas ni buat PHD.
Bukan nak show off, tapi orang kampung ke orang bandar ke, rezeki Allah yang bagi. Kita rajin Allah bagi. Kita ada impian, apa – apa je, pastikan ia tercapai. Pertama sekali mintak dengan Allah, cakap dengan Dia Yang Satu, kemudian usaha, inshaAllah, Allah tunjuk jalan.
Apa – apa Allah bagi syukur paling penting siapa pun kita di dunia ni CEO ke cleaner ke, makcik kantin ke, siapa kita bila di hisab di depan Allah tu yang paling penting, it all matters. Bawa Ferrari ke Bugati ke, viva ke, duduk banglow ke, PPRT ke, rumah kampung siapa yang imannya tinggi kepada Allah itulah dia yang tehebat, inshaa Allah, may Allah bless us all. – Syafiqah
Komen Warganet :
Safinah Said : Kesiannya kak long awak dan ternyata memang wujud spesis biawak hidup ni. Hidup segan m4ti tak mahu. Menumpang kudrat isteri semata – mata. Usaha malas. Berangan lebih. Nauzubillahiminzalik. Semoga dijauhkan. Semoga awak dapat juga tolong – tolong kak long selagi hayat dikandung badan.
Dzulkifli Abd Razak AlRembauwy : Geram pakcik baca cerita ni. Memang banyak pakcik tengok species macam ni dewasa ni. So yang penting kaklong tu kena sedar dari awal lagi dan makbapak dan adik beradik lain mesti turut membantu.
Halau aje biawak hidup tu. Biar dia urus diri sendiri. Sekarang pun belum terlambat untuk bertindak. Adik beradik mesti memainkan peranan. Biawak seperti ni tidak perlu dikasihani.
Yatey Onexox : Sekarang confessor da berjaya kan? Amek masa jumpa kaklong confessor bawak berubat tuntut fasakh atau cerai. Jangan lupe segala jasa dia masa confessor kecik. Buat ape beIa biawak hidup.
Nak tggu laki dia berubah? Kalau pencen umur dalam 60thn, 55thn. Takde harapan sangat da. Cerai lagi baik. Malu? Ziana Zain artis top malaysia semua orang kenal rileks je tinggalkan biawak masa umur 50 tahun.
Ida Nri Zan : Buat apa “syurga dia tapi ner4ka”. Kalau dibandingkan kak long dengan anak makcik, anak makcik lebih cerdik dari kak long sis. Permulaan kawen dah nampak sisi kulit luar dalam terus anak makcik pohon fasakh walaupun dah ada sorang anak.
Kami sebagai mak bapak support dari segi moral asalkan anak makcik bahagia. Per4ngai abang ipar sis memang sebijik macam ex-menantu makcik. Kontrol under kontrol, anak makcik bagai isteri yang tak berfungsi.
Sekarng anak makcik bahagia dengan hidupnya sendiri di samping kerjaya. Aalhamdulillah. Pesanan dari makcik, jangan mendokong bewak hidup, digarunya kita walaupun Iukanya dah sembuh tapi p4rut tetap ada. Bunvh saja bewak itu. Bela pun bukan membawa kebaikkan dan munafaat.
Farhah Simard : Korang adik beradik bangsa tak sedar diri. Lupa terus jasa kak long masa korang kecil just kerana kak long tidak bernasib baik dalam perkahwinan dan jadi orang lain. Jika you buat cerita cam kak long anak tak sedar diri, Akak “jahat”, you tak perlu jadi cam diakan.
You boleh jadi adik bebaik berterima kasih masa kak long belum kahwin, manjakan korang beli itu ini. Kalau sayang you kena tolong kak long tu bukan mengarang cerita konon nak kasi pengajaran kat orang lain, tapi you sendiri sebagai adik cam tak faham situasi.
Sian akak you, suami tak guna, adik beradik sibuk ingat cerita lepas dia berkahwin. Upset giIa baca cerita you ni. Oh ya please jangan buat cerita no 2 dan cuba baIas apa komen orang di sini.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.