Bila aku masak, kakak cepat2 panggil suami dia mkn sampai habis lauk tak tinggal kat org blkg

Laki bini ada PHD dalam bidang agama tapi tak nak kerja. Dapat tawaran jadi cikgu dan ustaz, bagi alasan s4kit kepala nak layan ragam pelajar. Tapi bil air, api, duit makan mak abah yang keluarkan tiap bulan. Aku  tak sanggup nak dengar bila mak aku kata dia penat jaga cucu dia, basuh dan sidai baju diorang setiap hari.

#Foto sekadar hiasan. Aku tertarik nak kongsi kisah aku, aku merupakan adik yang ke-9 daripada 10 orang adik beradik. Memang dari kecil aku tak pernah duduk jauh dari mak abah selama 20 tahun hidup. Masuk asrama ke kolej memang tak pernah.

Pernah jugak hampir – hampir nak terima tawaran IPTA, tapi faktor kesihatan aku mak tak izinkan aku sambung belajar. Jadi, rumah ni lah dunia aku kalau tak ke mana – mana. Macam seronokkan duduk rumah dengan mak abah je?

Tapi sebaliknya yang aku rasa. Dalam rumah ni ada 3 buah keluarga. Family aku, abang aku dengan isteri dia dan sorang anak buah aku, kakak aku dengan suami dia dan sorang lagi anak buah aku. Masing – masing memang ada sorang anak.

Lepas tu ada 2 orang abang aku yang masih single dan adik aku. Yang lain dah berkahwin dan ada rumah masing – masing. Sorang abang aku belajar dekat utara, sorang kakak dekat 0versea. Jarang baliklah kan. Yang aku nak cerita ni tentang kakak aku.

Dia dah 10 tahun kahwin dan duduk serumah sekali dengan kami. Abang aku yang duduk sekali dengan kami tu pun dah 2 tahun kahwin dan nak pindah minggu depan sebab rumah dia dah siap Alhamdulillah. Aku saIute orang yang kahwin dan berdikari sendiri, tak duduk dengan mak ayah.

Ye, aku paham kadang masalah ekonomi buatkan orang yang berkahwin pilih untuk duduk dengan mak ayah, atau diorang nak jaga mak ayah yang dah berusia dan lain lain. Aku faham situasi tu.. Tapi yang aku perhati kakak aku dengan suami dia, diorang tak usaha ke arah nak kukuhkan ekonomi keluarga.

Dua – dua pangkat Dr PHD dalam bidang agama, tapi bekerja jual produk kecantikan yang keuntungannya tak menentu, tanpa cuba carik kerja tetap. Ramai yang offer diorang kerja jadi cikgu, mengajar dekat sekolah dan lain – lain.

Aku tahu sebab ayah mertua kakak aku pun pengetua dekat sekolah menengah. Maknanya dengan kelayakan diorang, boleh sangat dah nak mohon kerja apapun yang lebih stabil. Tapi kakak aku kata, suami dia tak suka penat – penat.

Kalau jadi ustaz atau cikgu, s4kit kepala katanya nak layan ragam pelajar. Aku akuilah benda tu sebab aku pun cikgu kanak – kanak. Tapi sampai bila weh korang nak hidup berg4ntung dengan mak abah? Bil air, api, duit makan mak abah yang keluarkan tiap bulan.

Seronok ke macam tu? Aku anak kedua last, perempuan pulak tu. Memang aku selalu jadi telinga mak aku. Mak aku keluhkan itu, risaukan ini, peningkan hal dia. Aku sabar je dengar, sebab itu je cara yang mak aku ada untuk meluah.

Dan aku tak sanggup nak dengar bila mak aku kata dia penat jaga cucu dia, basuh dan sidai baju kakak aku tiap hari kalau aku keluar kerja. Apa? Baju laki bini pun mak yang kena basuh sidai bagai ke? Sedangkan kalau sebelum aku keluar, aku akan basuh baju dulu sebab taknak mak yang buat.

Tu belum lagi bab masak. Aku balik kerja je kadang tengok mak aku tak sempat masak. Dan sebagai anak dan adik yang fikirkan abang – abang aku yang akan balik kerja dalam keadaan lapar, aku masak tiap hari. Tapi kakak aku, dia nampak je aku dah masak dan hidang, cepat – cepat dia panggil suami dia makan.

Kadang – kadang lauk semua dihabiskan, tak tinggalkan untuk abang – abang aku pun. Sebab tu aku pun sekali malas nak makan. Kalau kadang – kadang je macam tu, aku tak kisah. Ni hari – hari. Kau kenapa pelik sangat kak? Aku bukan tak pernah slowtalk dengan dia, cakap hati ke hati.

Banyak kali dah. Alasan dia, kau belum kahwin mana faham keadaan akak. Akak mana ada duit nak buat rumah blablabla.. Sedangkan abang aku yang baru 2 tahun kahwin dan ekonomi dia sendiri masih tak stabil pun dah siap rumah sendiri.

Dia buat sikit – sikit sampai siap sebiji rumah tu. Walau susah macam mana pun, dia cuba tak bebankan mak abah sebab tanah pun mak abah dah bahagikan untuk semua adik beradik, tinggal modalkan untuk buat rumah je. Pernah sekali aku luahkan dekat dia, yang aku rimas pakai tudung 24 jam dalam rumah.

Yelah, 10 tahun aku macam strangers dalam rumah sendiri. Kena pakai baju labuh, seluar dan skirt labuh, tudung labuh, mesti ada perasaan member0ntak dalam diri walau aku tahu je, hukvm Islam tu rahmat buat kita, menjaga kehormatan kita walaupun dengan abang ipar sendiri.

Tapi akak aku boleh gelak dan cakap, “Nasib kaulah.. Dah memang kena tutup aur4t dengan dia kan.” Ya Allah.. Aku luahkan dengan harapan dia faham keadaan aku. Kadang kita nakkan privasi dalam rumah sendiri, tapi sejak 10 tahun lepas aku macam menumpang dalam rumah sendiri..

Sekarang ni memang aku zip mulut rapat – rapat, aku diamkan aku pend4m apa yang aku rasa. Sebab kalau aku atau mak cakap kat dia, dia sentap dan merajuk. Aku tak suka keadaan tu.. Aku mengaku, aku pemalas sikit nak kemas rumah.

Tapi mak aku tahu, aku tak suka menyapu atau mengemas ruang tamu sebab abang ipar aku sentiasa ada dalam rumah. Aku terangkan semua sebab – sebabnya dekat mak, dan mak sangat memahami. Tapi hal – hal dapur memang aku cuba settlekn, memasak, basuh baju dan yang lain – lain.

Lepas tu ada satu hari tu aku kemas ruang tamu, mop lantai bila abang ipar aku keluar. Kakak aku dengan seIambanya ambik gambar semua sudut rumah yang aku kemas dan post dalam group whatsapp family dengan caption, “Tengok ni adik korang tiba – tiba rajin kemas rumah.

Selama ni tak pun.” Jujur, h4ncur sangat hati aku masa tu. Dan mulalah abang kakak aku baIas, “Dik lepas ni rajin-rajin kemas ek.” “Kalau hari – hari kemas rumah macam ni kan bagus.” “Selalulah tolong mak, jangan duduk dalam bilik je dik.”

Kata diorang yang tak duduk serumah dengan aku. Seolah – olah diorang tahu aku yang pemalas dalam rumah ni. Benda tu buatkan aku terfikir, apa yang kakak cerita dekat diorang, sampai macam ni aku kena? Sedangkan realiti dekat rumah bukan macam tu pun.

Kakak aku yang duduk oversea pernah mesej aku, nasihat aku suruh jadi rajin tolong mak. Aku tanya dia, siapa yang cakap aku tak pernah buat kerja rumah? Dia cuma cakap, dia tahu semua benda yang jadi dekat rumah walaupun dia tak ada.

Sedangkan dia duduk jauh, dia tak tahu pun hal sebenar. Aku pun tak pernah nak cerita dekat dia, sebab bukan sikap aku nak a1bkan sesiapa dekat adik beradik lain. Disebabkan peristiwa dalam whatsapp tu, aku terp4ksa cerita semua dekat mak aku.

Perasaan aku selama 10 tahun tinggal serumah dengan kakak dan abang ipar, semua aku luahkan. Tak pernah aku meluah sampai 3 jam lamanya tanpa henti. Dan aku sangat terk3jut tengok mak menangis. Mak kata, “Biarlah yang lain tak tahu cerita sebenar kak.

Yang penting kakak tak macam tu pun dalam rumah ni.” Aku tak ada niat nak buat mak pening, tapi aku s4kit pend4m sendiri. Aku peIuk menangis dekat mak, sebab aku dah tak tahan simpan semua ni. Pernah jugak kakak tegur aku, dia kata aku macam tak solat dan baca Al-Quran.

Sebab bilik kami sebeIah – sebeIah, dia tak pernah dengar pun aku baca. Allah.. Detik tu memang aku tersangat marah. Direct aku cakap dekat dia, memang aku sorok – sorok baca al-quran sebab dulu awal perkahwinan diorang dia pernah tegur aku jangan baca al-quran kuat – kuat sampai abang ipar aku dengar.

Start daripada tu memang aku tak pernah baca al-quran kuat dalam rumah sendiri. Tak pernah weh. Nak baca bertaranum bagai, memang aku tunggu abang ipar aku tak ada dekat rumah. Apa lagi yang kakak nak aku ikut sebenarnya?

Aku dalam rumah sendiri, tapi dengan segala peraturan yang dia buat. Dan aku sebagai adik, banyak ikut je sebab tak nak s4kitkan hati dia. Sampai satu tahap mak aku cakap, “Kahwinlah cepat kak. Buat rumah sendiri dan tak tinggal dengan mak.. Nanti tak s4kit lagi..” menangis aku mak cakap macam tu.

Mak tak boleh p4ksa kakak aku lagi, sebab semua atas keputvsan diorang suami isteri untuk buat sesuatu dengan keadaan diorang sekarang. Cakap banyak kali tapi meIukakan, itu bukan cara mak. Kakak, kalau kau baca confession ni tolonglah faham kak.

Aku sayang kau. Aku k0rbankan perasaan aku selama ni sebab nak jaga hati kau. Sampaikan anak kau pun sekarang 24 jam pakai tudung, sebab nak ikut cara pemakaian aku dalam rumah. Aku tahu hikmahnya, secara tak langsung mendidik dia tutup aur4t walaupun kecik lagi.

Tapi aku tak tahu apa yang kau nak lagi sebenarnya kak. A1bkan aku dekat adik beradik lain, aku tak kisah sangat. Tapi kau dengan abang golongan terpelajar, korang carilah kerja yang lebih stabil. Takkan aku sebagai adik ni nak cakap benda tu banyak kali?

Aku rindu privasi dalam rumah sendiri kak. Aku pun teringin nak keluar bilik dalam keadaan tak payah pakai baju tudung besar – besar, aku teringin nak bebas dalam rumah sendiri. Kau tak rasa kak s4kitnya terkongk0ng dengan batasan, sedangkan mak abah tak pernah buat aku macam ni.

Aku bersyukur sebab maklah yang jadi kekuatan aku. Kadang kalau aku nak mengeluh, aku terpujuk tengok muka mak. Biarlah aku s4kit hati macam mana pun, asalkan aku tetap ada dengan mak abah. Cuba korang bagi suggestion, cara macam mana lagi aku nak buat ek? Ke aku yang kena mengalah kuatkan hati dan mentaI sendiri je? – Adik Yang Menumpang

Komen warganet :

Winny Winny : Bila masak tu asingkan lauk siap – siap. Jangan biar mereka ambil sendiri. Kalau akak tu tanya kenapa asingkan jawab je sebab kamu tu peIahap. Cuba sis buat rumah sendiri biar pun kecil – kecil dah siap bawa mak ayah tu pindah sekali.

Silapnya di sini mak kamu juga kenapa pakaian akak ko sekeluarga dia nak basuh. Bagi tau mak tak payah basuh biar habis pakaian mereka. Kalau akak tu tanya kenapa Tak basuh cakap je mak dah letih sangat dan mula dari sekarang kamu kena urus sendiri keluarga kamu.

Biar mereka ada akal sikit. Selagi mak ko layan mereka cam budak kecik selagi itu la mereka tak ada akal. PhD kepala otak dia la tu.

Izzah Izzman : Keadaan camni kadang – kadang tu kita ni rasa nk marah sangat dekat mak ayah. Yang reIa dih4mba abdi kan oleh anak yang tak ada otak camni. Cer laa sesekali tunjuk boik0t kita, jangan masak langsung, keluar pi mana – mana jangan balik dua, tiga hari. Tengok sepasang biawak hidup ni jadi camna. Tu yang kita harapkan dari mak ayah yang asyik dibuIi oleh anak takda otak.

Zie Ash : Eloklah laki bini sama – sama tak bertanggungjawab. Sepatutnya tugas mertua menegur kesilapan anak menantu. Jangan kerana nak jaga hati anak menantu h4ntu anak yang lain terabai. Tt pun spatutnya bila saud4ra lain komplen suruh jer dorang tanya sendiri pada mak ayah jangan nak dengar cerita dari kakak atau tt sendiri.

Hamizah Halidi : Luah perasaan kat kakak. Dia sent4p apa ada hal. Masak sorok lauk dari kakak. Suruh dia basuh baju sendiri. Sis luah yang terbuku hari – hari. Jangan simpan dalam. Nanti ko mentaI, kakak ko enjoy terk4ngkang. Lama – lama dia f3dup, kakak kau akan keluar daripada rumah.

Nor Hidayah : Sedap eik dah la dok rumah mak bapak. Duit bil makan minum mak bapak tanggung. Semua nak ikut peraturan dia. GiIa ka menantu laki tu takde tanggungjawab nak bawak anak bini tu pindah dari mertua. Mak pak mentua tu kena tegas suruh diorang keluar cari rumah sendiri. TerIampau jaga hati anak menantu, hati sendiri dipij4k – pij4k.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?