Suami dari keluarga susah, mula2 kahwin semua wangi, tapi akhirnya rahsia terbongkar lepas kena fitnah

Selama saya duduk rumah mertua, dah macam – macam barang saya mertua dan adik beradik suami curi. Dari barang perhiasan sehinggalah ke duit. Saya sabar je sampailah semuanya terbongkar, mereka berkomplot buat jahat macam dalam drama..

#Foto sekadar hiasan. Hi admin tolong hide fb saya ya. Saya kahwin dalam usia yang muda. Sebelum ni, lepas je kahwin saya tinggal dengan keluarga mertua. Kehidupan saya dengan suami memang berbeza, saya hidup dalam serba kesenangan, keluarga suami pula serba kekurangan.

Tapi saya tak kesah. Mula – mula tinggal dengan mertua semuanya wangi. Tapi lama – lama jadi busuk. Semuanya kerana duit. Mertua saya dua – dua tak berkerja, kakak suami pun sama. Suami saya ada 5 orang adik beradik.

Adik ipar saya yang bongsu beza 2 tahun je dengan anak saya. Nak dijadikan cerita lepas kahwin mertua saya iri hati dengan saya. Sebab gaji suami memang dia bagi saya sepenuhnya. Dan saya yang akan arrange. Setiap bulan memang kami bagi mertua saya tapi bagi dia tak pernah cukup.

Dia nak suami saya bagi semua gaji dekat dia dan dia yang akan arrangekan. Saya tak setuju dan start dari situ mertua saya asyik lagakan kami suami isteri. Macam – macam cerita dijaja dekat orang sekeliling. Bukan saya je kena macam ni.

Biras saya pun kena benda yang sama. Dan untuk pengetahuan semua, lepas saya lahirkan anak sulung dan lepas mak mertua tunjuk per4ngai dia yang sebenar, memang saya dah tekad untuk bercerai. Memandangkan suami saya pun asyik menangkan mak dia.

Saya tekad cari kerja. Tapi masa saya bekerja pun otak asyik ingat dekat anak. Saya balik kerja penat, anak belum mandi. Susu pun diorang tak bagi. Sedangkan duit setiap bulan dorang mintak plak. Saya betul – betul terasa hati tapi saya pendam.

Masa ni memang saya dah takde rasa dengan suami. Nak bersama pun saya dah tak nak. Sebulan boleh kata sekali je kadang – kadang takde langsung. Nak dijadikan cerita saya mengandung anak kedua dan masa dapat tahu pregnant memang saya frust sangat.

Suami pun tak nak memandangkan kewangan kami tak kukuh. Saya pulak frust sebab saya memang niat nak bercerai. Sampailah kandungan saya 6 bulan baru saya kuatkan diri bukak buku pink dan ambik kesah pasal kandungan saya.

Masa tu memang hubungan saya dengan mertua sangat tak baik. Depan saya dia pura – pura baik. Tapi belakang hanya Allah je tahu. Dia aibkan saya, dia ani4ya saya. Sampai la satu hari semuanya terbongkar. Dan paling menyedihkan dia fitnah saya dan suami mencuri pampers susu anak dia.

Sedangkan dia yang bagi dekat anak saya sebab katanya adik ipar saya dah tak serasi dengan susu tu. Dia siap cerita dekat jiran – jiran dan semua keluarga suami yang saya banyak hutang dengan dia. Sedangkan dia yang banyak hutang dengan saya.

Dengan keluarga bapa mertua saya pun dia pernah berg4duh. Semua sebab duit. Selama saya duduk rumah tu, dah macam – macam barang saya mertua dan adik beradik suami curi. Dari barang perhiasan sehinggalah ke duit.

Tapi suami tetap suruh saya sabar dan diam. Mertua dan adik beradik suami ni jenis yang berkomplot kalau buat jahat. Memang sebijik macam drama tv. Memang nasib saya sangat tak baik dapat keluarga mertua macam ni.

Sebelum ni suami memang tak nak pindah memandangkan dia yang sara keluarga dia. Tapi sejak PKP hari tu suami diberhentikan kerja. Dan sebelum tu saya pun berhenti kerja sebab alahan teruk. Saya dan suami nekad buat bisnes dan alhamdulillah memang laku sangat.

Bertambahlah s4kit hati mertua saya. Lepas kant0i yang dia ani4ya saya, suami setuju untuk pindah ke rumah mak saya (rumah kosong). Mak saya kesiankan saya dan dia bagi saya duduk sementara suami dapat kerja lain.

Mula – mula memang hidup kami bahagia. Tapi lama kelamaan mertua saya sekali lagi cuba lagakan saya dengan suami. Hari – hari dia mesej dan call suami suruh kami balik jumpa dia. Sedangkan dia masih menjaja cerita saya dekat orang sekeliling.

Dan m4kin lama suami termakan hasutan dia. Sejak dari tu saya kerap berg4duh dengan suami. Dan untuk pengetahuan semua juga lepas saya dapat tahu saya pregnant memang saya tak ada bersama suami. Sekarang saya pregnant 35 minggu.

Dah hampir 8 bulan saya tak bersama dia. Sebab saya memang dah takde hati dengan dia. Sampailah satu hari saya berg4duh teruk. Suami pukuI dan ugvt nak bunvh saya. Memang sejak tu saya tekad. Lepas bersalin memang saya akan tuntut cerai walaupun saya tahu yang dia memang tak akan ceraikan saya.

Saya memang dah hilang rasa sayang dan hormat dekat dia dan keluarga dia. Sekarang ni hidup saya ibarat robot je. Hal rumah hal anak pun saya yang uruskan wlaupun saya sarat pregnant. Kadang – kadang dia nampak saya sental toilet ke mop lantai ke dia hanya buat tak tahu saja.

Keperluan rumah atau duit pun memang semuanya dari saya. Kadang – kadang saya penat sebab rasa macam semuanya atas bahu saya. Memang saya sedih dan tawar hati sangat – sangat.

Komen Warganet :

Maimun MadSapleh : Moga TT teruskan kuat semangat dan bertahan sedikit lagi. Plan awak nak pisah tu jangan sorang – sorang dik. Masa kahwin elok pakat berdua. Berpisah pon pakat juga. Soal takde hati kat laki kau tu letak tepi dulu.

Rasionalkan sebab awak ada anak – anak dengan dia. Tentu awak ingin pastikan ada nafkah untuk anak – anakkan. Anak dia, tentu dia pon nak beri juga (jika setuju berpisah). Tengok macam mana dia punya buah fikiran pulak.

Cakap tu baik – baik. Jangan sindir, h1na keji bagai. Untuk elak salah faham, gunakan perkataan yang merujuk diri kau sahaja. Kerisauan – kerisauan kau. Em0si kau yang terganggu setiap kali mertua up isu yang kadang – kadang di tokok tambah sahaja.

Dah sepakat, bincang juga. Sapa yang nak mohon pisah? Kau ke dia. Baik – baik pegang janji masing – masing. Namun, fikirlah lebih dalam kerana ada anak – anak yang tidak matang untuk faham. Jika mahu perbaiki diri, tentu jalan penyelesaian lebih baik akan muncul nanti. Wallahukalam.

Lis Sandra : Kalau semua awak dah buat untuk apa ada suami?? Baik suruh jer suami awak tu pulang dekat mak dia. Awak kira beruntung ada orang tua yang memahami ada tempat tinggal tidak berg4ntung dekat suami. Hidup ni pilihan mau d3rita atau bahagia. Pilih lah bahagia tanpa suami dan mertua dari ner4ka.

Noor Masjuwita Ahmad Juwita : Kalau dah memang takde perasaan dan memang dah taknak teruskan lagi dengan suami tu. Awak pegi buat report polis berkenaan kes pukuI awak dulu tu dan kes dia ugvt nak bunvh awak tu sebagai cover diri awak dan bukti untuk ke mahkamah syariah nanti.

Awak tunggu je laki awak keluar ke mana – mana. Bila dia takde je, awak bungkus kain baju suami awak tu dan sangkut kat pagar rumah. Kemudian awak tutup tingkap dan lock pintu rumah pagar semua. Pastu bawak anak – anak angkut ke rumah mak awak.

Kalau suami awak balik nanti tak boleh masuk dia nanti akan cari kat rumah mak awak. Masa tu awak call je polis. Biar dia nak meng4muk ke apa. Lepas tu awak buat report polis sekali lagi. Esoknya tu pergi ke pejabat agama dan buat tuntutan fasakh. Dengan bukti report polis yang awak ada tu. Jangan tinggal bersama lagi dah kalau betul awak nak bercerai.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.