Abg ipar tak ingin masuk hospitaI kerajaan, nak pergi swasta tapi semua bil kakak aku yg bayar

Lebih meny4kitkan hati sejak kahwin dengan kakak, abang ipar taknak masuk hospitaI kerajaan bukan dia sahaja, anak – anak tiri pun sama. Dia mahu dirawat di hospitaI swasta yang bertaraf hotel mewah. Bilnya suruh kakak bayar. Kami pelik sebab kakak yang kami kenal dulu sangat tegas sekarang jadi pak turut..

#Foto sekadar hiasan. Bila orang sedang bercinta ‘semuanya indah belaka’ walaupun taraf pekerjaan kekasihnya lebih rendah daripadanya, semuanya ok, terutama bila ada pengakuan dari kekasih bahawa hanya lubang kubvr sahaja yang akan memisahkan mereka.

Malah ada yang kata rela m4ti bersama. Tetapi hidup ini hanya pinjaman, manisnya hanya di hujung lidah. Demikianlah yang berlaku pada kakak aku, walaupun emak dan ayah melarang dia berkahwin, tetapi cinta punya pasal, dia tetap ikut kehendak hati dan pujukan kekasihnya seorang lelaki yang sudah beristeri dengan 4 anak.

Puas emak nasihatkan kak Alia. Jangan ganggu suami orang, tapi kata kakak usianya sudah 30 tahun bila lagi? Kata emak kalau lelaki bujang, biar gaji kecil asalkan tak ada gangguan. Hati lebih senang. Tapi kata kakak dia tak mahu hidup susah.

Kata emak dia tak mahu kakak sering berg4duh dan diser4ng oleh madunya. Nanti hidup susah. Tapi kakak Alia tak peduli. Pada dia semua orang hendak mengh4ncurkan impiannya dan bencikan kekasihnya. Apa yang menyedihkan kami, kaum keluarga dan madu kak Alia tuduh kami sekeluarga merestui kakak.

Rasanya tak ada ibu bapa suka anaknya mer4mpas hak orang, tetapi kalau anak sendiri dah membantah, takkan emak ayah kami nak buang anak pulak. Kami tahu tidak akan bahagian hidup wanita berpoligami, baik yang kena madu atau pun bermadu, sama – sama akan mend3rita.

Mungkin di luar sahaja mereka nampak gembira, tetapi dalam hati hanya Allah lebih tahu. Hidup kakak tak ubah macam pepatah Melayu ‘macam ikan dalam Iukah, nak masuk senang, nak keluar susah.’ Aku baca banyak cerita orang bermadu di media sosiaI, rasanya tidak ada yang senang.

Tetapi kerana sudah tersilap langkah, nak berpatah balik terasa malu. Terutama bila Farid yang suka ambil kesempatan atas kemewahan hidup kak Alia. Tujuan aku bercerita ini supaya gadis – gadis lain sebaya aku janganlah terjebak hidup bermadu.

Sebab lebih banyak yang susah daripada senang. Biarlah pahit maung kehidupan kak Alia jadi pembuka mata gadis juga wanita lain, bukan mudah bersuamikan suami orang. Benar kak Alia kahwin lewat 30an, kerana itu kak terima bila Farid mendampinginya.

Kakak tahu mamat ini ada 4 orang anak. Kata emak, nanti kakak bukan saja berper4ng dengan madunya, tetapi dengan anak anak tiri. Tapi kata kakak dia tahu memilih antara batu dengan intan, dan dia cukup matang buat pilihan, serta berhak tentukan masa depannya.

Namun emak dan kami sekeluarga memang tak sukakan Farid ni, sudahlah ada anak 4 orang, kami perhatikan per4ngainya dia memang jenis cakap besar, tak boleh dipercayai, suka mengangkat diri dan serba tahu, sedangkan kami tahu dia kaki penipu.

Masa mula mula kakak perkenalkan dia, kami dah rasa dia ni memang kaki temberang, sebab semua benda dia tahu, tv cakap politik, dia sampok, pasal system pelajaran pun dia cakap kalahkan pakar, belum lagi pasal ekonomi, semua orang buat salah, dia lebih tahu.

Pantang tv cakap pasal isu semasa tentang sesebuah negara luar, dia akan komen. Kalau berbual dia sahaja betul. Pendek kata semua benda dia tahu mengalahkan Tun Dr. Mahathir yang luas berpengalaman itu. Itu membuatkan kami tambah meluat dengan sikapnya.

Pada kami sekeluarga Farid ni suka masuk bakul angkat sendiri. Mengaku gaji banyak dan semua adik beradiknya kaya raya dan ada jawatan besar dalam kerajaan. Tetapi pada kami ceritanya semuanya bohong belaka, dia cuba tarik perhatian kami dengan cerita tentang isu semasa, tetapi kami tak berminat nak dengar.

Kami anggap ceritanya macam angin lalu, kerana kami tahu siapa dia yang sebenar dia hanyalah seorang penjawat awam yang bergaji kecil sahaja. Tapi apa kami kata sebab kakak sukakan dia dan nak kahwin juga, kami doakan agar kakak tak tertipu dan dipergunakan.

Tetapi maIangnya setelah berkahwin barulah kakak tahu siapa Farid ini sebenarnya, tapi nak berpatah balik kakak rasa malu. Sebab segala urusan keluarga Farid jadi tanggungjawab kakak. S4kit pening dan makan minum suaminya bersama empat orang anaknya terletak di bawah tanggungan kakak.

Bukan setakat itu, malah perbelanjaan persekolahan anak – anak Farid seramai 4 orang ini juga menjadi sebahagian tanggungjawab kakak. Walaupun kak Alia berlagak konon dia ‘primadona’ tetapi rumah itu juga bukan milik atau disewa oleh Farid, sebaliknya kakak yang beli.

Farid hanya bawa masuk anak – anaknya duduk bersama di rumah kakak. Kami rasa memang ada rasa penyesalan dalam hati kakak, sebab duduk rumah emak kakak macam puteri, tetapi sekarang semua benda kakak kena uruskan, kakak dah jadi macam inang pengasuh menguruskan anak – anak tirinya.

Kadang – kadang tu bila berbual adik beradik kami padankan muka kak Alia kerana engkar cakap emak. Sekarang terima lah baIasan. Luar nampak gembira tetapi sebenarnya kakak menyesal. Hidup kakak tambah tersepit bila Farid ceraikan isteri pertamanya.

Memang nampak kak Alia menang, tetapi kemenangan itu lebih menyukarkan hidupnya. Kalau dulu anak – anak tirinya datang hujung minggu, tetapi kini duduk serumah dengan kakak. dan menjadi tanggungjawab kakak sepenuhnya, kerana madunya tidak mahu ambil anak – anaknya, sebaliknya menyerahkan kepada bekas suaminya.

Tetapi Farid pandai, dia pulak lepaskan semua tanggungjawab itu kepada kak Alia. Siapa tak pening menguruskan empat orang anak yang masih bersekolah rendah sedangkan kakak sendiri sudah ada seorang anak masih kecil ketika itu. Memang pening.

Lebih memeningkan kepala kak Alia anak-anak tiri sudah pandai tunjuk belang dan sudah mula bermaharajaIela dalam rumah kak Alia. Kalau dulu pembantu rumah menjaga seorang anak kakak Alia, kini tambah 4 orang lagi.

Itu belum masuk per4ngai suaminya yang banyak ragam dan kerenah serta sifatnya yang serba tak kena itu. Apa yang kami bimbang bukan setakat pembantu rumah minta tambahan gaji, malah lebih teruk kalau pembantu cabut lari, apa nak jadi dengan hidup kak Alia.

Dia tak boleh buat kerja main – main memandangkan jawatan tinggi yang dijawatnya di pejabat. Dan dia tak boleh cuti sesuka hati bila pembantu rumah buat hal atau anak – anak tirinya s4kit. Nak harapkan suaminya, jangan fikirlah, dia cuma fikirkan tentang keselesaan hidup dan dirinya sahaja.

Lain – lain tugas dia serahkan kepada kakak sahaja. Apa yang lebih merunsingkan kak Alia sikap suaminya yang tak mahu bertolak ansur, tak mahu sama bertanggungjawab. Dia cuma fikirkan hidupnya mahu senang. Orang lain susah dia tak ambil peduli.

Dia pernah cakap, kak Alia patut bersyukur dapat suami, kalau dia tak ambil kak Alia buat isteri sampai bila bila pun kakak Alia tak kahwin. Sebab itulah dia terus berlagak mengharapkan kak Alia berterima kasih dengannya kerana mengambil kakak jadi isterinya.

Lebih meny4kitkan hati sejak berkahwin dengan kakak, Farid tak mahu masuk hospitaI kerajaan kalau s4kit, bukan dia sahaja, malah anak – anaknya pun sama. Dia mahu dirawat di hospitaI swasta yang bertaraf hotel mewah.

Bilnya suruh kakak bayar. Sapa boleh tahan kalau semua anak – anak tirinya pun di rawat di hospitaI yang sama? Gaji besar pun tak mampu. Suaminya akan meng4muk jika kak Alia nasihatkan dia masuk hospitaI kerajaan.

Peliknya kakak seperti orang kena ‘b0moh’ dia tak berani bantah apa juga kata suaminya. Sebenarnya kami tak mahu ambil tahu keadaan kakak Alia, kalau kakak sendiri tak jumpa kami adik beradik minta pertolongan bila kakak kekeringan wang.

Marah – marah pun kerana kesiankan kakak, kami hulur juga bantuan tetapi kami rahsiakan daripada emak. Sebab kakak kata dia terp4ksa selesaikan bil hospitaI suami dan anak anak tirinya yang ribu raban tu. Alasan Farid mahukan rawatan hospitaI swasta kerana perkhidmatannya cepat dan cukup selesa, tak perlu tunggu lama.

Dan jika ada kawan – kawannya datang melawat mereka semua akan terk3jut, sebab orang macam dia boleh duduk hospitaI swasta yang ternama. Jadi apa sebenarnya tujuan dia nak dapatkan rawatan di hospitaI swasta adakah kerana keselesaan ataupun kerana dia memang sengaja nak menunjuk – nunjuk kepada kawan – kawannya bahawa dia mampu, banyak wang dan hidupnya kini mewah.

Tetapi yang sebenarnya kak Alia yang merana terp4ksa tanggung hutang keliling pinggang. Namun aku tak salahkan Farid seratus peratus, banyak kesalahan terletak di bahu kak Alia sendiri kerana terlalu mengikut cakap dan arahan suaminya yang mahu hidup mewah.

Kerana bekas isterinya dahulu bukanlah berjawatan tinggi, cuma bergaji kecil sahaja. Agaknya lepas kahwin dengan kakak, Farid terasa sangat hidupnya benar – benar berubah, mewah dan senang sebab itu dia mahukan lebih daripada apa yang dia pernah lalui dahulu.

Kerana itu dia rela ceraikan isteri pertama yang katanya tidak beri faedah kepadanya. Itu baru bab rawatan perubatan, bab duit saku, makan minum dan yuran sekolah pun semua Farid lepaskan pada kakak sebab dia lihat kakak mampu uruskan semua hal.

Kalau kak Alia tak kahwin hidupnya mungkin lagi mewah, sebab tu dia ada kereta mewah dan mampu beli rumah sendiri. Tetapi kalau terp4ksa tanggung 4 anak tiri dan suami yang tak mahu bertanggun jawab memang susah.

Tambahan pulak suaminya suka lagak mewah dan suka menunju – nunjuk kemewahan. Memang Farid tak sedar diri. Bukan itu sahaja, Farid bercerita dengan kawannya dia akan beli rumah banglo dua tingkat. Untuk mencapat niatnya itu dia selalu desak kakak cari rumah banglo untuk keluarganya yang sem4kin besar itu.

Aku rasa tentu kakak sem4kin pening dengan kerenah Farid. Kami tidak tahu sampai bila kakak boleh bersabar, dan menurut semua kehendak suaminya, kerana hingga kini kakak tak berani kata ‘no’ atas permintaan Farid.

Kalau dulu kakak merupakan kakak yang amat kami takuti kerana sikap panas baran dan ketegasannya, kini segalanya sudah berubah sebaliknya kakak jadi pak turut. Apalah nasib kakak? Kami kesiankan Kak Alia sampai bila dia mesti berk0rban.

Lebih maIang lagi peng0rbanannya tidak dihargai, malah sentiasa ditagih lebih banyak lagi tanpa rasa puas. Kami tak tahulah bila agaknya kakak boleh tersadar diri dan bangkit daripada keb0dohannya selama ini. Kerana kakak bukan sembarangan wanita, dia pegang jawatan tinggi juga, tak perlulah aku ceritakan di mana.

Tetapi memang terbaik. Serta mempunyai masa depan yang cerah. Tetapi kalau hidupnya sentiasa dibuIi dan diganggu oleh suaminya, aku takut kakak gagal mendapatkan kedudukan yang lebih tinggi yang diidamkannya.

Kerana itu kakak terp4ksa ikut jadi pak turut ikut cakap suaminya, kerana dia tak mahu suaminya memperlekehkan kakak di luar. Yang mana boleh menjatuhkan reputasi kakak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.