7 tahun mak jadi ‘kuIi’ kak ipar. Bila anak dia tak siap kerja sekolah, mak aku kena marah sbb cek betul2

Lepas kak ipar bersalin, satu hal anak pun dia tak ambil peduli. Dia selalu share kat fb, tugas jaga anak, tanggungjawab suami. Abang aku baru je balik kerja terus dia terpekik terlolong suruh mandikan anak semua. Sampailah umur anak dia 6 bulan, kak ipar kata dia nak kerja. Masa ni la ner4ka bagi mak aku bermula. 

#Foto sekadar hiasan. Hari ni aku dah g4duh besar dengan abang aku. Semua sebab aku dah tak tahan dan kesian dekat mak aku. Lepas aku baca confession ”Cukuplah susahkan ibubapa” by anonymous hari tu, aku rasa aku pun nak confess sebab situasi aku sebijik sama dengan dia.

Biar aku cerita dari awal untuk kes aku ni. Aku ada 4 adik beradik, aku yang bongsu, perempuan dah berkahwin dan tak duduk dengan emak aku lepas kahwin. Adik beradik aku cukuplah korang kenal sebagai Banglong, Kakngah, Bangchik dan aku, sebagai Adik.

Abang akak aku semua dah kahwin termasuklah aku. Tapi yang paling awal kahwin adalah Bangchik, dah 7 tahun berkahwin dan dah ada 3 orang anak. Aku nak cerita pasal Bangchik dengan bini dia. Masa mula – mula Bangchik aku kahwin, dia dengan bini dia duduk sebumbung dengan kami sekeluarga, masa tu kami semua belum kahwin, Bangchik anak pertama yang kahwin.

Masa tu aku masih study dan jarang balik rumah, balik pun kalau cuti sem sahaja. Masa tu ada saja per4ngai bini Bangchik ni yang buat aku marah tapi aku tahan je. Ada suatu hari ni, aku balik rumah lepas aku lepak, aku tengok takde orang tengok TV dekat ruang tamu, aku tukar la tengok drama yang aku suka.

Tiba – tiba lima minit ke macam tu, Bangchik telefon aku marah – marah aku, Bangchik kata bini dia tengah tengok TV, aku tukar. Hek eleh, berangin betul aku. Padahal masa aku tukar TV tu bini Bangchik ada dekat dalam bilik oi! Menyirap betul aku.

Kes lain pulak masa dorang baru awal perkahwinan, akak ipar aku ni tak nak makan kalau Bangchik aku takde dekat rumah, dia akan tunggu Bangchik aku balik kerja baru dia nak makan, tu pun makan sepinggan dengan Bangchik, Bangchik yang suapkan bini dia, meluat aku tengok, dah la duduk berkurung dalam bilik, mak aku masak pun dia tak tolong. Reti makan je.

Ada lagi satu per4ngai bini dia ni yang aku anti. Batu api sangat – sangat dan suka mengadu dekat Bangchik aku. Terutama kalau hal adik beradik, bini dia suka batu api kan Bangchik aku lepas tu tokok tambah cerita, suka tengok kami adik beradik berg4duh agaknya.

Sampai setahun Bangchik aku pun dah ade anak, masa  ni memang meluat la dengan bini dia, apa – apa pasal anak semua kak ipar aku suruh abang aku, mandikan anak, tukar pampers, jaga anak semua, dia padahal Bangchik aku kerja.

Bini dia langsung tak nak buat semua tu, lepas tu dekat Facebook share post yang jaga anak semua tu tanggungjawab suami. Munasabah la sikit oi! Laki kau kerja, baru balik kerja kau dah terpekik terlolong suruh mandikan anak semua, tak kesian ke laki kau penat kerja, kasi la rehat dulu seminit dua.

Benda ni pun kena dekat mak aku. Disebabkan dorang duduk dengan mak aku, mak aku lah yang jadi m4ngsa menjaga anak dorang. Masa abang aku takda semua benda mak aku yang buat, mandikan cucu, tukar pampers, cuci t4hi semua.

Akak ipar aku walaupun dia ada dekat rumah, dia tak akan buat. Lepas anak Bangchik dah usia 6 bulan macam tu, akak ipar aku nak kerja, dia kata income Bangchik tak cukup nak support family. Masa ni la ner4ka bagi mak aku bermula.

Semuanya mak aku yang kena buat untuk dorang, jaga anak, makan minum masak, bahkan kain baju pun mak aku yang basuhkan. Jenis mak aku pulak lembut hati, dan tak sampai hati tengok Bangchik aku kena kerah buat semua tu lepas balik kerja, jadi mak aku buatkan.

Akak ipar aku tu pulak selamba je depan mak aku dia tinggi suara marah Bangchik aku suruh buat itu buat ini, emak mana la tak kesiankan anak kan? Sampailah makan diri sendiri.. Sekarang dah 7 tahun, Bangchik aku dah ada 3 orang anak dan masih menyusahkan emak aku, walapun sekarang Bangchik sekeluarga dah duduk di rumahnya sendiri.

Rumah Bangchik jaraknya satu blok je dari rumah mak aku, contoh rumah mak aku blok A, rumah Bangchik blok B. Anak – anak dia masih hantar ke rumah emak aku untuk dijaga, sebab Bangchik dengan bini dia dua – dua bekerja.

Masa ni ada satu kes, Bangchik aku outstation, kak ipar aku bermalam la dekat rumah mak aku, korang bayangkan jela, rumah flat sempit 3 bilik, 1 bilik Banglong duduk, 1 bilik Kakngah duduk, 1 bilik lagi dah buat bilik stor, jadi mak aku tidur ruang tamu je.

Mak aku cakap la dekat kak ipar aku, tak selesa korang ni tidur lapik alas nipis je nanti, tidur jela dekat rumah sana, kalau takut sorang, nanti Kakngah temankan duduk sana. Akak ipar aku terus balik, lepas tu Bangchik terus telefon mak aku, Bangchik cakap bini dia kata mak aku halau dia.

Mak aku ni kesiankan cucu dia jer, yela tidur alas tilam nipis je. Boleh pulak dia cakap mak aku halau dia. Kes jaga cucu, Emak aku tak kisah jaga cucu, tapi m4kin meIampau, baju kotor anak Bangchik, tinggal dekat rumah mak aku, mak aku lah yang kena membasuhnya.

Sekali dengan baju sekolah tau, akak ipar aku sendiri suruh mak aku “nanti mak basuh baju sekolah sekali ek”. Senangnya mengarah macam tu, macam mak aku ni Maid pulak. Mak aku ni dah berumur, dah 60+, korang bayangkan la umur mak aku macam ni nak berehat je.

Lagi – lagi mak aku ada semput, lepas tu lutut dia kerap s4kit kebelakangan ni. Mak aku kerap la mengadu dekat kami adik beradik dia dah penat, tapi jenis mak aku tak cakap direct kat Bangchik, dia mengadu dekat kami yang lain.

Tambah lagi, sekarang ni m4kin meIampau, anak dia tak buat kerja sekolah akak ipar aku nak marah mak aku, suruh mak aku periksa betul – betul kerja sekolah anak dia dah buat ke belum. Lepas tu tuduh mak aku belum mandikan anak dia sebab mak aku pakaikan baju yang sama dengan siang tadi.

Padahal mak aku dah mandi dah, cuma pakai baju yang sama dengan siang tadi, sebab mak aku takmau bazir baju. Akak ipar aku boleh sound pulak mak aku cakap kalau dah mandi pakaikan la baju tido, tak payah pakai baju sama.

Dia sedap la menyuruh, nanti baju kotor dia bukan nak ambil bawak balik, akhirnya mak aku yang basuh. Sebab kes ni aku dah g4duh dengan Bangchik tadi. Bangchik aku pun 2×5 jer dengan bini dia, buat mak aku macam maid.

Dah la Bangchik aku ni tak boleh ditegur, dulu Banglong aku dah tegur, terus masam muka dengan Banglong aku. Masa  tu kak ipar aku bukan main cucuk Bangchik aku, batu api kemain. Kitorang semua dah tak tahu dah macam mana nak tegur Bangchik ni, tak tahu la Bangchik ni terIampau sayang bini atau takut bini.

Bila kitorang tegur apa benda yang emak mengadu dekat kitorang, Bangchik kata emak takde pun cakap macam tu dekat dia, kitorang yang lebih – lebih. Mak aku pun jenis pendam, kalau la mak aku jenis sound setepek, mungkin Bangchik dengan bini dia takkan pijak mak aku macam ni.

Dah macam kuIi dia buat mak aku. Lagi – lagi sekarang ni Kakngah aku dah berkahwin dan bakal dapat baby. Boleh pulak kak ipar aku cakap lepas ni anak – anak dia tak dapat dah la perhatian mak aku lepas ni. Takkan la mak aku tu nenek kepada anak – anak dia je kan. MeIampau betul.

Baru – baru ni sebelum aku g4duh dengan Bangchik, aku bawak mak aku jalan – jalan luar negara. Punca aku g4duh dengan Bangchik sebab aku sound dia setepek dekat dalam whatsapp group family pasal semua yang mak aku mengadu dekat aku.

Meng4mok Bangchik marah dekat aku, dia kata aku m4ki dia, padahal aku takda m4ki pun, dia yang over sampai hantar voice note m4ki aku dengan bahasa yang kasar, tak perlu la aku taip kat sini. Lepas tu Bangchik cakap “baru bawak emak jalan – jalan sekali dah berlagak”,

Aku nak tanya la, tegur dia ape yang dia dah buat kat mak aku selama 7 tahun ni tu buat salah satu cara berlagak ke kat dia? Dia kata aku berlagak, angkuh, riak. Siap doa aku jatuh. Cakap kalau Allah nak tarikh rezeki, bila – bila masa jerr.

Mungkin salah aku sound direct dekat dalam group, tapi memang aku sengajakan, biar bini dia baca. Bangchik cakap bini dia terasa, nangis – nangis. Bini dia play v1ctim pulak dah. Sebab apa aku sound direct, sebab aku dah tak tahan, aku suruh Banglong tegur, Banglong takmau, sebab Banglong baru jer berbaik dengan Bangchik lepas tak bertegur 2 tahun.

Itupun sebab Banglong tegur pasal emak. Aku suruh Kakngah tegur pun Kakngah takmau. Sebab Bangchik adik kesayangan dia, kalau nak tahu, Kakngah ni la yang selalu kasi Bangchik pinjam duit, selalu manjakan anak – anak Bangchik, selalu bawak anak – anak Bangchik berjalan.

Dah kakak dan abang taknak tegur, aku yang adik ni terp4ksa bersuara. Aku rasa Bangchik aku eg0 sangat, tak nak terima nasihat dari adiknya. Sampai doa aku jatuh tu yang paling tak menahan. Satu jela aku nak pesan kat korang yang lelaki tu, ingat syurga bawah tapak kaki ibu, bukan bini. Aku kesian dekat mak aku.

Update = Bangchik aku meng4mok sakan pagi tadi, nak Iempang aku katanya jangan tunjuk muka aku depan dia, dia sump4h nak Iempang aku. Tegur pasal mak pun dah tak boleh. Akak ipar aku pulak update FB cakap “don’t judge if you’re not in the situation”.

Wei ko dah 7 tahun menyusahkan mak aku tau, dalam 7 tahun tu ape usaha yang kau dah buat untuk tak membebankan mak aku? M4kin pijak kepala mak aku ada la. Suami eg0, bini kaki batu api. Duduk dalam hutan jela korang dua ni elok jangan menyusahkan dah mak aku. – [ Adik Bawang ]

Komen Warganet :

Ya Rahman Ya Rahim : Nasib baik mak aku g4nas mcm shiela rosly. Mendapat la ipar perempuan anak – anak perempuan termasuk bakal bini aku hahaha. Mak aku raja di rumah kalau mulut dia berbunyi, makan hati la ko.

Tapi i love mak. Sekarang pun mak aku yang mengarah haha. Lewat bangun kena jerit. Lambat masak kena jerit. Kain baju tak basuh kena jerit. Last – last ko akan angkat kaki sendiri pindah. Pernah mak jerit, ni umah aku menumpang buat cara menumpang hahaha. Abah plak backup mak. Mak terbaik walaupun garang tegas tapi kasih sayang dia terpancar.

Nani Sulaiman : Memang dalam adik beradik akan ada yang per4ngai macam tu. Bila dah tau ada beradik macam tu, yang lain jangan nak ikut per4ngai macam tu jugak. Tegur – tegur la, baik yang tua ka muda. Yang tua tu per4ngai elok sikit jadi contoh kat yang muda.

Ni tak yang muda pulak nak nasihat yang tua. Yang tua tak reti – reti nak fikir mana elok mana tak elok. Esok – esok emak dah m4ti sapa lagi nak bagi nasihat kalau bukan adik beradik sendiri. Nasihat beradik sendiri pun tak mau dengar apa lagi orang lain.

Awak bawak la emak awak tinggal dengan awak. Ipar tu pun per4ngai sangap jugak. Nak mecah beIahkan silaturahim. Bawak balik je emak awak tu buat sementara. Biar la abang dengan kak ipar awak tu cari pengasuh lain.

Pandai – pandai la diorang. Pastu dalam family group whatsapp ke mana – mana kalau abang awak marah – marah m4ki – m4ki sindir – sindir ke biar awak diamkan je. Tak payah nak Iawan.. Nak tegur.. Lama – lama nanti penat la dia tu. Tak usah dilayan. Bagi pengajaran sikit.

Wasatiyyah Noor Izam : Sebenarnya mak pun salah juga sebab terIampau beri muka. Sayang anak kena tegur kalau salah. Ini diam makan hati. Membiarkan anak terus melakukan d0sa. Jadi ibu jangan jaga hati anak tapi tegur anak untuk mengelakkan dia buat d0sa berlanjutan.

Yang benar itu pahit. Tapi jika sudah jadi macam ni, bawalah ibu tinggal jauh dari anak – anak yang menyusahkan ibu adik. Perlahan nasihatkan ibu supaya jangan terlalu fikirkan anak – anak. Fokus pada tambah amal ibadat.

Kasihan pada ibu tua tua yang seolah menjadi h4mba kepada anak – anak. Abgchik tu n family… baIasan Allah itu pasti. Harap – harap sempat bertaubat dan mohon maaf pada ibu kerana syurga bawah tapak kaki ibu. Ibu hanya menanti masa menghabiskan hari – hari tua.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.