Mak ayah hanya order air kosong, kongsi makanan. Tapi bila tgk duit dalam akaun mak ayah, masing2 ada 600k

Kalau makan mana2 mesti dekat restoran mamak, order ais kosong je, cubit2 sikit makanan anak2. Kami disuruh berjimat dengan makan bawah RM5. Bila saya curi tengok duit dalam bank mak ayah masing2 ada 500k – 600k. Saya terus sound mereka..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, tidak berniat untuk kecilkan hati ibu bapa saya, luahan ini dari hati saya yang terpendam sejak beberapa tahun dahulu. Saya mempunyai 4 orang adik beradik seorang perempuan dan 3  orang lelaki.

Saya merupakan anak ke-3 (perempuan), ibu saya seorang surirumah tidak bekerja dan bapa saya bekerja. Abang saya sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan. Saya mulakan cerita pada 2011 sebab ketika tu saya dah sedar dan matang dalam perkara ini.

Saya dapat melanjutkan diploma dalam bidang kejuruteraan politeknik di Shah Alam. Ayah saya bekerja di sebuah syarik4t gergasi yang menjual petrol. Saya kira ayah saya mempunyai gaji yang besar dan apa yang saya lihat di penyata gaji ayah saya dalam lingkungan RM9000.

Saya sebagai pelajar yang pakai duit PTPTN ni dapatlah duit pinjaman walaupun takdelah banyak mana. Ayah saya menasihatkan untuk guna makan minum untuk semester 1. Alhamdulillah saya tak terpedaya nak beli perkara mengarut macam rakan – rakan saya yang lain tapi saya juga ada belanja beli buku, bayar duit minyak senior.

Bila hujung semester, duit PTPTN pun dah nak kering, jadi saya terp4ksa pinjam untuk 1 bulan lagi punya duit. Saya minta dekat ayah saya untuk pinjam RM100 dan apa saya dapat ialah RM50. RM50 sebulan di Shah Alam agak menc4bar.

Kalau ikutkan, makan pagi je dah RM3 dan sebulan lebih dari RM50. Saya meminta dari ayah saya RM50 lagi tapi disuruh saya perlu jimat cermat. Kalau ikutkan nak pinjam abang punya duit, macam tak baguslah pula, gaji dia pun RM1300 je dan ada tanggungan anak bini.

Apa salahnya jika ayah saya melengkapkan RM50. Begitulah setiap hujung semester, saya akan bertik4m lidah dengan ayah saya akhirnya maggi je lah penyeIamat saya. Saya pernah bertanya kepada abang saya yang dah berkahwin sebab dia peminjam PTPTN juga.

Rupanya dia juga mendapat layanan yang sama tapi tak berani nak bersuara. Dulu dia duduk poli jugak, kawasan kampung. Mungkin? Saya perasan mak ayah saya seorang yang sangat kedekut. Kalau pergi bercuti tunggu sahaja hari keluarga sebab bercuti guna duit syarik4t, tak payah keluar duit banyak – banyak.

Kalau duduk hotel, tak pernah makan luar. Apa yang mak saya buat ialah pergi 7E beli maggi makan dalam hotel. Saya pernah ajak mak saya pergi shopping pun tak mahu, nak beli pakaian baru pun acuh tak acuh je, nak stail sikit je pun tak boleh.

Nak beli juga kat pasar malam, kedai terpakai. Saya sangat pelik dengan mereka. Mereka akan shopping dekat kedai pakaian terpakai sahaja. Kalau makan mana – mana mesti dekat restoran mamak, order ais kosong je, cubit – cubit sikit makanan anak – anaknya.

Anak – anaknya disuruh berjimat dengan makan bawah RM5. Pernah sekali ayah saya kene tipu beli HP secara online sebab nak barang murah tapi branded. Harga telefon samsung note 2 (2012), harga pasaran rm2000 tapi dalam online Rm700. Rm700 terbang.

Lepas tu ayah beli yang second tapikan ayah saya seorang yang sangat hebat dalam menjaga barang, HP tuh sampai sekarang dia guna. Apa yang saya lihat tentang adik beradik saya, diorang tak mengeluh pun. Lelaki suka mendiamkan diri kot, saya pula suka bising – bising.

Saya pakai telefon ape? lenovo je oii, itupun abang saya belanja, saya lebih suke gune komputer tau. 2013, ayah saya dah berhenti kerja dengan syarik4t petrol, lepas beberapa bulan dia bekerja di sebuah syarik4t kecil. Dalam adik beradik saya, saya je lah berani bertanya gaji ayah saya, adik beradik lelaki tapi lembik, penakut nak tanya.

Ayah kata gaji dia dalam RM2400, saya pun ok dan faham. Saya bertanya kepada ayah saya, “bila nak beli rumah” SEBAB kitorang sekeluarga duduk rumah sewa lagi. Ayah saya kata, “bukan rezeki kitalah sekarang, nanti Aten (saya) dan along, angah, ucu semua carilah sama – sama. Cari rumah untuk papa dan mama ye”.

Saya bingung, dia maksudkan bila adik beradik kitorang dah bekerjaya, baru kitorang cari rumah bayar untuk mak dan ayah saya. Setahu saya, kereta 2 biji (waja dan avanza) dalam rumah saya semua dah habis bayar lewat 2013, hutang dah selesai.

Saya geram apabila mengingati balik semula kata – kata ayah saya yang menyuruh adik beradik saya lain sama – sama tanggung hutang. Selepas adik beradik kami yang lain bekerjaya pun mahu ada rumah sendirilah, padahal ayah saya bekerja syarik4t petrol tu bukan sedekad malah hampir 20 tahun juga.

Takkan dia tak ada simpanan masa dia bekerja, takkan tak beli rumah masa zaman 80, 90, 2000an?? Masa dia bekerja takkan dia tiada simpanan, KWSP? tabung haji?? Saya pernah lihat akaun TH mak ayah saya masing – masing ada 500k – 600k, nak buat hiasan ke?

Haji pun tak pernah pergi lagi, harapkan haji bersubsidi, daftar haji pun lewat. Saya lihat ada juga mereka buat jariah menderma, tolong adik beradik lain saud4ra lain tapi diri sendiri nak terabai ke? Maaf saya berem0si berapa tahun kemudian, ayah saya dinaikkan pangkat menjadi ceo, gaji RM5000, syarik4t kecil, gaji pun ada – ada je.

Saya juga telah tamatkan diploma saya. Angah saya tahun ke-2 ijazah. Saya mencari kerja part time kedai runcit, gaji pun RM500. Apa yang saya tak puas hati ialah mak saya minta rm100 dari gaji saya. Sedangkan saya gaji rm500 je kalau RM50 boleh lah.

Saya nak pakai untuk sambung degree. Tapi mak saya berkeras juga mahu rm100, apa lagi berg4duh lah saya. Akhirnya saya akur dengan ugvtan, “siapa yang lahirkan Aten?” “Aten jangan menderh4ka, nanti baIasan teruk kat dunia.”

Geram betul dengan orang tua nih. Beberapa bulan selepas kejadian itu aku berhenti, dapat kutip rm900. 3 bulan bekerja, 3 bulan menganggur. Ingat orang takde perasaan ke, bagiIah happy sikit. Tapi yang peliknya, mak ayah saya ni bahagia tau walaupun kedekut.

Saya pernah ikut bapa saya ke kerja, apa yang saya perhati perbelanjaan dia, waktu pagi bawa bekal (semua dalam keluarga bawak bekal). Tiba waktu tengahari (lunch hour), semua staff dia makan dekat depan ofis tapi ayah saya?

Dia naik kereta pergi masjid tapi masjid ni special, ada juadah karipap, donat free orang politik sponsor, jauh sedikit dari ofis. Apa yang dia buat ialah dia tibai karipap, donat atas meja dalam masjid, kemudian terus solat zohor.

Yang peliknya, takde sape yang tahu ada karipap semua tuh kecuali ayah saya. Bayangkan dalam satu hari tu, dia tak belanja duit dia pun. Hanya beli barang dapur je. Power betul penjimatan ayah saya nih. Kadang – kadang dia ada juga lepak kedai depan ofis dengan staff – staff lain, yang pelik staff dia tak tahu per4ngai ayah saya macam mana dekat rumah.

Manakala adik bongsu saya dekat sekolah harian bagi rm2 sehari, rm2 kat sekolah agak – agak makan ape tahun 2014. Oh ye pernah kawan saya bertanya, ayah saya kerja apa dulu, bila saya bagitahu dia kerja syarik4t petrol, terus dia kagum.

Kalaulah dia tahu macam mana keadaan saya mesti dah pandang h1na. Kemudian saya dah sambung degree dalam bidang jurutera. Saya meminta ayah saya untuk membelikan laptop yang sedikit hebat dari segi performance, sebab nak pakai software.

Oh ye lupa nak bagitau, semasa diploma saya menggunakan laptop abang saya, boleh tahan juga laptop tu laju tapi dah rosak. Saya mintalah beli yang gaming laptop sebab nak pakai macam – macam. Tapi yang tak disangka, ayah saya beli laptop yang saya sendiri tak boleh pakai untuk guna software, laptop tu harga dia RM900.

Saya tak sempat pun nak survey dulu, tengok mana yang sesuai dengan kursus yang saya ambil. Saya merajuk beberapa bulan disebabkan laptop ni. Lepas merajuk, saya g4duh dengan ayah nak beli laptop lain. Jadi lepas g4duh tu akhirnya saya menang. Saya dijanjikan laptop berharga rm4000+.

Terk3jut jugak sebab ayah tak pernah beli barang yang mahal macam ni. Dalam pertengahan tahun, ayah saya kata, lepas saya habis belajar, dia nak balik duit yang dia belanja untuk laptop. Saya macam, “waaatt, ada udang disebalik mi.”

Dia kata, dia akan ingat bila – bila. Memang geram betul, bukan ke tanggungjawab seorang ayah, berikan nafkah dan pendidikan yang terbaik untuk anak – anak. Lagipun saya tahu dia mampu. Baru – baru ni adik saya (ucu) kemaIangan minggu lepas dan berada di wad tapi dah beransur pulih.

Mak dan ayah saya menyuruh along dan angah yang membayar kos perubatan ucu. Bayangkan, angah tuh baru start keje Januari lepas selepas setahun menganggur. Saya kesiankan along, dia ada tangunggan seorang anak, gaji pun bawah RM2000.

Disebabkan inilah saya mahu menulis conffesion ini, saya akhirnya meluahkan segala isi hati yang terpendam dalam hati saya dekat group wasap familiy. Saya menyatakan tidak puas hati mak dan ayah saya. Mak ayah saya kata perlu berjimat lah, saya jawab balik,

“Berjimat apa kalau ada yang hampir nyawa – nyawa ikan pun nak berjimat.” Saya dapat merasakan mak ayah saya tersentap. Saya cakap lagi, “angah tuh baru nak mulakan hidup, along tuh ada anak bini lagi. Aten tengok dalam buku akaun berkepuk duit dalam tuh tak nak keluarkan ke?”

Sekarang saya berani cakap direct atas hak along dengan angah, along dengan masih tak reply whatsapp lagi. Mungkin mereka rasa serba salah kot. Semalam hubungan mak ayah dengan saya dingin, saya call mereka tak jawab, mesej tak reply.

Sekali lagi saya TIADA niat untuk meny4kiti hati ibu bapa saya. Ini adalah luahan terpendam dalam hati saya. Asalamualaikum – Fatin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.