Masa aku nikah bekas kekasih call nangis2, sampai skrg dah 8 bulan kahwin aku tak bagi suami sentuh

Aku dah 7thn bercinta, tapi setiap kali ajak teman lelaki kahwin mesti banyak betul alasan. Sebabkan aku patah hati, aku terima je la suami aku sekrang ni walaupun aku tak cinta. Tapi skrg, tiba2 kekasih aku datang balik, aku nampak kesungguhan dia sanggup terima kalau aku janda.

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin. Nama aku Seri, berumur 29 tahun, bekerja sebagai saleswoman di bandar Nusajaya. Aku sudah berkahwin tahun lepas, dengan majlis yang sederhana dek PKP, aku mengahwini seorang lelaki yang aku tidak cintai, yang aku tidak bermimpi untuk hidup dengannya sampai m4ti.

Aku sebenarnya menerima lamaran suami aku itu atas dasar aku sudah patah hati “br0ken heart”” setelah aku minta putvs dengan bekas kekasih aku. Suami aku juga berumur 29 tahun, anak kenalan mama aku, berpendidikan tinggi, seorang engineer tetapi sekarang bekerja sebagai seorang pensyarah di pusat pengajian swasta, berpendapatan angka 4 digit la juga.

Suami aku ni aku boleh katakan seorang yang baik pekerti, lembut bicara sampai aku kadang – kadang malu dengannya. Suami aku ni jenis peramah dengan semua orang, senang berbicara dan petah terutama kalau bercakap dengan warga emas.

Memang dah jadi menantu kesayangan mama aku. Dia memang tak berkira dengan keluarga aku, memang seorang yang ringan tuIang dan sangat baik dengan orang tua. Keluarga mertua aku pulak sebuah keluarga yang harmoni, memang aku malu dengan keluarga suami aku, memang tertib dan penuh adab,

Mak mertua aku, aku panggil ummi memang lembut tutur bicaranya, mungkin dari sini la suami aku dapat per4ngai dia. Ipar aku 3 orang, semua lelaki, suami aku yang sulung tetapi per4ngai rajin mengalahkan perempuan.

Sampai aku kalau singgah rumah ummi m4ti kutu tak tahu nak buat apa, dari kemas rumah sampai lah memasak mereka saja buat, tambah – tambah masa PKP semua ada dekat rumah. Beralih kisah aku sebelum kahwin, sebenarnya aku dah ada boyfriend, kami bercinta dah masuk 7 tahun.

Dia kerja sebagai seorang guru, kami bertemu di universiti. Ha mesti korang ingat aku takde degree, aku ada la ijazah sarjana muda kimia, aku pun bukan calang – calang tau. Aku bertemu time dekat universiti di nun utara malaysia.

Dia cinta pertama aku, memang dia seorang aku kira baik juga, memang kami bercinta lama. Segala onak dan duri kamj lalui bersama. Sampailah aku suakan pertanyaan, bila mahu melamar aku menjadi isterinya Pelik kan?

Aku lagi pelik, selalunya lelaki yang beria – ia nak kahwin cepat, tetapi ex aku ni jenis yang suka berdalih dan suka berahsia, sepanjang 7 tahun kami bercinta, dia tak pernah sebut pasal kahwin dan tak pernah sekali bawa aku berjumpa dengan family dia.

Tapi, aku pulak yang beria bawa dia jumpa family aku, kenalkan dekat semua orang, sampai tempat kerja aku semua kenal dia. Semua itu berlarutan selama setahun, dan dia masih berdalih dan beribu alasan diberi. Aku juga ada misi aku sendiri, buat apa bercinta lama – lama, aku pun ada keinginan berkeluarga.

Lama kelamaan kami berdua sering berbaIah, benda yang sama, pasal perkahwinan sampai aku dah nekad. Aku kata dekat dia kalau perhubungan ini tak bawa kita ke mana baik kita berpisah saja. Kami pun berpisah, aku memang heartbr3ak giIa sampai tahap nak bvnuh diri, hahaha giIa kan.

Yela cinta bagai nak rak, tujuh tahun akhirnya hampeh. Aku pun meneruskan hidup aku seperti biasa walau hati ni memang sangat terIuka. Memang sepanjang aku berpisah ni, aku rindu sangat – sangat wehhhh, aku tunggu mesej ex aku tapi aku cekalkan hati aku tak baIas.

Hati ni aku telah tutup serapat – rapatnya. Setelah berbulan – bulan lamanya, satu hari mama aku call kata ada orang nak masuk meminang, aku kata tak nak, yelah hati aku ni dah caIar dan r0bek. Aku suruh mama aku tolak. Dan yes mama aku tolak.

Mama aku pon faham keadaan aku, Ex aku tu mama anggap macam menantu dah, dah memang kenal. Mama pun kecewa dengan ex aku tu, dan mama pun dah tak bagi balik semula dengan ex. After beberapa bulan, mama call aku, dia kata dia terima pinangan anak rakannya ni, which is orang yang sama! Iaitu suami aku sekarang.

Suami aku ni sebenarnya rakan sekolah menengah, dia memang suka dekat aku dari dulu lagi tapi sebab aku tak berapa suka dia, bukan taste aku la walaupun orang baik. Entah kenapa hati aku masa itu cakap ya saja dekat mama aku, entah macam mana boleh setuju.

Fast forward aku dah kahwin dengan suami aku ni dah 8 bulan. Overall dia memang seorang yang rajin dan pandai memasak, nasib baik, aku bukan reti pun memasak, jangan nak kutuk aku ya, sibuk belajar mana ada masa nak belajar masak.

Bab dapur aku bagi laki aku, dia tak marah pun kalau aku tak masak, jangan korang pulak m4ki aku eh.. Alkisahnya, aku jumpa balik ex aku dekat tempat keje aku petang tu. Maka bermula la flashback cinta cintun kisah aku dengan dia.

Aku masih sayang dekat dia weyhhhh.. Dia ajak aku get back, dia janji nak bawa aku jumpa mak dan ayah dia, dia tak kisah aku dah kahwin dan dia sanggup ambik janda sebagai isteri dia. Dan, aku nampak keikhlasan dan kesungguhan yang aku tak pernah nampak di mata dia.

Pada saat ni dia masih mesej aku, ajak getback semua tu, dan aku pulak asyik teringat dekat dia, mana taknya 7 tahun kot, mana boleh lupa. Sampai satu saat aku rasa menyesal kahwin dan aku rasa bersalah dekat ex aku sebab desak dia suruh kahwin dengan aku.

Dia pernah call aku menangis – nangis pagi akad nikah tapi aku tak layan sebab masa tu masih geram dan kecewa. Sekarang aku rindu dia weyh tapi aku sedar aku dah kahwin, aku juga rasa bersalah kepada suami aku. Tetapi hati ni tak pernah sayang dan cinta kepada suami aku.

Dan aku masih lagi tidak membenarkan suami aku sentuh aku kerana aku rasa belum bersedia untuk memberikan suami aku sepenuhnya jiwa dan raga. Walaupun suami aku tak pernah p4ksa aku dan dia kata bila – bila masa aku bersedia, tetapi aku rasa aku tak akan bagi sampai bila – bila pun sebab jauh di sudut hati aku aku masih sangat – sangat mencintai ex aku. Tolong aku.. – Seri (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mozainast Ismail : Sis, entah kenapa baca pengakuan you ni, I rasa you ni seorang yang tak matang walaupun dah berumur 29 tahun. I sangat tak setuju dengan perbuatan you sekarang yang melayan em0si dengan your ex but abaikan suami you.

Belajar tinggikan, tak kan tak tau bezakan d0sa dan pahala. Jangan pentingkan diri sendiri saja dan terus h4nyut. You dah letak maru4h you kat kaki, tapi at least jaga maru4h your husband dan ibu bapa dari dua beIah pihak.

Kemudian, fikir kenapa Allah izinkan perkahwinan you berlaku. Fikir jugak kenapa Allah izinkan hubungan 7 tahun you dengan ex putvs. Pikir lama – lama jangan jangan kebudakan. Dah dapat suami baik, family mertua pun baik, lagi tak bersyukur. Ikutkan hati nanti bin4sa diri. Semoga jadi isteri solehah.

Mudarrisah AmatulLah : Dik, suami adik dan familinya adalah stok yang hampir pupvs atas dunia ni. Kalau tak mahu, bagi lah kat mana – mana perempuan yang akan menghargainya sebagai seorang suami. Adik pergiIah kat ex boyfriend yang tak tahu mana hala lagi per4ngai dan famili yang entah macamana penerimaan terhadap diri adik tu.

Maaf ye dik. Akak kesian dengan adik yang lebih menggiIai angan – angan buaian rindu dari berpijak di bumi yang nyata. Maaf jika meIukakan.

Eiba Danish : Ada suami dan keluarga mentua baik pun tak sedar lagi.. ex awk tu.. keluarga pun tak kenal lagi. Silap – silap nanti dapat keluarga mertua dari ner4ka.. baru sedar. Allah swt da beri j0doh terbaik untuk awak saat akad nikah.

Ada sebab la kenapa Allah swt j0dohkan awak dengan suami. Saya berdoa semoga awak sedar hal ni. Terima la j0doh baik awak ni dengan hati yang lapang. Semoga j0doh awak berkekalan dengan suami sekarang. Cinta boleh dipupuk.

Awak sendiri tak beri peluang dengan hati awak bercinta dengan suami. Bercinta dengan suami adalah masa yang sangat terindah. Setiap saat dapat pahala. Awak taknak ke dapat pahala setiap saat? Syurga da depan mata.

Saya harap awak berubah. Cerai bukan jalan cerita untuk awk. Belom cuba. Terus nak mengalah pergi ke ex boifren. Anggap la ex awk tu sebagai ujian dalam perkahwinan awak. Sy4itan paling suka meruntvhkan rumahtangga.

Aisyah Ayob : Assalamualaikum cik confessor. Pendapat saya, jangan pernah bukak dah kisah lama. Move forward dengan suami sekarang. Dugaan perkahwinan je tu. Sy4itan mana suka perkahwinan yang aman damai.

Ianya pahit sebab 7 tahun tapi saya percaya cik confessor kuat. Please jangan contact balik. Dan berdoa kat Allah. Mesti ade sebab cik confessor tak jadi kahwin dengan ex walaupun dah 7 tahun kenal hati budi. Allah tu Maha Penyayang. Dia nak bagi yang terbaik untuk cik confessor. Saya harap cik confessor bersyukur dengan perkahwinan sekarang dan tolong jangan pergi dah kat ex tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.