Ada gelembung besar di sebalik langsir aku yakin ada orang. Esoknya aku jumpa sesuatu yg buat aku menggigiI

Saat tu aku macam tak percaya sebab pintu tengah hall terbuka. Aku jalan ke arah bilik semula, betapa rasa nak tercabut jantung  bila pintu bilik sebelah bilik aku terbuka, lampu terbuka dan langsir nampak macam gemuk. Macam ada orang sembunyi sebalik langsir..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Aku kenalkan diri sebagai Pah, yang kini menetap di Madinah atas tuntutan kerja sebagai nurse di sini. Kisah ni berlaku beberapa tahun yang lalu. Pah throwback semula. Tinggal lebih kurang semingu je lagi suami Pah akan fly ke Madinah, (suami balik malaysia buat visa kerja).

Ya Allah sungguh tak sabar, yerlah dah hampir 5 bulan Pah duduk seorang kat rumah. Untuk pengetahuan, kami suami isteri kerja di madinah. Satu malam, pukuI 11 malam waktu Madinah (Malaysia 4 pagi) Pah masih bergayut phone dengan suami, itulah rutin setiap hari, pantang masa terluang pasti kami bersembang.

Jadi kami berborak sampailah dekat jam 2 pagi. Pah cuba nak lelapkan mata tapi tak rasa mengantuk, mungkin sebab dah lewat sangat, padahal esok Pah shift pagi. Pah pon rasa nak layan movie kat youtube. Pah selubung satu badan dalam comforter dan pakai headphone.

Bunyi bising aircond bilik pon Pah tak dengar punyalah khusyuk layan movie. Dalam pukuI 3 pagi, macam tergerak hati nak bangun buat nasi goreng sebab shift pagi ni ramai budak Malaysia kerja. Tapi alahai malas pulak nak bangun. Sambung movie.

Sedar tak sedar handphone Pah bunyi alarm pukuI 5 pagi. Ya Allahh.. masa nak siap pergi kerja dah. Pah pon bermalas – malas bangun keluar dari bilik. Pah berdiri depan pintu bilik Pah dan terdiam sekejap. Saat tu Pah macam seakan tak percaya sebab pintu tengah hall terbuka.

Pintu tu hubungkan dengan hall utama. Setahu Pah, Pah takkan pernah lupa tutup dan kunci pintu tu setiap kali nak tidur. Pah jalan ke arah pintu dan jengah hall depan. Tiada apa yang mencurigakan. Masa nak masuk balik lalu pintu tu, Pah terdiam dan telan air liur sekali lagi sebab selalunya ada kunci kat pintu tu, tapi kunci takder.

Eh mana pergi kunci pintu ni?? Agak berdebar masa tu. Pah jalan ke arah bilik Pah semula, betapa rasa nak tercabut jantung Pah bila pintu bilik sebelah bilik Pah terbuka, lampu terbuka dan langsir nampak macam gemuk (macam ada orang sembunyi sebalik langsir tu).

Ya Allahhhhh, Pah rasa Wallahi macam tak jejak lantai dan nak pengsan masa tu. Pah menjerit sekuat hati ‘’who’s that??????’’ tapi terpikir jugak, dia Paham ke English? Habis tu kalau dia keluar dari langsir tu Pah nak buat apa??? Ohh tidak!!!

Pah lari masuk dalam bilik Pah dan masa nak tutup pintu bilik Pah sekali lagi rasa nak pengsan dan pitam sebab jantung laju sangat bila depan tombol bilik Pah ada kunci hall tadi!! Alllahhhhh… Menggigil badan, pucat lesi, terus Pah call suami Pah!!

Menangisssssss dan suami Pah pon menangis. Panic! Tak tahu nak buat apa. Suami Pah suruh call maklong. Maklong memang duduk sini jugak dengan keluarga dia. “Maklong! Maklong! Tolong Pah, ada orang masuk rumah Pah!! Tolong maklong!!” Menangis – nangis Pah bercakap dengan maklong.

“Pah, Pah sabar, tenang, maklong suruh Amjad dan Aziz datang sekarang.” Maklong pon terk3jut bila Pah call subuh – subuh menangis. Tak sampai berapa minit, maklong call balik suruh Pah bukak pintu depan, Amjad dan Aziz dah sampai.

“maklongggg, Pah takut, Pah taknak keluar.” Ya Allah, kalau tak keluar macam mana mereka nak masuk. Ya Allah tolong aku.. Pah sarung tudung dan abaya. Berdiri depan pintu bilik. “Sesungguhnya aku berserah takdir hidup aku denganMu Allah, lindungiIah h4mbaMu ini.”

Pah terus keluar berlari tak toleh kiri kanan terus buka pintu utama. Amjad dan ustaz Aziz terus masuk rumah. Pah nampak Ain. Pah peIukkkkk Ain, menangissssssssss macam baby. Tak dapat Pah nak gambarkan saat dan ketika itu. Sangat menakutkan.

Amjad dan Aziz check satu rumah Pah, takder sesiapa. Tapi langsir yang gelembung tu sebab tingkap bilik terbuka, dan angin kuat, sebab tu langsir nampak gemuk. Akhirnya Amjad dan Aziz perasan tingkap bilik air terbuka.

Sah! Maknanya ada orang masuk rumah Pah naik dari paip tepi rumah masuk ikut tingkap bilik air. Tingkap bilik air tu besar jugak takder grill, tapi mungkin selak dari dalam tak kuat. Manusia tu cuba cari jalan keluar itu yang dia buka tingkap bilik sebelah, nak terjun agak tinggi sebab rumah pak 1st floor.

Akhirnya manusia tu keluar rumah ikut pintu utama sebab kunci rumah memang Pah tinggalkan kat pintu utama dari dalam kononya kalau orang cuba masuk dari luar tak bolehlah nak buka pintu. Dan yang paling scary sekali manusia tu cuba buka pintu bilik Pah guna kunci pintu hall!!!!. Itulah kronologi nya.

Persoalannya, manusia tu tahu ada orang dalam bilik sebab dengar bunyi aircond. Manusia tu tahu rumah tu ada lelaki sebab jubah suami Pah sangkut kat bilik sebeIah. Persoalannya, manusia tu tau ke yang Pah tinggal seorang??? Berani jugak dia masuk dan cuba buka pintu, walaupun dia tau hukvman di Madinah adalah HUDUD!

Pagi tu, maklong, paklong dan baba (tuan rumah) semua datang. Tapi tak boleh nak buat apa – apa. Ustaz Aziz tolong Pah tukar semua tombol pintu dengan yang baru. Hari tu, Pah pergi kerja lambat sikit. Dengan takder semangat pergi kerja, muka macam m4yat hidup.

Masuk je kereta Muhammad (driver Pah) dia perasan dan tanya kenapa. Pah cerita apa yang jadi. Dia marah betul, kenapa tak call dia katanya. Aduhai Muhammad, dah panic macam tu memang tak boleh fikir apa – apa.

Sampai tempat kerja Pah memang lemah longlai, takder mood nak kerja. Muka pucat lesi, macam nak munt4h, nak rebah semua ada. Kebetulan shift tak sibuk. Shift coordinator (orang Malaysia) datang buat round, dia pon perasan Pah.

Dia tanya, barulah Pah buka mulut bercerita. Itupon tak cerita details sebab f0bia nak ingat semula. Tanpa disangka dalam pukuI 10 pagi, Pah diberitahu Dr Abdi (Director Clinical Nursing) nak jumpa di biliknya. Pelik juga kenapa. Rupanya dia dah dimaklumkan.

Berdepan dengan dia, Pah menangis, keluar semua sedu sedan. Cerita semua apa yang jadi A-Z. Unexpected sangat bila Dr Abdi minta maaf kat Pah, katanya kekurangan facilities hospitaI untuk sediakan compound suami and wife kerja satu hospitaI menyebabkan Pah terp4ksa sewa rumah luar dan terdedah dengan risik0. Allah, baiknya dia.

Dan satu ayat yang Pah tak boleh lupa dari dia ialah, “sharifah, if you notice this is a wake up call for you, even in h4ram, in madinah, lots of criminaI and bad people.”  Selama ni memang Pah rasa orang Madinah duduk pulak kat tanah h4ram, ada hukvm HUDUD, semua takut nak buat jen4yah.

Rupanya ada jugak orang jahat. Kadang – kadang bukan orang tempatan, tapi orang mendatang dari luar Madinah. Dr abdi nak bagi Pah cuti, rehat tapi Pah taknak sebab tr4uma nak duduk dalam rumah tu. Pah rela kerja.

Ada sahabat Pah yang baik hati, rohani abdullah, kak ani offer Pah stay apartment dia, housemate dia vacation time tu. Terima kasih kak ani. Habis kerja, kak ani teman Pah balik rumah sekejap nak amik baju sebab seminggu Pah akan stay apartment kak ani sementara tunggu suami Pah sampai.

Sampai je rumah, terjumpa Amjad kat bawah. Dia bercerita, subuh tadi kecoh kat surau dekat rumah Pah, malam tadi ada orang pecah masuk blok sebeIah, dan r0mpak. Lelaki kulit hitam 2 orang! Stop kejap jantung Pah. Adakah orang yang sama???

Masuk dalam rumah, Pah berkemas cepat – cepat. Intai – intai jugak kat dapur, alangkah terk3jut Pah bila nampak ada pis4u tajam warna oren (bukan Pah punya) atas cabinet dapur dan air sejuk botol dalam peti ais, ada atas peti ais, separuh air dah takder.

Kali ni betul – betul Pah percaya yang memang sah orang masuk rumah Pah malam tadi. Seminggu Pah stay dengan kak ani, hinggalah tiba hari suami Pah sampai ke Madinah. Habis kerja, Muhammad hantar Pah balik. Muhammad suruh Pah tunggu luar rumah, dia masuk check dulu keadaan rumah, baru dia balik. Baik kan Muhammad.

Masuk je rumah Pah terus lari masuk bilik kunci diri. Diam – diam. Pah tunggu suami Pah sampai. Masa tu satu – satu Pah ingat balik kejadian malam tu. Kalaulah pukuI 3 pagi Pah keluar nak goreng nasi, dengan berpakaian kurang kain (duk sorang kan), terserempak dengan manusia tu macam mana??

Kalaulah Pah tak selubung badan dalam comforter dah tentulah Pah akan nampak kelibat manusia tu dari bawah pintu sebab lampu hall bukak, apa Pah nak buat time tu??? Kalaulah Pah kerja malam hari tu, memang rezeki dia dapat duit 22000 riyal (rm22k) Pah letak atas almari solek nak bayar sewa rumah. Kayalah dia sementara.

Ya Allah, Kau maha pelindung. Pah sentiasa berdoa, “Allah, aku serahkan segala takdir hidup aku paduMu Allah.” Tetiba, terdengar bunyi orang bukak pintu. Pah tahu suami Pah dah sampai. Dia dah amik kunci pendua dari Amjad, boleh buka pintu rumah.

Sebab Pah taknak keluar bilik. Tapi Pah punya f0bia, sampai intai dari pintu bawah pastikan kaki itu milik kaki suami Pah! BerpeIukan kami, menangis. Menangis dan nangis. suami Pah peIuk sekuat – kuat dan minta maaf dengan Pah sebab dia tak der di sisi Pah waktu tu.

‘’Takpe, awak kan dah doa pada Allah, suruh Allah jaga saya kat sini. Allah sentiasa ada dengan saya dan semua orang di keliling saya masaAllah baiknya yang luar biasa. Terima kasih Allah.” Berbulan juga Pah begitu f0bia dalam rumah tu. Pintu bilik air kami start kunci dari luar setiap kali nak tidur.

Bukan mudah kehidupan kita bila berhijrah ke tempat lain, jauh dengan family, ada manisnya dan pasti ada Pahitnya. Semua kenangan ni Pah takkan lupa sampai bila – bila. Yes, its wake up call for me, Pah belajar yang kita tak boleh mudah percaya dengan sesuatu perkara.

Lagi takut dari kisah terh4ntu kan Terima kasih sudi membaca, moga ada manfaatnya. Insyaalah selagi diizinkan, Pah akan menulis lagi chapter seterusnya. Sekian, salam sayang, Pah.

Komen Warganet :

Noor Azida : Memang wake up call. Masa saya menunaikan umrah dis 2019 yang lalu dalam tentatif ada lawatan ke muzium. Saya tak ingat nama muzium apa tapi disimpan banyak benda – benda milik Rasulullah SAW dan sahabat – sahabat di situ. Tapi sayangnya kami tak dibenarkan masuk jika tiada permit lawatan sebab beberapa minggu atau bulan sebelum tu ada kes kecurian barang milik Rasulullah SAW di situ. Terk3jut sebab tak sangka ada kejadian begitu berlaku di Tanah H4ram.

Bella Belle : Memang sangat seram. Saya tak boleh bayangkan bagaimana perasaan penulis masa tu. Pengajaran yang baik untuk semua agar kita lebih berhati – hati semasa berada seorang di mana – mana sahaja. Pengalaman yang memang tidak boleh dilupakan seumur hidup.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?