Anak mengadu alat suIitnya s4kit. Dia bagitahu budak 5 tahun yg buat. Aku terus ‘cari’ budak tu

Keesokkannya pengasuh bagitahu aku masa mandi dia nampak budak tu himpit – himpit anak aku dari belakang. Aku dah menyinga, aku nampak budak tu sampai dengan kusut masainya sambil pegang HP. Aku pancing dia dan ambik HP dia. Terk3jut aku tengok, apa yang dia tonton..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, harap admin dapat siarkanlah cerita ini agar menjadi pengajaran buat semua. Sebelum itu aku minta semua dalam ini supaya bersifat terbuka kerana isu ini mungkin mengundang sensitiviti sesetengah pihak dan dianggap tidak sesuai sebagai bahan bacaan.

Aku seorang ibu yang bekerjaya. Mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 4 dan 2 tahun. Kedua mereka aku tempatkan di rumah pengasuh yang berhampiran dengan tempat tinggal aku. Aku namakan pengasuh aku itu Kak Ros.

Kak Ros ni memang baik, dia jaga ramai anak asuhan. Aku tak kisahlah tentang itu. Tapi ada satu peristiwa ini yang membuatkan aku membuka mata dan bertekad mencari pengasuh lain. Kisahnya malam sebelum tidur anak sulong aku Ziyad mengadu, “Mommy, abang punya ni s4kit” sambil tunjukkan kemaluan dia.

Aku tanya lagi “S4kit macam mana?” Dia jawab “S4kit denyut – denyut Mommy”. Aku tanya lagi “Siapa yang buat abang?” sebab musim cuti sekolah ini sekolah tutup, mana jumpa kawan – kawan sekolah dia. Jadi aku cuma terfikir kawan – kawan di rumah asuhan Kak Ros sahaja.

“Daniel yang buat…” sambil menunjukkan gaya orang sedang ber0nani. Ya Allah masa itu aku yang sedang mamai nak tidur terus segar dan jadi tidak keruan. Tak sabar nak tunggu keesokan hari untuk berjumpa Kak Ros dan ceritakan semuanya.

Iye bukan semua cerita anak kita boleh percaya 100%. Tetapi bila difikirkan bagaimana pulak anak aku yang berumur 4 tahun itu boleh tahu perlakuan yang kotor tu. Internet youtube semua aku control. Aku dekat rumah pun tak ada lah bermesra dengan suami lebih – lebih di hadapan anak.

Jadi aku rasa aku kena berterus terang dengan Kak Ros dan cari jalan penyelesaiannya. Jadi, aku cadangkan dengan Kak Ros petang sebelum ambil Ziyad dan Zarul aku nak jumpa semua anak – anak asuhan dan bagi ilmu tentang pendidikan s3ks.

Aku tak la tuju terus dekat Daniel seorang. Iyelah tak adil menghukvm anak – anak yang naif ni. Aku yakin perbuatan dia adalah dari faktor kurang perhatian daripada ibu ayah. Ibunya bekerja kilang. Kerja shiff. Keluar jam 4 pagi balik sampai rumah pukuI 2 petang.

Ayah pula kerja kedai perabot. Biasa keluar kerja jam 10 pagi balik 10 malam. Jadi masa untuk anak – anak terhad. Nak kerja senang beri sahaja handphone siap dengan sambungan internet 4G. Fuhhh. Aku print gambar tangan – tangan berulat, aku cakap bahagian – bahagian yang boleh dan tak boleh beri orang sentuh dan akibat jika beri orang sentuh.

Sebab aku tahu budak – budak ni naif. 5 tahun apalah sangat dia tahu. Aku cakap lagi kalau sentuh bahagian – bahagian terlarang tu akan berulat lah tangan – tangan diorang. Aku berdoa semoga tindakan aku ni dapat la membantu sedikit sebanyak.

Dengan anak – anak aku sekali aku sekolahkan. Keesokannya Kak Ros bagitahu aku masa mandi Kak Ros nampak Daniel himpit – himpit Ziyad dari belakang. Korang faham la kan ape yang aku maksudkan ni. Ape lagi menyinga la aku ni.

Terus aku cakap aku nak jumpa semua ibu bapa anak – anak asuhan tu. Syukur dipermudahkan aku dapat jumpa semua. Tapi aku tak sampai hati nak cakap dengan ibu Daniel tentang perbuatan anak dia. Aku cuma sharing tentang keburukkan beri anak handphone 100% tanpa kawalan. Pantau apa yang anak – anak tonton.

Masa tu reaksi ibu Daniel angguk – angguk je setuju dengan apa yang aku cakap. Aku pun berharap la dia aplikasikan dekat anak dia. Selang beberapa hari, masa aku nak ambil Ziyad dan Zarul sebab Kak Ros call cakap Zarul macam nak demam, budak Daniel tu baru je sampai.

Ibunya yang hantar. Sebab ibunya nak pergi kerja shiff petang. PukuI 4 hantar anak dekat pengasuh. Aku tengok Daniel dengan rambut kusut masai nya. Tak terurus. Baju masih berbaju tidur. Korang bayangkan dah jam 4 petang masih tak mandi.

Duduk terperosok tengok handphone. Aku pun pura – pura la cakap “Daniel tengok apa tu, Acik nak tengok juga. Sama tak handphone Daniel dengan Acik”. Dia mula – mula berat nak bagi. Lepas tu dia bagi juga. Aku ambil dan aku scroll bahagian youtube.

Bila aku scroll bahagian history naik video – video yang die tengok semuanya yang tak elok (korang faham sendiri ye). Ya Allah selamatkan lah anak ni dari haanyut. Kita dah cuba tapi kalau ibu ayah dia sendiri masih tak ambil kisah masih beri handphone dekat anak macam mana kita nak ubah anak tu.

Lambat laun bila dia dah ket4gih dan kelakuan dia bersifat kekal serta wujudnya rangsangan tak must4hil boleh jadi lebih teruk. Silap – silap adik perempuan dia boleh jadi m4ngsa sebab dari umur 5 tahun dan terdedah.

Kawan pejabat aku adalah kata mungkin yang tengok video Iucah tu ayah dia. History tu yang buat anak dia tengok video – video seumpamanya tu. Tanpa sabar lagi aku call ayah Daniel tu bagitahu apa yang aku nampak. Ayah dia boleh tenang tanpa sepatah maaf dan menyesal pun.

Dia cuma cakap “Oo iya.. iya.. iya.. baik..” Aku kesian kat budak ni dapat ibu ayah tak guna macam tu. Nak suruh Kak Ros tak payah jaga anak mereka itu bukan hak aku. Jadi sekarang ni aku tengah usaha cari jalan lain untuk cari pengasuh baru buat anak – anak aku.

Pesanan aku dekat orang – orang luar sana, tolonglah sayangi anak – anak. Pantau apa yang mereka buat dan lihat. Jangan nanti Sudah Terhantuk, Baru Terngadah kan. Anak – anak ni ibarat kain putih dan kitalah yang mencorakkannya.

Jika kita cat putih, maka putih lah ia. Jika kita cat hitam, maka hitamlah jadinya. Pesanan akhir aku anak – anak kita adalah tanggungjawab kita. Sekian, terima kasih. – Zizi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nor Farahana Farahana : Kesian betol dengan danial. Dia budak. Mana betol mana buruk tak tahu apa lagi. Si ayah pon ya Allah. Kak please call mak danial. Ceritakan semua apa yang terjadi. Selamatkan danial, selamatkan masa depan budak tu. Ada masa lagi. Please. Sebab ayah dah tak kisah.

Azie Fazila : Rasanya lebih baik bagitau mak dia dari bagitau ayah dia. Biasanya orang perempuan lebih alert benda – benda gini. Tapi kesiannya budak Danial tu. Baru 5 tahun, dah tepu otak dia dengan benda – benda gitu. Risaunya masa depan anak – anak kita.

Shikin Ilyas : Takutnya.. ingatkan anak perempuan je kena risau dan takut, rupanya anak lelaki pun sama. Bab macam ni alangkah bagusnya kalau Malaysia ambil langkah – langkah macam dekat negara maju tu. Mak bapak yang tak pandai jaga anak tak layak ada anak. Baik kerajaan yang jaga macam kat luar negara sana. Bila ada kes pengabaian kanak – kanak, call je sosiaI service. Terus diorang datang buat siasatan kat rumah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?