Ada lelaki call aku marah-marah cakap suami aku tidur dengan isteri dia. Dia siap ada bukti, ugvt nak datang rumah buat kecoh sampai jiran-jiran tahu

Aku ingat, aku manduI rupanya sebab suami dah sedap dengan isteri orang dekat luar tapi dengan isteri sendiri 6 bulan tak disentuh. Perempuan tu jiran aku. Jiran yang selalu jumpa, pernah makan bersama, beraya bersama…

#Foto sekadar hiasan. Assalam admin. Terima kasih admin sebab wujudkan page ni untuk berkongsi rasa hati. Jangan bagi nasihat minta cerai atau tak sebab aku memang tengah tuntut cerai dan sedang kemas semua barang – barang aku nak berambus dari rumah. Aku cuma menumpang page ni untuk luahkan apa yang terbuku di hati sebab aku tak mempercayai orang untuk simpan rahsia.

Jangan risau, akaun ni palsu jadi takkan timbul buka aib siapa – siapa. Sepanjang perkahwinan, kepercayaan dan cinta aku terhadap suami sangat dalam. Tak pernah terlintas pun dalam fikiran yang suami akan tik4m aku dari belakang. Sebab suami memang baik sangat bukan saja dengan aku tapi dengan semua orang.

Depan keluarga selalu bagi kata – kata nasihat kepada adik – adik. Bukan tak pernah g4duh, tipulah kalau sentiasa bahagia. Tetapi jangan disangka air yang tenang tak ada buaya. Perbuatan terkutuk suami selama ni terbongkar apabila suatu hari aku mendapat panggiIan.

Suara lelaki, siap tuduh tuduh suami aku skandal dengan bini dia, berwasap gambar Iucah dan macam – macam. Bahkan mengatakan mereka telah terlanjur z1na. Kalau suami kau tak mengaku, aku akan datang rumah sekarang jugak biar semua jiran jiran tahu.

Ya Allah, hati aku dah berdegup kencang dah. Nak pitam pun ada. Aku tak tahu nak jawab apa sebab tak pernah orang telefon marah – marah bagai nak giIa. Siap bersumpah atas nama Allah. Aku cuba bertenang dan beristighfar. Akhirnya aku letak telefon dan tanya suami sendiri.

Kebetulan suami duduk di sebelah aku masa tu. Masa tu baru aku perasan muka suami tak keruan dan serba salah. Aku tanya berkali – kali siapa orang tu dan kenapa dia tuduh suami macam tu. Macam biasalah kalau dah salah mana nak mengaku. Suami tetap pertahankan jugak dan tak mengaku.

Pendek cerita akhirnya suami pula dapat telefon. Suami tergesa – gesa angkat telefon dan berlalu ke luar rumah. Dalam beberapa minit suami masuk balik. Masuk sambil cakap dia kena per4ngkap. Orang tu tuduh dia. Hati aku memang dah tak keruan dah.

Sebenarnya dalam beberapa bulan ni aku selalu tak sedap hati bagai ada sesuatu. Aku juga sering mendapat petanda bahawa suami ada buat sesuatu di belakang aku, cuma aku terlalu menidakkan perasaan prasangka aku terhadap suami.

Banyak kelakuan pelik dan curiga suami selama beberapa bulan ni. Dalam beberapa bulan ni jugak suami seperti tak bernafsu terhadap aku. Dah hampir 6 bulan suami tak pernah beri nafkah zahir dan batin. Aku pernah cuba berkomunikasi dengan suami tetapi dia cakap penat dan sentiasa letih. Jadi aku redha.

Bagusnya sebab aku bekerja jadi aku selalu penuhkan masa dengan aktiviti kerja. Jadi aku tak terlalu memikirkan hal tu sangat. Ok balik kepada cerita tadi, suami berkeras tak mengaku jugak. Akhirnya aku terfikir selepas berjaya menenangkan diri, kalau betul suami tak bersalah aku minta dia bersumpah atas nama Allah dan di depan Al Quran.

Waktu tu jugak suami terus menangis dan memegang tangan aku. H4ncur luluh hati dan perasaan aku. Suami mengaku berlaku curang dan telah terlanjur z1na beberapa kali dengan isteri orang. Ya Allah, bagai ditik4m – tik4m hati aku masa tu.

Berkali – kali suami civm tangan aku dan minta maaf. Tahu apa perasaan aku masa tu. Perasaan cinta aku bertukar menjadi jijik terhadap suami. Rasa suami aku tu seorang peIacur. S4kit hati yang amat sangat kerana suami sanggup buat perkara terkutuk tersebut sedangkan isteri sendiri tak disentuh. Dia sibuk sedekahkan air m4ni dia kepada betina yang h4ram.

Dari saat tu jugak aku ambik kunci kereta dan terus keluar dari rumah biarpun suami melutut minta maaf. Selama perkahwinan ni aku banyak berk0rban duit dan masa untuk suami. Pelbagai usaha aku buat untuk dapatkan zuriat. Aku ingat aku dan suami manduI, rupa – rupanya suami tak bernafsu terhadap aku kerana dia telah melepaskan nafsunya dengan betina lain.

Kalau nak tahu betina sundal tu adalah jiran aku sendiri. Korang bayangkanlah kalau dah jiran. Jiran yang selalu jumpa, pernah makan bersama, beraya bersama. Jiran tu pula meIacur dengan suami kau. Apa kau rasa. Tuhan je tahu apa perasaan orang yang mengalami situasi ni.

Syukurnya mereka kerana aku bukan jenis pend3ndam sebab aku tutup aib mereka. Aku tak bagi tahu hal mereka kepada keluarga, kepada jiran atau sesiapa. Aku ambik jalan betul, jumpa pejabat agama terus. Tapi untuk memaafkan mereka mungkin tak pada aku.

Jadikan kisah aku ni pengajaran iaitu jangan terlalu memberi kepercayaan kepada orang terdekat dengan kita, terutama orang yang kita sayang. Doakan kebahagiaan aku dan doakan semoga aku terus tabah untuk teruskan kehidupan. Doaku untuk kalian jugak. Terima kasih semua.

Ulasan Pembaca :

Eny NorAfni Arjulinas : Masya Allah. Sejujurnya aku pun terkedu baca kisah puan. Alhamdulillah puan buat tindakan betul, terus ke pejabat agama. Puan jugak baik hati, menutup aib mereka dan tak berd3ndam. Allahu Akbar, kalau aku pun tak tahu nak buat apa.

Quueen Tina : Sis lah contoh bagi orang yang imannya di d4da masih kuat. Biar pun orang buat onar di belakang, sis masih lagi tak ada perasaan d3ndam. Jauh sekali membuka aib orang. Salute pada sis. Sis adalah wanita yang tabah. Semoga kenangan pahit tu Allah ganti dengan kebahagiaan yang hakiki. Aamiin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :