Adik2 h1na aku tak ada diploma, tak ada ijazah. Hanya kerja jual penapis air

Disebabkan aku ni tak ada diploma, ijazah, adik – adik langsung tak hormat aku. Malah aku dih1na macam m4yat hidup oleh mak ayah. Sampailah satu tahap aku di buang keluarga kerana aku beIasah adik – adik aku. Tapi aku terk3jut, lepas kejadian tu, suami lafazkan cerai..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Aira (bukan nama sebenar) berumur 25 tahun berasal dari kedah dan dah berkahwin. Ni sedikit sebanyak tentang diri ku. Aku mula rasa yang diri aku ni tak berguna dari kecil disebabkan pergoIakan dalam keluarga sendiri.

Aku anak sulung dari 3 beradik yang kesemuanya perempuan. Ayah aku penjawat awam dan mak aku pulak hanya suri rumah. Semua ini bermula sejak aku sekolah rendah aku selalu dipukuI mak dengan ayah aku kadang – kadang disebabkan perg4duhan dengan adik – adik aku.

Selalu aku yang dipersalahkan sedangkan adik – adik aku sejenis yang baik di depan jahat di belakang sejak kecil. Apa saja yang aku tak pernah kena dulu r0tan tali, pinggang, pen4mpar, penvmbuk pener4jang. Semua tu aku pend4m hingga jadi dend4m sampai sekarang.

Menginjak ke sekolah menengah aku masih kena pukuI disebabkan adik – adik dan diri sendiri. Aku menjadi keras – sekerasnya di hadapan mak ayah aku tapi aku lemah – selemahnya di belakang mereka. Mak ayah aku tak pernah adil dalam apa jua keadaan, apa yang aku mintak tak pernah dipenuhi sejak kecil.

Tapi aku okay je sebenarnya sebab aku sendiri suka berusaha untuk mendapatkan apa pun yang aku nak sedangkan adik – adik aku petik saja jari terus dapat. Ayah aku bukan bergaji besar kerana ada sangkut loan rumah, kadang – kadang gaji cukup makan je tapi ok aku faham.

Cuma hati ini dah terlalu terasa diri tak di peduli. Aku member0ntak dalam diam hingga la umur aku mencecah 18 tahun aku mendapat keputvsan SPM 4A. Aku ada apply UPU mohon program asasi UITM aliran tesl tapi nasib tak menyebeIahi aku.

Aku tak dapat tawaran dari UITM untuk course tu, jadi aku sambung kerja macam biasa. Ouhh, aku kerja kedai makan je dari pukuI 6 pagi hingga 1 tengahari dengan gaji harian RM15, cukup la untuk sara diri aku dan beli keperluan aku.

Aku tak pernah mintak duit mak ayah aku lepas dah habis sekolah apa yang aku nak semua aku cari sendiri. Bulan berganti bulan aku masih tak dapat panggiIan mana – mana universiti, kemudian aku ambil keputvsan untuk sambung pengajian di kolej swasta.

Aku memilih MSU dalam course tesl disebabkan english aku cemerlang. Nasib tak menyebeIahi aku lagi. Ketika itu ayah ku tengah menghadapi masalah kewangan disebabkan separuh gaji habis untuk membayar komitmen. Aku terp4ksa membatalkan niat untuk sambung belajar.

Aku bekerja seperti biasa. Adik aku yang no 2 ketika tu menyambung tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh. Ya, adik – adik aku memang pandai dan aku tak nafikan. Kasih sayang pun lebih kepada adik – adik ku. Aku terus makan hati. Di sini lah semunya bermula.

Ya di sini, 2014. Aku menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran dalan bidang pengurusan SPA di Langkawi. Sekali lagi aku tak bernasib baik. Akademi yang aku belajar dik4takan pecah amanah. Duit elaun yang sepatutnya aku dapat (elaun sara diri dan yuran) yang diberikan kerajaan telah digunapakai akademi tu untuk tampung pengurusan SPA mereka.

Dalam sebulan je aku sempat belajar penuh menggunakan duit simpanan kerja aku. 1 sen pun aku tak mintak dekat mak ayah aku disebabkan adik – adik aku pun sedang belajar dan ayah aku masih menghadapi masalah kewangan.

Hujung 2014 aku mula bekerja sebagai salesgirl penapis air. Kerja aku memerIukan aku untuk keluar outstation setiap bulan. Masa ni aku dah tak balik rumah mak ayah aku disebabkan aku ada berg4duh dengan mak ayah aku.

Setahun aku tak balik rumah langsung. Aku block segala no contact mak aku ayah aku dan semua keluarga aku. Aku dah mula rasa tertekan diperbandingkan segala benda.. Biarlah aku bawa diri. Seorang anak yang tak berguna, tak ada segulung ijazah untuk dibanggakan.

Aku adalah aku anak yang dibuang hingga kini. Disebabkan aku tidak menyambung pelajaran tidak ada diploma atau ijazah untuk dibanggakan aku mula mengasingkan diri dari semua benda termasuk kawan – kawan. Oh yaa, ada je kawan – kawan aku yang tahu kisah aku ni.

Aku dulu waktu sekolah tak berapa berkawan sangat disebabkan family aku jenis meng0ngkong sikit pant4ng aku keluar lama – lama ayah aku pasti mencari aku sampai rumah kawan – kawan aku malu. Kadang – kadang ayah aku pukuI di depan kawan – kawan aku.

Aku maluu… Ayah mak aku dah mula call aku mencari aku. Merayu balik rumah. Aku lembutkan hati aku balik juga rumah. Adik – adik aku semua sambung belajar. Yang no 2 mengambil ijazah di UITM yang bongsu sambung diploma kolej vokasional.

Hari – hari aku makan hati, apa je yang adik – adik aku nak makan, mak aku mesti masak sedangkan aku? Selalu makan megi jela tak pun telur goreng. Aku jenis yang tak pandai masak. 2019, umur aku 24 tahun. Adik – adik aku selalu h1na aku tak ada pelajaran, tak ada kereta tak ada harta nak di banggakan seiring usia aku 24 tahun.

Sedangkan kawan – kawan aku yang lain ada yang dah berhonda jazz berkerjaya. Aku meneruskan kerjaya penapis air aku. Bulan – bulan makan komisen je. Sale banyak, banyak la gaji aku. Sale kurang, kurang la gaji aku pernah aku sampai tak ada gaji pun bulan tu.

Nak pakai kereta pun belum mampu disebabkan sale aku naik turun. Aku memang tak ada apa untuk dibanggakan dah la tak berpelajaran. Huu sedih hidup aku ni. Aku dah mula rasa depr3ssion. Aku kerap bandingkan diri aku dengan orang lain.

Aku rendah diri yang tersangat. Rasa diri ni kerdil sangat. Rasa malu. Aku kecewa dengan diri aku sendiri. Aku selalu salahkan diri aku dalam segala keadaan. Tipu la aku tak pernah teringin nak sambung belajar. Aku teringin weii.

Keadaan tak menginzinkan aku dah redha sebenarnya dengan apa yang terjadi dengan hidup aku. Aku mula jadi panas baran sejak aku habis sekolah. Kadang – kadang aku sedih terIampau, kadang – kadang aku pemarah terIampau.

Niat nak bunvh diri tu tak payah cakap la dah berjuta kali pernah ada niat nak bunvh diri tapi alhamdulillah akidah masih kuat aku mampu Iawan perasaan tu walau kadang aku lemah selemahnya. Adik – adik aku, orang luar, kawan – kawan selalu h1na aku.

Pant4ng ada benda sikit selalu ungkit, “ehhh hang tu tak belajaq hang taktau apa aih.” Aku pend4m setiap h1naan orang atas diri aku. Aku jadi seorang pendend4m. Aku member0ntak dalam diam. Mula simpan perasaan macam – macam, kadang – kadang aku sendiri tak kenal dengan diri aku.

Tahun 2019. Aku berkahwin tapi kami PJJ. Aku di Kedah, suami aku di Negeri Sembilan. Suami aku kerja sebagai tentera. Keadaan berubah lepas aku berkahwin. Ayah aku lebih tegas dengan aku. Aku tak ada rumah disebabkan aku bekerja sini dan dah tak keluar outstation aku memang tinggal dengan family aku.

Mak ayah aku selalu ungkit aku ni tak ada kebajikan langsung. Duduk free tak guna macam may4t hidup. Macam – macam lagi perkataan yang mengh1ris jiwa aku dalam diam. Sedihh weii bila mak ayah sendiri yang h1na. Aku tak ada tempat berg4ntung.

Suami jauh. Tiap kali aku berg4duh dengan family aku akan mengadu kat suami. Suami aku akan menyalahkan aku balik. Aku makan hati lagi weii tertekan. Siapa yang backup aku? Tak ada weii semua aku t3mpuh sendiri. Hidup aku dah macam tak ada family.

Aku sedar aku seorang yang tak cukup kasih sayang. Aku tak pernah dimanjakan. Aku teringin semua tu. Aku dengan adik – adik aku memang tak bercakap. TerIampau kurang ajar tak pernah nak hormat aku sebagai kakak.

Disebabkan aku ni tak ada apa – apa tak berkerjaya? Tak punya pelajaran? Okay i faham. Sampai la satu tahap aku dibuang keluarga disebabkan aku beIasah adik – adik aku teruk. Aku beIasah disebabkan mulut mereka. Benteng kesabaran aku dah pecah.

Aku terIampau geram. Apa yang aku pend4m selama aku hidup aku luahlan segalanya puas hati aku. Hati aku re3muk h4ncur kecewa dengan keluarga sendiri. Aku kecewa. TerIampau kecewa. Saat ni jugak suami aku melafazkan taIak terhadap aku disebabkan kes ni.

Aku kecewa sedih, dah la tak ada keluarga nak meluah rasa, aku sunyi pilu hidup aku kosong. Suami yang aku harap dapat bersama susah senang aku menceraikan aku. Aku bIur. Terima kasih Muhammad untuk semuanya. Terima kasih mak ayah untuk d3rita ini.

Terima kasih Allah untuk dugaan ini. Saat ini aku harap ada keajaiban untuk aku. Teringat satu pesan ni, biar keluarga benci, biar semua benci, biar tak ada orang sayang, janji Allah ada, Allah sayang. Terima kasih Allah untuk segala rasa ini. Sedikit pengalaman hidup yang boleh aku kongsikan.

Betul, bila kita tak punya apa kita ni dih1na seh1na – h1nanya. Doakan aku kuat t3mpuh hidup aku sendiri entah bila penghujungnya. Aku kecewa. MentaI aku s4kit jiwa aku kosong. – Aira (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Athirah Ahmad : Sis, pergi jumpa doktor. Berubat ye. Kutip semua semangat yang ada. Dah keluarga buang kita. Biarlah. Maafkan depa. Minta maaf dengan mak ayah. Dan ambiklah jalan sendiri. Sekurang – kurangnya dah minta maaf, mak ayah nak maafkan tu hal depa dengan tuhan.

Janji kita dah buat hak yang sepatutnya. Jumpa doktor ye sis. Insyaallah dah pulih dalaman, benda lain boleh dicari. Ulat dalam batu pon ada rezeki dia, rezeki sis ada, dah tertulis. Insyaallah you can do it.

Muhammad Fauzieb : Dibenci keluarga ni memang ada. Ada kes penyewa saya macam ni. Awak kena berhijrah ke tempat baru yang asing, kerja baru. Cari kerja yang ada caruman KWSP untuk simpanan, senang nak beli rumah.

Move on. Bekas laki awak tak bertanggungjawab sebab tak beri nafkah tempat tinggal. Patut awak stay dan kerja di Negeri Sembilan tu. Ada hikmah awak diceraikan.

Puan Aini Rafiqah : Ada diploma umur 40 tahun pun satu kejayaan. Beli rumah kereta sebelum umur 50 tahun pun satu pencapaian jugak. Bina semula hidup. Tinggalkan semua yang lepas. Jaga hubungan dengan Allah. Biarlah satu dunia tak sayang kita, tapi Allah sentiasa sayang h4mba-Nya. Bersangka baiklah.

Isztiyha Anang : Kuatnya awak, sangat kuat. Mungkin orang nilai awak, awak tak ada apa – apa tapi saya nampak awak ada semangat juang yang tinggi. Awak seorang yang kuat semangat, awak seorang yang kentaI.

Bina balik hidup yang awak inginkan. Mula balik perlahan – lahan. Buat apa yang awak suka dalam hidup. Bahagia datang dari hati kita sendiri, maka carilah kebahagiaan, apa yang buat awak bahagia. Stay strong and keep going k. Saya doakan awak jumpe kebahagiaan awak nanti… hugs and loves from me to you

Ikhlas Hati : Mungkin suami awak marah sebab rasa awak macam tak hormat mak ayah. Hidup mesti diteruskan. Lupakan kisah semalam yang pahit, awak muda lagi dik. Mulakan hidup baru, cari kerja dan sambung belajar.

Sekarang dah banyak u yang buka untuk belajar sambil bekerja.Contoh, uum, usm, uitm. Tak perlu risau sebab kelas full online, itu kalau usm. Kalau U lain mungkin ada kelas hari minggu. Cuma usm dalam setahun wajib pergi usm dalam 3 minggu.

Saya pun tak masuk kelas, tak pakai laptop. Hanya pakai smartphone je. Pilihan uni, pilih yang mana sesuai dengan kekangan kerja. Itu kalau semangat awak nak belajar kuat lagi.

Zaina Zaida : Adik sangat kuat. Adik masih muda. Allah sangat sayangkan adik sebab itu Allah jauhkan adik dari mereka yang tak menghargai adik. Akak amat memahami perasaan adik. Akak yakin Allah dah janjikan sesuatu yang amat indah untuk adik selepas ini. Sekarang adik hanya perlu sayangi diri adik sahaja,tak perlu kisahkan orang lain. Asalkan Allah sayang adik, biarkan orang lain.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.