Ibu haIau aku dan ayah dari rumah hanya sebab ayah pert4hankan aku. Ibu kata itu harta dia

Disebabkan aku pergi ambik troli dekat pasaraya, menghilang sekejap yang tak sampai 10 minit, ibu marah teruk, ibu cakap aku perempuan gataI, hilang cari jantan. Malam tadi pukuI 2 pagi, ibu gelak dan nangis dalam bilik sambil peIuk pis4u. Berlarutan sampai 4 pagi, lepas tu kami tidur dalam keadaan ketakutan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hi pembaca sekalian. Kisah yang akan aku ceritakan ini mungkin ada yang pernah atau tidak pernah mengaIaminya. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, ada seorang adik lelaki berumur 22 tahun dan aku berumur 25 tahun.

Tak tahu dari mana aku hendak mula, kerana saat aku menulis confession ini, kepala aku sedang s4kit dan pusing akibat menahan perasaan setelah dipukuI dan dimarahi oleh ibu aku. Sebabnya aku menghilang seketika dari pandangan dia siang tadi.

Hilang bukan sebab apa pun, sebab nak ambik troli je, tapi mak aku kalut kot – kot aku kena cuIik, macam anak dia ni budak kecik, atau baby lagi. Sebabkan hal ni, mak aku marah dan pukuI aku dalam kereta. Tak cukup dengan tu, kat rumah lepas geram lagi, tarik – tarik rambut aku.

S4kit tu Tuhan je tahu, sebab hal kecik, tapi mak aku besar – besarkan. Orang mesti akan ingat kami adik beradik cukup kasih sayang, sebab dua beradik je kan. Tapi hakik4tnya kami rasa terk0ngkong, tapi kami tak tahu macam mana nak luahkan, sebab kalau cakap nanti kena marah, kena pukuI.

Misalnya nak drive kereta sendiri pun ibu ayah aku tak bagi, sebab diorang aku takut nanti aku kemaIangan. Nak j0gging kat tasik pun tak bagi, takut Iemas dalam tasik. Nak hiking tak bagi, takut jatuh bukit, takut hilang kena s0rok buni4n.

Nak mandi air terjun tak bagi, takut Iemas. Nak buat business dengan kawan sebagai rakan kongsi pun tak bagi, takut kena tipu. Boleh kata semua benda nak buat, diorang tak bagi. Orang lain, masa dah dewasa ni ada sahabat karib sejak dari zaman sekolah lagi.

Aku?? Aku takde kawan sebab apa, sebab kawan – kawan sekolah aku semua dah pulaukan aku. Sebab kalau dorang keluar ke, atau join aktiviti sekolah macam kem ke, ibu ayah aku tak bagi pergi. Cikgu aku pernah cakap dulu, yang aku ni sampai dah dewasa nanti la akan kena k0ngkong kalau macam ni gaya.

Aku kerja dah 2 tahun, tamat degree umur 23 tahun. Aku kerja kat KL, aku duduk dengan ibu ayah aku kat Seremban. Setiap hari perjalanan aku pergi balik kerja makan masa 5 jam atas train. Pagi aku keluar rumah jam 7 pagi, masuk office 9.30 pagi, habis waktu office 6.30 petang, sampai rumah 9 malam.

Aku pernah cakap nak duduk rumah sewa dekat dengan office, tapi diorang tak bagi, katanya takut nanti aku kena cuIik ke, atau aku buat hal tak senonoh ke. Sedangkan kalau ikut logik akal, kalau aku nak buat benda tak sen0noh, masa zaman aku belajar dulu lagi aku boleh buat benda tak sen0noh, sebab dah merata aku berhijrah, keluar dari negeri nak menuntut ilmu.

Nenek aku pernah cakap kat ibu ayah aku supaya bagi aku duduk rumah sewa, sebab nenek kesian aku keluar awal pagi, balik malam. Sepupu aku pernah cakap kat ibu ayah aku yang cara diorang ni macam tak percaya dekat anak – anak sendiri.

Makcik aku pernah cakap yang diorang ni 0ver pr0tective. Tapi ibu ayah tetap dengan alasan mereka. Kadang – kadang kalau aku cuti, kalau aku rajin, free, aku masak untuk lunch dengan dinner, aku sangat jarang masak sebab aku busy dengan kerja,

Weekend kadang – kadang kena kerja, public holiday kadang – kadang kena kerja, kadang – kadang kena standby, kadang – kadang kena stay up sampai 4 pagi, kadang – kadang 3 pagi kena bangun, so mak aku tak kisah la pasal tu.

Ada sehari tu aku cuti, aku masak nasi lemak untuk dinner, lepas ayah aku dah siap makan, mak aku membebeI cakap ayah aku tak selera nak makan, sebab makan sepinggan je, tak tambah, sedangkan mak aku pun tahu yang ayah aku tu tak gemar nasi selain nasi putih.

Aku masak 3 cawan beras, tapi aku tengok dalam periuk nasi tu, tinggal sepinggan je nasi belum habis lagi. Nak kata, kalau tak sedap, kenapa nasi dalam periuk tu dah nak habis. Adik aku elok je makan menambah. Lepas dah kena bebeI, aku takde mood nak masak.

Aku umur 25 tahun, mesti lah kan aku akan tanya mak aku bila aku boleh kahwin, walaupun aku takde teman lelaki pun, tapi saja aku tanya sebab nak tahu mak aku akan cakap apa. Kalau aku tanya mesti mak aku akan cakap, dah gataI sangat ke nak berlaki.

Kadang – kadang aku terpikir, kenapa orang lain, parents dorang dah tanya anak – anak, bila nak kahwin, bila nak bawak jumpa parents, tapi mak aku anggap aku gataI nak berlaki kalau tanya pasal kahwin. Kenapa aku takde teman lelaki?

Sebabnya aku tak nak bagi harapan dekat lelaki, dengan benda yang aku pun tak pasti bila mak aku terbuka hati nak suruh aku kahwin. Aku tak pernah bercinta atau couple, cinta monyet pun tak pernah, pendek kata aku tak pernah ada bf dan ex-bf.

Kadang – kadang ayah aku ada berkias cakap kalau umur aku ni patutnya anak dah 2 – 3 orang, mak aku buat dek je, buat tak dengar. Lepas dah karang kisah aku ni, aku rasa tenang sikit, sebab sebelum tu aku tak tahu nak bercerita pada siapa, rasa terpend4m rasa sedih sangat sebab hal siang tadi.

Ada ke mak yang pukuI anak, tarik rambut anak untuk lepaskan geram dan marah pada anak yang dah dewasa? Ada, aku dan adik aku pernah mengaIaminya…

Sambungan.. Ibu aku seorang suri rumah, berumur 46 tahun. Ibu kahwin masa tu ibu umur 21 tahun, lepas 7 bulan kahwin, baru dapat aku. Ibu asal kelantan, and nope, ibu aku bukan orang Negeri Sembilan, sebab aku baca satu komen ni tapi check balik tuan komen dah delete, dalam loghat N.9, aku tak paham, sorry.

Aku baca satu persatu komen yang ada. Ada jugak yang bertanya ibu aku ada tr4uma ke, jawapannya ibu aku tak pernah ada tr4uma. Terima kasih atas saranan dan sokongan kalian. Masa aku matrikulasi dulu, aku merantau sampai ke Perak.

Time degree, aku ke Pahang. Kalau aku dekat hostel, ibu ayah aku bagi saja aku keluar dengan kawan – kawan, sebab dorang kata boleh la aku release tensi0n belajar. Tapi kalau cuti sem, balik rumah, aku duduk saja la dekat rumah.

Kalau keluar pun aku cuma keluar dengan family aku, sebab parents kata bah4ya kalau aku keluar, takut jadi apa – apa. Kadang – kadang aku pelik jugak, kenapa dekat tempat belajar, ibu ayah aku benarkan aku keluar, tapi dekat rumah tak bagi.

Kalau cerita pasal berdikari, aku merantau hampir 6 tahun, alhamdulillah tak pernah jadi perkara buruk dan boleh saja surv1ve. Dekat office pun officemate aku tahu ibu ayah aku ni jaga aku macam mana. Kadang – kadang boss nak ajak anak – anak buah dinner jam 8 malam, ibu ayah aku tak bagi pergi.

Aku jujur saja dengan boss aku yang ibu ayah aku tak bagi pergi sebab nanti balik mesti dah malam sangat. Nasib baik pada hari kejadian, dinner tu di awalkan, jadi dapat la balik dari office jam 9 malam, sampai rumah 11.30 malam.

Boss aku pun pernah cakap aku ni anak mak. Ibu aku kalau dia tengah okay, ibu sangat baik. Ibu rela tak makan sebab simpan untuk anak – anak dan ayah. Ibu tak putvs doakan kejayaan kami adik beradik. Alhamdulillah, setiap kali exam, result aku boleh dik4takan cemerlang.

Adik aku pun sekarang tengah ambik degree. Berekat doa ibu kami berjaya. Kadang – kadang aku terpikir mampu ke aku jadi macam ibu nanti bila aku dah ada anak. Tapi ibu aku seorang yang panas baran. Ibu mudah naik angin, silap kecil, ibu akan besarkan, ibu akan pukuI, tarik rambut untuk lepaskan marah.

Kalau ibu marah adik atau ayah, ibu akan buat benda yang sama macam ibu buat dekat aku. Tarik rambut bukan yang main – main sayang – sayang tu, ibu tarik rambut macam orang perempuan berg4duh. Adik dan ayah la peIerai masa ibu pukuI aku tu.

Malam tahun baru ibu aku haIau aku dan ayah dari rumah, ibu kata rumah ni harta ibu (harta sepencarian), bila – bila saja boleh haIau aku dari rumah. Ibu ambik semua kunci kereta, kunci motor, mujur kunci kereta aku, aku lupa nak letak dekat tempat g4ntung kunci, jadi ada la tempat berteduh malam tu.

Puncanya ayah backup aku pasal kejadian troli tu sedangkan ayah cuma nak nasihatkan ibu supaya jangan pukuI, cukup dengan membebeI je, anak – anak dah besar, kalau kahwin dah ada anak 2 – 3 orang. Tapi lebih kurang jam 3 pagi, adik call cakap ibu suruh aku dengan ayah balik rumah, alhamdulillah.

Mesti nanti akan ada yang tanya kenapa dekat confession yang first, aku cakap parents tak bagi bawak kereta, tapi dekat sini aku sebut kereta aku. Aku dah beli kereta, tapi park saja dekat rumah, tak dibenarkan drive sorang – sorang.

Sedih bagi kami adik beradik kerana ibu tidak boleh ditegur dan bila ibu marah semua kata – kata kesat keluar, pukuI kami dan ayah tidak kira masa untuk melunaskan rasa marah ibu. Kami rasa malu kerana jiran – jiran dengar disebabkan mulut ibu yang seperti itu.

Kalau kami cakap apa – apa untuk menjelaskan hal sebenar, ibu akan cakap anak – anak meIawan, anak – anak derh4ka, kami tak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Ayah selalunya akan backup aku dan adik, kalau ayah tak tahan, ayah akan tegur salah ibu, tak semena – mena ibu cakap aku batu api, nak menjah4namkan rumahtangga ibu ayah.

Semua itu akan diperbesar – besarkan sehingga aku dim4ki hamun, dipukuI seperti aku melakukan kesalahan besar. Dengan ayah juga sama dit3ngking – t3ngkingnya.. sampaikan kadang – kadang ayah malas melayan, banyak berdiam diri kerana nanti ibu akan sem4kin teruk marahnya.

Ayah aku seorang yang sangat baik dan tidak pernah memarahi anak – anak kerana pada ayah, kami semua anak – anak yang mendengar kata dan menurut perintah, juga tidak pernah membawa masalah. Adik aku pernah tanya ibu aku, kenapa ibu ayah kawan – kawan dia benarkan anak – anak dorang keluar malam, pagi – pagi buta baru balik rumah.

Dan ibu aku jawab, “Tu anak orang, bukan anak aku, lantak la orang nak buat apa dengan anak dia, aku tak nak anak – anak aku mengandung dan mengandungkan anak orang, lepak dengan budak – budak tak sen0noh. Perempuan yang keluar lepas maghrib jangan haraplah aku terima jadi menantu aku.”

Adik aku tanya macam ni saja ibu aku dah meIenting, bermasam muka, menangis kata anak tak nak dengar cakap. Macam mana aku nak bertegas dengan ibu tentang keputvsan aku? Paling menyedihkan, ibu memberitahu, dan menga1bkan aku dan ayah kepada adik beradiknya, juga nenek yang aku pemalas, meIawan ibu, dan ayah tak guna, macam tunggul, tak boleh diharap dan lain – lain.

Disebabkan aku pergi ambik troli dekat pasaraya, menghilang sekejap yang tak sampai 10 minit, ibu marah teruk, ibu cakap aku perempuan gataI, hilang cari jantan, makcik – makcik aku, nenek aku menyalahkan aku, marah aku, seolah – olah sangat besar silap aku.

Makcik cakap kenapa aku dah besar jadi macam ni, meIawan ibu, tak menyenangkan hati ibu, aku sangat kecewa bila dituduh sebegitu, sebab aku dah cuba sedaya upaya untuk penuhi permintaan ibu. Aku tahu apa yang aku bagi tak terbaIas jasa ibu, tapi cara mereka meng3ji seolah – olah aku ni memang tak guna, semua benda baik yang aku buat untuk ibu tak berguna, yang mereka nampak hanyalah salah saya yang tak besar tu.

Dan soal duit bulanan pada ibu, sebelum aku dapat kerja, aku pernah beritahu pada ibu mengenai cadangan aku tiap bulan aku akan bagi RM500, Tapi bagi ibu am0unt tu sikit, lalu aku dimarah, sedangkan boleh saja ibu cakap nak lebih lagi, tanpa marah – marah aku.

Sekarang setiap bulan aku bagi RM1000, belum masuk tiap – tiap minggu aku belanja family makan luar, belikan apa yang ibu mintak, itu pun ibu cakap sepatutnya aku bagi lebih lagi duit bulanan. Alhamdulillah, first basic salary aku RM3800 sebagai fresh graduate, bulan – bulan campur ot average RM4000.

Aku pun rajin buat online business, sebulan sales aku dapat dalam average RM15k, untung bersih lebih kurang RM2000. Dalam sebulan peruntukan untuk family hampir RM1300. Aku dalam perancangan nak beli landed house, sebab ayah aku cuma mampu beli rumah flat je, sampai bila kan ibu ayah nak duduk flat, aku kesian dah tua nanti tak larat naik tangga, muda – muda lagi sekarang boleh gagah lagi.

Aku terpikir kenapa ibu mudah marah – marah, mem4ki hamun, pukuI anak – anak, marah ayah, menga1bkan kami pada sed4ra mara, berkata tidak akan memaafkan silap anak – anak dan suami. Ibu kata benci tengok muka aku.

Ibu kata kalau aku dah kahwin nanti, suami aku akan ceraikan aku, seolah – olah mendoakan benda buruk berlaku pada kami sedangkan kesalahan tak besar pun. Aku rasa tertekan dan tak sanggup untuk duduk di rumah. Tapi aku takut kalau aku yang mulakan langkah untuk keluar rumah, keadaan akan jadi lebih teruk.

Aku keliru, aku malu dengan sed4ra mara, dengan pakcik makcik, dengan nenek, buntu macam mana nak teruskan hidup ni. Ada ketika ibu gelak sorang – sorang, nangis sorang – sorang, mengiIai, selalunya ibu buat macam ni masa nak solat maghrib atau isyak, selepas takbiratul ihram, ibu berhenti, lalu kata dia tak tenang nak beribadat.

Kalau dah siap solat, ibu nangis pastu gelak sorang – sorang. Kadang – kadang ibu ambik pis4u suruh kami tik4m ibu, ibu cakap kalau semua tak puas hati dengan aku, tik4m aku. Kadang – kadang ibu ambik pis4u bawak masuk bilik, pis4u tu pemberian arw4h atuk.

Malam tadi pukuI 2 pagi, ibu gelak dan nangis dalam bilik sambil peIuk pis4u. Berlarutan sampai 4 pagi, lepas tu kami tidur dalam keadaan ketakutan. Aku tak tahu sama ada ibu saja buat begitu untuk menguji kami atau ada sesuatu yang mengawal ibu.

Sungguh kami lelah, kami penat bercampur perasaan takut, tak tenang nak hadap semua ni. Ayah kata sepatutnya aku yang macam tu, tapi terbalik, sebab ibu yang buat aku, bukan aku yang buat ibu. Aku ada jugak bagi cadangan pada ayah supaya kami semua buat family counseIing, jumpa kaunseIor, tengok apa kata kaunseIor, tapi ayah aku cakap yang ibu takkan berkehendak nak jalani family counseIing.

Kadang – kadang aku harap sangat ada jiran – jiran yang buat report polis atas sebab rumah kami buat bising, berg4duh, supaya polis bagi amaran pada kami, mesti sedikit sebanyak dapat takutkan ibu dari marah – marah bising – bising tu, tapi tu la, masih tiada harapan.. – Marissa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norlaila Mohd Din : Baru jelas yang mak u ni s4kit. Boleh start ubatkan mak tu, ayah kena tegas dalam bijak. Berdiam tidak selesaikan masalah. Mungkin keadaan jadi lebih buruk. Mungkin emak tu buat per4ngai tu nak minta tolong yang jiwa dia s4kit.

Minta ayah tu usahakan perubatan mak tu. Malas nak layan ni pun peny4kit juga ni. Moga ada lah yang sihat kat rumah u bantu ubatkan.

Zinta Kitchen Zinta Kitchen : Maaf, betul la mak awak kata ayah tu macam tunggul. Punyalah teruk s4kit ibu tak dirawat. Bawalah ke rawatan Islam ke, jumpa doktor ke. Mak tak nak ikut, buatlah mcm – macam helah…. hmm.. ayah – ayah..

Emma Kayy : Call je polis / ambulans. Mak confessor memang s4kit tu. At least dengan pengambilan ubat – ubatan bolehlah bertenang sikit. Nasiblah confessor dari keluarga yang baik. Semua masih lagi disamping mak. Kalau saya, tinggal dah kat wad ps1kiatri. Dari nanti pi bvnvh orang, kacau jiran tetangga.

Najwa Suhaili Md Zin : Hi adik. Untuk keadaan mak yang macam ni, tak sesuai dah bawak jumpa counseIor. Bawa jumpa ps1kiatris terus ya. Bila pegang pis4u, ada peluang untuk mak ced3rakan diri sendiri.

Jika mak susah untuk dibawa ke hospitaI, maybe boleh hubungi ambulan ketika berulangnya kejadian jam 2 pagi lagi tu. Tetapi lebih cepat lebih bagus. Adik cakap mak takde tr4uma langsung. Are you sure? Mak adik ni 0verpr0tective level lain macam ni.

Takut adik kena rog0I keluar malam. Tak nak terima menantu yang keluar lepas 7 malam. Dia taknak awak mengandung sebab dirog0I. Mak orang lain ada mendidik dengan memukuI. Tetapi utk adik ni, kena tarik rambut, dan sering disalahkan.

Hingga dewasa pula tu. Normal bagi adik, tak mungkin normal bagi kami. Anak – anak yang dewasa dah disantuni. Bukan dilayan macam budak lagi. Situasi sangat tak normal di sini. Bawalah mak berubat dengan berjumpa pakar Ps1kiatri.

Erick Rayyan : Wahai confessor cuba ko tengok komen – komen yang menyalahkan bapa kamu. Mudahnya dorang bercakap sedangkan dorang tak tau, silap langkah bapa kau bertegas boleh jadi mak kau report polis kes d3ra / keg4nasan rumah tangga.

Tengok sajalah komen orang pompuan di sini, dorang lebih memihak pada ibu kamu yang terang – terang sedang buat keg4nasan rumahtangga dan menyalahkan bapa kamu. Tapi cuba kalau jantina tu diterbalikkan, mesti dorang takkan salahkan m4ngsa.

Tapi sebab bapa kau lelaki maka salah semua pada lelaki. Senang citer macam ni la, tak perlu penat – penat nak jelaskan pada warga komentar confession ni sebab mereka memang mudah menuduh. Apa yang kau perlu buat?

Report polis sebab ini dah kira keg4nasan rumah tangga. Biar doktor diagn0se benda ni kategori s4kit jiwa atau tidak. Kalau kau betul – betul sayang ayah dan adik kau dan diri kau sendiri lebih baik kau amik tindakan.

Jangan tunggu sampai meIarat. Tentang nenek dan pak mak sed4ra kau tu tak payah fikir sangat sebab boleh jadi mereka termakan ‘ump4n’ mak kau. All the best dan jangan tangguh – tangguh lagi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.