Sebelum tunang bincang hantaran 15k, hari bertunang keluarga isteri naikkan hantaran jadi 25k

Ayah aku memang tak setuju aku kahwin tambah lagi keluarga mertua suka hati je naikkan hantaran. Tapi sebab cinta aku ikut je. Sehinggalah lepas kahwin aku kena duduk rumah mertua, aku dan isteri dipergunakan. Habis segala duit tabung haji dan simpanan isteri. Akhirnya aku ikut strategi ayah, sampailah aku dan isteri kena halau..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga semua. Ini adalah luahan jujur dan ikhlas dari aku. Terpulang untuk menerimanya. Semua adalah kisah benar belaka. Sebab aku keluarkan coretan luahan ini adalah kerana aku banyak terbaca mengenai luahan anak kena tanggung ibu bapa, ibu bapa mertua sehingga ke tahap meIampau dan menjer4t diri sendiri dengan pelbagai hutang piutang.

Memang benar keluarga no 1. Utamakan keluarga dulu. Mak ayah yang besarkan korang. Layan mertua seperti ibu bapa sendiri. Tapi kalau keluarga sendiri mula ambik kesempatan atas kebaikan kita, tiada gunanya juga. Terpulang kepada pembaca untuk menilai perilaku aku bagaimana tetapi apa yang aku telah buat ini sememangnya banyak menyelamatkan diri aku sendiri.

Ok. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Ayah aku bekerja sebagai polis di cawangan khas PDRM. Manakala emak aku surirumah. Semenjak kecil lagi aku dah diajar oleh ayah aku inisiatif berdikari. Kehidupan masa kecil aku tak ada yang menarik.

Sebab masa tu berapa sangat gaji polis kan. Aku cuma bersyukur Allah kurniakan ayah aku sebagai pembimbing aku. Dia banyak mengajar aku erti duit, keringat, dan berdikari. Sejak umur aku 10 tahun, aku mula mengikut katering mak cik saud4ra aku setiap sabtu ahad untuk dapatkan duit.

Dapat lah sehari RM40. Bekerja dari pukuI 7 pagi sehingga 8 malam. Duit tu aku menabung untuk beli barang keperluan sekolah aku. Bayangkan umur aku 10 tahun, ayah aku sudah menyuruh aku beli baju sekolah aku sendiri, kasut, beg sekolah.

Setiap minggu aku mengikut tanpa culas. Setiap Hujung tahun aku gunakan duit simpanan aku untuk membeli baju sekolah, beg, kasut dan pelbagai barang keperluan sekolah. Aku tidak menggunakan sesen pun duit ayah aku untuk itu.

Yuran sekolah pun aku bayar guna duit hasil titik peluh aku. Semua ini berlanjutan sehingga aku tamat SPM. Alhamdulillah aku lulus dengan cemerlang. Aku dapat tawaran ke Universiti tempatan tapi aku terp4ksa tolak untuk memberi laluan kepada adik – adik aku.

Aku 6 beradik. Aku yang sulung sekali. Ayah aku mengatakan bahawa dia tidak berkemampuan untuk hantar aku ke universiti. Lantas aku mengambil keputvsan untuk sambung STPM. Para pembaca jangan salah paham dengan keadaan ayah aku.

Ayah aku terp4ksa hidup susah kerana menanggung emak dan ayah mertuanya yakni nenek beIah emak aku. Ayah aku terp4ksa buat loan rumah, kereta untuk mereka kerana mereka tidak mempunyai kemampuan untuk buat loan.

Akan tetapi bayaran loan pun mereka tidak mampu jelaskan. Pada awalnya semua manis dan nampak bulan bintang. Tetapi akhirnya ayah aku terp4ksa tanggung kerana tidak mahu namanya di senarai hitam. Sampai aku sekolah untuk STPM, aku tetap mencari duit aku sendiri.

Selepas balik sekolah, aku bergegas ke Kiosk telefon bimbit di Giant berhampiran dengan rumah aku. Aku bekerja part time di situ sebagai jurujual telefon bimbit dan pelan prabayar. Aku tidak ditawarkan gaji asas tetapi hanya dibayar komisen atas setiap telefon bimbit yang dijual dalam bentuk ansuran Aeon atau cash.

Alhamdulillah rezeki aku sentiasa ada dan aku mampu meraih RM1k sebulan hanya part time seperti itu. Itu adalah jumlah yang cukup besar bagi student seperti aku ketika itu. Akan tetapi tanggungjawab aku sebagai pelajar aku tetap tidak lupakan.

Alhamdulillah peperiksaan STPM aku juga cemerlang dengan pointer 3.78 ketika itu. Aku dapat juga tawaran berserta biasiswa untuk belajar di UM ketika itu dalam bidang undang – undang yang sememangnya aku minati. Di universiti juga aku masih teruskan kerja part time seperti itu tetapi aku cuma iklankan melalui Facebook sahaja.

Alhamdulillah sepanjang tempoh aku belajar rezeki sentiasa ada dan aku langsung tidak menyusahkan ayah aku. Habis grad sahaja, sementara aku mencari kerja, aku bekerja sepenuh masa dengan company yang aku bekerja part time itu.

Sebulan aku bekerja aku mampu meraih pendapatan bersih sehingga RM7k sebulan untuk sales aku. Bos chinese aku amat berpuas hati dengan prestasi kerja aku dan meminta aku bekerja sahaja dengan dia. Tapi tak kan sampai ketua aku nak bekerja seperti itu kerana terp4ksa bekerja 12 jam sehari, 6 hari seminggu. Sape yang nak kan?

Waktu aku gagah lagi memanglah semua sayang, tapi nanti bila aku da kurang taringnya, tetap akan dilayan seperti sampah. Dalam waktu aku bekerja, aku terjumpa dengan isteri aku sekarang ni. Dia datang untuk membeli  handphone ansuran dan bermula dari itu kami berkenalan sehingga ke jinjang perkahwinan.

Alhamdulillah hasil dari gaji aku, aku mampu membayar penuh duit hantaran yang diminta ayah mertua aku walaupun ayah aku men3ntang kerana terlalu tinggi. Kerana sayang aku turutkan semuanya. Tak lama selepas berkahwin, aku dapat tawaran panggiIan ke PDRM.

Aku lulus semua ujian fizikal dan masuk ke pulapol. Semasa ujian fizikal dulu, aku didatangi oleh kawan baik ayah aku yang meminta aku merahsiakan pemergian aku ke pulapol dari keluarga aku. Puas aku bertanya kenapa tetapi tiada jawapan.

Pak cik rosman tu hanya memberitahu cuma dia dan ayah aku sahaja tahu perkara itu. Apa yang jadi dalam latihan aku tidak boleh ceritakan kerana terik4t dengan larangan pekerjaan aku. Aku terp4ksa menipu isteri aku yang aku melakukan urusan lain dengan ayah aku.

Ketika awal berkahwin aku tidak mempunyai rumah lagi dan aku duduk menumpang di rumah mertua. Sepanjang pemergian aku isteri aku duduk di rumah mertua. Selepas aku tamat latihan, aku mula berkhidmat seperti biasa. Aku tidak boleh ceritakan unit apa aku berkhidmat sekarang ini.

Akan tetapi sehingga sekarang isteri aku masih tidak pasti apa pekerjaan sebenar aku. Perkara yang sebenarnya aku nak kongsikan bermula sebaik sahaja aku mula bekerja dan selalu pulang ke rumah mertua. Mertua aku mula meminta aku dan isteri untuk membayar sepenuhnya bil – bil utiliti rumah mereka atas alasan mereka kekurangan wang.

Isteri aku juga mempunyai 6 beradik. 5 daripadanya sudah berkahwin dan duduk bersama dengan mertua aku. Aku sudah banyak kali menyatakan hasrat untuk duduk sendiri dan aku mampu untuk membeli rumah. Tetapi isteri dan keluarga mertua tidak membenarkan dan meminta isteri aku duduk sekali dengan mereka.

Rumah mereka adalah banglow 10 bilik di kampung. Ayahnya dapat pamp4san insuran akibat cac4t kekal kemaIangan ketika kerja. Lantas mereka membina rumah di tanah pus4ka. Apabila isteri aku tidak mahu berpindah keluar, aku hanya menurut sahaja.

Akan tetapi kesemua bil – bil utiliti aku dan isteri tanggung. Bil api sahaja sebulan hampir RM1k. Ini kerana semua bilik ada aircond hasil sumbangan isteri aku apabila banyak kali diminta oleh emaknya. Jadi ipar aku hanya mengambil kesempatan dan langsung tidak membantu.

Makan seharian pun 100% ditanggung oleh mertua aku. Bayangkan 9 cucu, 10 orang punya perut untuk ditanggung seharian. Jadi duit pencen mertua aku kebanyakkan habis digunakan ke arah itu. Tidak cukup itu, emaknya masih mengharapkan RM1k duit bulanan yang isteri aku perlu berikan kepadanya.

Isteri aku pada masa itu sudah tidak bekerja kerana terp4ksa menguruskan ayah mertua aku punya rawatan k3ncing manis. Lantas isteri aku mengambil keputvsan untuk berhenti kerja. Aku ketika itu langsung tidak terbeban dan aku ikhlas membantu meringankan beban mereka.

Nafkah isteri aku juga aku mampu tunaikan sama seperi gaji yang diterimanya ketika bekerja. Hal ini diketahui oleh mertua aku. Sedikit demi sedikit simpanan isteri aku digunakan untuk perkara – perkara tak masuk akal seperti melangsaikan hutang belajar ipar aku, keperluan susu pampers ipar aku.

Pada mulanya isteri aku tidak memberitahu aku apa – apa berkaitan itu. Isteri aku mula bercerita apabila simpanannya telah tiada setelah emak mertua aku meminta untuk membelikan motorsikal untuk adik ipar aku keluar bekerja.

Aku mula tidak berpuashati dan meminta semua penyata bank isteri aku. Memang semuanya telah dihabiskan dengan jayanya. Termasuk duit simpanan tabung haji yang aku berikan kepadanya setelah berkahwin dahulu.

Sememangnya semua orang mahu menunaikan umrah dan haji. Jadi aku mula menabung untuk aku pergi dengan isteri aku. Aku ketika itu tidak mampu untuk berkata apa – apa lagi. Cuma mampu bersabar sahaja. Esoknya aku meminta pendapat dari ayah aku.

Lantas ayah aku memberikan idea yang merubah hidup aku sehingga sekarang dan mengheret aku keluar dari jalan yang sama seperti pernah dihadapi olehnya. Aku kurang bercerita mengenai kerja aku, operasi dan sebagainya kepada pembaca kerana semuanya adalah rahsia sulit.

Jadi jangan pembaca ingat kerja aku ni rilek pulak. Setelah aku menerima nasihat dari orang yang aku horm4ti, aku mula mempraktikkan langkah pertama. Oleh kerana isteri aku langsung tidak tahu pekerjaan sebenar aku kerana aku masih mengatakan bahawa aku bekerja dengan syarik4t Yes support services sdn bhd seperti sebelum berkahwin, maka ia amat memudahkan aku.

Aku memberitahu isteri aku, aku telah diberhentikan kerja. Reaksinya agak sedih dan mulai risau tentang bil – bil yang hendak ditanggung. Aku cuma diam dan dengar sahaja bebeIan disuIami tangisan sebab dia tidak tahu apa untuk dik4takan kepada keluarganya.

Betul kata orang, duit boleh beli segalanya. Setelah mertua aku tahu aku tidak bekerja, layanan mereka terhadap aku mulai berubah. Bil – bil utiliti bulan seterusnya aku sengaja bayar lambat hampir due date atas pelbagai alasan.

Aku memberitahu isteri aku sementara aku mencari kerja baru aku membuat grab food, runner untuk membayar bil – bil. Aku memberi wang setiap hari RM150 kepada isteri aku atas bukti gaji harian aku dan meminta untuk menyimpan bagi bayar bil.

Duit nafkah bulanan isteri aku langsung tidak aku beri kepadanya tetapi aku tetap simpan dalam akaun tabung haji aku. Pesan ayah aku tetap aku ingat. Nafkah jangan diabaikan. Meskipun aku tak beri kepadanya, aku tetap kene asingkan setiap bulan sehingga sampai masa aku perlu beri kepadanya nanti.

Bulan berganti bulan, bil utiliti aku sengaja biarkan bertunggak kerana aku mula memberi wang lebih sedikit atas alasan order kurang. Kadang – kadang jika aku ada operasi jauh – jauh dari Kuala Lumpur aku langsung tidak balik ke rumah mertua aku atas alasan mencari order di kawasan baharu.

Maka isteri aku mula mengadu kepada aku bahawa mertua aku mula mengeluarkan kata – kata kurang enak kepada aku. Apabila aku berada di rumah, aku diperIi oleh ipar – ipar aku, mertua aku. Kenapa duduk berehat di rumah, nanti bil – bil siapa nak bayar.

Takkan nak dduk percuma sahaja. Aku cuma tahankan telinga ketika itu. Sampai lah ke kemuncak tepat – tepat 9 bulan semenjak aku ‘kehilangan kerja’, isteri aku mengadu kepada aku bahawa mertua aku mendesak isteri aku menuntut cerai kerana tidak mahu menantu biawak hidup seperti aku.

Aku akui, sepanjang aku menjalankan rancangan aku, isteri aku sangat sabar dengan dugaan menimpa. Dia tetap memberi kata – kata semangat pada aku, tidak pernah berputvs asa dengan aku meskipun setiap hari dia diasak oleh mertua aku di rumah berkaitan aku.

Setiap hari mesti dia terp4ksa mendengar kata – kata mengutuk aku, mengh1na aku kerana aku tiada kerja tetap dan tidak mampu menjelaskan bil – bil rumah. Sampai lah tahap bill elektrik tertunggak 2 bulan memang sengaja aku lambatkan bayar sebab aku dah bosan dengan permainan aku sendiri dan ditambah luahan hati isteri aku.

Satu malam apabila aku pulang, ayah dan emak mertua aku meminta aku keluar dari situ. Mereka mengatakan bahawa bil semua telah dijelaskan dengan menggadai rantai kahwin isteri aku. Jadi mereka menyuruh aku untuk keluar dari situ.

Dalam hati aku memang aku tak sangka percaturan ayah aku memang tepat. Paling aku terharu isteri aku sanggup mengikut aku bersama untuk keluar dari situ. Kereta isteri aku telah isteri aku serahkan kepada emaknya kerana isteri aku mahu mengikuti aku bersama.

Semasa kami mengemas barang – barang kami, memang aku dengar kata – kata kurang enak dari mulut mertua aku mem4ki hamun aku pelbagai. Setelah kami keluar, aku terus membawa isteri aku ke rumah yang telah aku beli dalam diam semenjak kali pertama aku mengajaknya berpindah.

Telah aku siapkan semua kelengkapan rumah sepanjang tempoh 9 bulan permainan aku untuk aku keluar dari situ membawa isteri aku. Jadi aku telah berterus terang dengan isteri aku itu cuma hanya permainan aku untuk membawanya keluar dari rumah emaknya dari terus diambil kesempatan.

Alhamdulillah isteri aku menerimanya. Jadi sehingga sekarang mertua aku masih ingat aku terumbang ambing dalam kehidupan aku dan masih tidak menerima kembali isteri aku. Isteri aku mula sedikit demi sedikit melupakan keluarganya dan mula menerima keluarga aku yang pada mulanya dia tidak begitu rapat.

Hal kehidupan kami semuanya dirahsiakan dari pengetahuan keluarganya. Alhamdulillah kehidupan kami bertambah baik dan isteri aku telah bekerja di firma audit yang sejak dari dulu dia mahu bekerja tetapi dilupakan kerana jauh dari keluarganya.

Untuk ayah aku, aku amat berterima kasih kepadanya atas nasihat yang diberikan. Jika tidak aku rasa rumah tangga aku mungkin tidak dapat diselamatkan. Untuk pembaca – pembaca yang mengalami masalah yang sama seperti aku, aku yakin ramai, masih belum terlambat untuk anda mengubahnya sebelum ianya merosakkan rumah tangga anda.

Tidak salah untuk baik, tetapi hendaklah kena pada caranya. Ramai mertua yang suka ambil kesempatan atas menantunya jika mengetahui menantu bergaji besar. Aku tidak mengajar untuk mengikut cara aku, tetapi tolong fikirkan.

Takde orang yang ikhlas apabila diambil kesempatan. Tambah – tambah pulak terkena seperti aku, memelihara biawak hidup. Manusia ni jika berduit disanjung, tetapi bila tiada apa – apa akan dibuang seperti sampah. Aku dah buat cara aku.

Jadi aku dah keluar dari masalah itu. Keluarga mertua aku langsung tidak mengharapkan apa – apa dari aku dan isteri aku lagi yang mana amat menyenangkan hati aku. Kami adalah orang terakhir untuk meminta bantuan jika mereka susah.

Buat isteri aku jika terbaca kisah ini, terima kasih abang ucapkan kat Ina. Sebab sanggup terima abang saat abang ‘susah’ dulu. Tetap yakin dengan abang dan ikut abang. Kalau tak Ina tak kan berada kat tempat Ina berada sekarang ni. Terima kasih admin siarkan.Semoga ada manfaat kepada insan yang terkena seperti aku. Sekian coretan aku…

Sambungan… Ramai yang telah membaca cerita aku sebelum ini kan? Ramai juga lelaki yang pm aku di mesengger dan mengadu mereka mengalami masalah yang sama dengan mertua mereka. Ada yang mengadu terp4ksa buat loan kereta, LPPSA untuk beli tanah untuk beIah mertua.

Akan tetapi dalam luahan diaorang, isteri mereka yang memujuk untuk buat loan tersebut. Penyudahnya keluarga mertua bayar tidak ikut masa, dan nama mereka tersenarai dalam CCRIS dan tidak boleh buat loan lain. InsyaAllah aku akan cuba bantu dan tanya tuan penasihat aku dulu.

Berbalik kepada cerita aku. Ini adalah sambungan daripada cerita aku sebelum ini. Apa yang membuatkan aku dikudakan oleh mertua sendiri. Aku akan ceritakan dengan lebih mendalam dalam cerita ini. Awal perkenalan aku dengan isteri aku, aku cuma bekerja di kedai menjual telefon bimbit sahaja.

Tetapi gaji aku pada masa itu agak tinggi sebab setiap bulan aku punya total sales mencecah sehingga Rm200k sebulan. Dan komisen diberi mengikut pengiraan peratus sales revenue, insuran yang dijual, pinjaman aeon, dan servis selepas jualan.

Aku mampu capai target untuk kesemua itu pada setiap bulan lantas membolehkan aku menerima gaji dan komisen seperti itu. Meskipun gaji aku ketika itu, aku hanya beli kereta perodua Myvi sahaja untuk memudahkan pergerakan seharian aku.

Aku masih ingat pada tanggal 17 haribulan 7 2013, isteri aku datang bersama ayah dan ibu mertua aku di kedai itu. Rupanya sebelum ini ibu mertua aku pernah datang dan berjumpa aku dan aku ada menyerahkan borang untuk memohon kepadanya.

Namun aku tidak ingat kerana banyak lagi pelanggan aku layan sebelum itu. Isteri aku menyerahkan dokumen semua untuk aku proses. Selepas aku terima dan proses seperti biasa dan perbualan kami habis di situ. Dalam masa 2 hari aku mendapat makluman kelulusan daripada pihak Aeon.

Lantas aku memaklumkan kepada isteri aku. Dia mengatakan bahawa dia akan datang untuk ambil telefon tersebut pada hujung minggu kerana dia bekerja pada waktu itu. Hujung minggu isteri aku datang dan mengambil telefon bimbit seperti yang dijanjikan.

Isteri aku memohon untuk pinjaman bagi Samsung Galaxy s4 yang pada ketika itu adalah keluaran paling terbaru. Selepas aku menyerahkan telefon itu, isteri aku pulang ke rumahnya. Pada waktu malam aku menerima mesej daripada isteri aku yang berterima kasih kerana menguruskan hal pembeliannya.

Maka bermula bibit perkenalan antara kami. Sepanjang perkenalan kami, aku jarang untuk berjumpa dengannya kerana aku bekerja 12 jam sehari dan 6 hari seminggu. Sebaliknya setiap hujung minggu dia akan datang ke tempat kerja aku dan menemani aku sehingga aku habis kerja.

Kebiasaanya dia akan memasak untuk aku dan membawa bekalan ke tempat kerja aku untuk makan bersama. Setelah genap 8 bulan kami berkenalan, aku berbincang dengan ayah aku untuk berkahwin dengan isteri aku. Ayah aku bersetuju dan ingin berjumpa dengan keluarganya.

Pertemuan diatur pada hujung bulan 11 nanti beserta majlis pertunangan sekali. Punca utama aku mula dikudakan oleh keluarga mertua aku ketika aku menghantar kereta aku kepada adik ipar aku untuk diservis. Dia bekerja sebagai mekanik di perodua servis ketika itu.

Memang cara aku, segala dokumen kerja termasuk slip gaji aku aku simpankan dalam file di dalam beg di kereta aku. Adik ipar aku buka beg case aku dan terjumpa slip gaji aku. Dia mengambil gambar slip gaji itu dan memberitahu mak ayahnya.

Isteri aku mengetahui perbuatan adiknya dan memarahinya kerana tidak amanah tetapi mak dan ayahnya mempert4hankan anak lelakinya itu. Bermula daripada itu, abang sulungnya mula rapat dengan aku dan akhirnya meminjam duit kepada aku atas alasan masalah kewangan.

Aku memberinya pinjam dan sehingga sekarang masih tidak dibayar atas pelbagai alasan. Aku bukan jenis yang akan men4gih hutang semula. Tetapi tidak aku halalkan setelah apa yang jadi. Diwaktu hari pertunangan, ayah aku terk3jut dengan jumlah hantaran yang diminta oleh keluarga aku.

Nilai sebelum ini dipersetujui melalui perjumpaan pertama aku dengan keluarganya adalah RM15k. Namun telah dinaikkan kepada RM25k sesuka hati mak pak diorang. Ayah aku pertikaikan dalam majlis itu. Korang tahu lah ketegasan ayah aku macam mana kan.

Pihak mertua tidak menjawab apa – apa dan tetap bertegas mengatakan bahawa anaknya telah belajar sehingga Master dan itu adalah hantaran yang wajar. Aku memujuk ayah aku dan aku terima hantaran itu kerana kebanyakan daripada gaji aku sebelum ini memang aku simpan.

Aku cuma ambil RM2k sahaja dari gaji aku untuk duit minyak, beri pada ayah dan emak dan ansuran kereta. Lain – lain aku simpan. Ayah aku pada awalnya membantah tetapi akhirnya dia menerima. Selamat aku bertunang dan akan diijabkabulkan dalam masa sebulan dari tarikh ditunangkan.

Ayah aku telah menasihati aku bahawa keluarga isteri aku ini adalah kaki kikis dan sama per4ngai seperti keluarga sebeIah emak aku. Namun aku tidak endahkan. Yelah, masa itu tengah bulan bintang bercinta sehingga aku tidak nampak per4ngai mertua aku itu.

Namun semasa sebulan bertunang itu aku mula rasa tidak selesa kerana mereka selalu mengajak aku untuk makan di luar di restoran seperti Auntie aini garden cafe yang sememangnya menyediakan hidangan yang agak lazat dan harga premium.

Kesemua makanan yang mereka tempah adalah mahal seperti ikan baung tempoyak, kepala ikan merah sehinggakan bil yang datang berjumlah RM700 untuk malam itu. Namun aku telah berjanji untuk belanja diaorang lantas aku pun bayar sahaja.

3 hari sebelum berkahwin, ayah aku telah memberitahu aku bahawa kawan dia telah siasat latar belakang isteri aku dan mengatakan bahawa risik0 aku untuk dikikis adalah tinggi. Aku bertanyakan di mana ayah aku mendapat informasi sebegitu namun dia tidak menjawab.

Aku lantas tidak menghiraukan nasihat ayah aku dan aku mengatakan bahawa aku ingin berkahwin dengan anaknya, bukan keluarganya. Maka aku pun selamat diijabkabulkan. Aku dapat lihat dari raut muka ayah aku, dia tidak menyenangi besannya dan langsung tidak bertegur sapa malah mengambil gambar bersama.

Aku faham kerenah ayah aku macam mana lantas aku mengambil keputvsan untuk tidak menghiraukannya. Setelah habis majlis sebeIah keluarga aku, aku memberitahu isteri aku untuk mencari rumah sewa dahulu sementara aku membeli rumah sendiri.

Namun isteri aku menolak dan mengajak aku untuk duduk bersama di rumah keluarganya. Pada mulanya aku agak keberatan dan aku turutkan sahaja. Ayah aku agak marah apabila tahu aku duduk bersama mereka dan meminta aku bawa isteri aku duduk di rumah sewa sendiri. Namun aku tidak endahkan.

Bulan pertama perkahwinan kami, aku mendapat perkabaran gembira di mana aku dipanggil untuk ujian temuduga PDRM. Aku memberitahu kepada isteri aku dan dia tumpang gembira. Dalam masa yang sama, isteri aku menyerahkan bil bulanan utiliti kepada aku untuk dibayar.

Agak terk3jut juga aku melihat bil elektrik di rumahnya itu kerana mencecah hampir RM900 sebulan. Isteri aku mengatakan bahawa adik beradiknya termasuk ipar duduk di situ dan sentiasa menghidupkan penyaman ud4ra, jadi sebab itulah bil tinggi.

Isteri aku menawarkan untuk berkongsi bayaran bil namun aku tolak kerana nak tunjuk lah sifat ‘gentleman’ tu. Hampir rm2k habis malam itu untuk menyelesaikan semua bil. Bil TM ketika itu mempunyai tunggakan, bil astro mempunyai tunggakan, bil air mempunyai tunggakan semuanya aku selesaikan sehingga kosong.

Ini kerana sejak dari dulu aku membayar bil rumah mak dan ayah aku, aku tidak suka melihat ada tunggakan pada bil utiliti. Aku hadir di temuduga PDRM tersebut bersama isteri aku. Aku lulus semua aspek yang disuruh seperti lari 2.4km di bawah 10 minit dan lain – lain.

Ketika temu duga di kalangan panel selesai, aku didatangi oleh lelaki yang mengaku kawan kepada ayah aku. Tuan Rosman membawa aku ke tempat yang tiada orang dan mengatakan bahawa dia tahu apa yang terjadi kepada aku.

Dia mengatakan bahawa jika aku terpilih untuk masuk ke kursus pulapol, aku hendaklah merahsiakan semuanya daripada keluarga mertua aku termasuk isteri aku. Jika tidak dia akan buat aku tersingkir awal. Aku pada ketika itu memang hendak kerja kerajaan, aku hanya mengangguk.

Dalam masa yang sama aku bertanya kenapa, Tuan rosman tetap tidak menjawab dan menegaskan perkara yang telah dinyatakan tadi. Akhirnya aku dipanggil untuk menyertai kursus pulapol tetapi aku tidak boleh berkongsi kegembiraan kepada isteri aku.

Aku mengatakan bahawa aku gagal dalam temuduga tersebut. Ayah aku telah meminta aku menipu isteri aku mengatakan bahawa aku bekerja outstation terp4ksa menjaga cawangan luar negara selama beberapa bulan ini sehingga manager baru dilantik.

Isteri aku menerima dan aku membuat pindahan wang sebanyak RM10k kepada isteri aku untuk bil utiliti dan nafkah bulanan dia sepanjang ketiadaan aku. Setelah aku tamat latihan, aku lapor diri di tempat baharu aku bekerja. Setelah seminggu selepas itu, aku pulang ke rumah mertua aku untuk berjumpa dengan isteri aku.

Aku agak terk3jut mengetahui bahawa isteri aku telah berhenti kerja kerana ibu bapa mereka meminta dia untuk menjaga mereka. Isteri aku memarahi aku kerana dia gagal untuk menghubungi aku sepanjang aku bekerja. Dia segan untuk bertanya kepada ayah aku lantas dia mengambil keputvsan sendiri untuk berhenti kerja.

Aku menerima keputvsan isteri aku dan dalam masa yang sama aku dirundum rasa bersalah kerana menipu isteri aku. Namun aku lebih takut ugvtan Tuan rosman yang pada hemat aku seperti ayah aku. Apa yang dicakap akan dibuat.

Malam itu isteri aku menyerahkan bil utiliti. Terk3jut aku apabila melihat ada tunggakan pada bil elektrik, air serta TM. Isteri aku meminta maaf kerana dia telah membayar semampunya. Aku mendesak isteri aku dengan bertanya ke mana duit yang telah aku berikan.

Sepatutnya semuanya cukup dan masih ada lebihan jika digunakan betul – betul. Perkiraan aku dalam matem4tik tidak pernah salah. Isteri aku lantas menceritakan bahawa seminggu selepas aku pergi, ibu mertua aku meminta isteri aku untuk berhenti kerja kerana mengatakan bahawa aku mampu untuk menanggung isteri aku dengan gaji aku sekarang ini.

Ditambah pula apabila ibu mertua aku mendapat tahu bahawa aku telah menyelesaikan kesemua pinjaman pelajaran PTPTN isteri aku sejak awal aku berkahwin. Sebab itu ibu mertua aku yakin aku mempunyai simpanan yang mencukupi.

Selepas isteri aku berhenti, mertua aku meminta isteri aku untuk membelikan motorsikal untuk adik ipar aku kerana motor ayah mertua aku dah uzur. Pada mulanya isteri aku cuba menolak kerana mengatakan bahawa duit yang aku serahkan sepanjang aku tiada hanya cukup cukup untuk bil – bil bulanan namun tetap dip4ksa.

Kerana takut dicop anak derh4ka, isteri aku menurutkan sahaja. Lantas motor baru Yamaha adik ipar aku dapat. Selepas itu, ibu mertua aku meminta isteri aku untuk menanggung pula kos untuk baik pulih kereta proton persona yang rosak akibat overheat kerana dipandu oleh ipar aku yang sulung.

Oleh sebab isteri aku tidak memberi abangnya untuk menggunakan kereta milik isteri aku, maka mertua aku meminta isteri aku untuk membayar kos baik pulih kereta miliknya itu. Maka isteri aku terp4ksa mengeluarkan simpanan tabung haji yang telah aku masukkan untuk menampung kos baik pulih terbabit.

Tidak cukup dengan itu, bulan kedua ketiadaan aku, mak mertua aku meminta isteri aku untuk memberikan wang perbelanjaan dapur sebanyak RM1k setiap bulan kepadanya untuk menampung kos perbelanjaan barangan basah di rumah itu.

Pada awalnya isteri aku tidak bersetuju dan mahu meneruskan memberi bayaran bulanan sebanyak RM300 namun mertua aku menggunakan kata – kata yang kurang enak seperti anak derh4ka kepadanya lantas membuatkan dia hanya menurut arahan itu.

Itu sebabnya banyak bil – bil utiliti tertunggak kerana dia hanya bayar semampunya. Aku meminta maaf kepada isteri aku kerana dia terp4ksa hadapi semua ini tanpa aku. Keesokkan harinya, aku memanggil ibu mertua aku untuk berbincang berkenaan hal yang telah diceritakan.

Ibu mertua aku hanya menyalahkan diri aku kerana tidak memberikan wang yang secukupnya kepada isteri aku sebelum pergi bekerja. Aku meminta untuk semua anak – anaknya berkongsi bayar bersama semua bil utiliti namun ditolak atas alasan anak – anak mereka tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan gaji yang stabil.

Ibu mertua aku meminta aku meneruskan membayar bil utiliti tersebut. Apabila aku menyatakan hasrat untuk membawa isteri aku keluar dari situ, ibu mertua aku melarang kerana tiada lagi anak yang akan membawa ayah mereka pergi medical check up dan ambil ubat, beli barangan basah dan sebagainya.

Aku berasa putvs asa kerana perjumpaan itu langsung tidak mencapai kata sepakat di antara mereka. Lantas selepas aku habis kerja, aku singgah berjumpa ayah aku untuk menceritakan masalah aku kepadanya. Bermula dari mertua aku menggunakan duit yang aku berikan kepada isteri aku sehinggalah kepada mereka mem4ksa aku membayar kesemua bil utiliti mereka.

Ayah aku hanya tersenyum dan beliau mengatakan bahawa memang telah dijangka semua itu akan berlaku. Dia menceritakan semula selepas majlis pertunangan aku, ayah aku telah korek sebanyak mungkin maklumat berkaitan keluarga mereka.

Sebelum isteri aku berjumpa aku, isteri aku mempunyai bekas kekasih lain yang bekerja di sektor swasta namun terputvs sewaktu bertunang kerana bekas kekasihnya gagal untuk menyediakan wang hantaran yang dipinta lantas memutuskan ik4tan pertunangan tersebut.

Sebab itu ayah aku betul – betul selidik dan pantau semua hal berkaitan keluarga isteri aku dan meminta aku merahsiakan pekerjaan aku yang sebenar untuk mengelakkan malapetaka yang lebih besar menimpa. Baru lah aku faham dan terbukak kubah di atas kepala aku yang selama ini mereka hanya menggunakan aku dan isteri aku.

Berulang kali aku mengatakan bahawa isteri aku tidak terbabit dalam hal ini. Ayah aku percaya dan meminta aku tidur di rumahnya malam itu. Aku akur dan malam itu ayah aku memanggil aku di biliknya. Beliau mengatakan bahawa beliau membesarkan aku dan adik – adik dalam penuh ketegasan kerana beliau nak kami semua bijak menilai sesuatu perkara dan tidak mudah mengharap bantuan.

Memang betul apa yang telah dididik oleh ayah aku kerana adik – adik aku semuanya keluar dari rumahnya selepas habis SPM dan langsung tidak pernah menyusahkan ayah aku untuk meminta duit bulanan belajar. Semua mereka uruskan sendiri dan tidak pernah meminjam pada PTPTN. Sama juga seperti aku.

Malam itu, ayah aku meminta aku untuk memberitahu isteri aku bahawa aku telah diberhentikan kerja atas sebab sebab tertentu. Ayah aku meminta aku untuk memberitahu isteri aku bahawa aku akan bekerja sebagai runner untuk menampung kehidupan mereka semua.

Bil – bil utiliti pula ayah aku meminta aku supaya membayar lewat daripada biasa. Pada setiap hari keluar bekerja seperti biasa aku buat, dan jika ada operasi jauh – jauh ayah aku meminta aku pandai pandai buat ayat tipu sunat isteri. Tak berd0sa katanya.

Bulan ke empat selepas itu, ayah aku minta supaya aku hanya bayar separuh sahaja dari jumlah bil itu. Begitu bulan seterusnya. Berkenaan duit pula, ayah aku meminta aku memberikan sehari RM150 kepada isteri aku untuk belanja rumah, dan menabung untuk bayar bil.

Namun setelah bulan keempat aku kena kurangkan jumlah itu atas alasan kekurangan tempahan. Akhir penggulungan sesi taklimat dengan ayah aku, nanti dihujung hari, aku akan nampak rupa sebenar keluarga mertua aku, dan isteri aku.

Jika isteri aku memilih untuk bersama mereka dan membuang aku, maka ceraikan isteri aku. Jika isteri aku mengikut aku, ayah aku akan terima dia sebagai keluarganya sepenuh hati. Pada mulanya agak keberatan untuk aku ikut kerana ianya membabitkan masa yang agak panjang namun untuk aku keluar dari masalah ini, aku turutkan juga.

Dalam masa yang sama, ayah aku meminta aku untuk mencari rumah yang sesuai dan buat pinjaman perumahan. Aku cuma turutkan sahaja. Pada hujung minggunya, aku memberitahu isteri aku bahawa aku telah dibuang kerja. Isteri aku mulai risau dan menangis kerana risaukan bulanan bil utilitinya, keretanya, dan bulanan untuk ibunya.

Aku memujuknya kembali dan mengatakan bahawa semuanya akan bertambah baik nanti. Dia cuma berdoa aku mampu keluar dari masalah ini. Dalam masa yang sama aku turut kesian akan isteri aku kerana aku terp4ksa menipunya.

Keesokan harinya isteri aku mengumpul kekuatan untuk memberitahu ibu mertua aku berkaitan keadaan aku. Ibu mertua aku seakan tidak percaya dan mula menuduh aku melakukan perkara yang bukan – bukan sehingga dibuang kerja.

Namun ibu mertua aku pesan pada isteri aku, bayaran bil utiliti tetap perlu dibayar, duitnya bulan – bulan tetap perlu diberi. Ibu mertua aku meminta aku untuk pergi mencari kerja baharu dan jangan terperuk di dalam bilik sahaja meskipun hari itu hari minggu.

Bermula dari detik itu, layanan mertua aku mulai berubah terhadap kami. Apabila waktu makan malam, kitorang tidak akan dipanggil seperti dulu. Aku membawa isteri aku makan di luar setiap kali waktu makan malam untuk mengelakkan isteri aku sentap.

Dalam masa yang sama, duit RM150 tetap aku berikan kepada isteri aku namun aku berpesan kepadanya untuk menyimpan bagi membayar bil semuanya hujung bulan nanti. Isteri aku mengangguk lemah. Aku meneruskan permainan yang dicipta oleh ayah aku setiap hari.

Bulan kedua permainan aku, ibu mertua aku memarahi isteri aku kerana tidak memberikan duit bulanan kepadanya. Isteri aku menerangkan bahawa duit yang aku beri habis digunakan untuk membayar semua bil utiliti dan duit bulanan kereta isteri aku.

Aku cuma mampu menyediakan sebanyak itu sahaja. Namun dibaIas dengan kenyataan mengh1na aku kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap. Malam itu isteri aku mengadu kepada aku bahawa dia bukan sahaja dimarahi malah adik beradiknya juga turut sama memarahi isteri aku kerana tidak mampu memberikan wang kepada ibu mertua aku.

Aku hanya mendiamkan diri dan meminta isteri aku bersabar. Isteri aku meminta aku untuk mencari pekerjaan yang setaraf dengan pelajaran aku agar mampu untuk membiayai perbelanjaan rumah itu. Aku mengajak sekali lagi isteri aku untuk keluar dari situ namun isteri aku tetap tidak mahu kerana dia terp4ksa menjaga ayahnya.

Tiada orang lagi yang boleh diharapkan. Bulan ketiga permainan aku, aku mendapat berita gembira permohanan pinjaman perumahan aku telah diluluskan. Namun aku terp4ksa menunggu sekurang – kurangnya 6 bulan lagi sebelum aku mendapat kunci bagi tujuan dokumentasi guaman semua.

Ayah aku tetap menasihati aku supaya kuat dalam permainan ini agar aku tidak mer4na dimasa akan datang. Aku turutkan sahaja. Manakala isteri aku berubah daripada seorang yang periang kepada seorang yang pendiam. Setiap hari aku keluar bekerja, isteri aku did3ra mentaI oleh ibu mertua aku yang menuntut supaya isteri aku menuntut cerai kepada aku.

Segala keburukan aku, yang tidak masuk akal seperti aku tidak bekerja, hanya mengharap duit ayah aku sebab itulah aku memberikan duit secara harian diIontarkan kepada isteri aku. Paling teruk sehingga mertua aku menuduh aku bermain jvdi secara dalam talian sehinggakan isteri aku memeriksa dengan teliti telefon bimbit aku pada suatu hari itu.

Ibu mertua aku memberitahu sebab itu aku dibuang kerja kerana aku telah menyalahgunakan duit syarik4t dan telah ditangkap. Kesemua cerita itu direka semata – mata untuk membuatkan isteri aku was – was dengan aku. Namun isteri aku tidak menjumpai apa – apa yang disyaki di dalam telefon bimbit aku.

Setelah didesak barulah isteri aku menceritakan tentang perkara tersebut beserta tuduhan yang telah dilemparkan kepada aku. Namun begitu aku dapat merasakan ketika itu kelakuan isteri aku terhadap aku sememangnya telah berubah dan aku mula teringat kata – kata ayah aku.

Aku hanya tersenyum apabila isteri aku mulai berkelakuan kasar dengan aku dan tidak melayan aku seperti yang sepatutnya. Pada mulanya timbul hasrat untuk terus berpisah namun aku buang sejauh jauh hasrat itu kerana aku cuba meletakkan diri aku berada di tempatnya.

Aku cuba memahami apa yang diterimanya lantas aku tetap bertahan dengan isteri aku. Genap 6 bulan permainan aku, aku telah mendapat khabar gembira di mana aku boleh mengambil kunci rumah baharu aku lebih awal daripada yang dijanjikan.

Aku mengambilnya dan menyerahkan urusan menghias dalaman kepada ayah dan adik aku. Adik aku yang kedua mempunyai ijazah dalam bidang seni reka dalaman lantas aku meletakkan kepercayaan penuh kepadanya untuk membuat hiasan dalaman rumah itu.

Aku cuma mengeluarkan modal apa yang dimintanya sahaja. Aku mula pot0ng sedikit demi sedikit bayaran harian kepada isteri aku atas alasan tempahan kurang. Sebenarnya aku dah mula muak dengan permainan aku sendiri dan tak sanggup melihat isteri aku murung apabila di rumah.

Isteri aku mengadu dia sem4kin dipulaukan oleh ibu mertua aku kerana tidak meminta cerai daripada aku. Lantas membuatkan emaknya memulaukan anaknya dirumah itu. Isteri aku masih tidak mahu berganjak keluar dari rumah itu atas alasan ayahnya s4kit dan kereta isteri aku ibu mertua aku telah ambil.

Ibu mertua aku memberitahu jika aku menceraikan dia baru ibu mertua aku akan memulangkan semua kereta itu. Ditambah pula ketika ini aku banyak operasi yang hendak dilaksanakan lantas keberadaan aku di rumah agak kurang.

Hal ini membuatkan aku sem4kin marah namun terp4ksa dipendam dalam hati. Aku faham akan perasaan isteri aku yang saban hari terp4ksa menahan segala benda buruk yang ditohmahkan kepada aku ketika ketiadaan aku. Aku menceritakan hal ini kepada ayah aku.

Ayah aku menasihatkan aku supaya tidak membayar ansuran bulanan kereta tersebut selama 3 bulan dan biarkan sahaja kereta itu ditarik. Setelah ditarik ayah aku meminta aku membayar penuh kereta itu dan serahkan kepada isteri aku.

Pada mulanya aku agak takut untuk melakukan perkara itu namun ayah aku telah yakinkan aku lantas aku mula tidak membayar ansuran tersebut. Ayah aku menjamin bahawa mereka tidak akan mampu untuk membayar kereta itu.

Bulan kelapan yakni 2 bulan aku tidak membayar ansuran tersebut, surat amaran penarikan telah dihantar ke rumah mereka dan perkara ini menimbulkan kemarahan ibu mertua aku terhadap aku. Aku mula dim4ki hamun perkara yang tidak sepatutnya ketika aku pulang bekerja.

Isteri aku hanya mampu menangis di dalam bilik. Ibu mertua aku menyuruh aku meminjam kepada ayah aku untuk menjelaskan tunggakan kereta tersebut kerana risau akan ditarik. Sememangnya ayah aku sudah tahu awal di mana mereka tidak akan mampu untuk membayar semua tunggakan itu.

Aku menjelaskan aku sudah tiada simpanan apa – apa untuk membayar tunggakan tersebut. Ibu mertua aku hanya berterusan memberi ceramah kepada aku dan meminta aku menjelaskan semuanya sebelum ditarik. Ibu mertua aku masih tidak mengetahui bil utiliti juga telah lama tertunggak sejak bulan keenam permainan aku.

Kesemua bil yang sampai isteri aku ambil dahulu dan sorok daripada pengetahuan emaknya kerana bimbang dimarahi. Malam itu isteri aku menangis dan mengadu kepada aku bahawa emaknya telah mem4ksa dia meminta cerai daripada aku.

Isteri aku sudah tidak nampak jalan lagi untuk dia bersama aku. Aku cuma menasihati isteri aku supaya bersabar dan bertahan. Isteri aku hanya mengangguk lemah. Bulan terakhir permainan aku, dan kereta isteri aku telah selamat ditarik oleh pihak bank.

Aku mendapat panggiIan bertalu talu daripada isteri aku mengatakan bahawa keretanya telah ditarik. Aku bergegas ke maybank dan menyelesaikan kesemua tunggakan tersebut pada hari tu dan menyerahkan surat kebenaran mengambil kenderaan kerana isteri aku tidak dapat hadir.

Aku telah menyiapkan dokumen tersebut lebih awal mengikut nasihat ayah aku. Setelah mengambil kereta isteri aku di stor petang itu, aku menyimpan kereta isteri aku di rumah baru aku. Sesampainya lewat malam tu di rumah isteri aku, aku dim4ki dan dimarahi bertalu – talu oleh isteri aku dan ibu mertua aku.

Isteri aku rupanya telah memberitahu ibu mertua aku bahawa selain keretanya tertunggak, bil utiliti lain juga telah tertunggak kerana sudah tidak tahan did3ra mentaI oleh ibunya. Aku memberitahu lemah bahawa masih ada 14 hari lagi sebelum kereta itu akan dilelong.

Aku akan pinjam dengan ayah aku dan ambil semula kereta itu. Ibu mertua aku tetap mem4ki hamun aku dengan ayat – ayat yang kurang enak tetapi aku tidak menghiraukannya kerana badan aku sudah agak penat pada masa itu kerana memandu jauh bersama adik aku untuk menghantar kereta tersebut di rumah aku.

Aku menarik isteri aku ke dalam bilik dan memujuknya. Setelah em0si isteri aku stabil, dia menceritakan bahawa ibu mertua aku telah mem4ksa isteri aku meminta cerai sekali lagi dan jika kali ini tidak diikuti, isteri aku dicop anak derh4ka dan ibu mertua aku menghaIau kami berdua dari rumah ini.

Ketika ini mata aku telah bersinar dan aku telah nampak jalan yang Allah dan ayah aku tunjukkan sekian lama ini. Isteri aku tidak mahu diperlakukan sebegitu kerana dia tiada tempat lain hendak dituju. Aku cuma memujuknya dan meyakinkannya bahawa tiada apa yang akan berlaku.

Isteri aku memberitahu bahawa jika kereta itu telah aku t3bus semula dari pihak bank, ibu mertua aku mahukan kereta tersebut bagi kegunaan adik ipar aku yang baru dapat kerja di Bangi kelak. Dia yang akan bayar setiap bulan selepas itu.

Aku hanya tergelak dan terus melelapkan mata. Keesokan harinya aku keluar bekerja seperti biasa dan aku nekad pada malam ini aku akan mengakhiri permainan aku sendiri kerana sudah muak dan sedih melihat isteri aku sering kemurungan.

Kemurungannya agak teruk sehingga isteri aku sering mengadu haidnya tidak teratur lagi seperti dahulu. Malamnya aku balik, ibu mertua aku memberitahu bahawa dia telah membayar semua bil utiliti yang tertunggak dengan menggadaikan gelang dan rantai hantaran kahwin isteri aku.

Duit selebihnya dia simpan untuk bil mendatang kerana aku sudah tidak berkemampuan untuk membayar lagi. Isteri aku hanya mendiamkan diri di sofa sambil menangis. Aku tidak mengambil kisah dengan hal itu sambil tergelak. Ibu mertua aku meminta aku menceraikan anaknya malam itu juga dan meminta aku untuk keluar dari rumah itu.

Peluang yang aku tunggu telahpun tiba. Tidak perlu aku memikir ayat untuk mencari perg4duhan dengan ibu mertua aku. Aku memandang isteri aku dan meminta dia membuat keputvsan sama ada untuk mengikut aku atau tinggal di situ.

Aku agak goyah dengan apa yang akan mendatang dari mulut isteri aku. Lama isteri aku membisu dan aku bertanyakan sekali lagi. Isteri aku bingkas dari sofa dan mengatakan bahawa dia akan mengikut aku keluar dari rumah itu. Ibu mertua aku mem4ki hamun isteri aku dan men4mparnya serta memanggil anak derh4ka.

Tidak dihiraukan isteri aku lantas menarik tangan aku masuk ke bilik untuk mengemaskan barang kami semua. Sementara kami berkemas, aku terdengar ibu mertua aku terjerit – jerit mem4ki hamun aku termasuk ipar aku. Semasa kami mahu keluar, aku mengatakan bahawa kereta isteri aku adalah milik isteri aku dan aku tak akan serahkan kepada sesiapa pun.

Ibu mertua aku menggelakkan aku dan memerIi aku. Jika aku sayangkan isteri aku, aku tak akan membiarkan kereta itu ditarik oleh pihak bank. Aku mengeluarkan resit bayaran penuh kereta itu dan memberikan kepada ibu mertua aku.

Kesemua baki pinjaman berjumlah RM23,300 aku telah jelaskan sebaik kereta itu ditarik oleh pihak bank. Maka kereta itu secara rasminya tiada hutang lagi. Ipar aku bertanya jika dah dibayar di mana kereta itu. Lantas aku mendiamkan diri dan menarik tangan isteri aku keluar dari situ.

Di dalam kereta aku, isteri aku menangis mengenangkan nasibnya dan memikirkan di mana tempat untuk bermalam pada malam itu. Aku cuma mendiamkan diri dan terus memandu ke rumah baharu aku. Rumah itu terletak di setia alam dan memakan masa 1 jam setengah perjalanan dari seremban.

Sesampainya di rumah itu, isteri aku terk3jut melihat keretanya berada di situ. Aku menjelaskan bahawa itulah rumah baharunya dan mulai hari itu dia akan duduk di situ. Isteri aku pada mulanya kurang percaya dan terus memeIuk aku kerana tidak menyangka semua itu.

Aku menjelaskan semua permainan aku dan niat aku hanya untuk membawa dia keluar dari situ. Isteri aku terdiam dan mula menyedari setelah aku memberitahu bahawa dia hanya digunakan kerana mertua aku melihat dan beranggapan aku adalah seorang yang berduit.

Mulai hari itu, aku melihat isteri aku mula berubah kepada perwatakan asal semasa kami berkenalan. Namun aku meminta dia untuk menukar nombor telefon bimbit dan memutuskan langsung hubungan dia dengan keluarganya.

Cuma apabila berlaku kem4tian baru aku akan membawanya pulang. Isteri aku bersetuju dan mula membuat semua perkara yang aku mahukan iaitu menukar semua alamat surat menyurat. Alhamdulillah ayah aku menerima penuh isteri aku yang selama ini dia langsung tidak hiraukan setelah mengetahui isteri aku memilih aku.

Namun, sehingga sekarang, kesemua ipar dan mertua aku masih tidak mengetahui status aku dan isteri aku. Isteri aku telah bekerja di firma audit yang stabil di kuala lumpur di mana gajinya lebih sekali ganda daripada aku. Namun sehingga sekarang isteri aku tetap rapat dengan aku kerana katanya tanpa aku dia masih merempat di rumah ibu bapanya.

Katanya ibunya bukan sahaja menghasutnya perkara yang tidak elok malah mengikis keyakinan dirinya sepanjang dia menetap di situ sehingga dia berhenti kerjanya sebelum ini. Sehingga kini kami masih hidup bahagia dan dah dikurniakan dua cahaya mata.

Namun anak – anak kami langsung tidak pernah mengenali nenek sebeIah mami mereka. Isteri aku pula yang tidak benarkan anak – anak kami mengenali mereka. Semua gambar – gambar termasuk gambar kahwin yang mempunyai gambar keluarga sebeIah isteri semua isteri aku buang.

Katanya dia masih tr4uma dibuat begitu dengan emaknya dan tidak mahu mengingatinya lagi. Aku tahu banyak cerita cerita buruk yang aku dengar dari kawan – kawan ipar aku berkaitan aku dan isteri aku. Antaranya adalah aku hidup merempat di Nilai sementara isteri aku bekerja kilang di sana.

Namun aku memilih untuk mendiamkan diri dan mengiyakan sahaja apa yang diperkatakan. Lebih baik begini daripada memendam rasa memelihara semula biawak hidup jika mereka mengetahui keadaan sebenar isteri aku dan aku.

Aku berjumpa mereka pun secara kebetulan di Aeon Shah Alam semasa membeli barangan dapur. Namun aku meminta kawan – kawan mereka merahsiakan perjumpaan kami kerana risau mereka akan mencari kami semula. Kepada pembaca yang hendak mengecam tindakan aku, aku ingin jelaskan bahawa aku tidak memutuskan hubungan kekeluargaan.

Isteri aku yang memilih untuk mendiamkan diri daripada mereka kerana masih tr4uma dengan emaknya. Katanya dia tidak perlu buktikan apa – apa kepada keluarganya. Cukuplah dia dah membuktikan kepada dirinya yang dia dah mampu bekerja di firma audit impiannya sejak dahulu.

Sekian coretan terakhir saya. No more story after this. Ini last kerana ramai pembaca tertanya tanya apa yang saya buat sepanjang 9 bulan buat operasi sebegini. Ini lah cerita sebenar. Alhamdulillah saya dah bebas daripada keluarga yang seperti seorang pembaca ungkapkan, seperti ular telan lembu. Sekian.. – Sarip doll (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?