Isteri aku kerja doktor gaji lumayan, tp tiap kali guna duit dia, aku akan catat

Sepanjang PKP, 3 bulan aku takda job, duit kering langsung. Job yang sepatutnya berjalan bulan 6 (trip travel) semuanya melepas. BeIas – beIas ribu juga lah. aku apply BPN, tapi tak lepas sebab ada SSM. Menangis sorang – sorang diri kt rumah.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan Hai semua. Nama aku Abey, bukan nama sebenar. Sehari dua ni beberapa kali aku terbaca kisah – kisah tentang para suami yang mempergunakan status isteri yang kerja government untuk apply loan sana sini.

Sedih sebenarnya bila baca kisah – kisah macam ni. Sebab aku pun isteri kerja kerajaan jugak. Isteri aku kerja doktor di hospital kerajaan. Gaji dia alhamdulillah lebih dari cukup, manakala aku pulak kerja sendiri. Ada la 2, 3 kerja aku buat.

Buat pakej melancong, jual produk dan dulu buat e-hailing sekejap. Aku nak cerita kisah aku dan bini aku. Aku ni pendapatan cukup – cukup makan je, dan bukan secara bulanan. Kadang – kadang ada bulan hasil kurang seribu.

Ada bulan ada job travel, boleh la lebih sikit. Isteri aku pula, tiap – tiap akhir bulan masuk gaji alhamdulillah. Orang kata untung lah wife kerja doktor, senang la hidup. Kalau orang tanya aku, aku akan tanya balik “betul ke senang?”.

Pada aku konsep tu dah salah. Dari aku kahwin dulu 2016, hingga lah sekarang dah anak seorang. Satu sen belanja aku, aku tak harapkan duit wife aku. Ada duit aku, ada la untuk belanja. Kadang – kadang takda duit (sebenarnya selalu), aku pinjam dengan wife.

Setiap apa aku pinjam, aku catat dalam phone. Belanja makan kami sekeluarga, sewa dan sebagainya, alhamdulillah isteri aku sendiri offer untuk sama – sama bayar. Sebab dari mula kahwin dulu dah, kami dah sepakat sama – sama bayar.

Selalu kalau ada duit masuk, aku bagi duit belanja kat dia untuk beli apa – apa atau aku bawa dia belanja dia barang atau makan. Walaupun dia ada duit, aku tahu, tapi dia tetap isteri. Aku tak mampu nak beri kesenangan pada dia sebab dia sendiri pendapatan lebih dari aku.

Tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab, nafkah tetap wajib. Kami dulu belajar luar negara, timur tengah, dan aku habis awal dari bini aku sebab bidang aku bidang berbeza. Lepas habis belajar, aku sambung tinggal kat sana teman wife aku.

Susah juga mula – mula sebab aku dah kahwin, aku kena cari duit untuk surv1ve. Dia pula dah ada sch0larship dia. Jadi sepanjang kat sana teman dia, aku kerja. Aku buat pakej melancong dengan orang tempatan kat sana.

Alhamdulillah, walaupun penat tapi aku surv1ve. Dari situ wife aku dec1de, “abang, apa – apa kita sama – sama bayar. Sewa, belanja dan sebagainya. Abang sanggup duduk sini teman baby pun dah cukup baik dah, struggIe buat kerja sana sini cari duit.  Baby ada duit, takpa kita sama – sama bayar”.

Selesai habis belajar, balik Malaysia selama tunggu dapat posting dia, 8 bulan aku tanggung keluarga. Tak lama pun, betul. Tapi 8 bulan tu lah aku struggIe la juga untuk cukupkan belanja kami. Lagi sekali, wife aku appreciate sangat – sangat keringat aku.

Sebab tu sekarang, bila waktu aku tak ada duit tak ada income, wife aku selalu offer nak bagi duit, nak belanja itu ini. Tapi tiap kali aku tolak. Kadang – kadang aku tak cukup duit, wife aku bayarkan dulu apa – apa. Dia cakap nak belanja, tapi aku tulis juga dalam phone aku.

Aku tulis di bahagian “aku hutang baby”. Bukan tak boleh nak berg4ntung harap pada dia dengan gaji bulan – bulan dia, tapi sebab aku berpegang pada prinsip aku suami, dia isteri. Aku tak boleh nak susahkan dia. Setiap kali aku tolak apa – apa yang dia nk tolong, aku cakap kat dia “Baby, baby makan duit abang takpa.

Sebab baby tu isteri abang, baby tanggungjawab abang. “Tapi abang tak boleh nak guna suka hati duit baby, sebab abang ni suami. Abang bukan tanggungjawab baby. Nanti Tuhan tanya abang nak jawab apa?” Sebab tu bila baca kisah – kisah suami pergunakan isteri kerja kerajaan untuk berhutang sana sini, beli kereta beli itu, aku rasa sedih.

Apa yang sebenarnya dalam hati mereka. Nak guna nama wife boleh, bukan tak boleh. Tapi pastikan kita bayar bahagian kita, laksanakan apa yang kita janji. Jangan ambil kesempatan letak semua beban atas kepala dia, kita pula senang lenang lepas tangan.

Senang lenang atas dunia je wahai saud4ra – saudar4ku, kat akhir4t nanti merangkak tergagap kita nak jawab bila Tuhan tanya nanti. Sebaik kita bergeIar suami, bermakna kita dah setuju untuk menerima amanah tanggungjawab menjaga manusia lain untuk sehidup sem4ti dengan kita.

Mak aku selalu pesan “Ingat, sekarang yang hidup dengan awak anak orang. Macam mana mak ayah dia jaga dia dulu, awak kena buat sama atau lebih baik. Itu amanah yang awak dah terima”. InshaAllah, kalau kita pelihara tanggungjawab kita, biarlah susah sikit pun, inshaAllah ada rezeki bahagian kita.

Sepanjang PKP, 3 bulan aku takda job, duit kering langsung. Job yang sepatutnya berjalan bulan 6 (trip travel) semuanya melepas. BeIas – beIas ribu juga lah. Perancangan business travel sepanjang tahun ni semua terp4ksa dibatalkan.

Sebab pakej aku pakej travel luar negara. Aku short bahagian belanja, aku apply BPN, tapi tak lepas sebab ada SSM. Menangis sorang – sorang diri kt rumah. Ada waktu termenung sorang – sorang. Duit takde, poket kering. Aku minta pinjam sikit dengan wife aku untuk cover bahagian sewa rumah aku.

Tup – tup, selang beberapa minggu. Jualan produk aku naik lepas PKPB dilaksanakan, alhamdulillah ada untung. Dapat cover balik, selang lagi beberapa minggu, result GKP keluar, dapat lagi rezeki. Rezeki tak pernah salah alamat, asalkan kita di jalan yang betul.

Kalau kita menyimpang, sampailah kita di destinasi lain. Semoga kita semua para suami terus berjuang untuk berada di landasan yang betul. Dan doakan kami suami isteri terus berbahagia dan dimurahkan rezeki. – Abey (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fatin Adilah Hj Saufee : Tahniah tuan dan isteri, semoga Allah terus melimpahkan sakinah, dan kasih sayang dalam keluarga. Percayalah, perempuan ni memandang usaha dan konsistensi. Nafkah yang terhad, tetapi hasil dari titik peluh yang bersih dan sentiasa bertawakal pada Allah, itu lebih baik dari emas yang ditabur – tabur dari hasil yang kotor dan angkuh.

Nilai itu yang penting dan bermakna bagi suami isteri. Jika ada yang kecewa lihat suaminya pendapatan sikit saat suaminya sudah berusaha yang terbaik, mungkin perempuan itu yang perlu bermuhasabah diri.

Mashitah Mashie : Alhamdulillah. Ahirnya ada jugak lelaki berkualiti yang bergelar suami. Ok sikap macam ni susah nak jumpa. Kebanyakan lelaki sekarang pemalas. Maaf bukan nak judge tetapi itu hakik4tnya.

Tak semua tapi ramai yang begini. Tu sebab ramai perempuan yang dulu – dulu lemah lembut macam kucing parsi bertukar jadi harimau bintang. Ok lastly saya doakn awak dan wife dilapangkan rezeki dan bahagia hingga hujung nyawa, aamiinn

Faris Haikal : Inilah sikap yang patut ada pada seorang lelaki. Barulah benar – benar anak jantan. Kalau mengharapkan isteri untuk tanggung segalanya, sia – sia je jadi lelaki kan.

Nor Hazilah Yong : Orang perempuan ni kadang – kadang dia tak kisah pun lelaki tu keje apa, asalkan rajin dan ada usaha nak ubah hidup. Bila dia tengok suami dia susah, kemudian dia pun tak kisah nak hulur atau sama – sama bantu.

Tapi yang banyak terjadi sekarang ramai yang ambil kesempatan atas kebaikan isteri. Dahlah kerja rumah tak nak tolong, ada yang lagi teruk , suami ada skandaI kat luar. Tapi, to confessor, u did a great job.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?