Adik aku kena tahan sebab d4dah, abg aku plak buntingkan anak orang. Rupanya ini kifarah utk mak abah

Bulan lepas mak abah aku nangis2 sebab adik aku kena tangkap tapi kami takde duit nak ik4t jamin. Minggu lepas abang aku plak buntingkan anak d4ra orang, sedangkan dia budak sekolah agama, ada diploma syariah Islam. Bila aku fikir balik ni semua kifarah mak abah aku. Mak aku pernah mengata anak jiran..

#Foto sekadar hiasan. Aku seorang perempuan, dilahirkan dalam keluarga besar , ada 10 orang adik beradik dan aku anak ke 4. Keluarga aku bukan orang senang, susah jugak lah, atas sikit daripada fakir miskin. Baru – baru ni ada beberapa kejadian yang tergempar berlaku dalam keluarga aku dan aku harap korang yang bergelar ibu, ayah, pelajar, adik, abang, kakak dan sebagainya ambil iktibar dari cerita aku ni.

Bulan lepas, adik yang berumur 19 tahun kena tangkap sebab edar d4dah. Umur 19 tahun weh, terlalu muda untuk terjebak dengan naj1s d4dah dan sekarang dia ada kat penj4ra Kajang. Dia kena ik4t jamin 5k tapi keluarga aku tak mampu, maka mereputlah dia dalam penjara tu.

Tak lama lagi dia kena bicara, entah apa lah hukvman yang akan dikenakan, berdebar jugak nak tahu. Mak abah dah nangis sungguh – sungguh dah masa dia kena tangkap. Tapi kan weh, aku bersyukur adik aku masuk penjara, sebab bagi aku kat sana lagi tenang, tiada lagi d4dah, tiada pengaruh rakan dan penj4ra adalah tempat terbaik untuk bertaubat.

Aku harap dia duduk lama dalam tu dan keluar dalam kedaan yang sudah bertaubat. Aku harap korang sama – sama doakan adik aku berubah. Ha tu pasal adik aku, sekarang aku nak cerita kes abang aku pulak. Abang aku ni manusia paling sopan dan pendiam dalam keluarga.

Masa sekolah dulu pun dia murid yang sangat baik, bersekolah menengah agama pastu dia sambung diploma syariah islam. Abang aku manusia yang paling dipercayai oleh semua sanak saud4ra. Ye lah.. akhlak baik kan. Dah setahun habis belajar tapi abang aku belum ada kerja tetap.

Kiranya selama ni dia duk tukar – tukar kerja lah, duit gaji dia tak tahu pergi mana, sebab kitorang satu family tak pernah merasa duit gaji dia, nak belanja makan pun dia ngelat. Hmm, takpe lah tak kisah pun. M4kin besar, per4ngai dia m4kin pelik.

Dia selalu lari dari rumah, bila call tak dapat. Kitorang memang tak buat report sebab dia dah besar dan w4ras. Dia hilang lama weh, selalunya seminggu dua, bila mak abah tanya pergi mana, dia langsung tak jawab, dia sengih je.

Langsung takda adab dengan mak abah. Susah sangat ke nak minta izin untuk keluar dari mak abah? Mak dengan abah terasa sangat dengan per4ngai dia ni, dia anak lelaki sulung, harapan mak abah untuk jaga keluarga, tup tup gini pulak per4ngai dia.

Sabtu lepas abang aku dah nikah sebab dia dah buntingkan anak orang. Anak luar nikah. Mesti korang terk3jutkan seorang pelajar jurusan syariah islam boleh terIanjur. Aku susah sangat nak terima kenyataan ni, walaupun setiap kali aku pujuk diri sendiri dengan ayat, ‘dia manusia biasa, punya nafsu, dia bukan malaik4t.’

Sebagai anak, sebagai mak abah, kau boleh bayangkan tak betapa renyuknya hati mak abah aku, bila dapat tahu anak lelaki dia terIanjur. Abang aku pon nikah kat pejabat agama, mak abah aku pun tak dapat tengok anak lelaki sulung dia akad nikah dalam majlis nikah seperti yang diidamkan. Allahu.

Abah yang ada s4kit jantung hampir masuk hospitaI bila dengar berita ni. Lari dari rumah, ingat ke mana lah dia pergi, rupanya buat projek ngan awek dia. Abang aku dengan awek dia (now wife) tak duduk serumah sebab belum mampu nak ada rumah.

Kerja pun takdak, duit simpanan pun takdak, keluarga kami tak mampu nak tanggung. Family kitorang tak kenal pun siapa isteri dia sebelum ni, abang aku tak pernah kenalkan. Aku tak boleh maafkan abang aku weh, sanggup dia buat family kitorang macam ni, apa lah salah mak abah aku sampai anak kesayangan dorang sanggup caIarkan maru4h keluarga.

Bila aku renungkan masalah keluarga aku, aku tahu keluarga aku dah hilang barakah.Pertama, yang aku perasan kesilapan keluarga kami ialah mak abah aku kuat mengata anak orang atau keluarga lain. Pernah satu hari ni, ada anak orang kampung yang nak bertunang, dah siap pasang khemah kat luar.

Ye, anak orang tu memang muda, baru berumur 20 tahun, perempuan tak salah kot nak kahwin  muda. Masa tu kitorang satu family dalam kereta, boleh pulak mak aku cakap macam ni, “Hmm, ngandung anak luar nikah lah tu, tiba – tiba buat majlis.”

Allahuakbar, macam mana lah ayat ni boleh tepacul dari mulut mak, pastu boleh pulak abah mengiakan cakap mak. Akak sulung aku tegur mak, “mak cakap macam tu dah lah anak d4ra mak ramai, kang jadi kat keluarga sendri baru tahu.”

Mak baIas, “Dah keluarga dia macam tu.” Sekarang, nah ambik! Anak lelaki mak yang buntingkan anak orang. Kepada pembaca semua, jagalah setiap ayat yang keluar dari mulut kita, sebab semua tu doa yang melantun balik kat kita.

Kepada ibu – ibu dan bapa – bapa ingat korang ada anak, tak payah mengata, mengumpat anak orang, tak de paedah pun, kita tak tahu masa depan anak – anak kita macam mana. Kepada yang bujang – bujang, kena ingat korang ada adik, sed4ra mara dan future children.

Jaga lah tutur kata kita sebaik mungkin, percaya pada baIasan tuhan. Keduanya, keluarga dibina dengan rezeki dari sumber yang halal. Macam abah aku kan, dia bendahari surau, jadi dia yang pegang duit surau. Boleh agak tak ape yang berlaku??

Ya, abah aku selamba je guna duit tu untuk bayar apa – apa (yuran, barang dapur, bill dan macam – macam lagi). Sama ada abah aku ganti balik duit tu ke tak, aku tak tahu. Lagi satu, abah aku dipertanggungjawabkan untuk jaga surau sebab surau depan rumah je tapi ayah aku macam salah guna kuasa je.

Pinggan mangkuk, cawan surau digunakan kat rumah, buat macam harta sendri. Bukan tu je, kerusi, meja tikar milik surau pun family aku guna buat macam harta sendiri sampai rosak. Ini cerita 10 tahun lepas sehingga kini, masih lagi berlaku.

Aku nasihatkan korang, jangan ambil mudah hal rezeki. Janganlah guna duit yang diamanahkan, walaupun ada niat untuk ganti. Once kita dah buat, ia akan jadi habit tau. Pastu datang pulak hasutan s3tan, kau tak ganti.

H4ram weh duit tu. Kalau ada terguna barang orang, pulangkan. Walaupun tuan punya barang tak tuntut dan buat – buat lupa, check balik barang kat rumah tu, kalau – kalau ada barang bukan hak milik korang, pulangkan.

Kalau rezeki pun bukan dari sumber halal, maka keluarga hilang keberkatan tu weh, tu yang anak – anak buat hal yang bukan – bukan, macam keuarga aku. Ketiga, bila nak anak ramai, renungkan balik niat kita sebab apa, tengok balik ekonomi keluarga, tengok balik kemampuan emosi kita nak bagi perhatian kat ramai anak – anak.

Tak guna jugak ada anak ramai tapi terabai dari segi perhatian dan kasih sayang. Kualiti tu penting, bukan kuantiti. Aku terima takdir Tuhan ini sebab banyak yang aku boleh belajar dari masalah keluarga aku ni dan boleh aku jadikan pengajaran bila dah berkeluarga nanti.

Mohon kalian mendoakan kebahagiaan keluarga aku, dan kesihatan yang baik untuk mak dan abah. Sungguh, aku sayang keluarga aku . – Anak Mak Abah

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.