Biras dengki bila mertua selalu puji aku masak. Lepas aku masak pengat pisang, aku dgr anak dia jerit menangis

Bila aku dah ada dekat rumah, mula la biras ambil minyak nak urut si mertua, buka shopee suruh mertua pilih baju – baju atau beg yang mertua nak. Satu hari bapak mertua aku cakap dia teringin nak makan spagheti yang aku masak. Bila biras dengar dia terus masuk bilik. Cerita jadi meIetop bila..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, nama aku Ayuni. Berusia 27 tahun. Bekerja di sebuah bank di ibu negara. Aku baru sahaja berkahwin awal tahun ini. Suami aku bekerja sebagai kerani. Gaji tak sebesar aku tapi mampu lah menyara hidup kami sementara masih belum ada anak ni.

Dipendekkan cerita, suami aku ada 3 adik beradik. Sorang masih belajar, dan sorang lagi dah berkahwin. Suami aku anak kedua. Masalah yang aku hadap ni, isteri kepada abang ipar aku AKA biras aku macam tak suka dengan aku.

Mula – mula aku rasa perasaan aku saja tapi lama – lama m4kin melebih – lebih pulak. Diorang ni dah kahwin tiga tahun. Dah ada sorang anak pun. Masa mula – mula suami aku bawa aku pergi rumah mertua aku, dia buat tak tahu saja dengan aku.

Pandang muka aku pun taknak. Oh ya, biras aku ni duduk sekali dengan mak mertua. So suami aku dah bincang, kitorang tumpang sekejap lah rumah mertua sebelum dapat rumah sewa. Aku pun ok jelah sebab aku memang ade loan rumah sebelum kahwin lagi tapi belum dapat kunci.

Aku tak pernah cerita pun pasal rumah tu kat suami aku. Masa mula – mula aku hidup dalam rumah tu, si biras ni memang buat semua kerja dalam rumah tu, walaupun dia tak layan aku, aku tetap bercakap dengan dia macam biasa.

Aku ni pakar la jugak bab masakan sebab ibu aku dulu pernah buka kedai makan. Jadi bila aku masuk rumah tu, bab memasak ni aku laju saja. Sarapan pagi sampai ke makan malam aku yang masak. Sebelum ni mak mertua yang masak.

Si biras kerjanya mengemas rumah dan lain – lain lah. Bapak mertua aku ni memang puji melambung lah masakan aku, mak mertua aku tarik nafas lega sebab dah ade yang pandai masak dalam rumah sebab bapak mertua aku ni cerewet sikit pasal makanan.

Habis dah kalau hari – hari dok kene puji saja, si biras ni macam menyampah lah. Aku ni baru 5 bulan kahwin, tiba – tiba tengah makan ramai – ramai, si biras ni buka cerita pasal kakak dia. “Kakak Nora kan yang baru kahwin awal februari hari tu dah ada isi. Dia memang awal – awal cakap taknak merancang sebab umur m4kin tua kan. Ayu bila nak ade isi?”

Aku memang tak merancang pun, lagi pun baru 5 bulan aku kahwin. Kau dah kenapa orang tengah makan tiba – tiba buka cerita pasal anak mentang – mentang kau dah ade anak. Aku senyum jelah baIas “ Insya Allah”. Hari berganti hari, si biras m4kin rapat pulak dengan mak mertua sampaikan aku nak duduk sembang berdua pun mesti dia nak join sekali.

Sebelum ni suami aku cakap, si biras memang jenis suka duduk rumah. Tapi sejak aku datang, dia rajin pulak ikut mak mertua ke pasar, ke rumah jiran, hatta pergi kedai depan rumah pun nak ikut. Aku tak kisah pun semua tu sebab aku ni bekerja.

Tapi wajib bagi aku sebelum pergi kerja, aku akan buat sarapan, makan malam pulak, kalau aku balik awal mesti aku akan masak. Tapi setiap kali hujung minggu memang tugas aku lah dari pagi ke petang kat dapur. Aku pun ok saja.

Si biras ni, bila aku dah ade kat rumah, mula la dia ambil minyak nak urut si mertua, buka shopee suruh mertua pilih baju – baju atau beg yang mertua nak. Semua tu dia buat bila aku dah duduk ruang tamu nak bersembang dengan diorang.

Bila aku buka mulut saja nak berbual mesti dia muka menyampah dia tu. Bapak mertua suka berbual dengan aku. Sebab bapak mertua aku dulu pun bekas pekerja bank. Nanti macam – macam lah cerita pasal tempat kerja dia dulu.

Si biras ni tak boleh nak menyampuk sebab dia pun tak bekerja. Aku ni power masak spageti aglio olio, sekali bapak mertua dah rasa, dia asyik mintak saja setiap kali sarapan. Tengah dok berbual – bual dekat ruang tamu pun, si bapak mertua boleh request, “Ayuni esok sarapan masak spageti lagi ya” aku tak kisah pun.

Tapi si biras ni terus bangun masuk bilik. Geram kot sebab bapak mertua tak pernah request dia masak apa – apa. Cerita dia meIetop bila, aku ada buat pengat pisang. Lepas siap masak tu, aku letak lah atas meja makan dengan periuk – periuk sekali.

Aku masuk bilik nak mandi. Tiba – tiba anak buah aku AKA anak si biras ni (Adam) menjerit. Kitorang pun kalut lah semua pergi dapur. Rupa – rupanya pengat pisang tu tertumpah kena pulak si Adam ni. Menjerit – jerit budak tu.

Aku serba salah lah sebab aku yang letak atas meja tadi. Sudahlah masih panas, melecur kakinya. Si biras ni terus meng4muk, dimarahnya aku “ Ayuni, kalau nak masak apa – apa jangan lah letak letak atas meja, dah tau budak suka memanjat” aku macam eh habis aku nak letak mana?

Aku pun mintak maaf lah, akui kesalahan aku. Aku siap nak bawa lagi Adam tu ke kIinik tapi si biras ni em0si tak habis. Tiba – tiba keluar dari mulut dia “tak habis – habis nak tunjuk pandai masak, kembang lah asyik kena puji”

Aku rasa itulah luahan hati dia selama ni sampaikan terlepas cakap masa tengah marah. Masa tu mertua aku, suami aku pun ade sekali. Aku ni meleleh dah air mata. Suami aku terus start kereta bawa si Adam ni ke kIinik. Aku tak ikut.

Balik dari kIinik, tak habis lagi tu, “Ayuni lepas ni tak payah lah masak macam – macam, buat s4kit anak orang saja” aku diamkan saja. Terus aku masuk bilik. Suami aku masuk bilik, pujuk aku yang meleleh air mata dari tadi.

Malu kot aku kene herdik macam tu. Aku cakap suami aku, kita carilah rumah sewa. Cukup lah 5 bulan kita duduk sini. Aku malu nak menumpang kat situ lagi. Seminggu lepas tu aku dapat rumah sewa. Mertua aku pun berat hati nak bagi aku pindah tapi diorang pun faham jugak kenapa aku nak pindah.

Jadi hiduplah aku kat rumah sewa. Sewa apartment kecil saja untuk duduk berdua. Tapi rezeki dari Allah sebulan lepas tu, agent rumah call aku untuk sign agreement dan ambil kunci rumah. Ya Allah, meIompat lah aku gembira tak terkata sebab rumah pertama kan.

Aku call lah mak mertua bagitahu yang kita dah dapat kunci rumah. Mak mertua pun gembira sebab dia tak suka anak menantu dia duduk menyewa. Si mertua mengadu, bapak mertua asyik sebut – sebut saja masakan aku.

Sejak pindah ni, mak mertua aku yang masak. Si biras ni memang tak pandai masak. Kerja dia mengemas saja. Beberapa minggu lepas tu, rumah baru pun siap renovated. Kitorang pindah. Rumah kondominum saja bukan landed tapi cantik la lepas aku renovated.

Aku suka upload gambar – gambar  rumah aku dalam status Whatsapp. Si biras ni tiap kali aku upload, mesti dia akan jadi orang pertama yang tengok. Dia pun selalu upload quotes kat status whatsapp “harta benda ni tak bawa m4ti”

Aku tahu status tu untuk aku sebab hanya aku saja yang boleh tengok status tu, bila aku tengok guna handphone suami aku, status tu takde. So memang aku sorang saja yang boleh tengok. Bila mertua aku datang ke rumah aku, dia tak pernah ikut.

Eh bukan ke sebelum dia yang paling rajin suka ikut mertua ke mana – mana. So bila aku dah pindah, tak payah susah – susah dia nak amik hati mertua lagi kan. Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita tapi cukup lah sampai sini.

Oh ya, mana yang tanya mana suami si biras tu, abang kepada suami aku tu selalu kerja outstation. Dia taknak pindah dari rumah tu sebab mak mertua aku ada mention yang rumah mertua tu nanti nak bagi kepada dia. Sebab dia kan anak sulung.

So biras ni mungkin rasa tu bakal jadi rumah dia so dia taknaklah aku menumpang lama – lama kat situ. Tapi hidup aku bahagia dah dengan rumah baru hasil titik peluh aku sebelum kahwin lagi. Ditambah pulak dengan kehadiran bakal insan baru, sebab aku disahkan mengandung 2 bulan selepas aku masuk rumah baru.

Mungkin mood happy aku naik sebab duduk berdua saja dalam rumah. Hari – hari macam honeymoon sebab tinggal berdua saja kan. Sekian cerita aku. – Ayuni (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Kak Ain : Sebenarnya sikap pandai mengemas ni, bukan ‘sahaja’. Ia sama level dengan orang yang pandai masak sebenarnya. Tapi sebab masyarakat kita tidak melihatnya begitu. Cuba sehari tak ada yang menyapu mengemas ruang, seminggu tak sental bilik air…tak bahagia juga ahli rumah.

Sepatutnya anyg ini juga perlu dipuji – puji. Kerja – kerja sepatutnya ada giliran, kalau tak gilir, semua pihak kena terima bahagian masing – masing dan orang tua pula janganlah hanya memuji anak menantu tertentu sahaja.

Nur Afiza : Sebenarnya masalah puan nie hal kecil je. Jangan keruhkan keadaan yang aman damai sebelum ni. Cuba letakkan diri puan kat situasi biras tu. Biras puan lebih lama duduk dengan mertua. Puan baru beberapa bulan kahwin dan duduk dengan mertua.

Biras puan housewife dan maybe tak ramai kawan. Bila puan selalu kena puji dengan mertua memang lah biras puan rasa kecik hati. Biras puan mungkin rasa rendah diri dan kecik hati bukan dengki..=

Nana Dagang : Saya doakan, moga biras confessor dimurahkan rezeki keluar dari rumah tu, biar mak mertua dengan ayah mertua plak mengemas rumah tu. Dah dia ringan tuIang pun tak de orang hargai. Kedang – kadang bila orang jealous dengan kita, sebab dia kekurangan, sebab dia rasa rendah diri, kita yang kena kesiankan pada orang yang jealous, bukan m4kin nak menunjuk bagi dia m4kin jealous.

Kalau confessor pandai bergaul, pandai bawa diri, cuba ajak biras tu berjalan – jalan, bawa dia berjalan – jalan, belanja makan sedap – sedap kat kedai makan, belanja dia aiskrim, belanja dia skincare, confirm dia dah takkan jealous.

Malah lebih suka bila confessor yang “rezeki lebih” suka berkongsi dengan dia. By the way saya doakan moga biras kaya raya, nanti duk rumah sendiri je. Rumah mak ayah mertua tu, biar mereka kemas sendiri je la, kalau tak hargai menantu tolong kemas.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.