Aku Maira, dalam keluarga aku semua kerja akan dibuat oleh orang perempuan sehinggalah bab repair lampu, pintu rosak, pasang gas dan betulkan kipas. Ayah aku langsung tak tahu buat melainkan mengarah dan m4ki – m4ki bila ada yang salah. Bila aku dah kahwin ayah dan adik beradik macam mula buIi aku dan suami. Sehinggalah suatu hari, ayah buat keputvsan suruh aku suami isteri, duduk pindah sekali dengan mereka..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca – pembaca sekalian. Terima kasih admin andai confession ku yang sudah lama terbuku di dalam hatiku ini disiarkan. Moga menjadi pengajaran kepada para pembaca yang lain. Straight to the point.
Nama aku Maira. Seorang isteri kepada suami kiriman Tuhan hampir 4 tahun. Malangnya kami masih belum dikurniakan anak lagi kerana aku mempunyai s4kit PCOS.
Confession aku ini berkenaan keluarga dan juga suami aku. Bila bercakap tentang keluarga, kita selalu bayangkan perkara yang indah – indah. Ibu bapa yang baik, adik beradik yang penyayang dan sebagainya. Tetapi dalam kes aku dan suamiku, sangatlah berbeza.
Aku merupakan anak bongsu daripada 7 orang adik beradik termasuk aku. Dalam 7 beradik, 2 sahaja yang perempuan iaitu aku dan kakak ku. Kami semua telah berkahwin. Sedikit latar belakang tentang keluarga aku, ayah aku boleh dik4takan dalam kategori orang alim.
Selalu berjubah, rajin baca Quran, rajin ke surau dan rajin ketuai solat jemaah untuk kami sekeluarga. Adik beradik aku yang lain pun boleh dik4takan kategori alim tapi tak la sampai selalu berjubah.
Hanya alim yang biasa – biasa sahaja. Sejak kecil ayah aku selalu beri tazkirah tentang agama kepada kami sekeluarga lepas solat jemaah sampai lah kami semua masing – masing dah berkahwin.
Aku boleh katakan secara terus terang, di sebalik latar belakang keluarga aku ini, bagi aku keluarga aku adalah t0ksik. Adik beradik t0ksik, ayah t0ksik, ipar – ipar pun t0ksik. Dan yang selalu jadi m4ngsa adalah aku dan suami ku.
Sejak dulu lagi, dalam keluarga aku hanya perempuan sahaja yang buat kerja – kerja rumah. Bukan setakat itu, kerja – kerja seperti tukar mentol, tukar gas, betulkan kipas, semua perempuan yang buat. Ayah aku sejenis yang serba tak tahu. Buat air minum sendiri tak tahu. Pasang dapur gas tak tahu.
Repair almari tak tahu. Semua tak tahu. Yang tahu kerja – kerja ini adalah ibu aku, aku dan kakak ku. Sampaikan kerja – kerja berat seperti alih perabot dan pasu besar pon kami yang perempuan yang buat. Kerja ayah aku senang, hanyalah mengarahkan itu ini terutama sekali pada ibu.
Kalau apa yang ibu buat tak sempurna, ataupun ada kesalahan dalam mana – mana tugas ibu, ayah akan marah ibu, perIi ibu, m4ki ibu. Dan yang paling teruk ayah akan marah ibu depan kami adik beradik.
Ibu ada dar4h tinggi dan peny4kit yang lain – lain. Bila ibu asyik kena marah, dia akan str3ss, sampaikan beberapa kali masuk hospitaI sebab str3ss dengan ayah.
Ayah pulak sejenis yang pentingkan diri. Tak kira la ibu s4kit teruk macam mana pun, ayah akan p4ksa ibu buat macam – macam kerja. Masak, kemas rumah dan sebagainye.
Bila ibu s4kit, ayah tak pernah jaga ibu. Tapi bila ayah s4kit, ibu jaga dengan penuh cermat. Dalam pada ibu menjaga ayah s4kit, ayah masih m4ki – m4ki ibu sebab kadang ibu terleka sebab buat kerja rumah yang lain.
“Kau ni lembab la! Kau nak aku m4ti ke!!”
“Mana ubat aku! Dah pukuI 11 pagi dah ni! Macam mana ko jage suami ni!”
“Aku tengok kau ni asyik cuai la. Buat semua benda asyik silap je memanjang.”
Ayat – ayat ni aku dah selalu dengar dah depan mata aku sendiri. Aku yang mendengar pun rasa s4kit hati, ape tah lagi ibu ku yang selalu menjadi m4ngsa m4kian.
Ayah selalu fikir dia je yang betul. Walaupun orang dah cakap yang dia salah, ayah akan cakap dia je yang betul dan taknak dengar pendapat orang lain. Sampaikan lama – lama ayah nampak macam orang yang bod0h bila asyik menegakkan benda yang salah.
Sebagai contoh, biasa lah orang tua kadang – kadang tak berapa mahir pakai whatsapp dan sebagainye. Ayah aku selalu post perkara – perkara ilmiah dalam group family besar kami. Dalam group tu ada sepupu dan pakcik makcik.
Jadi dalam post tu, ayah aku sepatutnya menggunakan emoticon jari telunjuk tapi sebaliknya ayah guna em0ticon jari tengah maybe sebab rupa yang seakan sama kedua – dua em0ticon tu. Adik beradik aku yang lain pun tegur ayah dan cakap tu jari menc4rut tu ayah.
“Nanti aku tanya kawan surau aku. Kita tengok sapa betul sapa salah. Aku tahu la apa yang aku tulis.”
Dan sampai sekarang dia masih gunakan emoticon jari tengah tu dalam group. Maka terserlah lah kebod0han ayah aku dalam group tu. Semua orang dah malas nak tegur dah.
Cukup pasal ayah aku. Adik beradik aku dan ipar – ipar aku pon tak kurang t0ksiknya. Masalah adik beradik aku adalah mereka semua suka mengarah – arahkan aku dan suami buat itu ini mungkin disebabkan kami bongsu dan masih belum ada anak lagi.
Bawak mak ayah aku jalan – jalan, kami berdua. Bawak mak ayah pergi kenduri, kami berdua. Semua kami berdua yang kena buat.
Tak kisahlah kami berdua ada hal atau plan lain atau tak, kami akan dip4ksa adik beradik aku sampai kami cakap yes.
Suami aku dah banyak kali terp4ksa batalkan hasrat nak berkumpul dengan keluarga dia semata – mata nak memenuhi arahan – arahan adik beradik aku. Kalau kami tak ikut apa yang diarahkan, mereka akan tarik muka, terasa hati, dan perIi memerIi kami.
“Kau kena ingat Maira, kami ni adik beradik kau, keluarga kau, masa ko susah – susah dulu sape yang tolong. Kitorang jugak.”
Itulah ayat mereka yang selalu diulang. Seingat aku masa aku susah dulu, tak ade sorang pon tolong. Mereka sikit pun tak sedar, setiap kali balik kampung, aku dan suami yang kemas bilik – bilik mereka, cuci tandas mereka, lipat baju anak – anak mereka.
Mereka hanya datang, dan goyang kaki sahaja. Kalau ikut hati, aku dan suami nak biarkan mereka kemas sendiri, tapi ibu ayah aku yang suruh. Alasan ibu ayah sebab mereka tak nak adik beradik aku terasa kalau bilik tak kemas, tandas kotor dan baju tak berlipat.
Padahal bilik aku dan suami, kami kemas sendiri dan ibu ayah aku tak ade pulak kisah pasal kami terasa ke atau tidak. Dan aku juga lah yang kena mandikan anak – anak mereka, bagi makan pada anak – anak mereka apabila adik beradik ku ‘busy’ menonton TV atau keluar berjalan – jalan.
Bila aku merungut, ibu dan ayah marah aku dan cakap aku berkira. Padahal aku pun manusia biasa. Kenapa layanan kepada aku dan adik beradik yang lain sangat – sangat berlainan. Aku pun penat jugak, aku pun perlu rehat. Badan aku tak kuat macam orang lain.
Secara jujur, aku rasa tenang bila berdua dengan suami di rumah kami. Suami merupakan orang yang penyayang dan bertanggungjawab.
Latar belakang suami dan keluarganya adalah sangat berbeza daripada keluarga aku. Suami berasal daripada keluarga yang agak moden, financially stable dan sebagainya. Kadang – kadang di rumah suami, mereka speaking sikit – sikit termasuk la anak – anak buah kecik mereka.
Adik beradik suami aku semua lelaki dan semua juga sudah berkahwin. Suami juga macam aku, seorang anak bongsu.
Dari segi alim, sangat jauh lah daripada keluarga aku. Tapi mereka masih menunaikan solat 5 waktu walaupun tak berjemaah. Mereka saling mengingatkan satu sama lain untuk solat. Dan of course tak pernah berjubah ataupun berkain pelik4t.
Ape yang aku tertarik dengan keluarga ini adalah, mereka selalu buat apa – apa bersama. Masak sama – sama, beli barang sama – sama malah nak teb4ng pokok sama – sama.
Dan yang paling best, dalam keluarga sini perempuan tak perlu buat kerja berat – berat. Tak pernah jadi h4mba laki – laki dalam keluarga ini. Perempuan di sini hanya buat kerja yang ringan dan dibantu oleh yang lain.
Suami juga seorang yang ringan tuIang. Seorang yang sudah biasa buat kerja – kerja rumah dan juga pandai masak. Aku rasa masakan dia lagi sedap daripada masakan aku.
Di rumah kami aku tak pernah buat kerja – kerja berat. Suami yang akan uruskan biasanya. Aku juga jarang masak sorang – sorang, melainkan kalau suami ada kerja lain yang perlu dibuat.
Itu pun selepas selesai kerja, suami akan terus tolong aku di dapur. Disebabkan aku ada PCOS, doktor tak sarankan aku str3ss dan buat kerja berlebihan. Dan aku sangat bersyukur bila suami paham situasi aku. Kalau aku tak larat nak masak, suami akan masakkan. Tak pun hanya order delivery je.
Di rumah kami, aku dapat berehat dengan cukup sebab suami sangat – sangat berdikari dan manja kan aku. Kalau aku s4kit, suami akan tuamkan kepala aku, urut kepala aku dan baring sebeIah aku sampai aku sembuh. Aku bersyukur suami aku tak seperti ayah aku yang pushy dan selfish.
Pada asalnya suami sangat bersabar melayan kerenah keluarga aku. Suami ikutkan sahaja apa yang diarahkan. Suami k0rbankan keluarga dia sendiri, semata – mata nak puaskan hati keluarga aku. Kalau adik beradik balik kampung, aku dan suami pun kena p4ksa balik jugak.
Mereka takkan kisah kalau sepatutnya minggu tu balik kampung suami ke tak. Yang penting mereka nak kami ikut apa yang mereka suruh. Suami terus bersabar dan akurkan jugak permintaan mereka. Kalau hari raya, aku dan suami memang ada jadual yang tetap.
Kalau tahun ni raya kampung aku, tahun depan raya rumah suami aku. Tapi seperti biasa, bila adik beradik aku masuk campur, tahun yang sepatutnya balik rumah suami, dip4ksanya kami raya kampung aku.
Sebab alasan mereka, mereka semua available pada tahun tu. Nak meriah katanya. Sekali lagi suami bersabar dan ikutkan sahaja.
Lama kelamaan, kesabaran suami aku m4kin tipis. Dan pada suatu minggu, aku dan suamiku balik ke kampung aku. Adik beradik ku yang lain pun sama.
Sedang kami sekeluarga berbual, ayah ku dan adik beradik yang lain tiba – tiba memberi pendapat untuk aku dan suami tinggal bersama ibu ayah ku di kampung. Ayah kata supaya aku boleh masakkan dan kemas rumah. Ayah tak nak ada bibik sebab mahal.
Adik beradik aku semua setuju dan sokong ayah aku. Mereka suruh aku berhenti kerja untuk tolong jaga anak – anak mereka. Mereka kata mereka akan bayar aku setiap bulan.
Aku hampir menangis sebab aku dah tak tahan asyik disuruh itu ini. Aku tak tahan sebab orang lain asyik aturkan hidup aku walaupun aku dah berkahwin.
Aku cakap pada mereka, aku kena jaga kesihatan badan aku kalau nak senang mengandung. Aku tak boleh buat kerja – kerja berat. Doktor yang kata kena selalu rehat, jangan str3ss, jangan banyak buat kerja, kalau tak peranakan aku akan lagi teruk dan possible langsung tak boleh pregnant.
“Apa yang beratnye. Buat kerja – kerja rumah je kot. Biasa la tu. Ko ni jangan berkira boleh tak. Kitorang ni adik beradik kau tau. Manjakan sangat badan tu”. Kata adik beradik ku.
“Dah tu sape nak kemas – kemas rumah ni. Kalau Maira ada boleh tolong – tolong ibu masak untuk ayah. Suis dengan pintu pon banyak r0sak dah tu. Ayah harapkan Maira je repairkan. Tak payah banyak fikir la, cakap je kat suami ko tu yang ko nak duduk sini.” Kata ayah aku.
Tiba – tiba terdengar bunyi d3ntum yang kuat. Aku tengok di hujung ruang tamu, nampak suami aku dengan muka yang amat marah. Dahi berkerut dan kelihatan mata sedikit berkaca.
Tak pernah aku tengok expr3ssion suami aku yang macam tu. Di dinding sebeIah suami ternampak frame gambar yang pecah mungkin di tumbvk oleh suami ku. Suami aku terus luahkan kemarahan dia. Dan aku masih ingat the exact words yang suami cakap pada keluarga aku.
“Aku bersabar lama dah dengan korang – korang semua ni. Tak habis – habis suruh Maira buat itu ini. P4ksa buat itu ini. Tapi sek0r pon tak kisah or tak tanya Maira sihat ke tak, ok ke tak. Masing – masing buat bang4ng je. Selfish! Anak – anak korang pon tak terjaga, kenapa nak suruh Maira jaga kan.
Kalau tak reti jaga anak, tak payah beranak. Tak payah susah kan orang lain. Lepas tu masing – masing pandai pulak. Nak suruh buat apa – apa, terus contact Maira. Suruh Maira pujuk saya. Lepas ni apa – apa yang korang nak, korang direct dekat saya terus.
Jangan go through Maira dah. Setiap hari saya akan check fon Maira, saya akan baca chat – chat korang and kalau korang call Maira, saya akan make sure saya yang angkat, ataupun paling kurang, saya akan duduk sebeIah Maira and dengar ape yang korang nak.
Kalau saya kata ok, then fine tak ade masalah. Kalau saya kata tak ok, thats it, tolong jangan suruh Maira pujuk saya, tolong jangan ulang apa yang korang nak. Saya cakap sekali je sebab the next time saya cakap, penumbvk saya yang cakap kat korang. Yang ayah pon satu hal.
Ada 3 orang lagi kan anak yang duduk tak sampai 10 minit dari rumah sini. Kenapa nak suruh kami yang pindah sini. Bagi saya ni lebih daripada limit saya dah. Tolonglah stop susahkan orang, tolong stop susahkan mak, tolong lah belajar buat kerja – kerja rumah sendiri.
Benda simple pon tak boleh buat. Tak guna solat 5 waktu, baca Quran, tapi layan isteri macam sampah, terjerit – jerit, m4ki – m4ki kat mak macam orang giIa. Tolong jangan jadi suami bod0h. Maira, jom kemas – kemas barang, kite balik rumah terus. Tak payah tunggu malam.”
Lebih kurang macam tu lah ayat suami aku. Lepas tu terus sunyi ruang tamu, sorang pon tak berani berkata apa – apa. Somehow aku rasa lega bila suami buat macam tu. Aku rasa seperti diIindungi. Sejak kejadian tu, takde lagi dah arahan daripada keluarga ku.
Dan semua keluarga aku block whatsapp aku. But thats fine. I don’t care anymore. Sebab mereka pon tak care pada aku pon.
Puan – puan, ada sebab kenapa Islam suruh isteri taat pada suami. Bukan pada ibu bapa, adik beradik, pakcik makcik. Tak. Suami. Sebab lepas bernikah, suami lah yang lagi kenal isteri dia macam mana. Ibu bapa kita hanya kenal kita sebagai anak sahaja. Itu je tahap dia.
Sama juga macam adik beradik. Ibu bapa dan orang lain takkan kenal seorang perempuan itu melebihi seorang suami kenal isteri dia. Suami yang baik, penyayang, akan pr0tect dan takkan menyusah kan isteri mereka. Bak kata orang putih, happy wife, happy family. Salam dan terima kasih. – Puan Not Real Name (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
رافيده نعيم : Ada juga kisah macam ni. Tapi bila dah dah penghujung usia, beranak pinak bercucu. Ditakdirkan suami pergi dulu. Dah tak ada yang nak pertahan isteri. Lagi pun busuk – busuk daging dibasuh, dikincah, dimasak dimakan juga. Bila suami dah tak ada. Isteri kembali kena buIi adik beradik sendiri. Macam – macam disuruh. Nak penuhi permintaan mereka, anak – anak yang berkeluarga yang menjadi m4ngsa. Nak diIawan emak sendiri.
Shellena Rosli : Husband of the year! Sorry lah ye, walaupun diorang tu family tapi layanan diorang kat confessor lagi teruk dari binatang, esp si ayah kat si ibu. Walhal kalau anjing beranak skalipun sayang kat anak – anak dia cukup sejuk mata kita memandang. Ni namanya iman tu sampai kat lidah jer tapi xsampai kat hati. Memang bagus move si suami keluarkan wife dia dari t0xic environment tu
NorAshida Sinin : Beruntung maira dapat suami yang rajin menolong dan memahami. Semoga maira diberikan kebahagiaan, namun keluarga janganlah dilupakan. Walau seteruk manapun, ibubapa dan adik beradik. Moga ada sinar yang terbaik untuk keluarga maira.
Nadiah Abu Bakar : Apapun sis, jangan putvs hubungan dengan mak dan ayah walau seburuk mana layanan mereka. Mengkin boleh jarakkan sementara tengah panas tapi tetap cuba contact dan mungkin kirim duit dan sebagainya. Bukan apa, air dicinc4ng takkan putvs. Sis baru kahwin 4 tahun. Badai di hadapan kita tak pernah tahu. Apa sekalipun jadi, biasanya mak akan kutip kita. Apapun semoga jod0h sis dan suami berpanjangan dan hubungan kekeluargaan sis dapar dibaiki terutama dengan mak dan ayah. Aamin
Sofea Rania : For the first time aku sangat setuju dengan suami maira ni.. sangat responsibIe dan sangat memahami isteri yang ada s4kit. Maira, you have a good husband that care on you. Untuk keluarga Maira, korang sangat tak membantu adik korang, asyik mengungkit tapi tak nampak pertolongan dari segi apa yang korang buat untuk adik bongsu korang. Yang tau cuma ungkit banyak tolong tapi apa yang ditolong? Aku suka confession ni.