Lepas 18 tahun bercerai mak terima semula bapak kembali dalam keluarga kami sebab dia janji dah berubah

Sepanjang mereka bercerai bapak tak pernah bagi nafkah dan tiba – tiba selepas 18 tahun bapak muncul kembali. Mak pun setuju untuk kahwin semula sebab bapak cakap tak akan buat perangai dulu. Tapi rupa – rupanya sehari sebelum diorang kahwin semula, dia dah pukuI mak sebab berkawan dengan lelaki lain masa mak ‘janda’.

#Foto sekadar hiasan. Aku berumur 23 tahun dan merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik. Mak aku seorang yang selalu bagi aku semangat. Adik – adik aku pun kekuatan aku juga walaupun kamiĀ  punya g4duh macam dalam WWE. Cuma, aku ada masalah dengan bapak aku. Bapak aku dik4tegorikan dalam golongan “jantan kepar4t”. Dia sangat panas baran, pandai berhutang dan pandai menipu.

Sebelum ni masa aku kecik, mak aku dah bercerai dengan bapak aku sebab dia ada betina lain, nafkah tak bagi, kaki pukuI. Selama dia ceraikan mak aku, dia sekali pun tak pernah bagi kami adik beradik duit nafkah, yang dia tinggalkan adalah hutang piutang dia.

Nak dipendekkan cerita, masa aku umur 18 tahun, dia terpacuI balik dalam hidup aku dan mak aku pon terima dia balik lepas dia berjanji tak akan buat perangai dulu lagi. Memang aku dan adik – beradik yang lain tak setuju sebab kami yakin yang dia akan buat perangai sama dan tak akan berubah.

Tapi mak aku degil, dia nak juga jantan tak guna macam tu balik dalam keluarga kami dan diorang pun bernikah semula (seminggu sebelum nikah, bapak aku pukuI mak aku sebab marah mak aku kawan dengan lelaki lain masa mak aku janda, jahatkan?) Lepastu dia berjanji tak akan pukuI mak aku sambil junjung al-quran.

Sekarang umur aku dah 24 tahun, dia buat perangai jahat dia balik, panas baran, nafkah tak bagi, kereta atas nama mak aku dia tak bayar sampai kena tarik. Mak aku tak reti bawa kereta, bapak aku tu yang guna kereta.

Yang paling terbaru, hari Ahad 2 minggu yang lepas, mak aku dah tak tahan sangat, mak aku minta cerai, bapak nak par4ng mak aku. Korang boleh bayang kan ke tak? Masa tu mak aku dalam bilik, aku dengar mak aku menjerit, aku masuk tengok bapak aku tengah nak ambil par4ng. Mak aku nangis – nangis bagitahu aku, aku cuba cakap elok – elok dengan bapak aku. Bila aku tinggikan suara aku, dia Iempang aku.

Mak aku tarik aku, tak kasi aku menjawab balik. Yang paling terkilan, bapak aku kata dia sanggup bunvh kami, dia tak kisah masuk Iokap. Dia siap halau aku keluar rumah, jujur aku boleh keluar dari rumah tapi aku tahu kalau aku keluar dari rumah, macam – macam lagi dia boleh buat dekat mak dengan adik – adik aku.

Mesti korang akan persoalkan kenapa tak report polis.. Mak aku tak kasi, mak aku takut s3tan tu datang tempat kerja mak aku dan buat kacau. Dan sekarang, bapak aku jarang balik rumah, tak bagi duit belanja, bil semua atas mak aku, loan bank semua atas nama mak aku, kereta mak aku kena bayar walau bukan mak aku yang guna.

Aku dah usaha habis baik nak tolong mak aku, aku online bisnes, aku ada jual kek sikit – sikit, aku ada buat fr0zen kuih sikit – sikit, untung aku dapat, aku tolong mak aku. Masalahnya sekarang, sampai bila mak aku kena tanggung semua ni? – sis hopeless

Komen Warganet :

Puteri Fateen Waffy : Ni lah masalah orang pompuan, tak boleh nak move on. Asyik – asyik nak bagi peluang. Sekarang pergi je mahkamah syariah, jangan nak tangguh – tangguh lagi. Tolonglah report polis, ini dah melibatkn soal nyawa. Kalau jadi apa – apa pada ibu atau adik – adik baru nak menyesal dah tak berguna. Kenapa nak Iindung lagi laki macam tu?

Siti Hajar Marjani : Saya rasa sis patut call talian nur ataupon sis belajar pertahankan diri macam siIat atau taekwando untuk kepentingan keluarga sis. Sila bercerai, maaf mungkin agak kasar tapi saya rasa ini dah melebih. Dan itu satu peny4kit yang sangat bah4ya. Sis report polis.

Na’im Hyptadious Lypi : Baik ko report polis or sed4ra mara ko sebelum jadi lagi truk. Ko nak harap apa dari orang macam tu. Tapi ko kena ingat dia bapak ko. Satu tu je la bapak ko. Walau ape pun ko buat ko tak akan boleh ubah hakik4t dia tu bapak ko. Suatu masa dulu mesti ko pernah rasa kasih sayang dari dia. Manusia boleh berubahkan dengan izin Allah. Tapi baik mencegah dari mengubati.

Ulfa Humairah : Allah, hebatnya sis boleh bersabar sampai sekrang. Sis pergi buat report polis sebelum tu kumpul bukti dan saksi yang ada supaya ayah awak boleh di tahan serta merta. Kalau tak nanti ayah ada peluang nak buat kacau dekat tempat kerja mak awak. Selepas report pergi mahkamah failkan cerai, inshaaAllah boleh sebab ayah sampai nak ced3rakan mak dan anak – anak. Saya sangat – sangat berharap moga Allah Iindungi sis dan family sentiasa. Semoga ayah sis dapat hidayah secepat mungkin..

To Wan : Eeyyy.. Aku pulak yang panas baca benda ni. Ambik kisah dia jadi pngajaran untuk kita orang laki. Tuhan bagi kekuatan bukan untuk pukuI perempuan. Tapi untuk Iindungi perempuan. Jangan salah guna kekuatan yang kita ada. Tapi geram je aku dengan bapak ko ni. Kalau betul paiIang tak yah ler par4ng mak ko, perempuan insan yang lemah. Pergi cari Iawan yang sama kuat.