
Masa bulan puasa hari tu adik ipar tak bercakap dengan aku. Jadi sepanjang bulan puasa, aku berbuka seorang dalam bilik, suami hanya alas makan dengan mak mertua, sebab taknak dipanggil anak derh4ka. PukuI 9, suami bawa aku keluar makan..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, tolong hide akaun ya sebab Facebook pinjam. Aku tak tahu nak luah dekat siapa. Aku dah berkahwin hampir setahun dah. Alhamdulillah dapat suami yang baik, rajin kerja dan bertanggungjawab. Kami tinggal dengan mentua sebab suami dua beradik saja. Suami anak sulung. Kami belum ada anak dan kami berdua bekerja.
Awal perkahwinan kami tak ada masalah pun dengan mentua. Sebab mentua pun dua – dua bekerja. Adik ipar masih belajar dekat USM Pulau Pinang. Sebelum berkahwin suami setiap kali gaji memang tak pernah lupa bagi duit dekat mentua dan adik ipar.
Nak dijadikan cerita beberapa bulan sebelum kami berkahwin suami ada masalah kewangan yang teruk sebab kena tipu dengan kawan. Aku ambil keputusan untuk bantu suami. Majlis kahwin kami memang simple dengan bajet tiga ribu saja. Tapi aku tak kisah.
Lepas kahwin mentua suruh kami tinggal bersama. Yelah suami pun dua beradik saja kan. Kami apa lagi terima saja ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Lepas berkahwin suami hanya bagi dekat mentua saja setiap bulan. Memang kami berdua bekerja tapi disebabkan ada masalah kewangan, baki selepas tolak komitmen hanya seribu tiga ratus ringgit. Bagi mentua lima ratus ringgit.
Baki tu lah kami buat makan sampai hujung bulan. Mana cukup nak bagi adik dia lagi. Lagipun mentua memang bekerja jadi tak ada masalah nak bagi dekat adik ipar tu. Barang dapur kami kongsi dengan mentua beli. Sesak juga kami waktu tu.
Mentua tahu kami ada masalah kewangan cuma entahlah tak tahu nak cakap macam mana. Yang mentua tahu setiap bulan kena bagi duit dan beli barang dapur. Aku memang tak kisah sebab tu jadi tanggungjawab suami memandangkan kami tinggal dengan mentua.
Awal – awal memang semua ok tanpa masalah. Tapi satu tabiat adik ipar ni suka sangat beli barang dalam talian. Hampir setiap minggu beli barang. Masa tu adik ipar masih tunggu keputusan STPM. Jadi bila tak cukup duit yang mentua bagi, dia minta dengan suami.
Aku tak bagi suami kasi sebab barang yang dia nak beli bukan keperluan. Tambahan kami sendiri ada masalah dan adik ipar bukan tak tahu tu semua. Sejak suami dah tak bagi duit dekat dia, adik ipar mula buat per4ngai. Hasut mentua macam – macam.
Dan adik ipar bertambah naik lemak sejak dapat masuk USM. Semua kehendak mentua penuhi. Siap sindir suami jangan lupa bagi duit dekat adik ipar. Tapi suami tak bagi juga sebab kesian dekat aku. Sepatutnya suami kena bagi nafkah dekat aku tapi masih tak mampu. Lagipun mentua bekerja. Tak jadi masalah besar buat mentua untuk bagi dekat adik ipar.
Awal bulan Februari suami g4duh besar dengan adik ipar. Benda kecil saja kalau diikutkan. Tapi adik ipar memang sengaja nak cari masalah. Masa berg4duh adik ipar halau kami. Mentua macam biasa tak pernah cakap salah apa yang adik ipar buat.
Waktu tu adik ipar dah semester satu dekat USM, dapat dekan pula lagi mentua sayangkan anaknya tu. Tapi sebab memang kami masih belum mampu, jadi lepas kejadian tu kami buat macam biasa. Tapi aku memang kecil hati. Masa bulan puasa adik ipar dah bercakap dengan suami tapi tak dengan aku. Mungkin dia anggap sebab aku suami sekarang tak pernah bagi duit dekat dia.
Aku jenis yang tak kisah. Tak nak bercakap, aku duduk diam saja. Tapi yang betul buat aku sedih sangat sepanjang adik ipar dekat rumah, waktu berbuka puasa dia tak nak aku dekat meja makan. Seminggu dekat raya aku memang berbuka dalam bilik sorang – sorang.
Suami nak teman tapi aku tak nak. Aku suruh suami berbuka puasa dengan mentua. Tapi suami memang alas perut saja. Lepas berbuka puasa pukuI sembilan memang suami akan ajak makan luar. Takut aku lapar. Mesti korang tanya kenapa suami berbuka dekat rumah kan, sebab mentua tak izinkan berbuka puasa dekat luar.
Aku tahu suami tersepit antara aku dengan mentua. Tapi aku redha. Mentua memang ikut cakap adik ipar tu yang jadi macam ni. Lepas kejadian tu semua ok saja sebab aku pun tak suka nak perbesarkan. Aku reda. Suami pun dah janji lepas masalah selesai dia akan bawa aku pindah sampai hujung tahun ni saja.
Memang masalah dah selesai awal bulan ni. Jadi tengah kumpul duit untuk bayar deposit rumah saja sekarang. Akan tetapi adik ipar tengah cuti semester sampai awal bulan depan. Sekarang aku memang banyak makan hati dengan sikap mentua sebab terlalu dengar cakap adik ipar. Alkisahnya tanpa sengaja aku terdengar perbualan antara mentua dengan adik ipar.
Macam – macam adik ipar hasut mentua. Suruh kami berambus, cakap menyusahkan duduk rumah mentua. Tapi yang paling aku tak boleh terima ada part dia sengaja tak nak buang air rendaman kaki mentua sebab nak bagi aku mandi pagi – pagi. Setiap malam memang mentua akan rendam kaki dia.
Jadi adik ipar pun cakap dekat mentua dah berapa lama mentua tak buang setiap kali rendam kaki. Allah sampai macam tu sekali. Nasib aku memang tak pernah mandi air yang ada dalam baldi. Tapi mentua depan aku bukan main baik lagi.
Pernah juga mentua panggil aku orang luar dekat suami. Tu pun tanpa sengaja aku terdengar. Harapkan suami jangan harap dia nak beritahu sebab aku tahu dia tersepit. Macam macam aku kena hadap sekarang ni sejak adik ipar cuti semester. Aku banyak berkurung dalam bilik lepas balik kerja.
Adik ipar memang busuk hati. Ada saja yang tak puas hati dan hasut mentua. Sampai tak ada benda nak hasut, pasal kasut aku pun dia nak komplen. Adik ipar bertambah berlagak sebab teman lelaki dia dah dapat kerja sebagai jurutera lepasan master. Jadi dia rasa dia akan senang. Tambahan dia pula sekarang tengah ambil degree.
Lagipun aku memang tak suka dengan sikap dia yang terlalu h4mbakan mentua. Tak pernah selama ni dia kemas rumah. Kain baju mentua yang basuhkan. Mentua balik kerja pukuI sembilan. Lepas tu masak untuk adik ipar. Aku kadang – kadang kesian dekat mentua.
Penat balik kerja nak masak lagi. Aku bukan tak nak masak tapi entah apa yang adik ipar hasut dekat mentua sampai mentua tak pernah sentuh masakan aku. Suami pun sekarang bila dah stabil dia tak bagi aku masak sangat. Yelah kami berdua saja tak ada siapa nak makan.
Baik beli, aku pun tak penat, suami cakap. Aku kalau cuti habis satu rumah aku bersihkan sebab kesiankan dekat mentua. Tapi tu pun ada saja salah aku. Aku pun tak faham dengan mentua sampai ikut sangat telunjuk adik ipar. Suami suruh bersabar sampai hujung tahun saja.
Tapi aku memang dah tak mampu sangat. Macam – macam yang aku hadap. Tak mampu nak senaraikan dah. Adik ipar panggil aku b0doh dan b4bi tapi mentua tak pernah marah. Suami tegur nanti suami yang mentua cakap anak derh4ka.
Apa yang suami buat selama ni tak pernah mentua hargai. Duit belanja yang kami bagi mentua tak pernah ucap terima kasih, malah bila bagi dia cakap “eleh tu saja ke mampu bagi”. Adik ipar saja betul. Aku tak pernah nak cerita dekat mak aku sebab tak nak mak aku sedih anak perempuan dia kena hadap macam ni.
Ulasan pembaca :
Eva Natasha : Pesan dekat suami puan tu, jangan lembik sangat jadi abang. Bagi peIempang sekali dekat adik dia tu, biar dia tahu hormat orang. Tak perlu takut kalau nak mengajar adik sendiri. Dulu aku ada adik ipar kurang ajar macam ni, perempuan pula tu. Sekali suami aku bagi peIempang baru dia rasa hormat dekat abang dia. Kalau tak besar kepala dekat rumah macam dia pula bos.
Heaven Heart : Sebaiknya dah berkahwin keluar lah dari rumah keluarga, lagi – lagi keluarga mertua. Terutama kita perempuan memang cepat saja orang nampak buruk. Walaupun kita dah buat yang terbaik pun sebab bila kita buat baik ada yang tak puas hati.
Akan cakap macam – macam dekat mentua untuk kita dibenci. Bagi kita yang perempuan kebanyakan akan tempuh masalah ni. Kita tetap orang luar. Mentua tetap menangkan anak dia sendiri walaupun anaknya pemalas, buruk per4ngai dan seangkatan.
Kita buat apa pun tetap orang nampak buruk. Biar saja, masing – masing akan tempuh nanti adik – adik ipar atau yang bergelar ipar pun akan rasa. Dunia ni mudah saja, karma. Berdoalah agar ipar – ipar kita dan mak mentua kita ni diberi hidayah, dapat menilai kaca dan permata. Wallahualam.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.