
PukuI 2 pagi aku terus ser4ng whatsapp janda tu. Dia boleh cakap dia sengaja bergurau dengan suami aku. Gurau siap panggil ‘biy’. Dia cakap dia gurau dengan suami aku. Panjang lebar aku membebel. Dia tu ustazah, patut dia lebih tahu la bab batasan.. Pagi tu aku hilang kawalan..
#Foto sekadar hiasan. Namaku Amy. Maaflah kalau coretan ku ini memboringkan.. Mungkin masalah ini sangat remeh bagi sesetengah orang. Segalanya bermula beberapa minggu lalu, di mana 1 group whatapps ditubuhkan dan Suami aku seorang ahlinya.
Group ini bertujuan untuk mengumpulkan rakan – rakan sekolah beliau untuk mengadakan rombongan ke Kelantan melawat bekas Guru mereka pada cuti Merdeka ini. Group ini seperti medium jejak kasih mereka. Macam – macam lah topik diborakkan setelah beberapa tahun berpisah.
Topik yang dibincangkan pun baik baik je tiada yang mengarut. Rombongan nanti boleh dikatakan reunion mereka juga. Yang menjadi masalah kepada aku sekarang seorang perempuan ni. Aku namakan dia sebagai Ani, sebaya suami aku. Suami aku dan Ani sering whatapps personal.
Suami aku kata whatapps biasa – biasa saja. Tapi aku kurang percaya. Aku tak nampak apa pentingnya personal chat antara mereka. Suami sering clear WhatsApp diorang. Kadang – kadang ada yang aku sempat baca. Dapatlah sedikit info yang Ani tu seorang janda anak 4. Seorang Ustazah sekolah rendah.
Dalam salah satu chat yang aku sempat baca, hanya suami aku yang tahu dia tu seorang janda. Aku tak kisah pun dia janda ke apa. Yang aku kisah kenapa mereka berhubung, bergurau senda di dalam personal whatapps. Bukan dalam group.
Suami aku kata ada perkara yang boleh diskus kat group. Ada yang kena personal. Tak nampak pun perlu personal ke apa. Ani tu, kalau nak mengadu pasal ada salah seorang kawan lelaki diorang kacau dia, ajak buat benda tak baik boleh aja mengadu dengan orang lain. Kenapa dengan suami aku.
Yang menjadi kemuncaknya, yang buat aku marah sangat nya aku jumpa screensh0t whatapps dia panggil suami Biy. Ayat dia, “Biy o biy.. sorry line tak clear.. Nak jumpa petang ni boleh, rindu.” Ber b4bi b4bi pulak dengan suami aku ye. Aku tak taulah suami aku sengaja screensh0t or tak sengaja sebab phone dia senang sangat screensh0t nya.
Kena 3 jari dia dah boleh terus screensh0t. Aku tengok screensh0t tu dalam pukuI 1.30 pagi Dalam pukuI 2 pagi macam tu aku tak sabar sangat aku hantar screensh0t tu ke nombor Ani. Aku ser4ng dia, tanya, what it this? Dia cakap dia gurau dengan Jamal (suami aku)je. Whatt???
Aku cakap gurau apa dengan suami orang macam tu. dia minta maaf dengan aku. Panjang lebar aku membebel. Sebut dia ustazah la, patut dia lebih tahu la bab batasan. Dia cakap lepas ni dia takkan contact suami aku lagi. Senang je? dia tak tau gurauan tu buat hidup aku ni kucar kacir. Malam tu sepanjang malam aku tak boleh tidur.. Aku sabar tak k3jutkan lansung suami malam tu.
Pagi esoknya, aku meng4muk. Aku hempas barang, sep4k pintu sebab geram sangat. Tapi aku pula kena marah sebab kurang ajar dengan dia. Dah tu aku tak tau macam mana lagi nak luahkan rasa marah, geram. Aku rasa seperti hilang kawalan pagi tu.. dengan tak tidur semalamannya.
Aku bagitau la dia sebab aku meng4muk. Dia minta maaf kat aku dan bersumpah dia takde apa – apa dengan Ani tu. Berair mata dia. Dia bagitahu dia takkan contact Ani tu lagi. Dia cakap aku kena percaya dia. Dia takda orang lain selain aku je. Aku tak rasa tenang pon.
Aku memang jadi syak macam – macam pada diorang ni. Terfikir diorang ni selalu ke jumpa sebelum ni? Kami tinggal di bandar yang sama. Tak must4hil pon berjumpa. Tapi Ani dah bersumpah yang diorang tak pernah lagi keluar berdua.
Mungkin aku yang terlalu kuat cemburu. Screensh0t whatapps biy biy tu mungkin betul – betul gurauan. Aku tak boleh nak elak dari fikir bukan – bukan. Aku ni terukkan? Tak open minded. Kerana gurauan tu aku jadi asyik fikir negative ke suami aku. Macam mana ye nk hilangkan rasa syak wasangka aku ni.. Aku ingat muka pompuan tu rasa geram sangat. Dengan suami aku pun aku dah rasa tak ikhlas. Apa harus aku buat ye?
Ulasan Pembaca :
Aida Princess Shana : Dulu husband ada group WhatsApp reunion tempat kerja lama. Mula – mula tengok dia galak sangat dengan telefon, memang asyik pegang je. Aku perhatikan je dulu, belum bersuara lagi. Tapi lama – lama aku bersuara juga. Pedas ayat aku macam ayam tiga kali pedas kaw – kaw McD. Masa tu jugalah dia terus left group. Mestilah ada yang WhatsApp personal. Dia siap tanya aku boleh balas tak. Aku buat muka je. Jadi faham – faham sendirilah.
Maimoon Haji Abu : Senang cerita dik, masuk dalam group WhatsApp sekolah dia. Tunjukkan pada kawan – kawan dia. Biar dia rasa malu. Kalau dah pukuI satu dua pagi macam tu, tu bukan bergurau. Tu namanya gatal. Sebelum banyak perkara berlaku, baik – buat macam tu. Dah banyak jadi dalam group sekolah ni. Ada yang bercerai, sanggup tinggalkan isteri. Yang bini pun sanggup tinggalkan laki.
Mis Lynnda : Kau kena lebih hati – hati lepas ni. Salah satu punca aku bercerai, cerai fasakh, pun disebabkan group reunion sekolah. Bekas suami aku pergi reunion sekolah, lepas tu bertemu balik dengan kekasih lama dia. Masing – masing bukannya status single, tapi masih bersayang – sayang lepas habis reunion. Kau fikir, apa kejadahnya diorang berdua nak bersayang – sayang sedangkan status masing – masing bukannya lelaki bujang dengan anak d4ra? Hangin betul aku bila teringat perkataan reunion group sekolah ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.