
Biras saya hanya baik dengan ipar yang lain sebab mereka dah ada anak, sedangkan saya seorang je yang takde anak. Asal nampak saya dia jeling saya. Ada satu majlis tu, Saya duduk kat kerusi, dia sindir lah yang dia mengandung kena duduk kerusi orang tak mengandung duduk bawah.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama saya Rissa. Di sini saya akan meluahkan rasa s4kit hati yang mendalam tentang biras saya. Saya mempunyai 3 orang biras, semua biras saya perempuan dan dua orang biras saya semua baik – baik sahaja kecuali dengan seorang biras saya ni. Dia terlalu t0xic.
Kenapa saya panggil biras saya t0xic? Sebelum tu saya perkenalkan dengan korang tentang biras saya, biras saya seorang housewife tidak berkerja dan dia hanya ada business sikit – sikit untuk bantu suami dia. Manakala saya bekerja dengan syarikat swasta dan suami berkerja sebagai pegawai kerajaan.
Kehidupan biras saya dan adik ipar tak susah dan tak senang, tetapi mereka tak bersyukur. Mahu juga nak hidup mewah macam orang lain tapi tak ikut kemampuan mereka. Suami dan abang ipar beli rumah, mereka pun nak jugak beli rumah, tapi loan tak lulus sebab sebelum kahwin adik ipar saya ada buat loan.
Saya ni jenis yang bergaya ikut kemampuan, sebab adik beradik saya suka bergaya. Dengan saya bergaya ni kerap jadi perhatian biras saya. Dia perhatikan atas bawah kemudian jeling saya. Biras saya ni juga berasal dati family yang pecah belah dan t0xic sangat.
Sebelum dia kahwin dengan adik ipar saya. Dia dah buat hal, dia still contact dengan ex bf dia dan dia ada cakap buruk tentang family mertua, dia cakap family mertua suka kemewahan sahaja dan dengan cousin suami saya jugak dia nak cemburu.
Sebelum mereka kahwin, dia tak nak rapat dengan kami bakal biras – biras nya yang lain. Pernah sekali tejumpa dengan saya kat event, saya senyum kat dia, dia buat – buat tak nampak. Apa lagi nak bertegur. Pelik kan. Yang lagi pelik lagi, selepas dia masuk kat family suami, dia over friendly sementara, asal nampak saya dan biras – biras yang lain dia friendly dan bertegur sapa.
Saya pun layan lah sahaja, Tapi sekarang dia lain dah. Dia hanya bertegur sapa dengan biras – biras yang lain yang mempunyai anak. Tetapi saya dia pulaukan. Maklumlah saya belum ada anak. Pada suatu hari, Saya ni try lah nak borak – borak dengan dia.
Tetapi dia baru je saya nak cakap dia terus pergi dan tunjukan muka tak suka dia dan jeling saya. Saya tak tahu apa Salah saya kat dia, sebab kami jarang jumpa. Biras saya ni suka buruk kan family dia kat mak mertua saya. Pasal dia buruk kan family dia kat mertua tu saya tak kisah langsung.
Yang saya s4kit hati dengan biras saya ni ialah dia dah start tunjukkan yang dia tidak suka dengan saya. Tanpa sebab. Asal nampak saya dia jeling saya tetapi dalam dalam dia perhatikan saya. Yang paling saya tak suka ialah dia kerap suruh adik ipar iaitu suami dia bertanya kepada suami saya tentang saya balik ikut suami bermalam kat rumah mertua atau tidak dan sebagainya. Tu saya tak peduli langsung.
Yang sampai saya hilang sabar ialah masa waktu puasa, biras saya suruh suami dia bertanya kepada suami saya, yang saya ni ada jual kek lapis atau tidak. Sedangkan biras saya sendiri ada bisnes kek lapis, Kenapa pulak dia tanya saya ada jual kek lapis atau tidak. Pelik kan.
Mungkin dia takut saya jual kek lapis, business dia akan lingkup kot. Saya takde masa jual kek lapis ke apa sebab saya kerja tak de masa langsung. Yang paling saya tak suka ialah dia kerap bertanya tentang saya dari orang lain. Tapi depan saya dia buat saya tak wujud pulak.
Pernah sekali saya mengadu dengan marah – marah kat suami sebab s4kit hati dengan biras saya, jadi perg4duhan besar bagi saya Dan suami. Tapi lama – lama suami saya mula faham sikap biras saya ni sebab sebelum kahwin dah biras saya t0xic.
Dan suami try untuk jauhkan saya dengan biras saya. Yang lagi ketara ialah waktu hari raya, dia try buat cerita tentang saud4ra suami saya tak pandai jaga anak. Supaya biras saya ni dapat perhatian oleh keluarga suami saya. Saya dapat perhatikan biras saya ni suka nak ambil perhatian kat family suami saya, kadang – kadang saya rasa meluat lah juga dengan biras saya ni.
Berapa hari yang lalu biras saya bagi tahu mertua yang dia baru mengandung berapa minggu, mak mertua pergi heboh lah sebab dia gembira ada cucu baru. Yang saya s4kit hati biras saya sengaja nampakkan tanda – tanda mengandung depan saya.
Masa majlis kat rumah paklong suami saya, rumah dia tak banyak kerusi untuk duduk, yang tak dapat kerusi, duduk kat bawah je. First come first serve. Saya duduk kat kerusi, dan kerusi sebelah saya kosong. Biras saya rasa meluat tengok saya duduk kat kerusi.
Dia sindir lah yang dia mengandung orang tak mengandung duduk bawah. Terus suami saya duduk kat sebelah saya. Suami meluat dengan dia. Ada je orang mengandung duduk bawah, Dan kalau dia nak kerusi, kenapa tak duduk sebelah saya? Kerusi sebelah saya kosong. Dia sengaja s4kit kan hati saya. Salah kah saya belum mengandung?
Kadang – kadang saya rimas dengan biras saya yang sorang ni. Biras saya yang lain ok je. Tapi dia ni lah kadang – kadang buat saya rasa malas nak datang perkumpulan belah suami. Tapi teringat kan keluarga suami baik sangat Dan mertua yang baik saya datang juga. Sebab mereka tak de Salah dengan saya. Korang doakan ye saya kuat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.