Adik lelaki ‘panas’ bila tengok suami aku rajin. Dia ceramah, ‘isteri kena taat pada suami, hal kerja rumah kerja isteri.’

Adik beradik lelaki aku, selalu bagi ceramah, kononnya perempuan kena taat kat suami nanti, perempuan paling banyak dalam ner4ka. Baru – baru ni adik lelaki aku yang baru kahwin setahun jagung, dengan lantangnya berkata isteri kena taat suami, katanya lagi, hal kerja rumah kerja isteri, suami cari nafkah sahaja…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Mawar, umur hampir 40 tahun dan berkeluarga. Sebenranya bukan kehendak aku nak berkahwin dan ada anak – anak. Tapi boleh katakan jodoh dan qada qadar Allah. Aku mempunyai adik beradik yang ramai dan majoritinya lelaki.

Dari kecil aku agak lasak, bergurau kasar, jenis staight to the point. Aku tak suka berkawan dengan budak – budak perempuan sebab selalunya bila bermain, end up orang ni nak merajuk lah, itu lah ini lah. Pastu nanti akan geng dan berpuak – puak, banyak cengkadak.

Jadi, aku selalu berkawan dengan budak lelaki je. Cuma satunya, bila kita rapat dengan budak lelaki. Mesti timbul soal minat dan suka kan. Padahal aku niat nak berkawan je. Bila orang lelaki dah start confess, aku akan autom4tik jarakkan diri sebab tu bukan tujuan aku berkawan.

Macam mana aku boleh kahwin dengan suami aku, salah satu cirinya dia jenis tak hiraukan aku atau tunjuk minat nak kat aku.. huhu… dia terus jumpa parent aku. Dan aku sedar – sedar je, aku dah bernikah. Orang kata, kun fayakun. Itulah jodoh.

Luckily suami aku bukan typical lelaki melayu. Aku agak reluctant nak kahwin asalnya, bila aku tengok per4ngai adik beradik lelaki aku. Masa berkawan dengan lelaki kita tak kenal betul – betul. Tapi adik beradik lelaki aku, yang aku hadap dan hidup bersama hari – hari, buat aku rasa aku tak nak kahwin.

Arw4h ayah aku dah lama meninggaI. Mak aku pulak jenis lebihkan anak lelaki di mana anak – anak lelaki tak diminta buat kerja rumah. Nak makan, atau nak minum, yang perempuan ni kena sediakan. Baju – baju semua mak aku kutip, basuh, sidai, lipatkan.

Pakej simpankan dalam almari. Dari kecil, aku memang s4kit hati. Bayangkan bangun tidur, aku kemas rumah, sidai kain, ikut mak pergi pasar, balik siang ayam ikan, masak, sapu rumah. Siap hidang semua, lelah tak habis lagi.

Adik beradik lelaki aku bangun, terus buka tudung saji. Aku baru nak labuhkan punggvng atas kerusi, nak hilangkan penat jap, kalau tak cukup air kang, mak aku akan panggil aku juga buatkan air. Tu belum waktu aku baru nak suapkan makanan, ada lah yang arahkan nak sudu lah, nak garfu lah.

Macam tak boleh bangun ambil sendiri. Lepas makan, pinggan dalam sinki berlonggok – longgok. Seorang pun takde hati nak basuhkan. Selalu aku akan tunggu penuh dulu baru aku basuh tapi selalunya mak aku akan bising suruh basuh terus.

Kau bayangkanlah, sinki tu tak pernah kosong, takkanlah kerja aku setiap masa basuh pinggan. Muka aku memang duduk dapur je lah, tambah lagi adik beradik lelaki aku, selalu bagi ceramah “agama”, kononnya perempuan kena taat kat suami nanti, perempuan paling banyak dalam ner4ka.

Lepas tu kalau aku member0ntak, dan aku basuh pinggan berbunyi kuat sikit, mak aku akan bising. Lepas tu adik beradik lelaki aku akan tambah, ceramah pasal anak derh4ka. Ewah – ewah, kau seluar kau termasuk spender kau melingkar atas lantai, mak yang kutip.

Dah lah spender berlubang kau, mak juga yang tolong belikan. Ada hati nak ceramahkan aku. Kebanyakannya aku takkan menang la sebab mak aku akan sokong adik beradik lelaki aku. Nak kata diorang ni buat kerja – kerja berat, boleh bilang dengan jari je berapa kali setahun atau tak pernah buat langsung.

Paling elok sikit, adik lelaki bawah aku ni lah yang boleh diharap sikit tapi mulut dia ya rabbi, buat kerja sikit je, bodek mak aku bukan main. Mak aku seolah tak nampak, kerja – kerja seharian mak siapa yang tolong. Belum lagi, adik – adik kecil aku, aku yang mengasuh, buat susu, basuh b3rak, mandikan tapi mak aku akan menangkan anak – anak lelaki.

Pendek kata, aku ni anti lah dengan lelaki yang tak sedar diri ni dan aku tahu bukan senang nak dapat suami yang faham tugas dan tanggungjawabnya. Mungkin berkat doa dari kecil, aku dapat suami yang bertimbang rasa. Aku pun dari awal kahwin, aku dah sharing dengan suami pasal hal – hal kerja rumah, tanggungjawab masing – masing.

Suami aku takde masalah dalam hal ni. Adik beradik lelaki aku semuanya kahwin lambat, diorang sempat tengok betapa soleh suami aku membantu isterinya dalam hal rumah dan hal anak – anak. Aku dari zaman sekolah, ustaz – ustaz dan ustazah – ustazah dah terangkan pasal kerja rumah ni bukan atas pundak isteri sahaja.

Bab mendidik anak juga bukan tugas isteri sahaja. Tapi adik beradik lelaki aku masih ada yang tipikal. Baru – baru ni adik lelaki aku yang baru kahwin setahun jagung, dengan lantangnya berkata isteri kena taat suami, katanya lagi, hal kerja rumah kerja isteri, suami cari nafkah sahaja.

Disebabkan aku dah matang sikit, malas dah nak g4duh adik beradik, aku diamkan sahaja. Ada betul dan salahnya. Jadi aku nak luahkan kat sini. Sekarang ramai dah ustaz ustazah di media yang bagitahu tentang kerja rumah ni tanggungjawab suami juga.

Dulu – dulu aku belajar kat sekolah je. Bila benda ni dah well known, aku personally tak setuju dengan perempuan – perempuan yang suka ambil kesempatan. Suka ambil benda agama ni separuh – separuh bab hal kerja rumah, kau nak ikut pula kata ustaz ustazah tapi bab aur4t, kau tak nak pulak.

Lepas tu kau nak berlepas tangan pulak bila suami tak nak bagi kerjasama dalam hal kerja rumah sampai bertindak kurang ajar dengan suami. Orang lelaki sekarang bukan macam zaman nabi, yang ada sifat tanggungjawab nak berjih4d, bukan duduk main game sampai nak kena panggil makan minum baru nampak muka.

Zaman dulu kerja, guna kudrat tuIang empat kerat, sekaramg kerja dalam aircond. Kau penat, isteri pun penat sebab bekerja laki bini. Rasulullah saw pun jahit sendiri baju yang koyak, takde bising – bising. Makan je apa ada, bukannya demand itu ini.

Ini kau takde sudu garfu pun kecoh. Lelaki sekarang bekerja cari nafkah? Berapa ramai lelaki yang demand bayar separuh – separuh perbelanjaan rumah. Kalau isteri tak kerja, ibarat berd0salah tolong mandikan anak, tolong buang sampah.

Kalau isteri suri rumah, layaknya buat macam orang gaji je lah. Sebab kau dah bagi tempat tinggal? Cuba kau seminggu lah duduk rumah rasakan jadi orang gaji dan pengasuh budak. Kau pun akan faham erti letih dan penat.

Lepas tu bab taat kat suami. Berapa ramai lelaki yang ped0, hisap vape, hisap r0kok, hisap g4nja, ket4gih p0rno, kaki pukuI. Lelaki macam ni nak kena taat, sebab atas dasar dia “lelaki” je ke. B0dohnya pemikiran, aku ni jenis pegang pada al-quran, aku bukan baca quran saja – saja, aku belajar juga masa sekolah, aku baca juga tafsir – tafsir.

Pencapaian akademik aku lagi bagus cemerlang daripada adik beradik lelaki aku, tu memang terbukti. Tapi ibaratnya kau pandai macam mana pun, level kau memang duk bawah kaki “lelaki” je lah? Bezanya aku tak sambung pelajaran dalam bidang agama, sebab aku menyaksikan ramainya orang – orang b0doh dalam tu.

Yang eg0nya, yang suka pusing hujah sebab nak menang dan nampak hebat, yang kuat mengata. Tak setuju sikit, mula cari geng untuk pulaukan, suka cari pengikut. Kalau yang baik – baik sikit confirmlah kena buIi. Tak boleh terima perbezaan pendapat, childish.

Orang perempuan pulak selalunya lembik, kena diam, angguk – angguk je. Aku tak suka persekitaran belajar agama ni. Jadi berbalik taat pada suami, aku cari juga dalil dalam quran kenapa tak ada cerita pasal taat pada suami, yang ada taat pada Allah, Rasul dan Ulil amri.

Yang ada juga cerita pasal tugas dan tanggungjawab suami, isteri. Dan kalau tengok balik khutbah terakhir Rasulullah saw cerita pasal berbuat baik pada wanita, dalam hadis ya ada pasal taat pada suami tapi setiap konteks hadis berbeza.

Aku fokuskan pada Quran, pasti ada sebab kenapa Allah tak sebut. Naturally orang perempuan ni sifatnya pengasih sebab tu dikurniakan rahim. Orang perempuan ni kau tak yah suruh. Kalau kau lelaki dah lunaskan tanggungjawab, kau takyah suruh pun, dia dengan rela hati akan ikut apa kau cakap.

Kau tengok ya, berapa ramai perempuan yang kecundang sampai sanggup serahkan kemahkotaan wanitanya pada lelaki sampah. Walaupun ternyata lelaki tu sampah. Kau buat baik je, cakap elok – elok, puji sikit, dengan mudahnya dia akan follow kau.

Jadi tak perlu pun suruh taat pada suami. Kalau kau baik, kau buat apa Allah suruh buat, confirmlah dia akan ikut kau. Rumahtangga kau insyaAllah akan selamat bila kau ikut syariat. Kita perempuan pulak, jangan lemah sangat, bila dapat lelaki sampah ni, takyah lah takut sangat.

Lebih baik kau risaukan dan kau takutkan kau tak dapat didik anak dengan baik. Allah tak suruh kau taat suami, tapi Allah suruh taat pada Dia. Dalam islam, ada hukum syariat. Tu semua sebagai garis panduan untuk semua penyelesaian kepada masalah hidup, masalah rumahtangga.

Suami culas tanggungjawab, kita boleh fasakh. Kita hanya menjalani hidup mengikut acuanNya. Allah dan Rasul tempat teratas. Aku yakin dan percaya, bila kau letak Allah dan Rasul kat teratas, everything else will fall at their places.

Sebab tu aku dengan suami, dari awal kahwin aku cakap terus terang dengan dia, kalau dia buat benda meIanggar syariat, aku tak takut jadi janda. Apapun, aku tau ramai je lelaki yang faham bila ustaz ustazah bagitahu kerja rumah ni tanggungjawab bersama, selalunya yang bising, degang degung berhujah ni jenis eg0 dengan diri sendiri

Sebab tahu diri tak bagus mana, tapi nak nampak perkasa di mata orang lain. Walaupun kalau ada yang tak setuju dengan aku, dan asyik kata kita kena taat pada suami, teruskanlah. Cuma lepas ni kau depr3ssion, kau s4kit mentaI, takyah lah mengadu kat orang lain.

Orang lelaki, meh aku nak bagitau, kalau kau nak makan, bangun ambil sendiri makanan, basuh balik pinggan lepas makan, dah makanan pun isteri dah hidangkan. Kalau kau buka baju dan seluar, letak dalam bakul baju dah bakul baju pun isteri sediakan.

Kalau kau nak basuh tangan, bangun pergi kat sinki, dah sinki tak sampai 100m pun dari punggvng kau. Kalau benda level rendah macam ni pun kau nak orang lain buatkan untuk kau, baik kau tak payah hidup lah. Hidup pun menyusahkan orang lain.

Benda asas untuk hidup pun kau fail, macam mana nak jadi pemimpin? Allah lebihkan kau lelaki daripada perempuan dengan kelebihan kau yang ada. Tapi kalau level kau lebih teruk daripada baby. Aku rasa tak payah lah kau perasan kau jadi pemimpin.

Lebih baik takyah berkeluarga daripada menternak pew4ris kebenakan kau tu. Aku tahu benda ni sensitif nanti masuklah puak – puak so called “ustaz” bagi kau gelaran macam – macam sebab tak puas hati seorang perempuan tak nak tunduk pada seorang “lelaki”. Nak khabar, aku perempuan jiwa bebas merdeka dari mengh4mbakan diri kepada seorang “lelaki”. Sekian… – Mawar (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

فريدة حسن : Ni bukan sedas dua tapi berdas – das hehe. Terbaik la sis. Semua points saya setuju. Perempuan tak perlu suruh untuk taat sebab tu memang sifatnya bila kena dengan orang yang betul dan tepat. Best quotes from u: bila kita letakkan Allah dan RasulNya di tempat teratas, everything else will fall at their places.. Tq sis.

Hanis Nafiah : Pernah tengok kisah macam sis ni jugak in realiti. Air basuh tangan juga harus disediakan. Lelaki tau makan je. Basuh tangan, pinggan semua tinggal situ. Perempuan bak pelayan diraja, tukang angkat, tukang basuh dan segala macam tukang.

Kerana lelaki dik4takan pemimpin.. hebat macam mane perempuan tu sekali pon harus diceruk dapur siapkan segala keperluan lelaki dari hujung rambut sampai hujung kaki. Lelaki besar nantikan nak jadi pemimpin.. s4kit jiwa sis tengok.

Akif AkIm : Ada 1 perkara yang jelas nampak dalam kisah ni ialah cara didikan emak yang asyik menangkan anak lelaki. Emak sepatutnya ajar ank lelaki buat kerja – kerja rumah sejak dari kecil. Bila cara didikan emak sudah tak betul, tak kena pada tempatnya, akan susah lah hidup seperti yang dalam kisah ini.

Sepatutnya, puan perlu jelaskan pada ibu dan stand ur right. Banyak pengajaran yang dapat dari kisah ini. Kepada semua ibu bapa yang ada anak lelaki, didiklah anak lelaki dan didik yang betul sejak kecil dengan buat kerja – kerja rumah, sebab bila dah kahwin kelak, pasti akn bahagia rumah tangga. Suami yang rajin dan tahu urus rumah tangga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.