Lepas makcik bercerai dia duduk rumah kami. Dia langsung tak malu berkemban dalam rumah sedangkan ayah tu abg ipar

Lepas makcik bercerai, ibu ajak adik dia duduk sekali dengan kami. Mula – mula ok tapi bila dia dah start jaga budak 4 orang dekat rumah aku, aku dah mula rimas. Dia suka tengking anak – anak asuhan dia, anak – anak dia sendiri plak terbiar. Ayah aku ni dah macam berbini dua menanggung si janda dibuatnya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Maaf aku nak meluah sikit dekat sini. Nak luah dekat kawan, rasa aib plak, malu. Tapi aku harap dapat komen murni yang membantu sikit dari orang – orang yang lebih tua dalam ni.

Watak dalam cerita ni berkenaan dengan adik ibu aku, makcik aku la kira. Dia bercerai dengan suami dia dan ada 3 orang anak (11, 9 dan 4 tahun). Selepas bercerai dia menumpang rumah ayah aku sebab kitorang mulanya, kami ajak nenek (beIah ibu) duduk sekali.

Jadi bila dah ajak nenek, makcik pun ikut sekali la. Atuk dah meninggaI dunia. Untuk pengetahuan pembaca, nenek beIah ibu dan makcik tu diorang asal memang takde rumah. Makcik ni pun takde pekerjaan tetap sebab dulu masa kahwin dengan suami, dia hanya surirumah je.

Bila dah duduk rumah kami, makcik ni ada la ambil upah mengasuh budak – budak seramai 4 orang. Mak ayah budak – budak ni akan hantar anak mereka pagi, dan ambil petang. Rumah kami ni dah macam taska dibuatnya.

Itu mungkin aku boleh sabar lagi. Masalahnya, dia jaga anak orang ramai – ramai tapi anak dia sendiri plak yang terbiar. Anak – anak yang dia mengasuh tu kebanyakannya sebaya anak bongsu dia. Yang tambah s4kit hati tu, dia suka tengking – tengking anak orang tu.

Aku tak boleh la tengok budak – budak kecik kena tengking dah la anak orang. Aku jadi str3ss la dengan circle environment yang macam ni. Hari – hari ada je bising kat rumah tu dengan budak – budak menangis lagi, suara makcik aku tengking, marah – marah.

Aku dah la tengah belajar dekat rumah sekarang. Makcik ni macam tak sedar diri, hidup menumpang tapi bil dalam rumah, api, air tak pernah bayar sekali. Buat rumah pun macam rumah sendiri semak dengan barang – barang anak asuhan dia.

Ayah aku ni dah macam berbini dua menanggung si janda dibuatnya. Bukan nak cakap apa tapi ibu ayah aku memang orang baik – baik. Diorang setakat ni tak pernah lagi nak menyuarakan rasa tak selesa atau nak halau ke apa adik ibu tu.

Mungkin sebab kesian dekat nasib adik ibu yang jadi ibu tunggal tu. Tapi aku pulak yang geram sebab dia macam dah ambil kesempatan atas kebaikan ibu ayah aku. Ibu ayah aku orang bekerjaya dan aku boleh cakap mereka ada kewangan yang stabil.

Aku ni anak perempuan tunggal bujang, berumur 20 tahun. Lagi satu makcik ni, dekat rumah macam takde rasa segan langsung, mana dengan berkembannya. Aku sendiri kat rumah ayah pun tak pernah berkemban sebab ada sepupu lelaki (anak makcik).

Yela walaupun masih budak, 11 tahun tapi rasa tak selesa kita berkemban depan dia. Makcik aku ni bukan nak jaga nenek pun, harap je duduk sebumbung, mana pernah dia kesah. Masak, mandikan, tukar pampers apa semua ibu dan aku yang buat.

Kata dia nak bagi duit kat nenek, jauh sekali. Yang paling aku kesian, adik – adik sepupu, diorang seperti membesar dengan terbiar. Mak diorang kuat sangat tengok tv, makan, tidur, main fon, entah apa yang difikirnya? Ayah aku la menanggung kebajikan anak – anak dia.

Kalau ikutkan memang bukan jatuh tanggungjawab dekat ayah aku pun kan. Bila hujung minggu plak takde orang hantar anak, dia akan selalu keluar rumah pergi jalan – jalan. Anak – anak dia? Tinggal semua kat rumah, jadilah aku pulak part time pengasuh tak berbayar hidup segan m4ti tak mahu, jaga anak – anak dia tiap hujung minggu.

Kalau hal sekolah anak – anak plak, transport pergi balik sekolah anak dia pun ayah aku yang tanggung semua, termasuk bagi duit belanja sikit. Bekas laki dia dah kahwin lain, itu pun jenis jantan tak guna tak reti nak bertanggungjawab dekat anak – anak jugak lepas dah bercerai.

Pernah, ramai je lelaki yang nak berkenalan dengan makcik, tak kiralah yang bujang, yang duda semua ada tapi kejap je bertahan. Tau tau dah putvs, lepas beberapa hari kemudian tau tau ada lelaki baru lagi, lepas tu putvs lagi.

Aku tak boleh buat apa, nak buat apa pun aku tak tau. Kadang – kadang susah kalau ibu ayah terlajak baik hati ni. Huhhh sabar je la. Minta tolong bagi pandangan sikit. Terima kasih

Komen Warganet :

Cik Puan Comel : Kalau mak adik sendiri tak buka mulut susah dik, jenis tak tau malu tak kenang budi ni ramai. Lagi dibiar lagi menjadi, sampai aur4t dengan abang ipar pun tak jaga. Menumpang tu takpelah kan ehsan tapi itulah sikap tu.

Awak kena bincang dengan mak dan suruh dia tegur elok – elok adik dia. Kalau nak pikir terasa, nak merajuk tolak tepi. Kalau tak, sampai bila kesed4ran tu takde. Orang macam tu maaf cakap la dik. Tak akan ade kesed4ran sendiri kalau orang dalam umah tak tegur, m4kin ambik kesempatan lagi ada. First dalam masalah ni mesti bermula dari teguran mak adik sebab itu adik dia.

Radhiah Hajis : Adik slow talk dengan emak ayah,minta mak ayah berk0rban duit, carikan rumah sewa yang murah supaya makcik dan anak – anaknya boleh berpindah ke rumah lain. Tak payah bagitahu makcik tu awal – awal, bila dah ada rumah, barulah cerita dan tolong kemas barang.

Tipulah kalau emak ayah pun tak pening dengan per4ngai mak sed4ra tu. Acik yang baca pun rasa nak cabut lari dari rumah. Bila dah keluar dari rumah, boleh pergi pusat zakat ,mohon bantuan apa yang boleh. Selagi duduk serumah, selagi tu lah hati rasa nak marah aje tengok per4ngai mak sed4ra yang tak semenggah.

Widuri Manja : Siannya, kita baca pun rimas apatah lagi confessor yang mengadapnya tapi confessor tak boleh buat apa – apa sebab tu rumah ibu ayah cuma yang boleh confessor buat, bagitahu kat parents apa yang dia rasa sekarang.

Cakap je berterus terang sebab m4kin lama nampak makcik tu dah macam ulat naik daun. Bagitahu pada emak yang agak meIampau pulak berkemban kehulu hilir dengan abang ipar ada dalam umah tu, sedangkan pakai baju lengkap tak bertudung pun kita dah rasa lain macam kalau serumah dengan bukan muhrim ni kan pulak nak buat free show.

Yang paling sesuai emak confessor kena bagitau adik dia dan jual nama bapa confessor tak selesa. Orang macam makcik confessor ni memang kena cari orang yang dia segan dan hormat baru dia boleh dengar cakap.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.