Aku jadi janda sebab ada wanita calon syurga yg teringin nak berpayung emas dgn suami aku

Tiga tahun aku bermadu, aku dah tak mampu nak cerita betapa hidup jadi isteri pertama ni tersiksa macam kain buruk yang terjelepuk di sudut yang h1na. Sejak ada baby kecik, madu aku dah mula tunjuk belang. Hingga akhirnya aku diceraikan. 

#Foto sekadar hiasan. Aku Hawa. Seorang janda anak 6. Dah hampir 10 tahun aku menjanda, jatuh terIungkup tersungkur, bangun, tersembam, kemudian bangun lagi, membeIa anak – anak sejak yang bongsu berumur setahun dan yang sulung 11 tahun.

Aku jadi janda sebab ada seorang wanita muslimah calon syurga yang teringin nak berpayung emas dengan suami aku. Aku terima dia walau hati ni r3muk. Masa tu aku tak kerja, so apa pilihan yang aku ada… dengan perut yang memboyot dan anak – anak kecik.

Tiga tahun aku bermadu, aku dah tak mampu nak cerita betapa hidup jadi isteri pertama ni tersiksa macam kain buruk yang terjelepuk di sudut yang h1na. Nafkah pun dah sem4kin terabai. Aku terp4ksa cari kerja dan syukurlah walaupun aku cuma dapat gaji RM600 masa tu.

Ye lah, takkanlah aku boleh dapat kerja bagus – bagus, sedangkan umur aku dah 35 tahun masa tu. Aku pun cuma ada SPM je. Nak kerja kilang memang must4hil la sebab takde sape nak jaga anak aku. Tak lama tu aku dapat anak lagi.

Aku nak sangat merancang kelahiran tapi suami aku tak izinkan. Dia kata, kufur kalau tak nak anak sebab takut lapar. Dia ceramah kat aku siap ayat quran. So aku ikut je la. Sejak ada baby kecik, madu aku dah mula tunjuk belang.

Kalau dulu dia anggap aku kawan, tapi sekarang musvh. Mungkin sebab suami aku banyak beri perhatian kat baby aku. Akhirnya kami setiap hari berg4duh. Bukan per4ng mulut, tapi dia selalu tunjuk perangai dan macam – macam dia buat.

Dia tak bagi suami aku balik rumah aku dan banyak lagi. Hingga suami aku macam dah tak fikir pasal aku lagi. Hingga akhirnya aku diceraikan. Memang aku tak sangka. Apa pun, aku terima je sebab aku pun dah takde rasa sayang kat dia.

Jiwa aku dah m4ti. Masa dia lafazkan taIak tu aku rasa macam takde perasaan… kosong. Selama ni aku dah pendam sesuatu yang sangat berat dan meny4kitkan, so bila penceraian terjadi aku dah tak rasa hal tu berat. Biarlah isteri solehah dia jaga dia.

Dia kan wanita idaman lelaki, berjubah dan berpurdah. Aku ni walaupun tak pernah pakai s3ksi, tapi aku tak berjubah berpurdah. Kerja aku di tempat yang lasak, memang pelikla kalau aku berpurdah. Isteri solehah bekas suami aku tak bekerja… sebab katanya wanita yang keluar bekerja lebih banyak mengundang fitnah.

Bila jadi ibu tunggal, aku sangat berhati – hati pada setiap tindak tanduk aku. Orang keliling mula pandang serong sebab aku bercerai. Ye la kan… perempuan yang bercerai ni kan orang anggap calon ner4ka. Aku terp4ksa pindah daerah sebab tak tahan dengan kata – kata orang.

Pindah dengan bawak semua anak, dan mulakan hidup baru, kerja baru, sesuatu yang sangat mencab4r dan aku hampir rebah. Aku penat sangat. Aku fikirkan bila dah pindah, dah lega la… tapi rupanya tidak. Bekas suami aku kadang – kadang datang kononnya nak jenguk anak, tapi dia akan parking kereta depan pintu rumah aku, dia menyapa jiran – jiran. Isteri solehah dia pun ikut sekali.

So jiran – jiran pun tau la aku ni janda. Hinggakan ada jiran yang tak nak tegur aku. Aku pun tak faham, apa salah aku. Aku tak pernah berbual pun dengan laki dia, nak jeling laki dia pun aku takut, tapi kenapa dia benci sangat dengan aku.

Dan aku tak tau macam mana bekas suami aku boleh tau tempat tinggal aku. Semua ni buat aku str3ss sangat. Aku tak boleh halang dia jumpa anak – anak, itu ayah mereka. Walaupun nafkah anak dia beri RM300 untuk 6 orang anak aku tapi aku tetap bersyukur, dia masih nak beri.

Cuma aku tak suka dengan cara dia menyiksa aku. Dia siksa batin aku, sejak sebelum bercerai dan lepas bercerai. Dia buat aku jadi depr3ssed. Banyak lagi yang tak mampu aku nak cerita. Dengan hidup kais pagi makan petang, anak ketiga aku ada masalah jantung, anak bongsu ada leIah teruk.. dan aku juga ada peny4kit.

Aku dah tak makan ubat sebab dah tak fikir lagi pasal diri aku. Makan minum anak – anak, susu pun aku catu. Syukur bantuan dari JKM ada untuk anak yang bersekolah 3 orang, boleh diguna untuk bayar sewa rumah.

Aku terp4ksa beli kereta terpakai, untuk berulang alik hantar anak sekolah dan juga hospitaI. Kadang – kadang tengah malam anak aku s4kit, aku kena bawak ke hospitaI. Kalau takde kereta, tentunya susah nak buat semua urusan tu.

Aku nak balik kampung, tinggal dengan mak ayah, tapi mak aku dah pesan, jangan tinggal kat kampung sebab mak tak nak s4kit telinga dengar orang kutuk aku sebagai janda. Aku memang takde tempat lagi nk dituju. Ayah aku tak pernah backup aku.

Masa dia tau bekas suami aku nikah lagi, dia cakap aku tak reti jaga laki. Memang dari aku kecik, ayah aku macam tak suka dengan aku. Ayah aku lebih sayangkan abang – abang aku. Takpela aku redha. Sudahnya, aku terima je semua tu.

Ada masanya bila aku dah tak mampu nak tanggung semua masalah, aku pergi tepi bukit yang dekat dengan rumah aku, aku jerit kuat – kuat, aku nangis. Aku tak boleh menangis kat rumah sebab tak nak anak – anak sedih.

Lepas tu aku balik rumah, ambik wuduk dan solat sunat. Aku hanya ada Allah. Ye, aku rasa lega bila dapat mengadu kepada Allah. Aku takde kawan baik. Sejak kawen, bekas suami aku tak minat kalau aku jumpa kawan  – kawan.

Aku bukan kuat sangat pun. Kadang – kadang ada jugak aku meng4muk kat rumah. Waktu tu aku rasa macam tak sedar. Pernah aku pegang parang dan aku cincang – cincang mangkuk kat dapur. Bila dah berkecai, aku rasa lega. Aku takut dengan sikap aku sendiri.

Sampaikan aku tak nak pegang pisau depan anak – anak.. aku takut kalau aku buat benda yang bod0h. Setelah 10 tahun aku lalui pahit manis kehidupan, kini aku rasa dah biasa dan aku jadi lebih tenang. Terutama bila anak – anak aku cemerlang di sekolah.

Aku bahagia dengan mereka. Kerjaya aku pun dah sem4kin bagus. Dan anak – anak aku, pandai berniaga walaupun masih belajar. Aku selalu masak dan anak – anak aku berjaja keliIing taman. Mereka memang anak yang baik.

Bekas suami aku? Aku dengar citer dah nikah lagi. Bermakna, isteri solehah dia tu bermadu lagi. Dan aku maIas dah nak amek tau pasal mereka. Cuma satu perkara yang buat aku sedih dan ralat, anak sulung aku mempunyai sifat yang sangat keras, cepat marah, cepat str3ss.

Mungkin kerana dia banyak lihat pend3ritaan aku sejak dulu. Dia yang ku panggil kak long, selalu berkata, kak long benci lelaki. Aku tau dia sangat kecewa dengan ayahnya. Aku tak pernah didik dia untuk bencikan ayahnya… malah tiap kali cuti sekolah, aku hantar anak – anak ke rumah ayahnya, walaupun mereka hanya betah duduk sana 2,3 hari sahaja.

Anak kelima dan bongsu, betul – betul tak suka dengan ayah mereka. Risau sungguh aku, kerana mereka anak lelaki. Seharusnya mereka ada cont0h teladan untuk diikuti. Sedih bila difikirkan. Aku kesian sebab anak – anak membesar dalam suasana yang tak sempurna.

Aku juga dulu membesar dalam keluarga yang suka berg4duh. Pakcik – pakcik aku selalu berg4duh hal rumah pusaka dan tanah. Makcik aku ada sorang je dan alhamdulillah dia sangat baik. Pembaca semua, doakan aku terus bahagia.

Anak – anak suruh aku bernikah lagi, mereka nak adanya seorang lelaki yang boleh jaga aku dan anak – anak. Mereka nak merasa ada seorang ayah. Tapi sesungguhnya hati dan perasaan aku dah m4ti untuk bercinta lagi. Bukan tak pernah aku dirisik tapi sek3rat jalan je.

Dan aku rasa, bahagia bukan hanya terletak pada adanya suami. Aku tak tau sampai bila hati aku nk terbuka, cuma aku harap anak – anak faham. Sekian kisah aku. Akulah seorang Hawa yang selalu maIang sejak kecil. – Seorang Hawa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ezd Airaniez : Ramai ibu tunggal aIami yang puan rasa dan kebanyakan mereka akan bahagia bila anak – anak dah besar. InsyaAllah. Anak – anak akan hargai mak mereka yang sanggup besarkan mereka seorang diri berbanding ayah yang cari isteri baru. Isteri baru yang ramp4s kasih sayang anak dengan bapa pula takkan hidup tenang dan bahagia.

Saya dah lalui apa anak – anak puan rasa. Alhamdulillah mak saya happy je sekarang, duit pencen ada, rumah ada & anak – anak semua berjaya & sayang dia. Semoga kebahagiaan milik puan selamanya. Aamiin

Radin Arishah : Bermacam – macam dug4an puan dah lalui. Sesungguhnya puan sangat kuat. Tahniah kerana anak – anak puan cemerlang dalam pelajaran. Anak – anak berpandangan negatif terhadap lelaki kerana mereka dah saksikan pend3ritaan puan akibat perbuatan ayah. Semoga puan dan anak – anak menemui kebahagian soon. Amin3x

Farizah Mohd Ramli : Saya single mom dah 11 tahun. Bercerai masa anak 9 bulan.tapi saya rasa dug4an puan lagi berat. Sekarang saya bahagia bila anak dah besar. Alhamdulillah, anak – anak pun cemerlang. Bahagia kita ni bukan sebab bersuami.

Rasanya puan dah rasa dan lebih faham. Tak payah peduli cakap orang, saya pun rasa semua tu. Kita takkan m4ti dek keji. Puan kuat dan anak – anak lebih hormat. Soal mereka tidak hormat ayah kandung itu bukan salah puan. Mereka lihat sendiri semenjak kecil.

John Tiada Sinar : Mak saya juga ibu tunggal, dig4ntung tak bertali oleh ayah yang dayus. Sikap saya macam anak sulung makcik. Saya keras, cepat marah dan menyampah bila org tanya pasal kahwin (walau baru 23) sebab benda tu jatuh no.3 dalam list.

Malas nak jumpa ayah dan minta dia jadi wali sebab kami membesar pon dia tak ambik tau. Kami sebagai anak – anak akan sendiri had4m ape yg kami tengok depan mata. Mak tak pernah hasut, siap pesan lagi hulur duit bila dah kerja dan bila – bila pi lawat dia.

Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya. Tahniah makcik sebab berjaya besarkan anak – anak dengan baik. p/s : Saya sedih part gaji tu. Mak saya cleaner dan gaji dia pon RM600 dengan saya masuk asrama lagi.

Salmikhalil Musleem : Ya Allah.. Bergenang mata saya baca kisah puan.. Moga Allah kurniakan sinar yang terang buat puan. Alhamdulillah.. Dapat anak – anak yang baik dan cemerlang.. Itu sudah cukup membahagiakan..

Wahai orang – orang di luar sana, cukup – cukuplah mengh1na mereka yang diceraikan.. Saya pun tak faham kenapa ada st1gma pada janda – janda.. Bukan mereka mintak.. Tolong la ubah persepsi.. Ini tak asal dengar janda je dah takut.. Ya robbi.. ingat dorang hadap sangat ke kat laki orang! Tak semua macam tu..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.