Adik hidup menumpang saya tanggung segalanya, terk3jut tengok apa yang dia buat pada anak-anak saya

Sejak suami meninggaI, adik perempuan saya duduk sekali untuk jadi peneman pada saya dan anak-anak. Saya yang tanggung segalanya, sehinggalah bila dia bekerja. Adik berubah jadi seorang yang s0mbong, sehingga boleh menengking saya. Satu hari saya nampak dia buat sesuatu pada anak saya, anak yatim. Saya nekad halau dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua dan terima kasih kepada admin sebab pilih confession saya untuk disiarkan. Sebelum saya menghuraikan tajuk saya, biar saya perkenalkan diri saya serba sedikit. Nama saya puan P.

Saya merupakan seorang balu dan mempunyai 3 orang anak. Cukup sampai di sini pengenalan diri saya. Cerita yang akan saya sampaikan berkisar tentang diri saya, adik dan ibu saya. Tujuan saya menulis di sini adalah untuk bertanyakan pendapat semua, adakah saya seorang kakak yang k3jam?

Ceritanya begini, selepas suami saya meninggaI dunia, adik perempuan saya tinggal bersama saya supaya dapat menjadi peneman buat saya dan anak – anak. Ketika itu adik saya baru berhenti berkerja. Oleh itu saya yang menanggung segala – galanya.

Saya ikhlaskan segalanya kerana adik saya yang menjaga anak – anak saya ketika itu. Masa berlalu dan adik saya mula bekerja tapi dia mula berubah sikap. Dia jadi seorang yang s0mbong dan eg0. Selalu berg4duh dengan saya.

Telinga saya dah lali mendengar dia menengking saya. Malah anak – anak saya juga turut ditengking. Kadang – kadang dia mencubit dan menarik rambut anak saya ketika dia marah. Pernah kami tidak bertegur berbulan – bulan lamanya.

Segala per4ngai negatif adik, jika saya tegur tidak pernah dihiraukan malah dia seperti berd3ndam kerana saya menegurnya. Jujur saya katakan, saya sangat tertekan tinggal bersamanya. Tambah lagi ada anak – anak yang mungkin jadi contoh yang tak baik pada mereka.

Kemuncak cerita apabila dia tidak lagi bekerja. Dia sendiri yang berhenti bekerja atas sebab – sebab tertentu. Untuk pengetahuan, adik saya sangat pemalas orangnya. Anak d4ra yang tidak pandai menguruskan kerja – kerja rumah.

Bangun tidur tengah hari atau petang. Bilik tidur berbau dan bersepah. Saya yang bekerja pulang ke rumah dengan keadaan rumah yang tidak terurus. Dia hanya banyak menghabiskan masa di dalam bilik, sama ada tidur atau bermain dengan telefon.

Jika saya meminta bantuan untuk mengemas rumah, dia akan buat tapi akan mengambil masa yang lama untuk membuat atau memang tidak buat langsung. Bilik air juga sangat kotor. Sedangkan dia yang menggunakan bilik air tersebut.

Memang pengotor. Saya sudah cukup bersabar dengan sikap adik. Satu hari saya berg4duh dengan adik. Hampir sebulan kami tidak bertegur sapa. Ketika krisis, dia menjadikan saya orang gaji di rumah sendiri. Cawan dan pinggan yang dia makan saya juga perlu basuh kerana mata saya s4kit melihat segalanya tidak dicuci.

Segala kerja – kerja rumah dia tidak bantu sedikit pun. Saya pulang dari kerja dengan keadaan penat perlu menguruskan anak – anak dan kerja – kerja rumah sedangkan adik hanya melepak di dalam bilik. Kesabaran saya sem4kin terbatas.

Kesannya anak – anak selalu dimarahi kerana saya letih dengan segalanya. Kesan dari sikap adik, saya menyuruh adik keluar dari rumah saya. Saya terlalu tertekan dengan sikap dia. Adik memang keluar dari rumah saya.

Masalahnya ibu saya menyalahkan saya. Ibu menyatakan saya k3jam dan tidak berhati perut. Menghalau adik ketika tidak bekerja. Buat pengetahuan semua, adik tidak berpindah ke rumah ibu tetapi menyewa bilik. Saya sudah hilang sabar dengan per4ngai pemalas adik.

Tiada sedikit perasaan empati adik terhadap saya. Sedangkan saya yang menanggung makan dan minum dia selama ini. Ibu sentiasa menyalahkan saya lebih – lebih lagi adik selalu bercerita dia tiada duit untuk makan dan membayar sewa rumah.

Sekarang dia berg4ntung pendapatan dengan bekerja secara online sahaja. Jika dulu adik sentiasa ada krisis dengan ibu tetapi sejak keluar dari rumah saya, adik cukup baik dengan ibu. Saya sendiri berasa pelik. Sejujurnya, had kesabaran dengan sikap pemalas, pengotor, berkira dan eg0 adik menyebabkan saya tidak mampu tinggal bersamanya lagi.

Saya juga perlu rasa bahagia. Bukan berasa tertekan sepanjang masa. Em0si saya sem4kin stabil semenjak adik tiada di rumah. Tetapi apabila mengetahui ibu menyalahkan saya atas segalanya, saya memang berasa sedih. Sepertinya ibu tidak memahami segala pendritaan saya sepanjang bersama adik hampir 3 tahun. K3jamkah saya kerana menghalau adik?

Komen Warganet :

Iza Idah : Ingat puan, kita memang tak mampu nak puaskan hati semua orang. Adik puan sudah dewasa dan mampu berfikir mana yang baik dan buruk. Jika dia rasa tidak mampu duduk menyewa, tinggal lah semula dengan ibu puan sebab dia pun buat kerja secara online kan.

Jika diri dia sendiri yang nak susah, takde sapa yang dapat tolong. Dalam hal ibu puan tu plak, biarkan la ape pun dia nak cakap, yang penting puan tau hal yang sebenar. Bukan salah puan kalau adik puan nak pergi sewa bilik sedangkan rumah ibu puan masih ade, bukan salah puan jugak jika adik puan tak nak bekerja dan hanya nak cari duit dengan bisnes online.

Nur Hajarul Musa : Memang patut bagi pengajaran. Biar dia sedar diri jangan nak jadi anak d4ra pemalas peng0tor. Besarkan anak puan elok – elok. Pedulikan apa yang orang cakap. Allah ada. Lama – lama nanti adik sendiri akan sedar perbuatan dia.

Waktu tu insyaAllah hubungan kalian akan baik semula. Adik beradik, g4duh – g4duh la macam mana pun, lama – lama nanti elok la balik walau mungkin makan masa. Jaga diri!

Nisa Joe : Air dicinc4ng tak akan putvs sis. Macam tu juga ik4tan keluarga. Jangan risau, satu hari kebenaran tu akan diketahui juga. Buat tak tahu je la dengan semua tu, just be happy dengan anak – anak. Yang k3jamnye adik awak, sebab k3jam ke atas kakak kandung dia sendiri dan juga anak yatim.

Tentang mak awak pula, awak biarkan je, jalankan tanggungjawab macam biasa pada dia. Dia cakap lebih – lebih pun diam je la. Kalau teruk sangat jauhkan diri sikit.

Nurul Aznida : Tak k3jam dan memang patut kena halau pon. Kalau kita ni sedar diri dah hidup menumpang buat cara menumpang. Jangan meIawan tuan plak. Bila dah ade kerja tetap baru cari rumah / bilik sewa masa tu boleh rase la macam mane duit mengalir ibarat air. Langit tinggi ke rendah duduk rumah sewa nanti. Sabar k confessor biasa la jiwa muda memg member0ntak sket.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.